Rakyat Tak Sedar Sepenuhnya Betapa Rasuah Berleluasa Kata Mat Sabu


freemalaysiatoday.com
Samuel Chua
-October 24, 2022 11:45 AM
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, jika rasuah masih berleluasa, rakyat akan menderita.
PETALING JAYA: Rakyat masih belum sedar sepenuhnya tentang rasuah yang “berleluasa” di negara ini, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beliau berkata, apabila Pakatan Harapan (PH) berkuasa pada 2018, beliau terkejut apabila mendapati amalan rasuah berleluasa yang berakar umbi selama 60 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah.

“Saya terkejut apabila kita siasat semua dakwaan rasuah, (masalah itu) jauh lebih buruk daripada yang kita dapat bayangkan,” kata bekas menteri pertahanan itu di sebuah ceramah di Johor malam tadi.

“Kita sekarang ada skandal kapal tempur pesisir (LCS), dan kita masih belum dapat satu kapal pun. Jika rasuah masih berleluasa, rakyat akan menderita.”

Projek LCS itu mencuri perhatian selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengeluarkan laporan terperinci pada Ogos, yang antara lainnya mendapati tiada satu kapal pun disiapkan walaupun setelah Putrajaya membelanjakan RM6 bilion.

Mohamad, atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu, juga berkata banyak parti Melayu cenderung menimbulkan isu perkauman dan agama untuk mengkritik seteru politik mereka dan membuat dakwaan tidak berasas.

Beliau memetik dakwaan bahawa DAP merancang untuk menutup Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menukar agama rasmi Malaysia sebagai contoh, yang menurutnya tidak benar.

“DAP dah tandatangani perjanjian tak akan ubah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Secara berasingan, Pengarah Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan mengkritik Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana mendakwa DAP “pro-komunis”.

Beliau berkata, jika Hadi atau pihaknya percaya dakwaan itu benar, mereka harus menyiasat DAP.

“Ramai dalam kerajaan hanya pentingkan guna (isu) kaum dan agama (untuk memburukkan parti lain) kerana mereka tiada isu lain untuk diperkatakan,” katanya.

Hadi sebelum ini dalam ciapan di Twitter berkata, DAP harus ditentang kerana ia “pro-komunis”. Tambahnya, komunis “mengganas lebih melampau daripada penjajah yang beragama Kristian dan Yahudi”.

Pada ceramah sama malam tadi, Pengarah Pilihan Raya DAP Liew Chin Tong berkata, kelebihan PH pada pilihan raya umum akan datang (PRU15) ialah sokongan majmuk daripada rakyat yang dapat ditariknya.

“PH mendapat sokongan daripada kaum Cina, India, Melayu dan rakyat Sarawak dan Sabah,” katanya.

“Tidak banyak gabungan yang mampu dapat sokongan daripada semua komuniti.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/rakyat-tak-sedar-sepenuhnya-betapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Perlis Berbelanja Di Thailand Harga Barang Malaysia Mahal Mat Sabu

Rakyat Perlis Berbelanja Di Thailand Harga Barang Malaysia Mahal Mat Sabu

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 367 hits
Penurunan nilai ringgit menyebabkan harga barang terlalu mahal di Malaysia sehingga rakyat di sebelah utara Semenanjung terpaksa ke Thailand untuk membeli barang keperluan Hal itu didedahkan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam ceramah J...
Mat Sabu Dedah Ada Cubaan Mencalon Diri Jadi Pm10 Dengan Guling Ismail Sabri

Mat Sabu Dedah Ada Cubaan Mencalon Diri Jadi Pm10 Dengan Guling Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 225 hits
Satu lagi percubaan untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan diusahakan sebelum pembubaran Parlimen baru baru ini dedah Presiden Amanah Mohamad Sabu Tanpa menyebut nama Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata seorang tokoh poli...
Umno Bertukar Jadi Parti Air Mata Tak Pedulikan Rakyat Kata Rafizi

Umno Bertukar Jadi Parti Air Mata Tak Pedulikan Rakyat Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 463 hits
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyindir UMNO yang sejak beberapa bulan kebelakangan telah menjadi sebuah parti air mata yang hanya memperjuangkan individu tertentu bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat Mengibaratkan tingkah laku UMNO ...
Public Not Fully Aware Of Widespread Graft In Country Says Mat Sabu

Public Not Fully Aware Of Widespread Graft In Country Says Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 347 hits
Amanah president Mohamad Sabu says the people will suffer if corruption remains rampant PETALING JAYA The people are still not fully aware of the rampant corruption in the country Amanah president Mohamad Sabu said He said that when Pakatan...
Ph Tolak Cubaan Guling Ismail Sabri Dedah Mat Sabu

Ph Tolak Cubaan Guling Ismail Sabri Dedah Mat Sabu

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 226 hits
malaysiakini comSatu lagi percubaan untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan diusahakan sebelum pembubaran Parlimen baru baru ini dedah Presiden Amanah Mohamad Sabu Tanpa menyebut nama Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata se...
Apa Yang Rakyat Kisah Ialah Perasuah Perlu Dihadapkan Di Mahkamah Dan Tiada Lagi Rasuah

Apa Yang Rakyat Kisah Ialah Perasuah Perlu Dihadapkan Di Mahkamah Dan Tiada Lagi Rasuah

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 300 hits
Rakyat bukan kisah Ayor atau Ayaq Rakyat hanya nak pilih Perasuah pengkhianat atau penentang rasuah Nak sembang Ayor hanya di Selangor ayor percuma Harapkan Peja buang ayor kat kelab malam boleh lah W FAUDZIN
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu

Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh