Rakyat Tahu Pm Bubar Parlimen Kerana Zahid Bukan Pn Saifuddin


agendaily.com12/10/2022
Menteri Luar kerajaan sementara daripada Perikatan Nasional Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Menteri Luar kerajaan sementara Datuk Seri Saifuddin Abdullah yakin rakyat tahu sebab sebenar kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen ke-14 lebih awal daripada sepatutnya.

Menjawab dakwaan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata langkah membubarkan Parlimen itu tidak lain disebabkan Presiden UMNO sendiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, Saifuddin mengingatkan Ismail Sabri supaya tidak cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah yang dihadapinya dengan kepimpinan tertinggi UMNO yang lain.

Untuk rekod, Ismail Sabri hanyalah salah seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO, berbanding Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden.

Malah, bekas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad juga menyifatkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri boneka dan patung kepada Zahid yang lebih berkuasa sebagai ‘pemandu’.

Terdahulu, 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong menolak diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun ini, dengan alasan musim hujan dan banjir yang berlaku secara tahunan di Malaysia.

Susulan penyerahan surat itu juga, pada 6 dan 7 Oktober, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan keabsahan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, pada Ahad (9 Oktober) Ismail Sabri dipetik BH sebagai berkata keabsahan kerajaan pimpinannya masih kukuh dan tidak tergugat serta tidak menandakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya.

Ismail Sabri juga dilaporkan berkata tindakan berkenaan tidak menjejaskan keutuhan kerajaan kerana sokongan kepada seseorang PM adalah tertakluk kepada majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat dan bukan anggota Kabinet.

Bagaimanapun, susulan kenyataan Istana Negara pada 10 Oktober yang mengatakan Yang di-Pertuan Agong kecewa dengan situasi politik negara sekarang, Ismail Sabri menyalahkan pula tindakan 12 menteri Kabinetnya menghantar surat berkenaan.

Keadaan politik negara kembali kucar-kacir sejak pengkhianatan 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Zahid yang menarik sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dengan ikhlas melantik beberapa pemimpin UMNO, termasuk Ismail Sabri sendiri, menjadi menteri Kabinet.

Pengkhianatan itu berakhir dengan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, dengan PN kemudian mengetengahkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri walaupun beliau adalah daripada UMNO.

Apabila orang UMNO mengetuai negara, maka semakin kucar-kacir lah Malaysia kerana Ismail Sabri hanya Naib Presiden, sedangkan ada dua individu lagi yang lebih berkuasa daripadanya iaitu Zahid dan Mohamad Hasan.

Lagi pula UMNO berasakan merekalah yang memerintah negara walaupun sebenarnya hanya mempunyai 36 daripada 222 kerusi Parlimen. Maka bermulalah peranan mereka untuk mendesak dan melakukan bermacam-macam helah, termasuk menganggu peranan menteri-menteri Kabinet Ismail Sabri daripada PN.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang berkata surat yang turut ditandatangani beliau kepada Yang di-Pertuan Agong bertujuan menyuarakan kebimbangan rakyat agar PRU-15 tidak dilaksanakan dalam musim tengkujuh di mana berkemungkinan berlaku banjir.

“Sebaliknya pada masa ini, rakyat mahu kerajaan memberi sepenuh tumpuan kepada langkah-langkah pemulihan ekonomi, mengawal kenaikan harga barang dan menyediakan peluang pekerjaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PN akan terus mendahulukan kepentingan rakyat, terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini

“Saya yakin rakyat mengetahui alasan sebenar mengapa Perdana Menteri mahu mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat. Ia tidak lain adalah berpunca daripada tekanan dan desakan oleh Presiden UMNO.

“Justeru, Perdana Menteri usahlah mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah yang dihadapinya itu,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/rakyat-tahu-pm-bubar-parlimen-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Minta Bubar Parlimen Untuk Masa Depan Rakyat Zahid

Umno Minta Bubar Parlimen Untuk Masa Depan Rakyat Zahid

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 182 hits
UMNO minta bubar Parlimen untuk masa depan rakyat ZahidUmno memohon Parlimen dibubarkan ketika kerajaan campuran berada di puncak kuasa demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi A...
Perjumpaan Khas Umno Bersama Zahid Ismail Sebelum Parlimen Bubar Esok

Perjumpaan Khas Umno Bersama Zahid Ismail Sebelum Parlimen Bubar Esok

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 186 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Perjumpaan khas dengan semua ketua bahagian termasuk sayap Pemuda Wanita dan Puteri di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur esok merupakan himpunan terbesar dan terakhir Umno sebelum Parlimen di...
Bubar Parlimen Antara Musim Banjir Dan Faktor Zahid

Bubar Parlimen Antara Musim Banjir Dan Faktor Zahid

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 198 hits
ISMAIL HASHIM YAHAYAAkhirnya segala tanda tanya telah dijawab Parlimen telah dibubarkan Kekalutan Umno bagaikan siri drama Jenaka Kampung Kalut siaran di TV3 sembang sembang di kedai Pak Kodi dan mesyuarat di dewan komuniti JKK dalam situas...
Ismail Bubar Parlimen Kerana Tekanan Zahid Kata Menteri Kabinet

Ismail Bubar Parlimen Kerana Tekanan Zahid Kata Menteri Kabinet

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 163 hits
Anggota Kabinet Saifuddin Abdullah mengingatkan Ismail Sabri Yaakob supaya tidak mengalihkan perhatian rakyat susulan kenyataan perdana menteri itu yang menyelar 12 menteri Perikatan Nasional yang menulis surat kepada Yang di Pertuan Agong ...
Selepas Parlimen Bubar Siapa Yang Berkuasa Zahid Atau Ismail Sabri

Selepas Parlimen Bubar Siapa Yang Berkuasa Zahid Atau Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 168 hits
agendaily com05 10 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Spekulasi kuat mengatakan Parlimen bakal dibubarkan juga pada minggu ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob su...
Bubar Parlimen Raya Yang Dinantikan Rakyat

Bubar Parlimen Raya Yang Dinantikan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 388 hits
Alhamdulillah PARLIMEN DIBUBARKAN untuk dikembalikan kepada Hak Rakyat semua sudah terlalu lama sudah terlalu Rosak Terjual Hasil Terjual Maruah Terjual Negara Terang Sudah Simpanan Terang sudah segala Kekayaan Terang sudah segala Harta Neg...
Rakyat Dilupakan Ketika Mahu Bubar Parlimen

Rakyat Dilupakan Ketika Mahu Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 221 hits
Apa tujuan pembubaran Parlimen dan PIHANRAYA Mereka sedang fikir untuk menang kerusi jawatan kuasa imbuhan dan HABUAN Dua minggu kempen mereka turun jumpa rakyat menyamar jadi malaikat Baju nafsu syaitan iblis puaka mereka tinggalkan sekeja...
Dah Bubar Parlimen Baru Nak Cakap Mandat Rakyat Ph Tak Sebarang Jawatan Dalam Kabinet

Dah Bubar Parlimen Baru Nak Cakap Mandat Rakyat Ph Tak Sebarang Jawatan Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 144 hits
AHMAD ALBABDah bubar parlimen baru nak sembang pasal mandat rakyat PH pikir kesuhsahan rakyat di musim banjir tak ada sebab PH tak takut parlimen dibubarkan sebab PH tak ada jawatan pun dalam kabinet BN PNkhianat tu yang takut hilang jawata...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kadet Upnm Didakwa Sebabkan Cedera Pada Junior