Ramai Pihak Mula Sedar Tentang Kemiskinan Haid


Fadila Awaludin Majlis Perbandaran Selayang ambil pendekatan bantu wanita yang tidak berkemampuan dalam pengurusan haid.

Muhammad Najmi Samsudin, ahli JKP Zon 15 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyumbang kit penjagaan kebersihan diri kepada penduduk Kampung Melayu Pekan Rawang. Ketidakmampuan untuk membeli tuala wanita atau “kemiskinan haid” mula disedari sebagai salah satu masalah yang melanda miskin bandar.
Tertarik dengan pendedahan MalaysiaNow pada Januari, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memulakan inisiatif menyumbangkan set penjagaan kebersihan diri di Kampung Melayu Pekan Rawang.
Ahli Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 15 MPS Muhammad Najmi Samsudin menyantuni penduduk dengan memberikan sumbangan 120 set penjagaan kebersihan wanita yang terdiri daripada tuala wanita, losyen, tuala basah, sabun dan cecair sanitasi.
“Awalnya saya agak terkejut apabila dimaklumkan mengenai kemiskinan haid dan disebabkan itu pihak majlis mengambil pendekatan untuk membantu wanita yang tidak berkemampuan,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Tidak dinafikan ia nampak mudah tetapi realitinya ada yang tidak mampu untuk mendapatkan tuala wanita disebabkan kurang berkemampuan.
“Tumpuan diberikan kepada penduduk yang berpendapatan rendah kerana kaum wanita ini lebih memberi fokus kepada perbelajaan keluarga berbanding diri sendiri.”
Najmi berkata, walaupun perkara melibatkan pembelian tuala wanita merupakan antara isu sensitif tetapi sambutan positif daripada masyarakat setempat amat memberangsangkan.
Katanya, selain memberikan sumbangan di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Melayu Pekan Rawang, set penjagaan kesihatan turut diagihkan dari rumah ke rumah.
“Pada awalnya saya bimbang sekiranya mereka tidak mahu untuk hadirkan diri kerana hal ini merupakan perkara sensitif kepada wanita.
“Tetapi saya berterima kasih dan bersyukur apabila mereka hadir walaupun ada sebahagiannya perlu diagihkan secara dari rumah ke rumah,” katanya.
Pada Januari MalaysiaNow melaporkan “kemiskinan haid” antara masalah yang melanda miskin bandar disebabkan pandemik Covid-19.
Kesempitan wang menyebabkan terdapat wanita miskin bandar menggunakan kain perca atau tuala lama yang dipotong-potong kecil sebagai ganti kepada tuala wanita.
Menurut Najmi melihat kepada tanggungjawab sosial mengenai permasalahan tersebut, MPS berhasrat untuk menjadikan ia sebagai acara tahunan sekali gus mewujudkan kesedaran tentang penjagaan diri dalam kalangan wanita.
Katanya, kesedaran mengenai penggunaan tuala wanita bukan sahaja perlu fokus hanya pada satu jantina dan kaum lelaki juga perlu prihatin tentang penjagaan kesihatan dan kebersihan wanita melibatkan isteri dan anak-anak.
“Kadang-kala penghuni di rumah flat lebih kurang berkemampuan berbanding mereka di luar bandar kerana tiada penyelenggaraan terutama kebersihan sampah dan masalah denggi,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/ramai-pihak-mula-sedar-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Dan Foto Bicara Tentang Demokrasi Tapi Tidak Pada Kemiskinan Anwar Ibrahim

Video Dan Foto Bicara Tentang Demokrasi Tapi Tidak Pada Kemiskinan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 211 hits
Berbicara dalam sesi wacana Democracy Forum atas tema Charting the Future of Parliamentary Democracy in Malaysia anjuran International Strategy Institute di Kuala Lumpur pagi tadi yang turut melibatkan tokoh tokoh lain Saya bangkitkan soal ...
Tak Mahu Dikaitkan Bersama Dengan Bekas Suami Nadia Brian Dedahkan Pula Ada Pihak Yang Cuba Kritik Tentang Dirinya

Tak Mahu Dikaitkan Bersama Dengan Bekas Suami Nadia Brian Dedahkan Pula Ada Pihak Yang Cuba Kritik Tentang Dirinya

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 373 hits
Baru baru ini difahamkan sama seperti bekas suami yang enggan nama mereka dikaitkan bersama Nadia Brian telah meminta semua pihak agar tidak mengguna atau mencantumkan gambarnya bersama bekas suami iaitu Muizz Nasruddin dalam sebarang bentu...
Baru Sedar Ke Najib Persenda Guan Eng Tentang Cukai Bayar Dulu Bincang Kemudian

Baru Sedar Ke Najib Persenda Guan Eng Tentang Cukai Bayar Dulu Bincang Kemudian

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 254 hits
PETALING JAYA Najib Razak mempersendakan desakan Lim Guan Eng supaya Putrajaya memansuhkan peruntukan baharu bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mewajibkan cukai dibayar dahulu walaupun taksirannya dicabar Bekas perdana menteri itu yang m...
Wagub Dki Minta Masyarakat Tingkatkan Kesadaran Tentang Larangan Mudik

Wagub Dki Minta Masyarakat Tingkatkan Kesadaran Tentang Larangan Mudik

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 253 hits
Politikus Gerindra itu menuturkan jumlah personel aparat keamanan seperti TNI Polri dan rangkaian regulasi tidak akan efektif menghalau perjalanan masyarakat ke kampung halaman
Apa Masalahnya Kalau Betul Kata Anwar Tentang Perbualan Dengan Zahid

Apa Masalahnya Kalau Betul Kata Anwar Tentang Perbualan Dengan Zahid

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 238 hits
Anwar turut menjelaskan beliau belum lagi melaporkan perkara tersebut kepada polis dan tegaskan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan beliau Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau belum lagi melaporkan kepada polis berhubung rakaman per...
Kamal Adli Akhirnya Risik Uqasha Senrose Jadi Calon Isteri Adik Uqasha Tampil Dedah Tentang Hal Tersebut

Kamal Adli Akhirnya Risik Uqasha Senrose Jadi Calon Isteri Adik Uqasha Tampil Dedah Tentang Hal Tersebut

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 739 hits
Baru baru ini kelihatan Raysha dan keluarga agak teruja bila kakaknya iaitu Uqasha Senrose bakal disatukan dengan Kamal Adli tidak lama lagi Difahamkan hubungan cinta pasangan pelakon iaitu KAmal Adli dan Uqasha Senrise sudah memasuki fasa ...
Komen Lokman Noor Adam Tentang Konspirasi Di Antara Ahmad Zahid Hamidi Dan Anwar Ibrahim

Komen Lokman Noor Adam Tentang Konspirasi Di Antara Ahmad Zahid Hamidi Dan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 303 hits
Komen Lokman Noor Adam Tentang Konspirasi Di Antara Ahmad Zahid Hamidi Dan Anwar Ibrahim
Sampai Bila Nak Diam Tentang Surat Zahid Sokong Anwar Jadi Pm Soal Annuar

Sampai Bila Nak Diam Tentang Surat Zahid Sokong Anwar Jadi Pm Soal Annuar

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 174 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa terpaksa terima Perhimpunan Agung Umno 2020 tidak membincangkan surat sokongan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk Yang di Pertuan Agong melantik Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ...
Perkara Mudah Tapi Wajib Ajar Anak Jaga Tertib Lepas Mandi Ingatkan Anak Tentang Rasa Malu

Perkara Mudah Tapi Wajib Ajar Anak Jaga Tertib Lepas Mandi Ingatkan Anak Tentang Rasa Malu

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 370 hits
Perkara perkara yang mudah dan ringkas seperti selepas mandi dan selepas keluar dari tandas mungkin dirasakan kurang penting untuk diajarkan pada anak Namun hakikatnya hal hal sebegini perlu diajar pada anak kita Sebagai mak ayah kita perlu...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas