Ramai Rakan Saya Terkorban Diserang Hendap Pengganas Komunis Jantan Baba



MELAKA - Nama bekas Pegawai Waran 2, Jantan Baba memang jarang disebut, namun beliau pernah mengharumkan tanah air ini atas keberaniannya berjuang ketika negara diancam pengganas komunis.

Berusia 95 tahun, anak kelahiran Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah ini pernah dianugerahkan Pingat Keberanian British Military Medal (MM) oleh Ratu Elizabeth.



Jantan berkhidmat bersama tentera British selama 21 tahun dan pernah menembak mati tujuh anggota komunis dalam satu operasi di Kenaboi, Negeri Sembilan, malah ketika itu telinga kirinya ditembak pengganas tersebut.

Berbekalkan kelulusan darjah lima, Jantan mula mencebur diri dalam bidang ketenteraan dengan menyertai Rekrut Askar Melayu pada 1948 di Kem Port Dickson, Negeri Sembilan.




Sebaik tamat latihan, beliau kemudiannya dihantar berkhidmat dengan Batalion Pertama Askar Melayu yang berpangkalan di Taiping, Perak di bawah Platun 8 Kompeni C.

Menurut Jantan, pengalaman pertama beliau ketika berhadapan dengan pengganas komunis ketika bertugas di Grik, Perak yang ketika itu di bawah pimpinan Sarjan Mohammed Yusof Ismail.

"Platun menerima maklumat daripada individu kalangan kaum orang asli bahawa mereka didatangi pengganas komunis untuk mendapatkan bekalan makanan dan sebagai tindakan platun serta-merta digerakkan ke penempatan orang asli.

"Hasilnya pengganas berjaya ditawan hidup-hidup bersama selaras rifel dan peluru," katanya dalam satu temuramah khas yang diadakan bersama Sinar Harian dan TV3 baru-baru ini.

Menurut Jantan, sewaktu kompeninya beroperasi di Padang Cermin, Grik, pasukannya berjaya menawan seramai 94 orang pengganas komunis.



Namun katanya, cabaran paling getir dialaminya pada 8 April 1951 ketika berkhidmat di Kem Kuala Kelawang, Negeri Sembilan apabila beliau dipilih menyertai satu operasi di Titi, Kuala Kelawang.

"Platun kami seramai 12 anggota yang dipimpin oleh Leftenan Muda PL Philcox bersama tiga buah kenderaan terdiri dari dua buah Land Rover dan sebuah trak membawa 23 orang anggota lain dengan diiringi sebuah kereta perisai dari Titi ke Kongkoi, Kenaboi melalui satu detik mencabar.

"Ketika itu kami mendapati sekumpulan penduduk berbangsa Cina yang mendakwa kad pengenalan mereka dirampas pengganas komunis kelihatan gembira. Reaksi mereka menyebabkan saya bersama rakan-rakan berasa curiga lantaran bersiap sedia," katanya.

Menurut Jantan, sangkaan mereka tepat apabila diserang hendap oleh pengganas komunis sehingga berlakulah aksi tembak menembak yang mengakibatkan enam anggota terkorban, manakala tujuh lagi termasuknya cedera.

"Ketika detik itu, lebih kurang jam 11 pagi Land Rover di hadapan dan trak membawa pasukan terhenti, saya berada di kenderaan kedua. Ramai yang cedera dan terkorban akibat serangan.

"Leftenan Muda PL Philcox sendiri pengsan kerana terkena serpihan bom manakala sebuah lagi kenderaan berundur bagi mendapatkan bantuan. Saya sendiri terpaksa mengambil alih kepimpinan pasukan selepas beberapa pegawai utama cedera," katanya.

Menurutnya, beliau berjaya menembak mati tujuh pengganas komunis dalam operasi tersebut dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Besar Seremban.

"Lantaran itu saya dianugerahkan Pingat Keberanian British Military Medal (MM) oleh Ratu Elizabeth," katanya.

Sewaktu Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada 1964, Jantan yang ketika itu berpangkat Sarjan turut bersama 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pernah ditugaskan di beberapa lokasi di Sabah.

"Saya kemudiannya meninggalkan 1 RAMD selepas dinaikkan ke pangkat Staf Sarjan dan ditugaskan ke Batalion Ke-9 yang baharu ditubuhkan di Kem Majidee, Johor.


"Apabila dinaikkan ke Sarjan Mejar, saya bertukar ke Batalion ke-11 Infantri di Batu Gajah, Perak," katanya.

Sementara itu, ketika upacara pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Jantan diberikan penghormatan untuk memegang cokmar semasa detik bersejarah itu.

Jantan juga pernah dihantar ke England selama enam bulan bagi menyertai kawad hormat ketika pertabalan Ratu Elizabeth pada 1952.

Jantan bersara pada 1969 dengan jawatan terakhirnya sebagai Sarjan Mejar di Kem Batu Kentomen.

Beliau beruma tangga dengan Enon Ahmad pada 1947 dan dikurniakan lapan cahaya mata.

Jantan berkahwin buat kali kedua dengan Aminah Salleh setelah pemergian Allahyarhamah Enon pada 1975. -Sinar Harian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/ramai-rakan-saya-terkorban-diserang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Sekeluarga Terkorban Gara Rakan Sekerja Gagal Kuarantin Diri Selepas Pulang Dari Itali

5 Sekeluarga Terkorban Gara Rakan Sekerja Gagal Kuarantin Diri Selepas Pulang Dari Itali

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 363 hits
Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan lima kematian wabak covid 19 di Sarawak dipercayai berpunca daripada rakyat Malaysia yang baru balik melancong dari Itali Salah seorang keluarga mangsa tersebut iaitu S...
Kantor Freeport Di Kuala Kencana Diserang Kkb 3 Karyawan Ditembak 1 Meninggal

Kantor Freeport Di Kuala Kencana Diserang Kkb 3 Karyawan Ditembak 1 Meninggal

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 144 hits
Pelaku penembakan di Kuala Kencana yang merupakan wilayah operasional PT Freeport dilakukan KKB dipimpin Joni Botak yang selama ini memang beroperasi di sekitar Kali Kopi
Ibu Meninggal Negara Diserang Wabak Netizen Indonesia Luah Rasa Simpati Dengan Jokowi

Ibu Meninggal Negara Diserang Wabak Netizen Indonesia Luah Rasa Simpati Dengan Jokowi

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 339 hits
SIAPA yang tidak sedih apabila jika memegang tanggungjawab sebagai pemimpin namun diuji dengan ujian yang bertalu talu Apatah lagi jika bergelar seorang pemimpin negara Seperti yang kita maklum Indonesia kini sedang bertarung dengan wabak j...
Bahasa Malaysia Kementerian Rina Diserang

Bahasa Malaysia Kementerian Rina Diserang

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 339 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Selepas beberapa jam Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat memohon maaf berhubung tips suara Doraemon untuk para isteri di rumah penggunaan Bahasa Malaysia kementerian itu pula menjadi sasaran netizen...
Patah Kaki Diserang Gajah Liar

Patah Kaki Diserang Gajah Liar

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 286 hits
Adnan Ibrahim SEORANG lelaki warga Indonesia patah kedua dua belah kaki selain cedera dibeberapa bahagian badan akibat diserang sekumpulan gajah liar dalam kejadian di Ladang Sungai Sayong di Kahang pada 7 30 pagi semalam Pengarah Jabatan P...
Eropah Benua Paling Teruk Diserang Covid 19

Eropah Benua Paling Teruk Diserang Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 202 hits
Eropah pula menjadi benua paling terjejas dengan 77 129 kematian daripada keseluruhan 932 205 kes didiagnosis setakat ini Itali mendahului dengan 19 899 kematian Sepanyol Perancis dan Britain Dalam pada itu Amerika Syarikat muncul negara pa...
Buruk Kini China Kembali Diserang Wabah Baru Virus Super Infeksi Baru

Buruk Kini China Kembali Diserang Wabah Baru Virus Super Infeksi Baru

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 239 hits
Beberapa waktu lalu China mengumumkan bahwa negaranya sedikit lega setelah wabah virus corona mulai mereda Beberapa kota di Hubei termasuk Wuhan berangsur sudah mulai kembali normal dan dibuka dari lockdown Namun hanya beberapa waktu setela...
Naim Daniel Diserang Individu Oku Di Instagram

Naim Daniel Diserang Individu Oku Di Instagram

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 417 hits
Naim Daniel yang terkenal dengan lagu Sumpah hari ini mendedahkan beliau telah diserang oleh seorang individu oku di akaun Instagram miliknya Video yang berdurasi lebih kurang 17 saat berkenaan mendedahkan mesej yang dihantar telah mengunda...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare