Ramadan Buffet Yang Meriah Citarasa Warisan Kampung Di Orchid Ballroom Thistle Hotel Jb
Ramadan Buffet yang Meriah! 'Citarasa Warisan Kampung' di Orchid Ballroom, Thistle Hotel JB || Hi readers! Syukur still alive today. Jom sambung aktiviti Bufet Ramadan preview!! Ini one of my favourite hotel jugak kalau time Ramadan sebab makanannya meriah Dan tidak mengecewakan beb! Syukur banyak pilihan yang disediakan. Bukan sahaja meriah dengan makanan, malah tempatnya pun selesa, dipenuhi Deko yang cantik dan performance yang menarik from violinist bersama sama cik Embun yang havoc berserta jemputan yang lain! Best betul 👍 Last year my aunt pergi sini, memang tak mengecewakan ui!
Yes, haritu masa preview Bufet Ramadan kat Thistle Hotel, JB tuh kan, aku seronok tengok makanan yang banyak Jenis Dan pelbagai, tengok makanan favourite ada untuk berbuka puasa! Blink blink mata I!
Apa yang menarik kalini untuk bulan berbuka puasa kat Thistle Hotel, JB? Nah, few things yang melibatkan menu menu sedap belaka Dan persembahan menarik soon pada Ramadan nanti!
1. Special daily performances by Embun, Aqmal Daniel and Kudien2. 3 rotating menus3. Buffet highlights:
3.1 Gulai Kawah- Asam Pedas Ikan Pari, Gulai Daging Salai, Gulai Pisang Muda, Ayam Opor Maharaja
3.2 Arabian Specialties- Lebanese Chicken, Smoked Biryani Rice, Arabic Tomato Salad
3.3 From the Grill- Kibas Panggang 30 Hari, Chicken & Beef Satay, Ayam Percik, Otak-otak Kempas
3.4 Malay Cuisine- Ikan Siakap Tiga Rasa, Sambal Paru & Limpa, Nangka Masak Lemak
3.5 Chinese Cuisine- Hainanese Chicken Rice, Roasted & Steamed Chicken, Fried Butter Prawn
3.6 Tradisi Ramadan- Lemang / Ketupat Nasi / Palas, Lontong, Ayam Kuah Kacang / Serunding
3.7 Cucur-Cucur & Fresh “Kampung” Durian- Durian Goreng, Pisang Goreng, Keropok Lekor, Getuk Ubi, Cekodok Pisang, Cucur Udang
Okaylah, jom tengok tengok apa ada, gambar selebihnya dalam Facebook saya tau awak! Hihi
Kibas Panggang 30 Hari
Nama yang unik dan rasanya pun not bad bila dimakan bersama sauce yang disediakan (black pepper, mushroom and mint sauce). Boleh jugak dimakan bersama ketupat, lemang, ataupun Lebanese Chicken Smoked Briyani Rice atau dengan nasi lain yang ada kat sana. Mantap!
Ikan Siakap Tiga Rasa
Siput Belitung Masak Lemak Cili Api
Fuhh, terangkat menu menu yang ada!! Menyedut siput la apa lagi, bayangkan time Ramadan..awak makan ni time berbuka puasa! Ops, Kalau tak makan siput, boleh try menu lain seperti ikan Siakap tu! Aku memang tak boleh tak makan ikan Siakap kalau ada menu tu kat mana mana pun. Tambahan pulak Kalau isinya lembut, tak berbau hanyir Dan kuahnya sedap! Aku tertarik kat sini, ada sambal paru Dan limpa! Eiii..sedapnya! Suka gila ada sambal paru dengan limpa! Paru is my favourite forever!!
Berdekatan Paru ni semua, terdapat Nasi Ayam Hainan Stall, Lemang station, Mee Goreng Kawah Stall Dan Noodles Soup station! Bila berbuka puasa lengkap ada ketupat, lemang Dan Mee bandung Muar, nice betul 😍 Tak lupa jugak Hawker Live Stall (Sup & Mee Hoon sup stall, sup Gear Box, tulang rawan, babat and others).
