Ramai Penyokong Bn Sudah Lari Lapor Kajian Firma Penyelidik


agendaily.com31/10/2022
Jumlah pengundi atas pagar kini semakin besar berbanding hanya 10 peratus pada PRU-14, susulan tindakan ramai penyokong BN beralih menyokong parti lain.
Firma penyelidikan O2 Research Malaysia (O2) melaporkan ramai pengundi Barisan Nasional (BN) kini sudah beralih menyokong parti lain, dengan sesetengahnya kembali menjadi ‘pengundi atas pagar’.

Kajian itu juga mendapati 43 peratus pengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan membuat pilihan calon atau parti pada saat akhir iaitu ketika hari pengundian 19 November ini.

Difahamkan, ramai pengundi BN telah beralih menyokong parti lain, terutama Perikatan Nasional (PN), khususnya setelah bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak, dihantar menjalani hukuman penjara.

Selain itu, mereka juga terkesan dengan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan Pengerusi BN dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, supaya membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah, iaitu 12 pertuduhan pecah amanah jenayah berhubung RM31 juta dana Yayasan Akalbudi, 27 pertuduhan pengubahan wang haram, dan lapan pertuduhan rasuah atas penerimaan RM21.25 juta.

Kes-kes melibatkan pemimpin UMNO dan BN yang dituduh di mahkamah juga mempengaruhi pengundi hingga mereka hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Sementara itu, Ketua Penyelidik O2, Anis Anwar Suhaimi berkata kajian pihaknya menunjukkan jumlah pengundi atas pagar kini semakin besar berbanding hanya 10 peratus pada PRU-14, susulan tindakan ramai penyokong BN beralih menyokong parti lain.

Beliau berkata, kajian O2 juga menunjukkan 28 peratus responden sudah ada kecenderungan terhadap sesebuah parti, namun mereka masih terbuka untuk menukar haluan dan mengundi parti lain.

“Sebanyak 51 peratus pengundi atas pagar berkenaan adalah daripada kelompok pengundi berusia bawah 30 tahun, majoriti mereka merupakan pengundi pertama kali pada PRU-15.

“Kebanyakan mereka dipercayai sukar memahami perkembangan politik tanah air yang semakin rumit selepas PRU14. Situasi yang kurang jelas dengan pendedahan politik yang minimum menjadikan mereka masih berkira-kira parti manakah yang terbaik sebagai pilihan untuk mentadbir Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Pengundi atas pagar yang semakin besar memperlihatkan semangat keterikatan dan kesetiaan kepada parti semakin longgar dan ini memberi cabaran kepada parti-parti untuk mengekalkan tabung undi mereka,” katanya kepada Sinar Premium.

Bagaimanapun, Anis berkata, saiz pengundi atas pagar kini berperanan besar dalam mempengaruhi peluang kemenangan sesebuah gabungan parti politik.

“Penglibatan mereka sama ada untuk turun mengundi atau sebaliknya bakal mempengaruhi peluang kemenangan sesebuah parti. Oleh sebab sikap politik yang masih sukar untuk dinilai, parti-parti yang bertanding terpaksa berusaha keras dan tidak boleh selesa dengan sokongan semasa.

“Disebabkan itu, golongan ini tanpa sedar atau tidak sebenarnya memiliki suara tuntutan signifikan untuk didengari dan wajar dirunding oleh parti-parti politik,” katanya.

Menurut Anis, antara isu yang mempengaruhi golongan pengundi atas pagar termasuklah soal kestabilan politik, ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat.

“Dalam mempertimbangkan parti yang boleh membuat tawaran lebih baik kepada mereka, isu-isu awam berpotensi menjadi faktor utama.

