Penjara 7 Tahun Dua Sebatan Untuk Syed Saddiq Munasabah Dan Berpatutan Hakim



(BH) – KUALA LUMPUR: Adalah tidak munasabah bagi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai pemimpin sayap parti politik, tidak mengetahui pengeluaran RM1 juta daripada akaun ARMADA BERSATU, kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid.
Beliau berkata, penafian Syed Saddiq bahawa beliau mempunyai pengetahuan mengenai penyimpanan dan kegunaan wang RM1 juta itu juga adalah sesuatu yang sukar diterima akal.
“Mahkamah juga tidak bersetuju dengan keterangan Syed Saddiq bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai jumlah sebenar wang yang dikeluarkan, sebaliknya berpendirian, tindakan tertuduh selaku Ketua ARMADA ketika itu yang juga seorang daripada pemegang amanah akaun, mengarahkan pengeluaran wang RM1 juta tanpa kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, adalah kesalahan pecah amanah,” katanya dalam penghakiman Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM10 juta serta dua sebatan terhadap Syed Saddiq pada 9 November tahun lalu.
Ia selepas mahkamah mendapatinya bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU.
Azhar membuat dapatan itu menerusi alasan penghakiman setebal 22 muka surat yang diperoleh pihak media melalui laman web mahkamah, hari ini.
Beliau berkata, tindakan menyimpan dan membahagikan wang tunai yang dikeluarkan tanpa disimpan di tempat yang selamat di pejabat ARMADA juga menimbulkan satu inferens niat jahat di pihak tertuduh.
Sementara itu, Azhar berkata, tiada satu pun keterangan dikemukakan Syed Saddiq menunjukkan kutipan majlis makan malam (ARMADA) yang akan diadakan adalah untuk menggantikan perbelanjaan yang dibuatnya sebelum ini.
Sebaliknya, hakim itu berkata, ia adalah untuk menampung kempen pilihan raya bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
“Kronologi dan tarikh menunjukkan pemindahan wang RM100,000 daripada akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) kepada akaun peribadi Maybank tertuduh berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung.
“Pemindahan wang itu ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik Ahli Parlimen Muar itu pula berlaku sebulan selepas pilihan raya.
“Penyata bank yang dikemukakan tidak menunjukkan sebarang pengeluaran yang boleh dikatakan sebagai perbelanjaan bagi kempen pilihanraya. Justeru , dakwaan bahawa tertuduh sudah membelanjakan wang beliau sendiri juga tidak disokong mana-mana keterangan.
“Tanpa sebarang bukti untuk menyokong fakta ini, dakwaan yang wang terbabit adalah untuk menggantikan wang tertuduh sendiri juga tidak berasas,” katanya.
Azhar sebelum ini membenarkan bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu menangguhkan pelaksanaan semua hukuman, manakala syarat jaminan dikekalkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Sementara itu, Azhar berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen dan idola anak muda, Syed Saddiq sepatutnya menunjukkan contoh yang baik.
“(Ini supaya) untuk beliau terus menjadi ikutan anak-anak muda, selain melaksanakan tanggungjawab seorang yang dipilih rakyat Muar dalam memperjuangkan hak mereka.
“Mahkamah juga mengambil kira ini kesalahan pertama tertuduh. Selain itu, usia tertuduh yang masih muda juga menjadi pertimbangan mahkamah ini.
“Pada usia ini, tertuduh masih mempunyai banyak masa lagi untuk menyedari dan memperbaiki kesilapan dilakukan serta mengambil iktibar daripada apa yang berlaku,” katanya.
Susulan itu, Azhar berkata, mahkamah berpendapat hukuman diberikan adalah munasabah dan berpatutan.
Source : Berita Harian
The post Penjara 7 tahun, dua sebatan untuk Syed Saddiq munasabah dan berpatutan – Hakim appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/11/30/penjara-7-tahun-dua-sebatan-untuk-syed-saddiq-munasabah-dan-berpatutan-hakim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukuman Penjara 7 Tahun Sebatan Syed Saddiq Tak Keterlaluan Putus Mahkamah Tinggi

Hukuman Penjara 7 Tahun Sebatan Syed Saddiq Tak Keterlaluan Putus Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 291 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan yang dikenakan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram tidak keterlaluan menurut Mahkamah Tinggi Hakim Azhar Abdul Ha...
Hakim Tindakan Syed Saddiq Simpan Bahagi Wang Armada Timbul Inferens Niat Jahat

Hakim Tindakan Syed Saddiq Simpan Bahagi Wang Armada Timbul Inferens Niat Jahat

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 168 hits
Sinar HarianKUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyimpan dan membahagikan wang Angkatan Bersatu Anak Muda tanpa disimpan di tempat yang selamat di pejabat parti menimbu...
7 Years Jail Rotan Against Public Figure Syed Saddiq Justified Rules Judge

7 Years Jail Rotan Against Public Figure Syed Saddiq Justified Rules Judge

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 249 hits
The Kuala Lumpur High Court ruled that the seven year jail term two rotan strokes and RM10 million fine against Syed Saddiq Syed Abdul Rahman is appropriate as young people looked up to the Muar MP In a written grounds of judgment dated yes...
Anak Umur Dua Tahun Wajib Pandai Buat Perkara Ni Semak On Track Atau Tak

Anak Umur Dua Tahun Wajib Pandai Buat Perkara Ni Semak On Track Atau Tak

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 229 hits
Meniti usia anak ketika dua tahun membuatkan tanggungjawab ibu dan bapa makin mencabar Diketika inilah anak makin aktif malah mula mendapat rentaknya lebih lebih lagi ketika bermain atau inginkan sesuatu barang Anak pada usia dua tahun juga...
Hiburan Pdrm Tawar Diskaun Saman Sebanyak 60 Sempena Dua Tahun Kerajaan Madani

Hiburan Pdrm Tawar Diskaun Saman Sebanyak 60 Sempena Dua Tahun Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 292 hits
Melalui laporan pihak Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun kompaun sebanyak 60 peratus sempena Program Dua Tahun Kerajaan Madani Difahamkan program ini berlangsung selama tiga hari bermula pada Jumaat ini iaitu 22 November hingga 24 Nov...
Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan

Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 290 hits
SUSUPAN MALAM ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH BN bersama GRS dan GPS Sarawak telah mencapai usia dua tahun Kelangsungan atau penerusan dua tahun kerajaan...
Unmet Promises Risk Youth Support Syed Saddiq To Adam Adli

Unmet Promises Risk Youth Support Syed Saddiq To Adam Adli

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 213 hits
Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has warned Deputy Youth and Sports Minister Adam Adli Abdul Halim that support for future young leaders could be at stake due to current failures to address youth related issues Describing the PKR Youth...
Rakyat Tak Akan Sokong Lagi Jika Pemimpin Muda Tak Tunai Janji Syed Saddiq Ingatkan Adam Adli

Rakyat Tak Akan Sokong Lagi Jika Pemimpin Muda Tak Tunai Janji Syed Saddiq Ingatkan Adam Adli

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 205 hits
24 November 2024Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim bahawa sokongan terhadap pemimpin muda berdepan risiko ekoran kegagalan menangani isu berkaitan belia pada ...
Didapati Peniaga Bukan Islam Salah Guna Simbol Islam Kerajaan Akan Denda Rm1 Juta Atau Penjara 3 Tahun

Didapati Peniaga Bukan Islam Salah Guna Simbol Islam Kerajaan Akan Denda Rm1 Juta Atau Penjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 239 hits
Melalui laporan Malay Mail kini peniaga bukan Islam di dalam pengawasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas diberi amaran susulan salahguna simbol Islam untuk kaburi mata pelanggan Peniaga bukan Islam dilarang gu...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

Gaojing888 To 9 2568 888 Website 888 Gaojing888 Top 69 By Leif

Live22 12 Aug 2568 Live22 Top 41 By Norma Likeslot123 Com

Sewerage Bills In Malaysia What Are You Really Paying For

Senarai Semua 17 Jenis Klasifikasi Perkhidmatan Sspa Penjawat Awam Terkini Pekeliling 2024

Poco F7 Cyber Silver Power Meets Futuristic Design

Resipi Somtam Betik Muda Pedas Masam Manis Memang Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Tiba Tiba Jadi Terlalu Clingy Mungkin Tanda Emosi Didera Ini Penjelasan Doktor

Cik B Kongsi Kisah Pilu Kehilangan Dua Abang Dalam Kebakaran

Selamat Tahun Baru Hijrah 1447h

Evakuasi Juliana Marins Di Rinjani Dan Tantangan Nyata Operasi Sar Yang Tak Banyak Dipahami Publik

Samsung Bespoke Ai Kulkas Pintar Yang Jadi Pusat Kendali Rumah Modern

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025