Next, kit pergi area Gulai Kawah. Ui, macam macam ada! Nasi kawah, Ayam Opor Maharaja, Gulai Daging Salai & Pisang Muda, Asam Pedas Ikan Pari, Dan Kari Kambing Dalca di sini!!
Satar ada dalam Show Live Grill Kitchen. Bersama samanya adalah sate Ayam, daging, seafood shell out, Otak Otak Kempas Dan Spicy Ikan Keli!! Nyummmylicious!!!
Aneka Kerabu, sayur sayuran, ulam ulaman, ikan masin, tauhu sumbat turut terhidang untuk dinikmati! Sesuai sangat ke sini bawak mak mak or warga emas yang lain, sebab menunya sesuai untuk seisi keluarga ye! Makan slow slow sampai puas
Ehhh, aku suka ni! Durian! Macam dah lama tak makan doyan!! Bukan durian fresh je ada, durian goreng pun ada oi! Sedapnya tekak menikmati durian yang terhidang... Peminat durian mesti suka gila nengok ada durian sedap kat sini, silap silap, dok makan durian aje! Hahahaha! Aku excited berbuka dengan durian!
Selain durian, buah buahan lain seperti nanas, tembikai turut disediakan! Aneka kuih mengikut Citarasa Melayu Dan dessert pun banyak sangat kat sini! Bubur pulut hitam, pengat Pisang, pastu nak buat ABC pun boleh sangat!!
Burrpppp, kekenyangan terus! Mostly apa yang aku try tu sedap secukup rasa. Rambang gila mata masa datang haritu! Dengan suasana havoc melayan Diva Azwan Ali, Dan lain lain sekaligus ada fashion show for baju wedding Dan baju raya
Cik Embun, abang Ayai Ilusi Dan Diva AA! Weh, lawak gila lah dorang ni! Nanti aku share sikit video dengan dorang haritu 😂 Kalau sesapa tengok IG Stories haritu, memang nampak dah 😆 Setiap hari sepanjang Ramadan, korang akan berjumpa dengan Cik Embun, Aqmal Daniel (violinist) Dan Kudien! Manakala Abang Ayai Ilusi, Diva AA Dan Nana ada pada hari hari tertentu di hujung minggu Tau
Settle makan Dan tengok show! 🤩 Nak try berbuka puasa kat sini? Harganya berbeza time normal day dengan Saturday Special Tau. Kena alert... Pasaipa special hari Sabtu?? Sebab ada artis jemputan ya setiap Sabtu! Jangan risau tentang ruang untuk solat kerana ruangan solat ada disediakan khusus buat semua. Refer poster di bawah:
Ramadan Room Packages available from 23 March - 20 April 2023
🌹 Ramadan Stay & Dine - RM499 nett per night (Blackout date on 8 April and 15 April 2023)Inclusive of 1 night stay in Deluxe City View room, 2 sahur and 2 Ramadan vouchers
🌹 Ramadan Stay & Dine with the Stars- RM599 nett per night (8 April and 15 April 2023)Inclusive of 1 night stay in Deluxe City View room, 2 sahur and 2 Ramadan vouchers
RAMADAN BUFFET: CITARASA WARISAN KAMPUNG
📌Orchid Ballroom - Grand ballroom Hotel Thistle Johor Bahru📅23 March - 20 April 2023⏰️6.30PM - 10.00
🅔🅐🅡🅛🅨 🅑🅘🅡🅓 🅟🅡🅞🅜🅞⏩RM128 nett Adult⏩RM75 nett Senior CitizenChild (6-12thn)
🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴⏩RM148 Nett Adult⏩RM85 Nett Child (6-12thn)
SATURDAY SPECIAL⏩ RM198 Nett Adult⏩ RM119 Nett Child (6-12thn)
Utk tempahan, sila hubungi☎️ +60127892092 / +6072678999 📧
[email protected] | sales
[email protected]SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2023/03/ramadan-buffet-yang-meriah-citarasa.html