Cadangan Untuk Pm Apa Kata Gaji Menteri2 Dipotong 50 Peratus Ketika Rakyat Susah Sekarang Ini




 Di mana-mana ketika ini kedengaran rakyat sedang merungut dan marah berikutan beban kenaikan kos sara hidup yang diakibatkan oleh meningkatkan harga barang-barang keperluan seharian.
Ditambah dengan pemansuhan subsidi minyak sawit berbotol dan tiada lagi kawalan harga syiling bagi ayam dan telur bermula 1 Julai depan, adalah dijangka harganya akan turut meningkat naik.
Tidak itu saja, harga makanan lain yang menggunakan minyak masak, ayam dan telur juga pasti akan meningkat sama.
Di waktu yang sama, tersebar pula berita bahawa gergasi pengeluar minyak sawit negara, FGV Holding yang sahamnya dikuasai 80 peratus oleh Felda, akan bermesyuarat hari ini yang antara agendanya ialah menaikkan elaun tahunan pengerusinya daripada RM300 ribu kepada RM480 ribu.
Selain itu, sebelumnya juga kedengaran ura-ura TNB bakal menaikkan tarif letrik pengguna kononnya kerana peningkatan kos operasi.
Di mata pengguna, di kala waktu ini hanya hujan yang kerap turun, malah menyebabkan kesesakan dan banjir kilat, apakah semua benda pula mahu naik belaka?
Walaupun semalam Perdana Menteri mengumumkan tambahan RM100 bagi Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM untuk golongan B40 serta pengekalan subsidi bagi minyak masak berpaket, ramai yang merasakan ia tidak memadai dalam keadaan semua harga menaik ketika ini.
Terdengar perbualan di kedai kopi, kenapa tak ditambah kenaikan kepada RM500?
RM100 mana cukup, tambah mereka lagi.
Bagi majoriti rakyat, dalam keadaan seperti sekarang, siapalah lagi yang mereka harapkan melainkan hanyalah kerajaan yang sedang menguruskan negara.
Mereka bukan saja mahu lebih banyak tindakan atau kaedah penyelesaian bagi mengatasi kenaikan kos sara hidup itu dilakukan oleh kerajaan, malah juga inginkan para para menteri menunjukkan simpati yang sewajarnya.
Dalam keadaan ini, sementara kita sedar Perdana Menteri dan pasukan kabinetnya tentu saja sedang berusaha melalui pelbagai cara untuk mengurangkan beban hidup rakyat, tetapi kadangkala cara yang diambil itu tentunya akan memakan masa.
Di waktu yang sama, rakyat yang kena pergi ke kedai setiap hari untuk berbelanja pasti saja semakin koyak poket mereka.
Sebagai tanda simpati, adalah dicadangkan agar Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri mengambil inisiatif mengarahkan semua menterinya melakukan potongan gaji sebanyak 50 peratus dengan serta merta.
Bukan saja Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri harus berkorban melakukan potongan gaji, lagi baik jika duta-duta bertaraf menteri dan lain-lain lantikan politik juga dipotong sama gaji mereka.
Walaupun mungkin ada yang menganggap potongan 50 peratus gaji itu terlalu tinggi, tetapi harus disedari semua mereka itu mempunyai pelbagai elaun lain yang jumlahnya lebih daripada cukup bukan saja untuk memewahkan kehidupan, malah cukup untuk menyara lebih daripada satu keluarga.
Lagi pula, bukan semua menteri rajin bekerja dan ada memberi idea yang berguna untuk rakyat dan negara, sesetengahnya macam makan gaji buta saja nampaknya.
Jadi, potongan gaji 50 peratus itu cukup munasabah dan janganlah asyik dengan potongan 10 peratus saja.
Potongan 10 peratus itu sudah ketinggalan zaman dan telah diamalkan sejak zaman tok kaduk dulu lagi.
Takkanlah zaman tik-tok ini masih nak potong 10 peratus lagi?
Jika potongan 50 peratus ini dapat dilakukan – katalah tempohnya sehingga Parlimen dibubarkan – ini sedikit akan dapat menyejukkan hati rakyat sementara langkah-langkah penyelesaian mesti juga diusahakan dengan seberapa segera.
Semalam PH telah memberi tempoh 24 jam kepada kerajaan untuk mengumumkan langkah-langkah penyelesaian berkaitan subsidi dan untuk mengatasi kos sara hidup ini, manakala seorang pemimpin DAP pula menyarankan agar inilah masanya untuk mengumpulkan sejuta rakyat turun ke jalanraya bagi menunjukkan bantahan.
Mahu tidak mahu, Ismail Sabri harus pantas dan memberi respon segera atas semua perkembangan yang berlaku ini, jika tidak, walaupun hari-hari hujan turun, tetapi kemarahan rakyat akan terus meningkat tanpa had. – ShahbudinHusin 23/06/2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/cadangan-untuk-pm-apa-kata-gaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potong Gaji Menteri Bukan Penyelesaian Terbaik Bantu Rakyat Kata Mahdzir

Potong Gaji Menteri Bukan Penyelesaian Terbaik Bantu Rakyat Kata Mahdzir

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 202 hits
Potong gaji menteri bukan penyelesaian terbaik bantu rakyat kata Mahdzir Dikemas kini 7 jam yang lalu Diterbitkan pada 25 Ju
Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 227 hits
Saran gaji menteri dipotong takkan membantu selesaikan kos sara hidup rakyat MenteriFoto Mahdzir Khalid Utusan TVBaru baru ini Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan gaji barisan menteri kabinet dipotong sebanyak 20 peratus dengan kadar segera ba...
Rakyat Boros Berbelanja Punca Gaji Rm1 200 Tak Cukup Kata Pakar Ekonomi

Rakyat Boros Berbelanja Punca Gaji Rm1 200 Tak Cukup Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 323 hits
Penafian Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasanKakitangan awam yang menerima gaji minimum sebanyak RM1 200 bakal berdepan krisis kewangan yang teruk terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang Pakar Ekonomi Prof Mad
Kah Kah Kah Kau Jadi Mbs Kenapa Tak Ambil Tahu Mabuk Kot Makna Kata Nak Salahkan Rakyat Juga La Ya

Kah Kah Kah Kau Jadi Mbs Kenapa Tak Ambil Tahu Mabuk Kot Makna Kata Nak Salahkan Rakyat Juga La Ya

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 190 hits
SYAM GHAZDia ni masa jadi Menteri Besar Perak pun perangai macamni dah Kalini jadi Menteri Sukan buat perangai macamni pula Ini lah Timbalan Presiden Parti BERSATU Nak ambik dia duduk skali dgn PH balik Buat Perabis Beras dan masuk gaung Pr...
Eh Dulu Depa Kata Haram Sekarang

Eh Dulu Depa Kata Haram Sekarang

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 240 hits
Sememangnya diketahui umum bahawa sebelum ini Pemuda Pas bertegas tidak menyokong pembukaan semula pawagam di Kelantan bagi membendung gejala sosial dari berleluasa di negeri itu Menerusi hantaran di Facebook rasmi Pemuda Pas pada Isnin pen...
Pesan Puan Ke Kader Pdip Kita Kerja Mulai Sekarang Insyaallah Diingat Rakyat

Pesan Puan Ke Kader Pdip Kita Kerja Mulai Sekarang Insyaallah Diingat Rakyat

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 151 hits
Hal itu disampaikan saat memberikan pengarahan kepada kader PDIP yang hadir dalam Rakernas II Menuju Pemilu 2024 kader PDIP masih terbuka untuk semakin mendekatkan diri kepada rakyat Puan mengatakan prestasi tidak bisa didapatkan secara ins...
Saya Minta Maaf Saya Gagal Kawal Emosi Dan Naik Angin Ketika Itu Kata Pekerja Restoran 35

Saya Minta Maaf Saya Gagal Kawal Emosi Dan Naik Angin Ketika Itu Kata Pekerja Restoran 35

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 266 hits
Pekerja Restoran 35 di Banda Hilir di sini memohon maaf kepada pelanggannya kerana gagal mengawal emosi sehingga mencetuskan kontroversi baru baru ini Nor Abdilla Baharom 39 yang juga anak ketiga kepada pemilik restoran asam pedas itu men
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri