Hiking Bukit Senaling Sebelum Ramadan Misi Memburu Awan Karpet Gagal Lagi


Hari Sabtu semalam, merancang untuk hiking sebelum bulan puasa, Ramadan. Bulan Puasa kita rehat. Mana larat nak hiking. Sebenarnya tak tahu nak hiking bukit mana. Tapi dalam negeri Sembilan lah.
Malas nak pergi jauh-jauh. Tak tahu nak hiking Bukit Senaling atau Bukit Sikai. Bukit Senaling nak memburu awan karpet. Bukit Sikai boleh hiking santai-santai sebab tak tinggi sangat dan mudah katanya.

Last-last pilih Bukit Senaling, Kuala Pilah nak memburu awan karpet lah kononnya. Sebab tak pernah ada pengalaman lagi kan. Elok pula malam sebelum hiking hujan. Pagi pagi tu saya assume macam awan karpet lamalah sikit nanti.

Bangun dah awal dah, sebelum subuh. Siap mandi, konon lepas solat subuh terus gerak dari rumah. Sekali perut encik suami meragam. Haa tunggulah dulu dia masuk bilik termenung dulu. Pukul 7.00 pagi baru gerak dari rumah Seremban

Laluan Bukit Putus yang berkabus pada waktu pagi
Selamat Datang ke Kuala Pilah
Matahari sedang mula naik
Sampai di Kuala Pilah, singgah pula membeli coklat dan air. Bertambah lewatlah kami. Matahari pun semakin naik tanda-tanda macam nak cuaca panas je. 
Dari jalan besar, ada papan tanda Bukit Senaling. Masuk je kampung jalan terus je akan jumpa papan tanda lagi


Sampai kaki bukit Senaling which is kawasan kampung tu lebih kurang jam 8.00 lebih. Terlebih lewat sudah. Memang tak payah berharap lah nak tengok awan karpet
 
Walaupun saya baca awan karpet tu pernah sampai jam 9-10 pagi macam tu. Tapi tidaklah kita berharap sangat. Ikut rezeki masing-masinglah.
Tengok di TikTok, Bukit Senaling ni antara bukit popular yang ada awan karpet. Tengah hype juga selain Bukit Batu Sawa yang ada awan karpet.
Bukit SenalingBukit Senaling terletak di Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan ketinggian 394 meter. Tarikan bukit ini adalah awan karpet dan kabus tebal yang dapat dilihat pada awal pagi. Laluan trail mudah dan sesuai untuk pemula.

Kami parkir di kawasan parkir yang disediakan. Kereta pun tak banyak sangat. Mungkin masing-masing tak hiking dah sebab nak bulan puasa dah kan. Atau mungkin ramai yang dah balik selepas melihat awan karpet. Bukit Senaling ni memang ramai yang hiking awal pagi sebab nak tengok awan karpet

Kawasan parkir sebelah kanan

Papan tanda pemberitahuan di rumah makcik pagar hitam
Selepas parkir kereta, kami terus menuju pintu gerbang kayu Bukit Senaling. Sempatlah menyapa makcik di kampung situ. Dari jauh dia dah sedekah senyuman. Saya senyum je lah. Encik suami sempat berborak dalam loghat dorang. Loghat nismilan lah apo laie

Ruang parkir kereta sebelah kanan
Jomlah kita memulakan ekspedisi panjat Bukit Senaling, jam 8:19 pagi
Laluan jalan Tar
Tempat pendaftaranBayaran/ Fee Permit Bukit SenalingSetiap seorang kena bayar RM15RM 5 untuk permit dan RM10 (car park, guider, maintenance, basic aid kit) Ini info apa yang saya baca lah

Apa yang saya faham, kalau berkumpulan lebih 5 orang akan ada seorang guider. Kalau kurang dari itu boleh naik sendiri je. Kalau silap, betulkan saya ye

Selesai urusan daftar lebih kurang 5 minit, kakak yang jaga kaunter tu suruh snap je gambar info guider untuk dihubungi jika ada kecemasan atau perkara yang buruk berlaku. Katanya semua guider dah naik atas. Apa-apa hubungi je. Okay, baiklah. 
Kami teruskan pendakian tanpa perlu menunggu lagi. Dahlah lambat, nak tunggu apa lagi kan. Laluan jalan tar kampung berakhir dan akan memasuki jalan tanah merah pula. 
Jalan tar berakhir
Ikut laluan arah yang disediakan, jam 8:25 pagi dari sini
Laluan/Trail Bukit SenalingLaluan awal tengok macam senang je kan. Tanah merah tapi mendaki, bukan landai. Ingatkan sikit je tapi dia naik naik dan naik lagi. Tak belanja lansung, diskaun pun tak ada! Kata untuk pemula. Ini apa? Pewai (penat awai) kita

naik, naik dan terus naik lagi
Beberapa kali jugalah saya berhenti, konon ambil gambar. Padahal ambil nafas kejap, sambil-sambil. Orang kata kalau penat, rehat. Kita hiking santai-santai je. Nak kejar pace jauh sekali sebab nak hiking santai je menikmati alam.

