Rakyat Sabah Perlu Tolak Pemimpin Bolot Kekayaan Tindas Orang Miskin Anwar


Rakyat Sabah Perlu Tolak Pemimpin Bolot Kekayaan, Tindas Orang Miskin – Anwar
TUARAN, 27 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa rakyat Sabah bangkit menolak pemimpin yang membolot kekayaan negeri sambil menindas golongan miskin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Sabtu ini.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata tindakan itu penting, bagi memastikan keharmonian serta masa depan rakyat Sabah terutamanya golongan muda terus terpelihara.
“Saya mahu rakyat bangkit di Sabah ini. Tentukan masa depan kita, terutama anak-anak muda. Ini masa hadapan anda dan masa hadapan anda perlu ditentukan anda sendiri.
“Bukan oleh ahli politik yang terdesak atau sesetengah ahli akademi, marah terus, bising terus tapi tak peduli fakta, tanam kebencian, yang untung orang kaya di atas, yang susah orang miskin di bawah,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada Temu Rapat Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran di Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Anwar berkata rakyat khususnya golongan muda, perlu menilai kejayaan pemimpin politik berdasarkan rekod semasa mereka mentadbir kerajaan negeri dan bukannya selepas bersara atau kembali aktif berkempen semasa pilihan raya.
“Hendak nilai sama ada ketua menteri ini berkesan atau tidak, kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri berkesan atau tidak, nilai sekarang semasa mereka berkuasa. Berapa ramai Sabah lahirkan pemimpin, berapa ramai Persekutuan ada menteri-menteri dari Sabah.
“Apabila sudah tidak berkuasa, sudah pencen (cakap) ini tak betul, itu tak betul, ini kamu belum buat, itu kamu belum buat. Masa kamu kuasa, apa yang kamu buat?,” soal beliau.
BACA: Gempa Bumi Kuat Landa Luar Pantai Barat Utara Sumatera Dalam pada itu, Perdana Menteri menyifatkan Hajiji sebagai pemimpin yang konsisten bekerja untuk rakyat, malah tidak pernah meminta apa-apa demi kepentingan peribadi atau keluarga.
“Apabila saya datang Sabah, belum sempat duduk, Hajiji kata (bekalan) air kita belum ada pun, duduk sekali lagi, elektrik kita begini, jalan kita begini. Maknanya, Hajiji bekerja untuk suarakan kepentingan rakyat Sabah. Kita runding dengan baik dan selesaikan,” kata  Perdana Menteri.
Anwar berkata beliau menghormati dan menyokong Hajiji kerana pendirian ketua menteri itu yang kekal konsisten dalam memastikan hubungan baik antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan demi pembangunan Sabah.
“Dia (Hajiji) kata saya tubuh kerajaan, saya sokong kerajaan Persekutuan, kita bangunkan Sabah, bangunkan Malaysia dan sampai ke hari ini dia tidak berganjak daripada pendirian itu,” kata Anwar.
Sebanyak 1.76 juta pengundi akan mengundi pada PRN Sabah ke-17 Sabtu ini, yang mempertandingkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
Sumber: Bernama
The post Rakyat Sabah Perlu Tolak Pemimpin Bolot Kekayaan, Tindas Orang Miskin – Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/27/rakyat-sabah-perlu-tolak-pemimpin-bolot-kekayaan-tindas-orang-miskin-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suara Rakyat Amanah Besar Terajui Sabah Pm Anwar Ucap Tahniah Kepada Hajiji

Suara Rakyat Amanah Besar Terajui Sabah Pm Anwar Ucap Tahniah Kepada Hajiji

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 171 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas mandat baharu untuk menerajui pembentukan Kerajaan Negeri Dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook beliau menegask...
Pm Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini

Pm Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 260 hits
PM Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini KOTA KINABALU 15 Nov Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Tanjung Aru di sini pada 1 45 tengah hari untuk memulakan lawatan...
Anwar Sets New Sabah Agenda For Next State Govt

Anwar Sets New Sabah Agenda For Next State Govt

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 267 hits
The Pakatan Harapan chairman says he does not want Sabah to remain plagued by corruption and abuse of power after the election on Nov 29 Pakatan Harapan chairman Anwar Ibrahim said PH continues to play an important role despite contesting f...
I Never Took A Single Log From Sabah Says Anwar

I Never Took A Single Log From Sabah Says Anwar

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 248 hits
The prime minister says his visit to Sabah was not for personal profit but to fulfil the promise to safeguard the rights and future of Sabah s people Prime Minister Anwar Ibrahim at the PMX Sayang Sabah Mega Talk event in Kota Kinabalu toni...
Pm Anwar Ucap Tahniah Kepada Hajiji Komited Laksana Pembaharuan Untuk Sabah

Pm Anwar Ucap Tahniah Kepada Hajiji Komited Laksana Pembaharuan Untuk Sabah

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 172 hits
PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Hajiji Komited Laksana Pembaharuan Untuk Sabah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas mandat baharu pembentukan Kerajaan Nege...
Exco Kedah Mohon Maaf Ucapan Beri Rakyat Sabah Roti Gardenia

Exco Kedah Mohon Maaf Ucapan Beri Rakyat Sabah Roti Gardenia

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 241 hits
Dalam video tular Mansor Zakaria secara berseloroh berkata Orang Sabah tu kempen dia bagi roti Gardenia ja Mansor Zakaria berkata beliau tidak berniat menyinggung perasaan rakyat Sabah PETALING JAYA Exco Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kesi...
Pemuda Gagasan Tolak Bn Sertai Kerajaan Sabah Keputusan Pengundi Wajib Dihormati

Pemuda Gagasan Tolak Bn Sertai Kerajaan Sabah Keputusan Pengundi Wajib Dihormati

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 128 hits
Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah hari ini menegaskan pendirian mereka untuk menolak penyertaan Barisan Nasional dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan presiden mereka Hajiji Noor Pemuda Gagasan tekankan GRS amp rakan rakan
Pemimpin Mic Dah Terkejut Beruk Melihat Kekalahan Pn Di Prn Sabah

Pemimpin Mic Dah Terkejut Beruk Melihat Kekalahan Pn Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 165 hits
Surat dihantar bukan permohonan rasmi sertai PN kata pemimpin MICFMT ReportersSetiausaha Agung S Ananthan dipetik sebagai berkata surat berkenaan untuk mendapatkan penjelasan Setiausaha Agung S Ananthan kata MIC hantar surat kepada PN untuk...
More Parliament Seats For Sabah Sarawak Before Ge16 Says Anwar

More Parliament Seats For Sabah Sarawak Before Ge16 Says Anwar

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 218 hits
However this will not reach the states demand for one third of the seats in the Dewan Rakyat for now Previously deputy prime minister Fadillah Yusof of GPS said Sabah and Sarawak can only be allocated one third of parliamentary seats after ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kali Pertama Memancing Ikan

Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs