Ramai Kata Umno Malap Tapi


bharian.com.my
Muhamad Lokman Khairi
[email protected]
 Mac 18, 2023 @ 2:25pm

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditemui pemberita pada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan UMNO Bahagian Bagan Datuk, hari ini. - NSTP/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.
BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berharap keputusan dibuat perwakilan UMNO seluruh negara dalam memilih pucuk pimpinan parti di peringkat nasional dan bahagian hari ini akan menjadi pengorak langkah 'UMNO Bangkit 2.0'.

Sehubungan itu, Presiden UMNO mengingatkan pemimpin dipilih menerusi keputusan yang dibuat perwakilan, bukan sahaja bagi peringkat pusat, malah peringkat negeri dan bahagian, perlu bergerak seiring dan bekerja sebagai satu pasukan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

"Sama ada tokoh-tokoh itu dikenali atau pun sedang dikenali atau tidak dikenali langsung, UMNO sangat demokratik. Kaedah untuk menjadi calon (bertanding jawatan) hanya perlu mendaftarkan diri dan setelah cukup tempoh, layak mereka sebagai calon.

"Apa yang saya harapkan, keputusan yang dibuat di 189 bahagian, akan menjadi satu langkah untuk UMNO Bangkit 2.0," kata Timbalan Perdana Menteri ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan UMNO Bahagian Bagan Datuk, di sini.

Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian berkenaan, berkata situasi ramai ahli mencalonkan diri bagi pemilihan kali ini juga membuktikan demokrasi diraikan dalam UMNO walaupun banyak pihak mendakwa parti berkenaan sedang mengalami zaman kemalapan.

"Pada pengamatan saya, kemeriahan demokrasi sedang berjalan dalam UMNO. Walaupun terdapat pihak yang mendakwa parti ini mengalami kemalapan, ramai mahu menaruh diri (bertanding jawatan).

"Terdapat 95 calon ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), yang akan dipilih 25 orang. Terdapat lapan calon naib presiden, 10 calon timbalan pengerusi tetap dan dua calon pengerusi tetap, kita hanya pilih seorang," katanya.

Jawatan Naib Presiden UMNO memperuntukkan tiga kerusi, manakala jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi tetap memperuntukkan satu kerusi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut berharap penyusunan semula jentera parti selepas selesai pemilihan kepemimpinan baharu, bakal membawa UMNO keluar dari kepompong konvensional kepada pendigitalan bagi meraih sokongan pengundi termasuk pengundi baharu.

"Kita sedang jalin hubungan dengan NGO (badan bukan kerajaan) Melayu dan bukan Melayu serta beberapa langkah lain bagi mendokong cita-cita mengukuhkan parti serta menggamit semula sokongan rakyat, khasnya pengundi baharu," katanya.

Sambil meminta Ahli MKT yang dipilih dapat memperkukuh parti, Presiden UMNO berkata, beliau meraikan perbezaan pandangan dan pendapat, tetapi berharap tidak ada yang berbeza pendirian apabila parti membuat keputusan, terutama keputusan besar.

"Harapan saya agar kita pilih calon-calon yang terbaik dalam kalangan yang terbaik, agar kita tidak tersalah pilih kali ini. Kini kita berada dalam Kerajaan Perpaduan dan kita mendukung cita-cita Malaysia MADANI dan kita sebahagian daripada kerajaan," katanya.

Beliau menegaskan, keserasian di antara UMNO dan BN bersama parti yang mendokong Kerajaan Perpaduan hendaklah terjamin, bukan sahaja di peringkat nasional, malah perlu juga sehingga peringkat lokaliti, negeri, kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Malah yang penting di peringkat PDM (pusat daerah mengundi) dan lokaliti," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/ramai-kata-umno-malap-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Sedia Terbit Surat Kelulusan Ros Kata Zahid

Umno Sedia Terbit Surat Kelulusan Ros Kata Zahid

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 260 hits
UMNO akan menerbitkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang meluluskan usul tambahan parti itu supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan tahun ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata b...
Saya Tak Kisah Pun Berpoligami Tapi Biarlah Caranya Betul Kata Shuhada

Saya Tak Kisah Pun Berpoligami Tapi Biarlah Caranya Betul Kata Shuhada

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 275 hits
nbsp Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi Nurul Shuhada Mat Shukri 29 tidak menolak kemungkinan bermadu jika suaminya berhasrat untuk berpoligami Nurul Shuhada menyatakan bahawa dia sedia menerima kehidupan poligami jika Hafidz dapat menunai...
Umno Tak Mahu Jadi Parti Kampung Johan Di Gelanggang Sendiri Kata Zahid

Umno Tak Mahu Jadi Parti Kampung Johan Di Gelanggang Sendiri Kata Zahid

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 231 hits
freemalaysiatoday com12 Mar 2023 11 45pmPresiden Umno meminta ahli mengetepikan kepentingan peribadi untuk parti itu menjadi johan dan relevan di peringkat nasional Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan besar Umno pada PRN Melaka dan Johor ...
Umno Sabah Terima Laporan Kekecohan Dalam Pemilihan Kata Bung Moktar

Umno Sabah Terima Laporan Kekecohan Dalam Pemilihan Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 222 hits
PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin hari ini mengesahkan pihak Umno Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian di negeri ini Sabtu lepas Bung Moktar yang...
Guna Je Lagu Saya Yb Saya Rela Kata Altimet Tapi Netizen Kata Mp Masjid Tanah Balas Dengan Nada Koyak

Guna Je Lagu Saya Yb Saya Rela Kata Altimet Tapi Netizen Kata Mp Masjid Tanah Balas Dengan Nada Koyak

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 233 hits
Media sosial semalam kecoh dengan tindakan Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati yang didakwa menggunakan lagu ciptaan dan nyanyian penyanyi Amir Jahari tanpa kebenaran untuk video solidariti Muhyiddin Yassin yang didakwa atas pertuduhan...
Umno Husnuzon Terhadap Muafakat Nasional Kata Zahid

Umno Husnuzon Terhadap Muafakat Nasional Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 327 hits
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap husnuzon terhadap Muafakat Nasional Beliau berkata pihaknya perlu sentiasa bersangka baik kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik namun pada mas
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Phet

Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998