Ramadan Mubarak Maksud Contoh Ucapan
Ramadan Mubarak: Maksud & Contoh Ucapan رمضان مبارك
Ramadan adalah merupakan bulan yang mulia dan sangat dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Ia disambut dengan penuh sukacita, pengabdian dan pengharapan akan keampunan Allah.
Setiap tahun, umat Islam akan menunaikan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan untuk melaksanakan salah satu daripada lima rukun Islam. Puasa Ramadan bukan hanya menunjukkan ketaatan kepada Allah, tetapi juga mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan.
Terdapat pelbagai cara bagi meraikan ketibaan Ramadan, salah satunya ialah dengan berkongsi ucapan sesama insan tersayang. Salah satu ucapan yang popular ialah Ramadan Mubarak.
Maksud Ramadan Mubarak
Ramadan Mubarak merupakan antara ucapan yang sering digunakan oleh umat Islam untuk meraikan kedatangan bulan Ramadan.
“Ramadan” adalah bulan yang ke-9 dalam kalendar Islam.
“Mubarak” pula adalah merupakan perkataan Arab yang bermaksud diberkati.
Jadi, “Ramadan Mubarak” boleh diterjemahkan sebagai “Ramadan yang diberkati” atau “Ramadan yang penuh berkat”.
Ucapan ini mengandungi harapan dan doa agar bulan Ramadan dapat dijalani dengan keberkatan dan kebahagiaan daripada Allah SWT.
BACA JUGA: Kelebihan Bulan Ramadan Dari Segi Spiritual & Kesihatan
Hukum Memberi Ucapan Selamat untuk Menyambut Ramadhan
Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, memberi ucapan selamat untuk menyambut kedatangan Ramadan adalah dibolehkan.
Terdapatnya beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa amalan ini menjadi budaya yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan juga para sahabat, serta turut menjadi pengamalan para salafussoleh.
Contoh Ucapan Ramadan Mubarak ( رمضان مبارك)
1. Selamat menyambut Ramadan, semoga bulan yang penuh berkah ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada anda dan keluarga. Ramadan Mubarak!
2. Dengan tulus ikhlas, saya mengucapkan Ramadan Mubarak kepada semua sahabat dan keluarga. Semoga bulan yang penuh ampunan ini membawa kedamaian dan kebahagiaan kepada kita semua.
3. رمضان مبارك! Ramadan yang mulia telah tiba! Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT dan segala doa-doa kita dikabulkan. Selamat berpuasa!.
4. Di bulan yang penuh berkah ini, saya ingin mengucapkan Ramadan Mubarak kepada semua Muslim di seluruh dunia. Semoga kita semua mendapat keampunan dan rahmat dari Allah SWT.
5. Sambutlah Ramadan dengan hati yang penuh sukacita dan syukur. Semoga bulan ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada anda dan keluarga. Ramadan Mubarak!
6. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkah. Semoga kita semua mendapat hidayah dan keampunan dari Allah SWT. Ramadan Mubarak!
7. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkat. Semoga amalan kita diterima dan doa kita dikabulkan. رمضان مبارك.
8. Dengan penuh kegembiraan, saya mengucapkan Ramadan Mubarak kepada anda dan keluarga. Semoga bulan suci ini membawa kedamaian dan keberkatan. رمضان مبارك.
9.
! رمضان مبارك
Di bulan Ramadan yang suci ini, mari kita tingkatkan amalan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
10. Selamat menyambut Ramadan, bulan penuh keberkatan dan ampunan. Semoga amalan kita diberkati dan diterima, رمضان مبارك.
11. Selamat berpuasa! Semoga setiap detik di bulan Ramadan ini dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan. رمضان مبارك.
12. Selamat menyambut Ramadan, bulan di mana pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup. Ramadan Mubarak! رمضان مبارك
13. Ramadan adalah waktu untuk saling menguatkan dan menyebarkan kebaikan. Semoga setiap langkah kita di bulan suci ini dipenuhi dengan keberkatan. رمضان مبارك, kawan-kawan!
14. Di bulan Ramadan yang mulia ini, mari kita saling menguatkan dan memberi sokongan satu sama lain dalam menjalankan ibadah. رمضان مبارك, sahabat!
15. Sempena bulan Ramadan ini, saya ingin mengucapkan Ramadan Mubarak kepada Ayah dan Ibu. Semoga bulan suci ini membawa keberkatan dan kebahagiaan dalam keluarga kita. رمضان مبارك.
16. Selamat berpuasa kepada Ayah dan Ibu tercinta! Mari kita bersama-sama meraih keberkatan dan ampunan Allah SWT di bulan Ramadan ini. Ramadan Mubarak!
17. Di bulan Ramadan yang suci ini, mari kita bersama-sama memperbanyak amal ibadah dan menjalankan puasa dengan penuh keikhlasan. رمضان مبارك, semua!
18. Sempena Ramadan yang indah ini, saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Ramadan Mubarak untuk semua!
19. رمضان مبارك untuk semua! Semoga bulan ini menjadi bulan yang istimewa dan penuh berkah bagi semua orang. Amin.
20. Salam Ramadan Mubarak. Semoga bulan ini menjadi titik perubahan yang baik untuk kita semua. Jom banyakkan bermuhasabah dan berdoa kepada Allah. InshaAllah amin.
Semoga ucapan-ucapan ini memberikan semangat Ramadan kepada anda dan orang-orang terdekat anda. Jadikanlah Ramadan ini bermakna dan penuhi dengan ibadah bagi mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Untuk mendapatkan lebih banyak lagi perkongsian berkenaan dengan ilmu agama dan soal jawab berkenaan fiqh dari sudut pandang Mufti, anda boleh ikuti kami di e-Central (Agama) dan Taqwa.
Sumber:
HUKUM MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN Mufti Wilayah Persekutuan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/ramadan-mubarak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ramadan-mubarak