Tak Boleh Paksa Penjawat Awam Potong Elaun Kata Ahli Parlimen Kapar




FMT Reporters -June 1, 2021 Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kerajaan tidak boleh membuat pemotongan elaun selama tiga bulan pada satu kadar kerana tanggungan bagi penjawat awam berbeza.PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, penjawat awam tidak boleh dipaksa memotong elaun untuk disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana, sebaliknya ia perlu dibuat secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing.
Beliau yang juga jurucakap pekerjaan dan hak pekerja Parlimen PKR berkata, kos sara hidup tidak menentu ketika penularan Covid-19 tidak menjamin gaji penjawat awam mencukupi.
“Gaji penjawat awam bagi Gred 29 hingga 56 tidak perlu ditetapkan kadar sebegitu, seolah-olah mereka dipaksa menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana.
“Kerajaan tidak boleh membuat pemotongan pada satu kadar kerana tanggungan bagi penjawat ini berbeza,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut mencadangkan peserta industri perkilangan yang dibenarkan beroperasi ketika tempoh perintah kawalan pergerakan penuh dipelawa menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali mengumumkan penjawat awam Gred 29 hingga 56 akan menyerahkan sebahagian elaun mereka selama tiga bulan sebagai manifestasi solidariti terhadap tindakan menteri dan timbalan menteri tidak mengambil gaji selama tiga bulan dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.
Beliau berkata, sumbangan lebih 800,000 penjawat awam daripada Imbuhan Tetap Kerajaan (ITK) bagi pengurusan tertinggi Gred 44 hingga 56 serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga 41 yang dianggarkan berjumlah RM30 juta itu akan disalurkan kepada Akaun Amanah Bencana.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berharap semua pihak tidak menjadikan inisiatif kebersamaan penjawat awam itu sebagai isu untuk menyerang kerajaan atau mencetuskan perbalahan.
“Cuepacs menyeru semua pihak terus bersama rakyat dan kerajaan dalam memastikan usaha mengekang penularan Covid-19 dapat dijayakan dalam tempoh pelaksanaan PKP penuh ini.
“Kebersamaan setiap masyarakat merupakan kunci utama dalam kejayaan kita melandaikan lekuk jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/tak-boleh-paksa-penjawat-awam-potong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Bersolidariti Sumbang Elaun Rm30 Juta Kepada Akaun Amanah Bencana

Penjawat Awam Bersolidariti Sumbang Elaun Rm30 Juta Kepada Akaun Amanah Bencana

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 285 hits
MALAYSIA NOW Imbuhan tetap keraian dan imbuhan tetap khidmat awam penjawat awam pelbagai tahap akan disumbang kepada akaun amanah bencana Pekerja perkhidmatan awam di hari terakhir di pejabat mereka Oktober lalu selepas perintah kawalan per...
Peratus Kadar Sumbangan Penjawat Awam Melalui Pengurangan Elaun Itk Elaun Itka Manifestasi Solidariti

Peratus Kadar Sumbangan Penjawat Awam Melalui Pengurangan Elaun Itk Elaun Itka Manifestasi Solidariti

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 1754 hits
Peratus Kadar Sumbangan Penjawat Awam Melalui Pengurangan Elaun ITK Elaun ITKA Manifestasi Solidariti Manifestasi Solidariti Penjawat awam ini melibatkan penjawat awam yang bergred JUSA hingga gred 29 sahaja Peratus sumbangan sebanyak RM10 ...
Pkr Berjaya Adakan Sidang Diatas Talian Bersama Beratus Ahli Takkan Lah Parlimen Tak Boleh

Pkr Berjaya Adakan Sidang Diatas Talian Bersama Beratus Ahli Takkan Lah Parlimen Tak Boleh

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 330 hits
NORA JAMILAHPerghhhh sedas orangtua ni kena oleh YB Fuziah Apec pun bersidang atas talian Negara negara maju seperti UK pun buka parlimen atas talian Malaysia saja yang tak boleh Sebabnya jelas supaya mereka bebas menjarah simpanan wang neg...
Gelakk Tu Mahall Lawak Douglas Lim Ajuk Gaya Ahli Parlimen Buat Netizen Berdekah

Gelakk Tu Mahall Lawak Douglas Lim Ajuk Gaya Ahli Parlimen Buat Netizen Berdekah

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 505 hits
Beberapa hari lalu berlaku tragedi ngeri di mana dua buah LRT bertembung di Laluan Kelana Jaya atau lebih spesifik ia berlaku di antara stesen KLCC dan Kampung Baru Kesannya 47 penumpang ceder4 par4h dan 166 yang lain mengalami ceder4 ringa...
Bdr Sepenuhnya Bagi Penjawat Awam Kecuali Barisan Hadapan

Bdr Sepenuhnya Bagi Penjawat Awam Kecuali Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 261 hits
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR Mohd Zuki PUTRAJAYA Petugas di sektor perkhidmatan awam akan bekerja dari rumah sepenuhnya sepanjang penutupan sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown kecuali barisan hadapan termasuk bahagian keselamatan per...
Penjawat Awam Muat Naik Video Tiktok Sokong Israel Didapati Positif Dadah

Penjawat Awam Muat Naik Video Tiktok Sokong Israel Didapati Positif Dadah

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 564 hits
SEORANG penjawat awam yang membuat provokasi di media sosial dengan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap kekejaman rejim zionis yang tular sehingga mencetuskan kemarahan netizen didapati positif dadah Ketua Polis Daerah Melaka Tengah...
Segerakan Sidang Media Pkp Penuh Gesa Ahli Parlimen Dap

Segerakan Sidang Media Pkp Penuh Gesa Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 350 hits
May 20 2021 Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berkata situasi sidang media one man show diikuti kenyataan u turn oleh menteri lain kerana tidak berkomunikasi dengan yang lain perlu dielakkan PETALING JAYA Seorang ahli Parlimen DAP menggesa ...
Pasangan Ahli Sukan Tak Boleh Ikut Ke Luar Negara

Pasangan Ahli Sukan Tak Boleh Ikut Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 311 hits
Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN Hafizh bersama isterinya Suzana ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru baru ini PETALING JAYA Mana mana ahli sukan yang mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa secara on and off tidak di...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Muda Duit Kawan Atau Lawan

Tiramisu Sds

De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa