Ramai Dijangkiti Covid 19 Pakar Nasihat Belia Berjaga Jaga


 Siva Selan
Ketika masih tiada kepastian mengenai hubungan antara varian Covid-19 dengan peningkatan kes dalam kalangan belia, pakar gesa SOP terus dipatuhi.

Gelagat pengunjung leka melihat telefon bimbit ketika bersiar-siar pada malam tahun baru 2021 di Bukit Bintang. Golongan belia kini perlu lebih berhati-hati apabila kes jangkitan Covid-19 didapati banyak menyerang golongan itu. Pakar kesihatan mengingatkan belia Malaysia untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan mengelakkan kawasan tumpuan orang ramai susulan semakin banyak kes jangkitan virus itu dalam kalangan orang muda yang kini meragut lebih 1,700 nyawa dalam negara.Sabtu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka tertinggi jangkitan pada tahun ini diwakili pesakit dewasa berusia antara 20 hingga 30 tahun.
Bercakap pada sidang media selepas hampir dua bulan tidak mengadakannya, beliau berkata pada ketika ini semakin ramai belia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan keparahan lebih tinggi dan daya tahan yang lebih kuat terhadap rawatan.
Beliau turut mendedahkan varian Covid-19 dari UK, Afrika Selatan, Nigeria dan India dikesan di negara ini.
Beberapa pakar kesihatan yang dihubungi MalaysiaNow berkata terlalu awal untuk menyimpulkan peningkatan kes dalam kalangan belia atau yang berusia muda adalah akibat varian-varian yang ditemui pihak berkuasa kesihatan.
Namun, mereka bersetuju warga Malaysia yang berada dalam peringkat usia tersebut perlu mengambil langkah tambahan dalam penjagaan kesihatan demi berjaga-jaga daripada terkena jangkitan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata data masih lagi tidak mencukupi untuk mengesahkan hubungan antara varian-varian tersebut dengan peningkatan kes jangkitan dan kematian kumpulan pesakit-pesakit berusia muda.
Bagaimanapun, beliau berkata ledakan kes kebelakangan ini adalah lebih “parah dan agresif” daripada beberapa gelombang pandemik dalam negara sebelum ini selain peningkatan kes “sangat berbeza” daripada apa yang dicatatkan tahun lalu.
Beliau berkata ICU di hospital yang terletak di Lembah Kelang, Kelantan, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang dipenuhi pesakit yang berada dalam peringkat teruk.
“Kita melihat semakin ramai pesakit muda dimasukkan ke dalam wad berada dalam peringkat teruk,” katanya.
“Bila kami teliti 309 kes kematian akibat Covid-19 dari 31 Mac lalu hingga 4 Mei, lebih kurang 21% adalah dari peringkat umur 25 hingga 54 tahun, melebihi 19% jumlah keseluruhan korban yang dilaporkan daripada kumpulan umur 55 hingga 64 tahun.”
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Subramaniam Muniandy turut bersetuju alasan sebenar peningkatan kes yang melibatkan golongan belia masih lagi tidak diketahui.
Bagaimanapun, beliau berkata kurangnya kepatuhan terhadap SOP semestinya menjadi “faktor utama.”
Beliau berusia 20 hingga 39 tahun dianggap sebagai kumpulan paling aktif dari sudut pergerakan sosial kerana merupakan golongan dewasa yang bekerja selain mewakili pelajar di institusi pengajian tinggi.
Kebanyakannya menghabiskan masa di pusat beli-belah, pasar raya dan restoran yang merupakan lokasi tumpuan ramai.
Subramaniam turut memetik sistem amaran awal atau Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE), mengatakan kebanyakan tempat yang disenaraikan merupakan kawasan tumpuan orang ramai.
“Kerumunan orang ramai adalah penyumbang terbesar dalam peningkatan kes.
“Kluster tempat kerja pun direkodkan setiap hari. Ini juga jadi penyebab peningkatan kes,” katanya.
Beliau turut menggesa kementerian kesihatan mengesahkan jika terdapat kes-kes yang direkodkan kebelakangan ini disebabkan varian-varian yang dibimbangi lebih mudah menular dan menjangkiti orang ramai.
Dalam pada itu, beliau menasihatikan golongan belia elakkan daripada melakukan perjalanan yang tidak penting dan kekal duduk di rumah demi membendung penularan virus.
Azrul juga turut bersetuju kepatuhan terhadap SOP adalah amat penting bagi mencegah jangkitan. Namun, beliau turut berkata adalah mustahil untuk meminta orang ramai kekal berada di rumah dalam tempoh masa yang lama.
“Orang ramai perlu kerja, perlukan pendapatan untuk hidup, beli barang keperluan, bersosial dan menjalankan urusan,” katanya.
“Mengawal golongan yang paling produktif dalam masyarakat untuk kekal di rumah tanpa terlibat dalam ekonomi juga bahaya untuk negara, ia akan menjejaskan pembangunan dan kebangkitan semula sepanjang dan selepas krisis berjaya ditamatkan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/ramai-dijangkiti-covid-19-pakar-nasihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Satgas Covid 19 Apresiasi Penanganan Kepulangan Pekerja Migran Di Banyuwangi

Pakar Satgas Covid 19 Apresiasi Penanganan Kepulangan Pekerja Migran Di Banyuwangi

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 223 hits
Tim Pakar Satuan Tugas Covid 19 Nasional melakukan kunjungan kerja ke Kabupaten Banyuwangi Selasa Mereka datang untuk melihat berbagai upaya pencegahan dan penanganan covid 19 di Banyuwangi
Sempat Bantu Ambil Wuduk Anak Reda Bapa Dijangkiti Covid 19 Meninggal Dunia

Sempat Bantu Ambil Wuduk Anak Reda Bapa Dijangkiti Covid 19 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 588 hits
Runtun jiwa seorang wanita yang juga merupakan doktor perubatan apabila bapanya disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi akibat Covid 19 malam tadi Menerusi laman Instagram Dr Sakinah Kamarul ...
Musim Covid Hantar Berpantang Ke Kampung Susah Suami Kongsi Caranya Jaga Isteri

Musim Covid Hantar Berpantang Ke Kampung Susah Suami Kongsi Caranya Jaga Isteri

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 363 hits
Suami yang hebat di mata isteri adalah yang sentiasa ringan tulang membantu tak berkira dan sentiasa memahami Begitu juga dalam bab menguruskan anak suami tahu apa yang nak dilakukannya Bukan itu je dalam bab isteri berpantang pula suami te...
Jika Tak Berjaga Jaga Kita Akan Jadi Seperti Brazil India Kata Dr M

Jika Tak Berjaga Jaga Kita Akan Jadi Seperti Brazil India Kata Dr M

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 251 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa rakyat Malaysia untuk bersabar dan tidak saling berkunjungan sempena sambutan Hari Raya akan datang untuk membendung penularan wabak Covid 19 Dalam mesej video yang disiarkan d...
Hiburan Scha Alyahya Dan Awal Ashaari Ambil Langkah Berjaga Jaga Bila Muat Naik Sesuatu Di Media Sosial

Hiburan Scha Alyahya Dan Awal Ashaari Ambil Langkah Berjaga Jaga Bila Muat Naik Sesuatu Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 278 hits
Pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya mengakui kedua duanya lebih berhati hati apabila memuatnaik sesuatu di platform media sosial agar tidak berlakunya salah faham diantara peminat Menurut Scha setiap seorang mempunyai cara pemaha...
Pesan Lebaran Menaker Ida Jaga Keluarga Dari Penyebaran Covid 19

Pesan Lebaran Menaker Ida Jaga Keluarga Dari Penyebaran Covid 19

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 281 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah berharap masyarakat Indonesia mematuhi imbauan pemerintah untuk tidak melakukan mudik pada perayaan Idulfitri 1442 H karena masih dalam situasi pandemi Covid 19
Najib Lebih 64 000 Murid Dijangkiti Covid 19 Siapa Perlu Bertanggungjawab

Najib Lebih 64 000 Murid Dijangkiti Covid 19 Siapa Perlu Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 328 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan siapa yang patut dipertanggungjawabkan selepas Kementerian Kesihatan mengumumkan seramai 64 064 murid bawah 12 tahun dijangkiti Covid 19 sejak 18 Mei lalu Najib berk...
Tempoh Setahun 64 046 Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19 Gelombang Ke 3 Lebih Kritikal

Tempoh Setahun 64 046 Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19 Gelombang Ke 3 Lebih Kritikal

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 350 hits
Seramai 64 046 kanak kanak dijangkiti Covid 19 dalam tempoh setahun lalu kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Menerusi laporan Utusan Malaysia dalam tempoh tersebut Dr Adham turut berkata ia juga telah mengorbankan lapan petugas ...
Dijangkiti Covid 19 Timbalan Pengerusi Tetap Umno Kini Kritikal

Dijangkiti Covid 19 Timbalan Pengerusi Tetap Umno Kini Kritikal

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 219 hits
Timbalan Pengerusi Tetap Umno Rizuan Abd Hamid dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas disahkan positif Covid 19 Menurut Sinar Harian Rizuan 66 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Universiti Malaya Perkara itu disahkan Setia...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran