Rakyat Sanggup Beri Lebih Harapan Kaji Selidik



Rakyat sanggup beri lebih harapan – Kaji selidikPosted By: Pentadbiron: May 09, 2019 Print EmailRakyat Malaysia banyak rungutan selepas setahun pemerintahan Pakatan Harapan (PH) tetapi kebanyakannya masih mahu memberi satu lagi penggal untuk kerajaan baharu itu, menurut dapatan kaji selidik online dijalankan oleh The Malaysian Insight.Lebih separuh daripada 1,013 responden dalam kaji selidik itu tidak berpuas hati dengan pentadbiran PH berhubung beberapa isu termasuk pencapaian keseluruhan, kos sara hidup dan cara isu berkaitan agama dan kaum dikendalikan.Tetapi, , 60.7% (615 responden) berkata mereka masih sanggup memberi satu lagi penggal untuk PH mentadbir kerajaan. Hanya 24.5% dan 14.8% berkata “tidak” dan “tidak tahu”.Kaji selidik kuantitatif itu dijalankan sempena ulang tahun pertama PH dalam kuasa persekutuan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei tahun lalu.Beberapa responden turut memberi penarafan tinggi bagi keseluruhan pencapaian kerajaan baharu. Pada skala satu (teruk) hingga 10 (cemerlang), hanya 32 (3.2%) dan 35 (3.2%) daripada 1,000 responden, memberi PH markah tinggi sembilan daripada 10.Sejumlah besar responden (111 atau 11.1%) turut memberikan rating satu kepada kerajaan PH.Berkenaan sama ada Kabinet memerlukan rombakan atau tidak, majoriti 69.5% (704 responden) menjawab “Ya”.Lebih separuh responden – 52.3% (530) juga berpendapat PH menghabiskan masa membelasah pentadbiran lama atas salah laku mereka, berbanding fokus kepada mentadbir kerajaan secara efektif, sementara 39.5% tidak bersetuju dan 8.2% berkata tidak tahu.Tentang sama ada perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak perlu dipercepatkan, 81.2% (823) bersetuju. Hanya 10.3% tidak setuju dan 8.5% tidak tahu.Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendapat penarafan lebih baik berbanding pentadbirannya, dengan lebih ramai responden berkata mereka berpuas hati bila beliau yang mengetuainya.Walaupun 105 responden memberinya rating satu (teruk), ada lebih ramai yang memberi penarafan lebih tinggi dengan 140 (13.8%) beri tujuh; 163 (16.1%) lapan; 113 (11.2%) sembilan; dan 117 (11.6%) 10.Berkenaan pengganti Dr Mahathir, responden tidak positif terhadap rancangan penyerahan kuasa yang akan menyaksikan Presiden PKR Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri menjelang Mei 2020, mengikut tempoh dua tahun seperti dinyatakan sebelum ini.Hanya 36.4% (369) berkata ya untuk Anwar mengambil alih daripada Dr Mahathir pada tarikh itu. Selebihnya 48.9% (495) tidak setuju sementara 14.7% berkata tidak tahu.Berkenaan ekonomi, kebanyakan responden memberikan penarafan teruk kepada kerajaan PH.Seramai 52.6% (533) tidak rasa ekonomi bertambah baik, berbanding 35.7% yang merasakan ada pembaikan dan 11.6% tidak tahu.Ditanya secara khusus adakah mereka berpendapat PH melakukan kerja yang baik dalam membaiki ekonomi dan menguruskan kenaikan kos sara hidup, lebih ramai responden (48.5% atau 491) menjawab tidak, berbanding ya.Diminta memberi kadar puas hati dengan ekonomi semasa, hanya 18 orang beri penarafan tinggi iaitu sembilan, dan 26 beri 10, berbanding 137 (13.6%) yang hanya beri markah satu.Kebanyakan responden berada di tengah-tengah, dengan 178 (17.6%) dan 152 (15%) masing-masing beri markah antara lima dan enam.Berkenaan pendapatan boleh guna, majoriti responden – 54.9% (556) menjawab mereka tidak ada wang lebih untuk dibelanjakan setiap bulan untuk barangan keperluan.Bagi wang untuk dibelanjakan bagi hiburan dan kehendak 63.6% (644) berkata mereka tidak ada wang lebih.Tentang sama ada inflasi diperbaiki di bawah pentadbiran PH 58.6% (594) kata tidak, sementara 26.5% menjawab ya dan 14.9% tidak tahu.Majoriti – 53.4% (541) juga berkata masih sukar untuk mencari pekerjaan, berbanding hanya 16.5% kata lebih mudah. Baki 30.1% menjawab tidak tahu.Responden juga ditanya tentang cara PH mengendalikan hubungan kaum dan agama, dengan majoriti – 67.4% (683) menjawab dengan negatif.Hanya 25.6% berpendapat PH melakukan tugas yang baik dalam hal ini, sementara 7% tidak tahu.PH juga menerima respons negatif tentang sama ada mereka melakukan yang terbaik untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak seperti termeterai dalam Perjanjian Malaysia 1963, dengan 41% berkata tidak berbanding 38.1% ya.Sama juga, PH tidak melakukan secukupnya untuk melindungi Orang Asli dan menjaga kebajikan mereka (46.7%) berbanding 27.4% yang berkata cukup baik.Responden juga ditanya tentang sama ada mereka berpendapat PH memperbaiki ciri keselamatan, dan lebih 43.8% (444) kata tidak, berbanding 41.3% menjawab ya.Bagaimanapun, tidak semua buruk dan PH menerima pujian untuk ketelusan kerajaan lebih baik (65.3%); kebebasan bersuara dan media (74.8%); pengurusan sumber kerajaan (53.1%); pengangkutan awam (52.6%) dan melindungi alam sekitar (49.8%).Kemenangan PH pada PRU14 tahun lalu sesuatu yang bersejarah untuk Malaysia, yang tidak pernah ditadbir parti lain selain Barisan Nasional.Tetapi kegembiraan itu sampai ke penghujungnya bila pentadbiran itu gagal menunaikan beberapa janji pilihan rayanya, menyalahkan hutang RM1 trilion yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.Pentadbiran PH juga terpaksa membuat pusingan U dalam beberapa isu susulan tekanan daripada kumpulan Melayu dan Islam, termasuk pembangkang Umno-PAS, yang menjejaskan hubungan kaum. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/rakyat-sanggup-beri-lebih-harapan-kaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilema Rakyat Harapan Dalam Kegusaran

Dilema Rakyat Harapan Dalam Kegusaran

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 446 hits
Bagi menjawab cabaran politik dan anjakan paradigma rakyat yang sentiasa berkembang dan berubah pimpinan UMNO dan BN memerlukan tahap kompetensi keilmuan kemahiran dan seni berpolitik yang tinggi Memahami apakah dilema dan denyut nadi rakya...
Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 367 hits
Ribuan rakyat membanjiri di Pahang semalam Ini isyarat rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan Rakyat akan terus membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kelak Politik fitnah dan propaganda tidak lagi relevan di dalam politik Malaysia ...
Cabaran Ph Penuhi Harapan Rakyat Bina Semula Negara

Cabaran Ph Penuhi Harapan Rakyat Bina Semula Negara

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 378 hits
MOHD ALI HASHIM Setahun pemerintahan Pakatan Harapan merupakan tahun pertama yang amat mencabar bagi memenuhi harapan rakyat serta membina semula negara Ia boleh diibaratkan sebagai telefon pintar second hand yang perlu di re setting semula...
Pakatan Harapan Adalah Penyelamat Rakyat Dari Perompak Negara Dr Mahathir

Pakatan Harapan Adalah Penyelamat Rakyat Dari Perompak Negara Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 358 hits
Perjuangan mempertahankan Melayu dan Islam yang digerakkan oleh UMNO dan Pas tidak lain dari mempertahankan perompak perompak negara Pihak terbabit juga berharap jika Kerajaan Pakatan Harapan jatuh maka kes kes yang mereka hadapi akan gugur...
Apa Kepentingan Statut Rom Pada Ph Hingga Mahathir Sanggup Menipu Rakyat Malaysia

Apa Kepentingan Statut Rom Pada Ph Hingga Mahathir Sanggup Menipu Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 450 hits
5 April 2019 Mahathir mengumumkan kerajaan Malaysia akan batalkan penyertaan dalam Statut Rome Dalam satu sidang media yang penuh emosi Mahathir otai politik tanahair yang sebelum ini berjaya mengawal perasaan marah di depan wartawan pada h...
Dia Istimewa Kena Tolong Lebih Sedikit Ibu Bangsa Cina Sanggup Hantar Anak Oku Muslim Ke Masjid Daftar Sekolah Tahfiz

Dia Istimewa Kena Tolong Lebih Sedikit Ibu Bangsa Cina Sanggup Hantar Anak Oku Muslim Ke Masjid Daftar Sekolah Tahfiz

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 432 hits
Dia istimewa kena tolong lebih sedikit Ibu bangsa Cina sanggup hantar anak OKU Muslim ke masjid daftar sekolah tahfiz
Bagaimana Propaganda Pakatan Harapan Menipu Rakyat

Bagaimana Propaganda Pakatan Harapan Menipu Rakyat

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 488 hits
Saya nak ulas sedikit bagaimana propaganda PH menipu rakyat Kedua dua berita ini merujuk kepada isu yang sama iaitu laporan eksport negara yang dikeluarkan tengah hari ini Tetapi tajuk berita kedua ini amat berbeza Sumber berita di kanan ad...
Keresahan Rakyat Kerana Harapan Tinggi Anwar

Keresahan Rakyat Kerana Harapan Tinggi Anwar

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 331 hits
foto sumber internet Presiden PKR Anwar Ibrahim bersetuju dengan pandangan bahawa wujud keresahan dalam kalangan rakyat terhadap pentadbiran PH seperti yang ditunjukkan dalam kajian Merdeka Center baru baru ini Menurut anggota parlimen Port...
Kaji Selidik 46 Peratus Puas Hati Dr M Sebagai Pm

Kaji Selidik 46 Peratus Puas Hati Dr M Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 366 hits
News Diterbitkan Hari ini 4 44 petangMenjelang setahun pentadbiran Pakatan Harapan kajian oleh Merdeka Center mendapati hanya 46 peratus rakyat berpuas hati dengan kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Menurut Merdeka Cente...
Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Mat Sabu Menteri Gagal

Ole Ole Dari Dubai

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel

Banyak Kali Terkena Datang Makan Tapi Tak Bayar Wanita Luah Kecewa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Braces Friendly Delights A Mouthwatering Guide To Enjoying Food With Braces

Memorial Day Feast Celebrate With Delicious Food And Meaningful Remembrance

Polis Siasat Vijayan Savarinathan Didakwa Hina Agama Islam

Menu Khairul Aming Telur Bungkus

Wujud Usaha Jahat Tanam Persepsi K Jaan Diam Islam Dihina Pmo

How To Conduct A Reliable Bank Employee Background Check In Malaysia