Ramai Pemandu Belum Dapat Bantuan Tunai Kata Kumpulan Teksi


Nicholas ChungPemandu teksi antara golongan terjejas akibat tiada pelanggan susulan pelaksanaan PKP untuk membendung penularan Covid-19. PETALING JAYA: Sebuah persatuan pemandu teksi merayu kerajaan memperluaskan pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada pemandu teksi yang tidak disenaraikan secara rasmi sebagai penerima.

Presiden Gabungan Teksi SeMalaysia, Kamaruddin Mohd Hussain berkata, beliau menerima banyak aduan daripada pemandu teksi yang belum mendapat bantuan kewangan kerajaan.

Katanya, mereka kecewa Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) tidak menyenaraikan mereka sebagai penerima hanya kerana mereka belum memperbaharui kad pemandu.

Beliau berkata, pengadu terbabit masih memandu teksi kerana lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) dan permit mereka masih sah.
“Ia adalah tanggungjawab Apad untuk memberitahu semua pemandu memperbaharui kad pemandu mereka sebelum menyerahkan senarai penerima kepada Kementerian Pengangkutan dan Kewangan.”
“Kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk membantu kami.”

Kamaruddin berkata, Apad menganggap pemandu yang tidak memperbaharui kad mereka sebagai tidak aktif dan ini menyebabkan ramai pemandu yang memiliki lesen PSV serta permit sah terkilan.

Katanya, ramai pemandu teksi memutuskan untuk tidak memperbaharui kad mereka kerana kecewa dengan kegagalan kerajaan terdahulu menguatkuasakan peraturan ketat ke atas perkhidmatan
e-hailing.

Beliau berkata, kebanyakan pemandu tidak mempunyai kemahiran lain kecuali memandu untuk membantu mereka meraih pendapatan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Kerajaan menganggap teksi sebagai perkhidmatan asas dan mengecualikan sektor itu daripada sekatan PKP, tetapi Kamaruddin berkata, kebanyakan masa pemandu teksi tidak mempunyai pelanggan kerana rakyat tidak keluar rumah.

Beliau sebelum ini menggesa Putrajaya mencontohi Singapura yang mengumumkan program berjumlah S$77 juta pada Februari lalu untuk membantu pemandu teksi dan kereta sewa persendirian terjejas akibat Covid-19.

Sebanyak S$73 juta daripada jumlah itu diperuntukkan bagi dana bantuan khas untuk membantu pemandu teksi dan kereta sewa persendirian sepenuh masa yang aktif menanggung kos perniagaan.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz dilaporkan berkata, lebih 6 juta rakyat sudah menerima bayaran BPN di bawah pakej rangsangan ekonomi setakat 12 April lalu.

Katanya, puluhan ribu pemandu teksi, pemandu pelancong dan penunggang beca turut menerima bantuan tunai RM600 yang dijanjikan kepada mereka.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/ramai-pemandu-belum-dapat-bantuan-tunai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Menyusahkan Pinjaman Kata Kumpulan Pks

Bank Menyusahkan Pinjaman Kata Kumpulan Pks

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 343 hits
Satu pasukan petugas daripada kumpulan perusahaan dan industri kecil dan sederhana hari ini menuduh bank menyusahkan permohonan pinjaman untuk PKS memberi amaran ini boleh menamatkan beberapa pihak dalam sektor itu Menurut tinjauan pasukan ...
Bantuan Wang Tunai Rm100 Setiap Keluarga

Bantuan Wang Tunai Rm100 Setiap Keluarga

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 557 hits
SOURCE appeared first on Permohonan sumbangan Bantuan Wang Tunai RM100 untuk Penghuni Perumahan Awam dan Program Perumahan Rakyat Dibuka Bermula Hari Ini melalui eperumahan dbkl bantuan Permohonan sumbangan wang tunai RM100 di bawah Inisiat...
Tiada Pihak Tertinggal Terima Bantuan Kata Rina Harun

Tiada Pihak Tertinggal Terima Bantuan Kata Rina Harun

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 302 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkata lebih 260 000 bakul makanan dan pelbagai bantuan lain disalurkan sejak PKP fasa pertama dilaksanakan KAJANG Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata...
Pangkalan Data E Tunai Tersedia Agih Bantuan M40 Ph

Pangkalan Data E Tunai Tersedia Agih Bantuan M40 Ph

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 297 hits
Pakatan Harapan menolak alasan kerajaan masih sukar untuk mengagihkan dana bantuan RM1 000 kepada golongan M40 Menurut satu kenyataan data lengkap telah ada dalam pangakalan data sistem e dompet dan sedia mengenal pasti mereka yang berpenda...
Cara Kemaskini Bpn M40 Lulus Tetapi Belum Dapat Bantuan

Cara Kemaskini Bpn M40 Lulus Tetapi Belum Dapat Bantuan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 764 hits
CARA KEMASKINI BPN M40 LULUS TETAPI BELUM DAPAT BANTUAN Berdasarkan tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi kategori bujang dan isi rumah M40 adalah bermula 13 April 2020 hingga 15 April 2020 Jika penerima Bantuan Prihatin Nasional...
Belum Terima Bantuan Jemaah Tabligh Pikul Beras Hantar Kepada Artis Veteran

Belum Terima Bantuan Jemaah Tabligh Pikul Beras Hantar Kepada Artis Veteran

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 518 hits
Sejak dilaksanakan pada 18 Mac lalu Perintah Kawalan Pergerakan sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia dari segi kewangan Malah ada yang terpaksa meminta bantuan dari pihak lain berikutan makanan keperluan di rumah sudah keha...
Cara Mohon Bantuan Tunai Rm300 Untuk Negeri Kedah

Cara Mohon Bantuan Tunai Rm300 Untuk Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 3804 hits
CARA MOHON BANTUAN TUNAI RM300 UNTUK NEGERI KEDAH Bagi rakyat negeri Kerajaan negeri kedah telah memberi bantuan tunai secara one off sebanyak RM300 kepada mereka yang layak ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh ne...
Jepang Beri Bantuan Tunai Rp 45 Juta Per Keluarga Terdampak Pandemi Corona

Jepang Beri Bantuan Tunai Rp 45 Juta Per Keluarga Terdampak Pandemi Corona

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 255 hits
Rencananya pemerintahan PM Abe akan memberikan 300 ribu yen ke sekitar 10 juta keluarga di Jepang Program ini adalah bagian penting dari stimulus Jepang melawan corona
Bayaran One Off Rm 600 Kepada Pemandu Teksi Dan Pemandu Pelancong Mulai Esok

Bayaran One Off Rm 600 Kepada Pemandu Teksi Dan Pemandu Pelancong Mulai Esok

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 363 hits
PUTRAJAYA 1 April Bayaran secara one off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar akan dimasukkan ke dalam akaun yang berdaftar mulai esok Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata langkah untuk m...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu