Rakyat Tak Akan Sokong Lagi Jika Pemimpin Muda Tak Tunai Janji Syed Saddiq Ingatkan Adam Adli




24 November 2024Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim bahawa sokongan terhadap pemimpin muda berdepan risiko ekoran kegagalan menangani isu berkaitan belia pada masa ini.
Menyifatkan ketua Pemuda PKR itu sebagai kawannya, Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan mengimbau kembali bagaimana mereka pernah bekerjasama dalam kerajaan dan juga di jalanan.
“Dia bukan sahaja sahabat, bahkan sebelum saya sertai politik, dia adalah figura saya hormati dan segani, pernah turun ke jalanan lakukan protes bersama dan saya ingat lagi semasa dalam kerajaan, mereka pun tuntut beberapa isu perubahan dan saya ikut,” kata Syed Saddiq dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.
Syed Saddiq membangkitkan tindakan kerajaan PH di bawah Mahathir Mohamad pada 2018 untuk menggantung penggunaan Akta Hasutan 1948 sementara menunggu ia dimansuhkan.
“Tetapi, malangnya, hari ini ia berubah terus, buat pusingan ‘U’ beberapa kali. 
“Saya risau kerana apabila segelintir pemimpin muda dalam kerajaan dijadikan ikon dan tokoh, tetapi, jika mereka tidak dapat laksana janji, rakyat pun muak dan tidak lagi mahu mendukung kepemimpinan muda yang lain.
“Dahulu kamu (Adam Adli) kata isu PTPTN akan lawan (mansuh), hari ini tiada komen langsung,” katanya yang merupakan bekas presiden Muda.
Syed Saddiq diminta mengulas mengenai pemimpin politik yang sebelum ini, semasa menjadi aktivis dan pembangkang, berada di barisan depan dalam protes menuntut reformasi namun kini “senyap” sebaik sahaja menjadi kerajaan.
“Ini isu belia melangkaui banyak kementerian dan kita perlu pertahankan nasib anak muda yang merupakan generasi sandwich, terhimpit dari atas ke bawah. 
“Jika kita tidak berani mempertahan dan membela masa hadapan mereka maka malap masa hadapan negara,” katanya lagi.
Janji untuk memansuhkan pinjaman PTPTN termasuk dalam manifesto PH untuk PRU 2013.
Namun pada PRU 2018, ia ditukar kepada janji untuk membenarkan penangguhan pembayaran semula untuk peminjam yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.
Bulan lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mustapha Sakmud berkata sukar untuk kerajaan memansuhkan hutang pinjaman PTPTN dalam keadaan kewangan negara pada masa ini.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/726863




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/rakyat-tak-akan-sokong-lagi-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Unmet Promises Risk Youth Support Syed Saddiq To Adam Adli

Unmet Promises Risk Youth Support Syed Saddiq To Adam Adli

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 148 hits
Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has warned Deputy Youth and Sports Minister Adam Adli Abdul Halim that support for future young leaders could be at stake due to current failures to address youth related issues Describing the PKR Youth...
Penjara 7 Tahun Dua Sebatan Untuk Syed Saddiq Munasabah Dan Berpatutan Hakim

Penjara 7 Tahun Dua Sebatan Untuk Syed Saddiq Munasabah Dan Berpatutan Hakim

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 206 hits
KUALA LUMPUR Adalah tidak munasabah bagi Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai pemimpin sayap parti politik tidak mengetahui pengeluaran RM1 juta daripada akaun ARMADA BERSATU kata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul ...
Hukuman Penjara 7 Tahun Sebatan Syed Saddiq Tak Keterlaluan Putus Mahkamah Tinggi

Hukuman Penjara 7 Tahun Sebatan Syed Saddiq Tak Keterlaluan Putus Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 185 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan yang dikenakan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram tidak keterlaluan menurut Mahkamah Tinggi Hakim Azhar Abdul Ha...
Hakim Tindakan Syed Saddiq Simpan Bahagi Wang Armada Timbul Inferens Niat Jahat

Hakim Tindakan Syed Saddiq Simpan Bahagi Wang Armada Timbul Inferens Niat Jahat

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 116 hits
Sinar HarianKUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyimpan dan membahagikan wang Angkatan Bersatu Anak Muda tanpa disimpan di tempat yang selamat di pejabat parti menimbu...
Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 208 hits
Muhammad Faisal bersama Maria dan Thomas ketika merasmikan Laporan Penilaian Dua Tahun Kerajaan Madani oleh Bersih di sini pada Selasa Foto ihsan Adom Teh Bersih1 Sepatutnya gred F Ahmad FadhliAhmad Fadhli ShaariKUALA LUMPUR Sepatutnya gred...
Ketika Rakyat Iktiraf Lebai Pemimpin Pn Raja Fitnah Pmx Dapat Penghor

Ketika Rakyat Iktiraf Lebai Pemimpin Pn Raja Fitnah Pmx Dapat Penghor

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 144 hits
Menerima penghormatan tertinggi Kerajaan Peru anugerah pingat El Sol del Peru yang dikurniakan oleh Presiden Dina Ercilia Boluarte Zegarra Pingat El Sol del Peru ini dianugerahkan kepada raja ketua negara ketua kerajaan menteri luar negeri ...
7 Years Jail Rotan Against Public Figure Syed Saddiq Justified Rules Judge

7 Years Jail Rotan Against Public Figure Syed Saddiq Justified Rules Judge

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 187 hits
The Kuala Lumpur High Court ruled that the seven year jail term two rotan strokes and RM10 million fine against Syed Saddiq Syed Abdul Rahman is appropriate as young people looked up to the Muar MP In a written grounds of judgment dated yes...
Stop Protecting Modern Slavery Syndicates Syed Saddiq Says

Stop Protecting Modern Slavery Syndicates Syed Saddiq Says

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 147 hits
Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has condemned modern slavery involving foreign workers in Malaysia following Malaysiakini s report on the abuse of foreign worker quotas The network of syndicates involved in the issue clearly affects t...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Drama Jadikan Aku Bidadari Lakonan Farah Nabilah Nazim Othman

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks

Cara Solat Sunat Dhuha Panduan Lengkap

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar