Ramai Tidak Sedar Sudah Dijangkiti Covid 19


Ramai individu tanpa gejala tidak sedar dijangkiti Covid-19


Kuala Lumpur: Kebarangkalian penularan kes positif Covid-19 dalam komuniti di Lembah Klang mungkin tiga kali ganda berbanding jumlah kes yang dikesan setiap hari.

Pakar Virologi Universiti Malaya Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, ujian saringan bersasar dilakukan menyebabkan golongan positif yang 'tersasar' menularkan jangkitan dalam komuniti.

"Kerajaan melaksanakan saringan bersasar, yang 'tersasar' ini tidak direkodkan dan menularkan jangkitan dalam komuniti. "Kita ada dua faktor menyumbang peningkatan kes positif iaitu golongan tersasar ini dan kedua, kluster sektor yang mempunyai ramai pekerja dalam satu tempat," katanya.

Dr Sazaly berkata, kluster yang ramai pekerja di satu tempat tidak mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) yang betul apabila penggunaan pelitup muka di tempat kerja tidak dipastikan sepenuhnya, tiada penjarakan fizikal dan pengaliran udara tidak mencukupi.

"Sektor ini menjadi pencetus penularan di tempat kerja dan merebak masuk ke dalam komuniti."

Menurutnya, penularan dalam komuniti menyebabkan angka positif meningkat dan tidak mustahil jumlahnya tiga kali ganda berbanding yang dikesan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Jika kita tengok kadar kematian, setiap 1,000 kes positif ada lapan kematian purata sehari. Jika kita ada 10,000 kes, sepatutnya hanya 80 kematian, tetapi kini catat 200 kematian sehari.

"Maknanya di luar sana angka positif mungkin tiga kali ganda, kalau 10,000 kes sehari dilaporkan, sebenarnya di luar sana kebarangkalian 30,000 kes," katanya.

Beliau berkata, pembukaan sektor ekonomi sepatutnya dinilai berdasarkan kes indeks kematian, penggunaan unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator.

"Kita kena tengok indeks kadar kematian untuk buka sektor ekonomi, bukan tengok kes jangkitan harian kerana jika kita tidak buat saringan Covid-19, tiadalah pandemik ini di Malaysia.

"Tetapi jumlah kematian itu betul termasuk penggunaan ICU dan ventilator, kita tidak boleh pusing nombor dan fakta ini," katanya.

Pendapat sama turut dikongsi Presiden Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar yang berkata, jumlah jangkitan dalam komuniti sebenarnya jauh lebih besar berbanding angka dilapor setiap hari.

"Berdasarkan ramalan, kajian dan modeling, kita jangka antara dua hingga tiga kali ganda kes dalam komuniti di Lembah Klang.

"Kalau 10,000 kes dilapor sehari, mungkin ada 20,000 hingga 30,000 kes dalam komuniti tidak dilaporkan kerana tiada gejala dan mereka yang akan menularkan dalam komuniti," katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun berkata, jumlah kes dilaporkan itu adalah jumlah data dikumpul dan kemungkinan sebenarnya kes beredar di sekeliling jauh lebih tinggi disebabkan tiada simptom atau flu biasa tetapi tiada pemeriksaan dilakukan.

"Mungkin kebarangkalian tinggi sebab kes kita makin naik, orang yang tidak melakukan ujian saringan akan terus menyebarkan dalam komuniti.

"Selain itu, disebabkan kebenaran pergerakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri walaupun Perintah Kawalan Pergerakan tetapi banyak sektor mula buka terutama sektor perkilangan menyebabkan kes semakin merebak," katanya.

Menurutnya, berdasarkan kadar kebolehjangkitan (R-Naught) ketika ini iaitu 1.2, kemungkinan berlaku pertambahan separuh kes daripada jumlah yang dilaporkan sekarang.

"Jika jumlah kes harian mencatatkan 16,000 kes sehari, mungkin sebenarnya 24,000 kes, pertambahan separuh daripada kes kita ada sekarang," katanya.

Dr Hanafiah turut menjelaskan mengenai semakan status radius kilometer dalam MySejahtera mengenai angka di sekeliling menunjukkan berpuluh atau beratus kes Covid-19 di kebanyakan tempat.

"Jika di Lembah Klang, kebanyakan tempat ada kes Covid-19, lebih-lebih lagi penularan dalam komuniti.

"Tetapi di tiga mukim di daerah Hulu Selangor masih hijau kerana bukan kawasan kependudukan padat dan tumpuan perindustrian atau perkilangan," katanya. Ubah strategi ke arah mitigasi Kuala Lumpur: Angka kes positif yang terus meningkat di Lembah Klang disebabkan penularan wabak Covid-19 jauh lebih besar berbanding jumlah kes positif yang dikesan setiap hari.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata, ramai individu tanpa gejala tidak menyedari mereka dijangkiti dan boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain.

"Perlu diingatkan keberkesanan vaksin mengambil masa dua minggu selepas melengkapkan dos kedua.

"Jadi, vaksin ini memerlukan masa untuk bertindak balas dan melindungi individu berkenaan.

"Selain itu, kemunculan varian Delta dalam komuniti dengan kadar jangkitan lebih tinggi turut menyumbang kepada peningkatan kes ini," katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Chong yang mewakili Pasukan Petugas Khas Lembah Klang (GKVSTF) berkata, berdasarkan data dari negara yang merekodkan kadar vaksinasi tinggi, jangkitan virus masih boleh berlaku disebabkan varian Delta walaupun terdapat pengurangan ketara pesakit yang masuk ke hospital dan pesakit bergejala teruk.

Selain itu, beliau memperincikan langkah utama dilakukan GKVSTF dalam membendung wabak Covid-19 iaitu merangka beberapa langkah strategik bagi mengoptimumkan perkhidmatan perawatan, mengurangkan penularan virus dan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada komuniti dan petugas kesihatan.

"Melihat situasi terkini, strategi pengurusan wabak berubah daripada membendung kepada mitigasi dalam usaha mencegah kematian dan meminimumkan penyebaran penyakit.

"Antara inisiatif utama termasuk meningkatkan kapasiti katil, penjagaan unit rawatan rapi (ICU), bekalan oksigen, mobilisasi tenaga kerja dan pembabitan sukarelawan.

"Selain itu, langkah memindahkan pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta juga membantu meningkatkan kapasiti katil di hospital kerajaan dan bantuan tentera dari segi tenaga kerja dan logistik amat dihargai," katanya.

Menurutnya, pihaknya mengukuhkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dengan melaksanakan Virtual CAC kepada individu tidak bergejala dan bergejala ringan serta memperkukuhkan pengurusan pemantauan pesakit di rumah.

"Selain itu, kami menawarkan lebih banyak ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) di klinik kesihatan dan kepada pengamal perubatan am melalui penjualan kit ujian kendiri yang diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bagi membolehkan lebih banyak ujian dijalankan.

"Kit ujian kendiri yang menggunakan air liur juga boleh didapati di farmasi bagi membolehkan orang ramai melakukan ujian sendiri di rumah," katanya.

Dr Chong berkata, selain itu, pihaknya meningkatkan sokongan kepada barisan hadapan di hospital dan fasiliti kesihatan serta memperkukuhkan sistem sokongan sosial dan emosi untuk orang awam.

"Kami juga mendapatkan dan memperuntukkan sejumlah dana bagi tujuan perolehan peralatan perubatan dan ubat-ubatan tambahan dan kami juga berusaha meningkatkan komunikasi dengan orang awam tentang isu kritikal dan sentiasa mengemas kini maklumat semasa.

"Kakitangan kami di hospital, fasiliti kesihatan dan bahagian pengurusan kini keletihan, tetapi kami tetap di sini untuk anda dan terus bekerja bagi mengatasi krisis ini," katanya.

Menurutnya, GKVSTF juga menjangkakan jumlah kes terus meningkat selama beberapa hari akan datang selepas pihaknya menggalakkan penggunaan ujian kendiri dan RTK-Ag.

"Tetapi jangan khuatir kerana kami cuba sedaya upaya mengesan sebanyak mungkin kes positif bagi mengurangkan penularan wabak dalam komuniti kita.

"Dengan lebih banyak kes positif dan kontak rapat, mereka diasingkan dan dikuarantin, kes mula berkurangan dalam beberapa minggu.

"Jika ini dicapai, strategi ujian Covid-19 dapat disusun semula bagi memastikan pengesanan kes untuk pengasingan dan pemantauan lebih berkesan," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/ramai-tidak-sedar-sudah-dijangkiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raffi Ahmad Insaf Selepas Dijangkiti Covid 19 Semakin Rajin Solat Kerana Takut Dengar Berita Kemati

Raffi Ahmad Insaf Selepas Dijangkiti Covid 19 Semakin Rajin Solat Kerana Takut Dengar Berita Kemati

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 308 hits
Raffi Ahmad insaf selepas dijangkiti Covid 19 semakin rajin solat kerana takut dengar berita kematian Raffi Ahmad insaf selepas dijangkiti Covid 19 semakin rajin solat kerana takut dengar berita
Sebelum Meninggal Dunia Ibu Dijangkiti Covid Pesan Pada Anak Pergi Rumah Anak Yatim

Sebelum Meninggal Dunia Ibu Dijangkiti Covid Pesan Pada Anak Pergi Rumah Anak Yatim

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 321 hits
Seorang ibu tunggal yang dijangkiti Covid 19 sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun supaya pergi ke rumah anak yatim sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin Pemeriksaan awal menggunakan kit ...
Dua Pertiga Populasi India Dijangkiti Covid 19

Dua Pertiga Populasi India Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 257 hits
Kira kira dua pertiga populasi India dipercayai sudah dijangkiti Covid 19 menurut kajian yang dijalankan kerajaan Kaji selidik berdasarkan serum darah dalam kalangan 29 000 individu pada Jun dan Julai lalu menunjukkan 67 6 peratus yang terb...
Boleh Saman Kerajaan Jika Dijangkiti Covid 19 Di Ppv Kata Peguam

Boleh Saman Kerajaan Jika Dijangkiti Covid 19 Di Ppv Kata Peguam

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 235 hits
Minderjeet KaurOrang ramai menunggu giliran untuk divaksin di Ideal Convention Centre Shah Alam di mana 204 orang petugas di pusat pemberian vaksin itu dilaporkan dijangkiti Covid 19 PETALING JAYA Orang ramai yang dijangkiti Covid 19 di Pus...
8 Beradik Anak Yatim Lepas 3 Hari Mak Ayah Dijangkiti Covid 19

8 Beradik Anak Yatim Lepas 3 Hari Mak Ayah Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 346 hits
Wabak Covid 19 terus memakan korban dan kes kematian masih tinggi secara konsisten sepanjang bulan lalu seringkali angka kes harian mencecah melebihi angka 100 nyawa Antara nyawa yang terkorban itu ibu bapa Nazurah Nabilah Yajeed berusia 19...
Tinggalkan 6 Anak Masih Kecil Ibu Tunggal Dijemput Ilahi Selepas Dijangkiti Covid

Tinggalkan 6 Anak Masih Kecil Ibu Tunggal Dijemput Ilahi Selepas Dijangkiti Covid

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 326 hits
Jika di awal kes penularan wabak Covid 19 tahun lalu kita risaukan kesihatan golongan yang mempunyai penyakit kronik dan warga emas Namun sekarang ia sangat berbeza sekali kerana ramai golongan muda yang mendapat jangkitan Covid sehingga di...
Ibu Menyusu Dijangkiti Covid 19 Ini Yang Perlu Difahami Sebelum Penyusuan

Ibu Menyusu Dijangkiti Covid 19 Ini Yang Perlu Difahami Sebelum Penyusuan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 230 hits
Susu ibu adalah selamat dan penting untuk tumbesaran bayi Penularan wabak Covid 19 sememangnya mendatangkan kebimbangan bagi setiap individu Tidak terkecuali ibu menyusu anak Tiada siapa boleh menafikan bahawa susu ibu dapat melindungi bayi...
Individu Divaksin Penuh Ada 1 3 Kemungkinan Dijangkiti Covid Kajian Uk

Individu Divaksin Penuh Ada 1 3 Kemungkinan Dijangkiti Covid Kajian Uk

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 187 hits
Paul Elliott profesor di Sekolah Kesihatan Awam Imperial College London dan pengarah kajian itu berkata tiada vaksin yang 100 berkesan dan penerima dua dos vaksin masih boleh dijangkiti Covid 19 LONDON Individu yang lengkap dua dos vaksin d...
Kanak Kanak Bayi Dijangkiti Covid 19 Meningkat

Kanak Kanak Bayi Dijangkiti Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 236 hits
Pada masa ini 218 kanak kanak dalam kategori satu dan dua Covid 19 sedang menjalani rawatan di Pengkalan Chepa KOTA BHARU Seramai 200 orang kanak kanak ditempatkan di 12 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 di Kelantan sejak dua minggu...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation