Serupa Negara Polis Peguam Kecam Keperluan Permit Polis Untuk Wakili Anak Guam


Staff Writers LFL berkata akses kepada badan kehakiman tidak sepatutnya bergantung kepada kebenaran badan penguatkuasaan yang mungkin memiliki kepentingan terhadap mereka yang ditahan.

Orang ramai yang perlu melakukan perjalanan memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa. Namun, Lawyer for Liberty (LFL) berkata permohonan-permohonan yang perlu dilakukan peguam akan menyukarkan proses kes-kes jenayah yang disifatkan sukar dijangka dan berlaku pada saat-saat akhir. Gambar: Bernama Kumpulan peguam menyuarakan keraguan hari ini susulan keperluan memohon permit polis bagi menghadiri perbicaraan mahkamah sepanjang tempoh sekatan penuh pergerakan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) selain turut menggesa sekatan yang tidak perlu sehingga menetapkan duluan (precedent) berbahaya.
Koordinator Lawyers for Liberty (LFL) Zaid Malek berkata permohonan permit polis bagi mewakili anak guam melanggar hak orang awam untuk diwakili peguam yang termaktub dalam Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan.
“Peguam-peguam hanya pergi ke mahkamah untuk mewakili anak guam mereka, bukan membuat perkara lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Jadi kenapa perlu permohonan permit polis, yang memberikan kuasa kepada polis untuk menafikan perwakilan guaman kepada klien jika mereka putuskan untuk membuat demikian?”
Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan semalam berkata perkhidmatan guaman akan dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh walaupun sektor tersebut tidak disenaraikan dalam perkhidmatan perlu.
Beliau berkata peguam yang terlibat dalam pendengaran mahkamah bagi pertuduhan baru, perintah reman dan pelbagai jenayah memerlukan permit perjalanan daripada polis sedangkan syarikat korporat dan peguam-peguam korporat dan perniagaan pula perlu mendapatkan kebenaran daripada kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti).
Zaid berkata permohonan-permohonan itu akan menyukarkan proses kes-kes jenayah yang disifatkan sukar dijangka dan berlaku pada saat-saat akhir.
“Peguam-peguam hanya menerima arahan pada saat-saat akhir dan mungkin tidak memiliki dokumen-dokumen yang diperlukan bagi membuktikan mereka memiliki kes di mahkamah, lebih-lebih lagi dengan klien yang berdepan pertuduhan baru atau permohonan reman yang hanya didaftarkan oleh mahkaman pada pagi kes tersebut didengar.”
Zaid berkata akses kepada badan kehakiman tidak sepatutnya bergantung kepada kebenaran badan penguatkuasaan yang mungkin memiliki kepentingan terhadap mereka yang ditahan.
“Memberikan kuasa kepada polis untuk memutuskan sama ada peguam-peguam boleh pergi ke mahkamah untuk mewakili klien mirip seperti amalan negara polis.”
Beliau berkata kerajaan perlu memainkan peranan memastikan sistem keadilan terus beroperasi sambil menambah ia hanya boleh dilaksanakan jika peguam diberikan akses bebas bagi mewakili anak guam di mahkamah tanpa memerlukan “budi bicara polis”.
“Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 tidak membenarkan sekatan kebebasan asasi yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/serupa-negara-polis-peguam-kecam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat Individu Sebar Berita Palsu Kematian Pemanah Negara

Polis Siasat Individu Sebar Berita Palsu Kematian Pemanah Negara

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 395 hits
Kematian Haziq Kamaruddin dilaporkan sebelum ini tiada kaitan dengan vaksin Covid 19 sebaliknya akibat masalah jantung KUALA LUMPUR Polis membuka kertas siasatan terhadap individu yang disyaki menyebarkan berita palsu mengenai kematian pema...
Panas Peguam Kecam Menteri Kewangan Sudah Sudahlah Tipu Rakyat

Panas Peguam Kecam Menteri Kewangan Sudah Sudahlah Tipu Rakyat

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 297 hits
June 6 2021 Seorang peguam mendesak Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz supaya tidak terus mengelirukan rakyat dan memberi hujah palsu mengenai kos pampasan yang perlu dibayar kerajaan terhadap institusi perbankan jika moratorium auto...
Kes Rentas Negeri Neelofa Suami Dirujuk Ke Jabatan Peguam Negara

Kes Rentas Negeri Neelofa Suami Dirujuk Ke Jabatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 318 hits
Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA KES Neelofa dan Muhammad Haris merentas negeri dirujuk ke Jabatan Peguam Negara semalam UTUSAN MOHD SHAHJEHAN MAAMINSEREMBAN Kertas siasatan berkenaan isu pergerakan rentas negeri yang melibatkan selebriti popula...
Geng Nicky Polis Tunggu Laporan Bank Negara

Geng Nicky Polis Tunggu Laporan Bank Negara

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 343 hits
Polis Johor sedang menunggu beberapa laporan termasuk daripada pihak Bank Negara Malaysia bagi mengenal pasti kegiatan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata laporan itu diperlukan kera...
Ramai Yang Layak Jadi Peguam Negara Kata Zaid Kepada Thomas

Ramai Yang Layak Jadi Peguam Negara Kata Zaid Kepada Thomas

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 290 hits
PETALING JAYA Bekas menteri Zaid Ibrahim membidas bekas Peguam Negara Tommy Thomas berhubung kenyataannya yang mendakwa Malaysia akan menyaksikan pelantikan orang bukan Melayu sebagai Peguam Negara pada masa akan datang Beliau berkata ia mu...
Neelofa Dan Suami Tidak Dikenakan Tuduhan Rentas Negeri Pejabat Peguam Negara

Neelofa Dan Suami Tidak Dikenakan Tuduhan Rentas Negeri Pejabat Peguam Negara

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 427 hits
Rasanya ramai yang tertanya tanya mengapa kehadiran Neelofa dan Muhamad Haris ke mahkamah kelmarin hanyalah kerana kesalahan tidak mengimbas MySejahtera selain tidak memakai pelitup muka dan bukannya kerana isu yang lebih penting iaitu mere...
Dakwa Pemanah Negara Temui Ajal Kerana Vaksin Wanita Ini Kini Diburu Polis

Dakwa Pemanah Negara Temui Ajal Kerana Vaksin Wanita Ini Kini Diburu Polis

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 359 hits
Sebuah video yang memaparkan seorang wanita berhujah tentang vaksin tular di media sosial sejak Sabtu lalu Wanita berkenaan turut mendakwa pemanah negara iaitu Allahyarham Haziq Kamaruddin menghembuskan nafas terakhir kerana darah tersumbat...
Polis Negara Pengganas Tahan Aktivis Kempen Savesheikhjarrah

Polis Negara Pengganas Tahan Aktivis Kempen Savesheikhjarrah

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 312 hits
BAITULMAQDIS 25 Syawal 1442H Ahad Polis negara pengganas Israel hari ini menahan seorang aktivis Palestin Muna al Kurd yang juga ketua kempen SaveSheikhJarrah Menurut ayah Muna Nabil al Kurd sepasukan polis Israel menyerang rumah mereka den...
Pernah Digelar Anak Gajah Dora The Explorer Amy Nur Tinie Kini Membesar Jadi Ratu Cantik Negara

Pernah Digelar Anak Gajah Dora The Explorer Amy Nur Tinie Kini Membesar Jadi Ratu Cantik Negara

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 393 hits
Namanya seringkali mengharumkan Malaysia Amy Nur Tinie Abdul Aziz atau Tinie bukan saja dilantik sebagai United Nations IIMSAM Youth Goodwill Ambassador malah beliau juga adalah seorang ratu cantik ahli perniagaan pengacara pelakon dan mode...
Sajian Berpantang Juadah Majlis Cukur Jambul

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Pggold88 20 September Pggold88 500wallet Kyc Top 84 By Nathaniel

Hiburan Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut Dipukul Amp Dipaksa Cium Bendera Isra L Dilayan Seperti Haiwan

Malaysians Wonder If Selangor S Planned Heroic Homecoming For Gsf Volunteers Is Justified

Onesiamclub 24 July Onesiamclub Top 47 By Floy

Doa Malam 5 Okt 2025

Alhamdulillah Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Quick Healthy Vegan Apple Crisp Recipe

T25j06 Tangki Radiator Proton Persona Kering

Dalam Mengejar Kebebasan Jangan Hilang Kestabilan

Keindahan Keunikan Iskandar Polo Club Ipoh

Lirik Lagu Saidina Abu Bakar Omar Hana

8 Ide Outfit Ala Zhao Lusi Di Love S Ambition Ini Jadi Inspirasi Fashion Kekinian