Buffet Ramadhan 2023 Hotel Tenera Bertemakan Sentuhan Ramadan
Sayang kumbang mencari makan,
Di bawah atap tepi halaman,
HOTEL TENERAjadi pilihan,
Dengan tema ‘Sentuhan Ramadan’.
AlongMurni (AM) di Hotel Tenera, Bangi
Untuk edisi BUFFET RAMADHAN 2023, AlongMurni (AM) ingin kongsikan sajian dan menu terbaik yang terdapat di Hotel Tenera, Bangi. HOTEL TENERA sekali lagi bakal memenuhi selera masyarakat Malaysia apabila menyediakan pelbagai menu untuk BUFFET RAMADHAN 2023 bermula pada 25 Mac sehingga 19 April 2023.
Seperti biasa, menu Buffet Ramadhan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan ramai dari pelbagai golongan untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga. Hotel Tenera sering menjadi pilihan pengunjung apatah lagi apabila Buffet Ramadhan kali ini bakal menyajikan masakan kampung bertemakan 'Sentuhan Ramadan" sambil bakal dihiburkan dengan alunan lagu-lagu Melayu dan Inggeris yang malar segar.
Gerai Biskut
Ikan Bakar
Gerai Sate
Kambing & Lidah Bakar
Aneka Menu Berkuah
Makanan Laut (Bakar) Hidangan Warisan Melayu ini pastinya menjadi tarikan ramai masyarakat di luar sana yang menggemari masakan tradisional dan sekali gus membuatkan mereka mengimbas kembali kenangan berbuka puasa di desa. Apa yang istimewa, tahun ini Hotel Tenera berbesar hati memperkenalkan selebriti popular Datin Alyah sebagai Wajah Buffet Ramadhan Hotel Tenera 2023. Alyah bukan sahaja menyukai dan meminati semua menu Buffet Ramadhan di Hotel Tenera, malah penyanyi lagu Kisah Hati ini sudi menjadi Wajah bagi mempromosikan menu istimewa yang disajikan oleh pihak hotel.
Selain penampilan Alyah, pasti ramai yang nak tahu keistimewaan lain kan? Antara keistimewaan yang ada sudah tentunya apabila para pengunjung boleh menikmati suasana berbuka seperti berada di bazar-bazar Ramadhan kerana terdapat lebih 30 gerai makanan yang menyajikan hidangan kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Cili Padi, Urat Keting Asam Pedas, Rendang Ayam Utara, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Talang Gulai Nanas, Sotong Goreng Percik, Ayam Ungkep, Daging Dendeng, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit, Udang Kelapa Parut, Ayam Kunyit Telur Sarang, Daging Tetel Gulai, Sambal Udang Petai Siseh dan banyak lagi.
Gulai Daging Tetel
Mee Goreng
Siput Sedut Masak Lemak
Tempe Goreng
Udang Kelapa Parut
Ayam Percik
Asam Pedas
Sayur Kacang Botol Tidak lupa juga variasi makanan di Gerai Penyek Sambal Lada, Bakso Sup, Nasi Ayam Buluh Betong, Kari Kepala Ikan Salmon, Bubur Lambuk Bangi Lama, Sambal Saodah, Oden Celup Celup, Dim Sum, Best in Town Fried Noodles, Pasta World dan bermacam-macam lagi.
Gerai Sup/Bakso/ Gearbox
DimSum
Gerai Penyet Sambal Lada
Kari Kepala Ikan Salmon
Nasi Ayam Buluh Betong
Oden Celup Celup
Gerai Pasta WorldKelazatan Picolomondo Pizza Kampung, Rojak Buah Padu Padu, Sandwich Island, Gerai Roti, John Tortilla Brisket, Keropek Abe, Cendol Sawit dan Roti Bakar Arang semestinya menjadi pertaruhan sajian yang sangat menarik untuk dinikmati.
Cendol Sawit
Roti Canai
Roti John & Tortilla Aneka pilihan cucur, keruk, kuih muih melayu, buah-buahan, ais krim, kek serta pelbagai jenis minuman pelengkap selera seperti Air Panehh, Air Sejuk Mata Memandang, Air Botol Legend dan Kopi Gantung Brew Omputih. Keenakkan lebih 200 menu hidangan ini adalah hasil air tangan seorang Chef yang berpengalaman, Chef Sahisal Azrul Mat Said iaitu sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.
Jeruk
Buah-Buahan
Kopi Gantung Brew Omputih
Kurma
Aneka Kek, Kuih-muih & Aiskrim Sungguh 'mewah' aneka juadah 'Sentuhan Ramadan' yang disajikan, namun harganya tetap berpatutan dan sangat berbaloi. Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau 'early bird' pada harga RM 88. Tawaran istimewa ini bgermula pada Januari lalu hingga 28 Februari 2023. Selepas tempoh tersebut, pengunjung masih boleh menikmati harga yang berbaloi iaitu RM118 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan ke bawah.
Sepanjang bulan Ramadhan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Buffet Ramadhan serta hidangan di waktu sahur. Pihak hotel turut menyediakan kemduhan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawikh. Selain itu, semua pengunjung juga diberikan parkir percuma.
Sedikit info tentang Hotel Tenera, hotel milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB ini adalah berkonsepkan 'mesra muslim'. Antara yang menarik hotel ini mempunyai 500 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah Grand Ballroom yang boleh memuatkan seramai 1000 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang dikhususkan untuk muslimah.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan promosi Buffet Ramadhan Tenera 2023 bertemakan ‘Sentuhan Ramadan’ boleh rujuk dan hubungi :
Laman Web : http://www.hoteltenera.com/
Telefon : 03-89299600
WhatsApp: https://wa.me/60192658796 | https://wa.me/60193592796
Instagram : https://www.instagram.com/hoteltenerabangi
Facebook : https://www.facebook.com/hoteltenerabangi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/02/Buffet-Ramadhan-2023-Hotel-Tenera-Bertemakan-Sentuhan-Ramadan.html