Citarasa Warisan Kampung Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru
Assalamualaikum WBT
BULAN RAMADAN akan tiba kurang sebulan lagi. Walaupun begitu, ramai yang sudah mula membuat persediaan hari raya. Tengok sana-sini, dah mula ada promosi jualan hari raya. Ialah, zaman sekarang bukan lagi macam dulu-dulu. Semua kena buat persiapan awal tambahan lagi anak-anak akan memulakan persekolahan penggal baharu tahun 2023 bulan hadapan. Mak ayah dah kena pelan bajet siap-siap, yang mana bajet sekolah, yang mana bajet raya, hehehe.
Bagi ibu bapa yang merancang nak membawa keluarga ke Bufet Ramadan tahun ini, pun dah boleh rancang dari sekarang ya. Juga bos-bos yang mana nak belanja staf atau klien berbuka puasa atau makan malam, inilah masa yang terbaik untuk memberi penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan kita. Jangan hari ni nak pergi, baru hari ni nak tempah, memang tak dapatlah ya. Ni pengalaman Sk sendiri tau, masa tu konon balik shopping nak buka puasa bufet di hotel. Semmmmmmua hotel di JB ni dah habis ditempah. Melopong Sk masa tu, terpaksa singgah bazar ramadan beli lauk, balik masak nasi, hihi
Kali ni, kena tempah awal-awal. Yang paling rekomen sekali, ni haaa..
Citarasa Warisan Kampung Ramadan Buffet di Thistle Johor Bahru yang akan bermula dari 23 Mac 2023 hingga 20 April 2023. Maklumat lanjut, nanti Sk akan kongsi di akhir blog ini
Duta Blog Alam Sari tak lain tak bukanlah ya, yang tak perlu diperkenalkan lagi. Dia kata, onti uncle, pacik, macik, rugi tau kalau tak makan durian sebab di Ramadan Buffet Thistle ni ada durian. Pacik macik mesti suka durian kampung, kan
Lebanese Chicken Smoked Biryani Rice. Bulan puasa, di JB ni, rata-rata Restoran Nasi Arab semua penuh ya. Di Thistle ni ada nasi arab, tak usah khawatir. Ia dihidangkan bersama Sup Ayam dan Arabic Tomato Salad
Nasi Arab paling best dinikmati bersama Kambing Golek juga... golek.. golek.. golekkkk! Kambingnya lembut betul ya
Terdapat pelbagai hidangan kawah ala kampung dengan pelbagai pilihan lauk pauk seperti Ayam Opor Maharaja, Gulai Daging Salai & Pisang Muda, Asam Pedas Ikan Pari dan Kari Kambing Dalcha.
Rasa betul dah nak dekat raya bila dihidangkan dengan Lemang dan Ketupat
Penggemar sate tentu puas menikmati kelazatan sate ayam dan daging yang dicelup dalam kuah kacang yang pedas manjah
Mee Goreng Kawah pun ado. Macam kat Bazar Ramadan dah ni
Ala-ala Ayam Goreng Singgit. Budak-budak suka ni
Nak lebih kreatif, boleh buat buffet Shell Out atas meja
Sambal Ikan Keli dan Ayam Percik menambah lagi variasi masakan kampung
Sata.. dari Pantai Timur
Lagi, Lauk Kawah Citarasa Warisan Kampung, Nangka Masak Lemak, Siput Sedut, Fried Tofu & Egg Sauce, Siakap Tiga Rasa, Butter Prawn, Pajeri Nanas dan Sambal Limpa & Paru
Nasi Ayam pun ada tau.
Pelbagai buah-buahan tempatan
Kuih-muih tradisi seperti Lompang, Keria, Abuk-Abuk dan baaaanyak lagi
Manisan berjenis-jenis dan Chocolate Mountain
DIY.. Cendol, ABC, Ais Jagung
Dessert Station
Tapai Ubi
Tak cukup kampung jika tiada kerabu dan pecel
Pilihan pelbagai jenis sambal dan ikan kering masin goreng
Penghilang dahaga, pelbagai jus dan minuman panas
🌸Citarasa Warisan Kampung Ramadan Buffet🌸
📌 Thistle Johor Bahru📅 23 March 2023 ~ 20 April 2023⏰️6.30pm ~ 10pm
📣📣🅔🅐🅡🅛🅨 🅑🅘🅡🅓 🅟🅡🅞🅜🅞💰RM128 nett Adult💰RM75 nett Senior CitizenChild (7~13thn)
🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴💰RM148 Nett 👨🧕Adult💰RM85 Nett 👫Child (6~12thn)
SATURDAY SPECIAL with Juara Gegar Vaganza8 April 2023 (Ayai Illusi) & 15 April 2023 (Siti Nordiana)💰RM198 Nett 👨🧕Adult💰RM119 Nett 👫Child (6~12thn)
3 days advance booking required
Untuk tempahan hubungi☎️ +6012-789 2092 / +607-267 8999 🕌Ruang solat disediakan🚗 Parkir percuma
Bagi anda yang ingin melalui pengalaman berbuka dan bersahur di hotel, Thistle Johor Bahru turut menyediakan Ramadan Room Package dengan harga yang istimewa. Haaa.. dapatlah tidur sebumbung dengan Juara Gegar Vaganza, Ayai Illusi dan Siti Nordiana. Jom tempah sekarang!
❤️
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/citarasa-warisan-kampung-ramadan-buffet.html