Dilema Rakyat Harapan Dalam Kegusaran



Bagi menjawab cabaran politik dan anjakan paradigma rakyat yang sentiasa berkembang dan berubah, pimpinan UMNO dan BN memerlukan tahap kompetensi keilmuan, kemahiran dan seni berpolitik yang tinggi. Memahami apakah dilema dan denyut nadi rakyat melalui Fiqh Perubahan (Fiqh al-Taghyir) dan Fiqh Realiti (Fiqh al-Waqi’) akan memberikan kelebihan kepada UMNO dan BN menyantuni harapan dan kegusaran rakyat
Rakyat berada dalam dilema kerana serba salah kepada siapa hendak mengadu nasib, mencari tempat untuk berteduh dan bergantung harap. Manifesto bukan janji tetapi omongan kosong, harapan yang dilaungkan sepi tanpa khabar berita. Hanya kedengaran kerajaan baharu menyalahkan kerajaan terdahulu yang seakan tiada noktahnya walaupun sudah hampir setahun mereka menjadi kerajaan
Rakyat semakin gusar melihat dasar pecah dan perintah (devide and rule) yang semakin membarah di kalangan orang Melayu Islam. Jika senario ini tidak ditangani dengan segera ianya akan melemahkan kuasa politik orang Melayu Islam dan memungkinkan terjadinya minoriti menguasai majoriti.

Pecah dan perintah antara faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah setelah bertahan selama 623 tahun dari 1299 sehingga 1922 Masihi. Di samping itu keterlibatan golongan minoriti terdiri daripada orang Yahudi dan Armenia diberi peluang untuk menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan mereka turut berperanan menjatuhkan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1922 Masihi
Jangan kita terjebak dalam propaganda pecah dan perintah, bukan waktu dan ketikanya untuk pimpinan UMNO berkonfrontasi sesama sendiri, membentuk kabilah dan menentukan calon yang selayaknya memimpin UMNO bagi menghadapi PRU 15. Sewajarnya kita serahkan kepada Perwakilan UMNO dan ahli untuk menentukan calon yang akan mengemudi bahtera keramat ini, bukan menjadikan pihak ketiga sebagai jurucakap yang pastinya menimbulkan perasaan kurang senang kalangan ahli
Selayaknya pasca PAU ke 72 pada 2018 yang lalu dengan laungan UMNO BANGKIT kita sudah membina Wahdatul Fikr dan Wahdatul Amal. Jika ada kalangan pimpinan UMNO yang merasakan layak dan selayaknya dinobatkan jawatan yang tinggi dalam parti. Alangkah hormaninya jika mereka mengambil jalan bersabar, membina reputasi dan bertanding dalam pemilihan parti pada tahun 2021 nanti
Pepatah Arab ada menyebutkan “Pemuda hari ini ialah pemimpin di masa depan” (syubbanul yaum rijalul ghod). Saya cukup berkeyakinan bahawa ramai daripada pimpinan pemuda UMNO hari ini yang berkelayakan untuk menerajui parti pada masa akan datang. Justeru jangan terlalu gopoh, tingkatkan kompetensi diri, ilmu dan kemahiran, terokai pengalaman dan telusuri seni berpolitik. Bak kata Peribahasa Melayu “Tak akan lari gunung dikejar, hilang kabut tampaklah dia”
Rakyat perlukan solusi kepada permasalahan yang semakin menghimpit kehidupan seharian mereka. Rakyat sudah jemu dan mungkin ada yang sudah meluat melihat pemimpin Melayu Islam masih bercakaran sesama sendiri, mengejar glamour, pangkat dan ghanimah. Adakah rakyat masih menaruh harapan dengan manifesto Pakatan Harapan? Apakah harapan rakyat kepada pembangkang? Dua persoalan ini menjadi denyut nadi rakyat yang perlu diberikan perhatian
Berdasarkan pengamatan saya urutan keutamaan (fiqh al-awlawiyyat) rakyat memerlukan Perpaduan Ummah UMNO PAS dan pembelaan secara konsisten kepada isu-isu berbangkit seperti kos sara hidup, pendidikan, pekerjaan, biasiswa, keistimewaan orang Melayu dan Artikel 153 perlembagaan tidak tergugat. Saya berkeyakinan isu-isu tersebut mampu dijuarai pembangkang dan akan mengembalikan keyakinan rakyat. Rakyat menaruh harapan yang tinggi agar Perpaduan Ummah UMNO PAS menjadi satu realiti dan kedua-dua parti terbesar orang Melayu Islam ini tetap utuh dan relevan di arena politik tanah air
Dengan harapan menggunung inilah saya mengambil keputusan untuk berehat seketika sebagai Presiden UMNO dan menamakan Timbalan Presiden menjalankan tugas-tugas Presiden sewaktu saya berehat. Asasnya tindakan ini dibuat bagi menghentikan episod lompat-melompat pemimpin UMNO ke parti kerajaan yang pastinya akan melemahkan UMNO secara khusus dan pembangkang di parlimen secara am.

Pengorbanan dan tindakan ini bukan bersifat peribadi tetapi demi survival parti, demi perjuangan UMNO dan kemaslahatan bagi menolak kemudharatan. Al-Qawaid al-Fiqiyyah menggariskan:‘Tindakan pemimpin (pemerintah) ke atas pengikut (rakyat) adalah mesti berkait dengan maslahah’ (Tasharruful Imam ‘Ala al-Ra’iyyah Manutun Bi al-Maslahah)Imam al-Ghazali Rahimahullah menyebutkan: ‘Mendatangkan manfaat dan menghalang kemudharatan.’Sebarang pendapat peribadi dalam tulisan pojok biarpun dihormati, namun suara perwakilan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO wajib dihormati.Suara akar umbi sebenarnya suara keramat
Berehatnya saya demi memberikan kebaikan dan manfaat kepada kepada UMNO serta dalam masa yang sama untuk menghalang keburukan dan kemudaratan ke atas UMNO, yang akhirnya akan merugikan rakyat
Justeru bila tiba saat dan ketikanya, jika difikirkan bersesuaian saya akan memikul tanggungjawab dan amanah ahli UMNO menakhodai bahtera keramat ini, mewarnai harapan dan melegakan kegusaran rakyat. Demi ummah kita berpadu, demi perpaduan doa dipanjatkan agar terus beristiqomah dalam perjuangan
Sumber : umno online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2019/04/dilema-rakyat-harapan-dalam-kegusaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 355 hits
Ribuan rakyat membanjiri di Pahang semalam Ini isyarat rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan Rakyat akan terus membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kelak Politik fitnah dan propaganda tidak lagi relevan di dalam politik Malaysia ...
Keresahan Rakyat Kerana Harapan Tinggi Anwar

Keresahan Rakyat Kerana Harapan Tinggi Anwar

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 317 hits
foto sumber internet Presiden PKR Anwar Ibrahim bersetuju dengan pandangan bahawa wujud keresahan dalam kalangan rakyat terhadap pentadbiran PH seperti yang ditunjukkan dalam kajian Merdeka Center baru baru ini Menurut anggota parlimen Port...
Rafizi Ramli Perdaya Rakyat Lagi

Rafizi Ramli Perdaya Rakyat Lagi

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 353 hits
Oleh Siti Fatimah IshakKetua Pemuda PAS ingatkan Naib Presiden PKR henti jaja cerita palsu BANGI Naib Presiden PKR Rafizi Ramli cuba mengelirukan rakyat dengan pandangan berserta fakta salah apabila mengaitkan PAS ketika berbicara mengenai ...
Beri Ph 6 Bulan Lagi Negara Akan Pulih Dan Rakyat Akan Gembira Kata Daim Viralhancing

Beri Ph 6 Bulan Lagi Negara Akan Pulih Dan Rakyat Akan Gembira Kata Daim Viralhancing

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 414 hits
Kerajaan Pakatan Harapan memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin Beliau berkata dalam tempoh itu PH perlu berdepan deng...
Ukur Prestasi Mb Baru Johor Ikut Piawaian Rakyat

Ukur Prestasi Mb Baru Johor Ikut Piawaian Rakyat

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 458 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Dr Sahruddin Menteri Bes...
Ph Kalah Teruk Di Rantau Bukan Bermakna Rakyat Akan Tolak Ph Pada Pru Akan Datang Kata Menteri Viralhancing

Ph Kalah Teruk Di Rantau Bukan Bermakna Rakyat Akan Tolak Ph Pada Pru Akan Datang Kata Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 408 hits
PULAU PINANG 14 April Kekalahan calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau semalam tidak bermakna majoriti rakyat menolak kepemimpinan PH Sambil menerima keputusan itu dengan hati terbuka Setiausaha Agung Par...
Rakyat Marah Harga Barang Naik Punca Ph Kalah Prk Daim

Rakyat Marah Harga Barang Naik Punca Ph Kalah Prk Daim

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 463 hits
Kerajaan Pakatan Harapan memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin Beliau berkata dalam tempoh itu PH perlu berdepan deng...
Najib Antara Pengarah Yayasan Rakyat 1malaysia Kata Pegawai Ssm

Najib Antara Pengarah Yayasan Rakyat 1malaysia Kata Pegawai Ssm

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 331 hits
Foto oleh Sinar HarianMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak merupakan salah seorang pengarah Yayasan Rakyat 1Malaysia Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia Muhamad Akmaludin Abd...
Menhub Budi Serahkan 12 Kapal Pelayaran Rakyat Ke Sejumlah Daerah

Menhub Budi Serahkan 12 Kapal Pelayaran Rakyat Ke Sejumlah Daerah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 178 hits
Daerah yang menerima kapal pelayaran rakyat adalah Pemda Lampung Pemerintah Kota Bengkulu Kabupaten Kampar Kabupaten Pesisir Barat Kabupaten Kayong Utara Kota Pariaman Kabupaten Mamuju dan Kota Bima
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025