Sebenarnya laluan macam ni memang sesuailah untuk pemula. Cabaran mudah. Saya je yang tak cukup tenaga masa mendaki awal. 
5 minit mendaki, sampai laluan landai jam 8:30 pagi
sampai di kebun getah, jam 8:38 pagi
2 minit kemudian masuk laluan hutan semak
Melalui kebun getah sekali lagi, jam 8:40 pagiMasuk kebun/ladang kelapa sawit, jam 8:44 pagiMasuk laluan hutan semak lagi
Akan jumpa sungai kecil. Saya ambil view tepi sebab laluan depan ada pendaki lain. 

Selepas sungai akan jumpa papan tanda 1 KM. Bermakna kita dah jalan 1 KM dah. Tahu-tahu je dah 1 KM ye


Kemudian naik bukit lagi melalui kawasan ladang kelapa sawit. Yaaa, naik bukit lagi kita. Jenuh jugalah nak sampai atas. Laluan tanah merah ni agak licin. Lagi-lagi lepas hujan. Mujurlah bawa tongkat sakti (trekker poles) kali ni. Membantu lah juga
Sampai sini jam 8:47 pagi

Kembali masuk laluan hutan yang kiri kanannya banyak tumbuhan pakis

Melalui pula laluan hutan yang kejap turun kejap naik. Mana-mana laluan curam sikit dan licin tu disediakan tali.
Laluan yang mencabar dan agak sempit

Laluan yang agak mencabar juga. Trekker poles tak lut nak pacak sebab batu. Naik guna tali lah ye. Sambil pegang poles sambil pegang tali. Dapat bayangkan tak macamana keadaan tu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah keadaan dia.

Laluan berbatu
Ingatkan sampai sini dah nak sampai puncak sebab terang semacam. Rupanya kena scam, ada lagi laluan berbatu ke atas tu. 

Eh, dah sampai ke? Kena scam lagi! Suka tau bagi harapan palsu kat kita. Ingatkan ayat 5 minit lagi nak sampai tu dah cukup tertipu. Rupanya bukit pun pandai menipu juga eh

Sampai laluan landai macam puncak ni tapi bukan puncak sebenarnya. Di sini bolehlah rehat kejap. Kawasan landai yang sangat luas

jam 9:17 pagi
Dah dah, jangan berehat lama sangat disitu. Marilah kita meneruskan perjalanan. Masa kami naik tadi, tak terserempak dengan mana-mana pendaki lain. Kira kami ni pendaki terlewat lah. Sampai sini ada jumpa pendaki lain tengah berehat. Sorang je. 

Marilah kita teruskan perjalanan. Walaupun nampak masih jauh lagi. Ada papan tanda 2 KM. Okay, sudah 2 KM kita berjalan. Macam dah nak dekat dah tu


Papan tanda pemberitahuan yang diletakkan di rimbunan pakis sebelah kanan

Masuk hutan kembali, jam 9:26 pagi
Tangga kayu
Trail mendaki lagi
500 meter lagi untuk sampai ke puncak


Nampak terang atas tu macam dah nampak bayangan puncak dah. Semangat lain macam kalau dah nak sampai puncak. Tak sabar nak rehat


Bila dah nampak berup, dah boleh tarik nafas lega dah. Maknanya dah sampai puncak tertinggi Bukit Senaling. Sampai jam 9:47 pagi. 90 minit bersamaan 1 jam setengah kami ambil masa untuk sampai ke puncak. Ye lah, ambil masa rehat dan ambil gambar lagi. Jadi lambatlah cerita dia.

BerupBerup adalah sebuah binaan berbentuk segitiga yang mempunyai empat kaki. Ianya diletakkan di atas puncak bukit atau puncak gunung supaya mudah dilihat dari jauh. Berup antara jenis stesen trigonometri yang dibina oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk pemetaan, penanda ketinggian dan sesetengahnya digunakan untuk ukuran lot tanah.
sumber : hmetro

Puncak Bukit SenalingTurun sikit dari berup ni nampak papan tanda Puncak Bukit Senaling, 394 M | 1293 FT. Jomlah kita bergambar. Cuaca panas terik memancar bukan main lagi. Nak buka mata pun payah. Ambil gambar tidur je lah. Pejam mata


Baru nak duduk rehat. Terpandang ada bukit lagi satu. Lahhh, ada puncak lain. Jomlah kita ke sana dulu ambil gambar


Sebelum sampai di puncak satu lagi, sebelah kanan ada port bergambar yang cantik juga. Ada papan tanda Bukit Senaling. 

Nak senyum ke nak marah ke nak tidur, tak tahulah. Panas betul! Mujur juga tak ramai kat atas ni. Jadi tak payah nak tunggu giliran bergambar. Masa kami sampai atas pun masing-masing tengah berehat. 

Di puncak depan tu ada papan tanda lain pula. Selagi ada papan tanda, selagi tu kita bergambar. Satu lagi papan tanda terpacak di situ dengan bendera Palestin. Cuma tulisan di situ kurang jelas, sudah memudar. Tapi tetap nak juga ambil gambar di situ. Tanda hadir kan


Lepas dah puas bergambar barulah duduk rehat. Makan roti, coklat dan minum air sambil menikmati permandangan dari puncak Bukit Senaling yang hanya ada saki baki kabus yang tinggal. Awan karpet sudah berlalu pergi. Misi memburu awak karpet gagal sekali lagi

Tak mengapalah. Bukan rezeki. Kita nikmati saja apa yang ada atas puncak ni. Saya perasan ada spesis bunga yang menarik. Bunganya warna pink purple. Ke fuschia entah. Cantik bunganya macam bunga sakura


Dah puas berehat lebih kurang hampir setengah jam, kami terus turun jam 10:15 pagi. Semasa turun, berhenti 2-3 kali ambil nafas sesaat dua dan ikat tali kasut yang terbuka. Lajulah sikit bila menurun ni. Dan tak berhenti untuk ambil gambar pun. 
Bila tak berhenti banyak kali dan tak ambil gambar. Dia jadi cepat sikit sampai bawah. Ambil masa 1 jam je untuk turun. Sampai di bawah jam 11:15 pagi


Alhamdulillah, selesai mendaki/ hiking Bukit Senaling sebelum berpuasa. Tercapai juga target untuk mendaki bulan Mac. Hiking seterusnya bulan April nanti. 
Januari
Bukit Kepayang Seremban 2Bukit Batu Sawa
FebruariBukit PilahBukit Batu Putih
Mac
Bukit Senaling

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/03/hiking-bukit-senaling-sebelum-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka Gagal Ke Gua Sejengkal

Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka Gagal Ke Gua Sejengkal

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 286 hits
Dari kami turun ke kiri Haa ada pantai yang cantik lagi Tapi disini ada banyak batu Kena berhati hati lah ye memijak batu batu tu Encik suami dah kedepan Kita sibuk ambil gambar Yelah nak buat modal blog kenalah ambil gambar Nama pun blogge...
Pesanan Sebelum Ramadan

Pesanan Sebelum Ramadan

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 272 hits
Pesan sebelum Ramadan 1 Banyakkan bersama al Quran2 Berhenti berbicara kalam yang kotor lucah dan kesat 3 Berhenti berbicara tentang orang lain 4 Solat awal waktu5 Banyakkan berzikir 6 Jangan membazir makanan dan berpada dengan yang ada 7 J...
Settle Baju Raya Sebelum Ramadan

Settle Baju Raya Sebelum Ramadan

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 294 hits
Settle Baju Raya Sebelum Ramadan Siapa geng Sebenarnya aku ambil pengajaran dari tahun lepas bila baju yang aku nak saiz habis Yang ada saiz pula sisa sisa baki yang tak laku sebab kurang lawa Yang lawa dan ada saiz mestilah harga pula leve...
Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka Pulau Intan

Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka Pulau Intan

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 240 hits
Perjalanan ke Pulau Intan sangat menarik disajikan dengan keindahan pantai sebelah kiri Sesekali berhenti untuk ambil gambar Mana boleh lepaskan peluang begini Rasa macam nak duduk healing di atas batu ni Tapi tak boleh sebab perlu teruskan...
Hafiz Mahamad Sumbang Rm30 000 Bantu Keluarga Rumah Hangus Terbakar Sebelum Ramadan

Hafiz Mahamad Sumbang Rm30 000 Bantu Keluarga Rumah Hangus Terbakar Sebelum Ramadan

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 115 hits
Usahawan Hafiz Mahamad tampil bantu sebuah keluarga yang terjejas akibat rumah hangus terbakar dalam sebuah kejadian yang berlaku dua hari sebelum Ramadan Rumah hangus terbakar menjelang Ramadan Sebelum ini tular sebuah video menyayat hati ...
Rahmah Sales Programme At 450 Locations For Ramadan Says Minister

Rahmah Sales Programme At 450 Locations For Ramadan Says Minister

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 259 hits
Armizan Mohd Ali said the Rahmah sales programme during Ramadan will provide daily necessities at a discount of 10 30 PAPAR The domestic trade and cost of living ministry will expand the implementation of the Rahmah sales programme during R...
Get Ready To Meet Ramadan Rush Highway Operators Told

Get Ready To Meet Ramadan Rush Highway Operators Told

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 163 hits
Highway concessionaires have been told to consider changes in the commuting hours of users throughout Ramadan when implementing lane closures for maintenance work KUALA LUMPUR Highway concessionaires have been told to make thorough preparat...
Ramadan Begins On Tuesday

Ramadan Begins On Tuesday

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 112 hits
The date for the start of the fasting month was determined by astronomical calculations and through attempted sighting of the new moon KUALA LUMPUR Muslims in Malaysia will begin fasting on Tuesday the Keeper of the Rulers Seal Syed Danial ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah

Tak Lupa Diri Juara Program Nyanyian Masih Tebar Roti Canai Di Kedai Mentua

Nahas Ngeri Melaka 6 Maut Kemalangan Mpv Bas Persiaran Dan Treler

Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024