“Antaranya isu sosial yang melibatkan gejala sosial dan penderaan domestik, isu alam sekitar dan juga peluang pekerjaan bagi orang muda,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/ramai-penyokong-bn-sudah-lari-lapor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekompakan Genk Lapor Pak Hadiri Lamaran Kiki Saputri Kurang Andre Taulany

Kekompakan Genk Lapor Pak Hadiri Lamaran Kiki Saputri Kurang Andre Taulany

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 131 hits
Komika Kiky Saputri dilamar oleh kekasihnya Muhammad Khairi Acara dihadiri oleh keluarga dan sahabat dekat Kiky Saputri Salah satunya genk Lapor Pak Seperti diketahui Kiky Saputri menjadi salah satu pemain di program yang tayang di televisi...
Menteri Gesa Orang Ramai Lapor Jika Ada Pendakwah Jemputan Dari Luar Negara Meragukan

Menteri Gesa Orang Ramai Lapor Jika Ada Pendakwah Jemputan Dari Luar Negara Meragukan

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 140 hits
Foto The StarUmat Islam di negara ini dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri masing masing sekiranya mendapati terdapat pendakwah jemputan dari luar negara yang meragukan Menteri di Jabatan Perdana Me...
Radzi Arah Ksu Lapor Sprm Dakwaan Zaharin

Radzi Arah Ksu Lapor Sprm Dakwaan Zaharin

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 176 hits
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengarahkan satu laporan kepada SPRM dibuat hari ini susulan dakwaan blogger Zaharin Mohd Yassin Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini telah mengarahkan satu laporan kepada Suru...
Dihalau Coast Guard Singapura Nelayan Lapor Polis

Dihalau Coast Guard Singapura Nelayan Lapor Polis

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 214 hits
Dihalau Coast Guard Singapura nelayan lapor polis Dikemas kini 3 jam yang lalu Diterbitkan pada 24 Oct 2022 10 32PM
Nelayan Lapor Polis Insiden Pertengkaran Dengan Coast Guard Singapura

Nelayan Lapor Polis Insiden Pertengkaran Dengan Coast Guard Singapura

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 152 hits
JOHOR BAHRU Satu laporan polis dibuat wakil nelayan tempatan hari ini susulan insiden pertengkaran mulut antara kumpulan nelayan berkenaan dan Coast Guard Singapura seperti tular di media sosial petang Ahad Ketua Polis Daerah Iskandar Puter...
Akujanji Calon Palsu Setpol Shamsul Anuar Lapor Polis

Akujanji Calon Palsu Setpol Shamsul Anuar Lapor Polis

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 198 hits
freemalaysiatoday com November 3 2022 3 26 PMSemalam Shamsul Anuar Nasarah berkata akujanji calon PRU15 yang mengikrarkan sokongan kepada Ahmad Zahid Hamidi termasuk sebagai perdana menteri adalah palsu KUALA LUMPUR Setiausaha politik kepad...
Calon Bn Nafi Surat Akujanji Tular Sokong Zahid Jadi Pm Tapi Tak Lapor Polis

Calon Bn Nafi Surat Akujanji Tular Sokong Zahid Jadi Pm Tapi Tak Lapor Polis

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 211 hits
agendaily com2 11 2022Calon UMNO Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menafikan surat Akujanji ditandatanganinya menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri jika BN menang PRU 15 Awal hari ini ...
Helikopter Terhempas Bomba Sahkan Semua Penumpang Di Lapor Selamat

Helikopter Terhempas Bomba Sahkan Semua Penumpang Di Lapor Selamat

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 134 hits
PETALING JAYA Enam kru termasuk seorang juruterbang dilaporkan terselamat dalam nahas helikopter jenis Eurocopter AS355F2 di Brinchang Cameron Highlands petang tadi Lima mangsa nahas tersebut mengalami kecederaan ringan manakala seorang man...
Android 12 Lebih Banyak Isu Kecacatan Berbanding Ios 15 Selepas 10 Bulan Dilancarkan Kajian

Android 12 Lebih Banyak Isu Kecacatan Berbanding Ios 15 Selepas 10 Bulan Dilancarkan Kajian

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 141 hits
Berdasarkan kepada Laporan Ancaman Kerajaan Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh pakar analisis keselamatan dari Lookout lebih banyak isu kecacatan dalam sistem operasi Android telah ditemui yang mendedahkan peranti pintar Android terdeda...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil