Rakyat Perlu Beri Ultimatum Kepada Muhyiddin


KHUTBAH PAGI 
Muhyiddin perlu diberi kata dua.RAKYAT tidak boleh meriba tangan dan menunggu dengan penuh harapan, seperti menunggu bulan jatuh keriba mendengar janji-janji daripada pemerintah. Terlalu mempercayai dan yakin kepada kerajaan yang tidak cukup nombor sesuatu yang bukan semestinya.

Sekiranya masing-masing sudah merasa kehidupan terancam atau bakal terjepit, maka sesuatu tindakan perlu dilakukan. Menanti dengan mengharap seperti janji burung Belatukuntuk membawa ulat kepada Murai, rasanya perbuatan yang tidak memberi kebaikan. Dan sia-sia sahaja. 
Belatuk atau Hud-Hud tidak akan mudah simpati kepada si Murai kerana mereka berbeza kedudukan, pangkat dan ada tanggungjawab berbeza.



Dengan kemelut masalah pandemik Covid-19 hari ini masih gelap belum ada sinar penyelesaiannya, maka rakyat perlu memberi KATA DUA kepada kerajaan. Kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin hari ini perlu diberikan deadline atau garis sempadan untuk mereka mengatasi masalah yang makin kritikal kini.


Sekurang-kurangnya dua tindakan ikhtiar yang tidak disenang rakyat telah diambil kerajaan; PENGISYTIHARAN DARURAT dan penyambungan PKP. Walaupun sudah dua minggu kebijakan itu diambil tetapi belum ada tanda-tanda pandemik ini berakhir. Kes kian bertambah, jumlah kehilangan nyawa juga menimbun. Sedikit masa lagi tidak mustahil jumlah akan menjadi 1,000. (Kita harap tidak) Perkembangan ini seperti ikhtiar itu tidak direstui atau Tuhan tidak mendengar doa kita.


Setiap hari, sejak pengisytihar darurat dan PKP 2.0 diadakan jumlah kes masih purata sehari antara 4,000 hingga 5,000. Walaupun ada percubaan untuk menjustifikasikan angka itu kononnya berlaku silap teknik kerana ada kes-kes lewat lapor atau bertindih dalam penjumlaahnya, nampaknya tidak menjadi. Apakah setelah kesilapan teknik itu diperbetulkan jumlah kes menurun? Tidak juga. Ertinya justifikasi itu tidak berbaloi. Keadaan itu jadilah seperti kita menipu diri sendiri.  

Bertolak dari situ rakyat perlu mengambil tindakan berani dan tegas dengan memberi ultimatum (kata dua kepada kerajaan). Terbaik kata dua ialah, berikan sedikit masa lagi kepada kerajaan untuk mereka terus berikhtiar mengurang Covid serta meringankan beban ekonomi rakyat.

Sekiranya dalam tempoh diberikan itu relatif gagal, kes bertambah, ekonomi rakyat kian menirus, wajar dianjurkan Muhyiddin dan kabinetnya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan. Atau dalam bahasa terhormat, Muhyiddin perlu kembalikan kebijakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan masa depan kerajaan. 
Terserah kepada kebijaksanaan Agong apakah baginda mahu melantik perdana menteri baru kemudian menyusun barisan kabinet yang baru, atau mengambil keputusan parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan.   

Sekiranya Muhyiddin dan para menterinya sudah tidak terpikul beban dan masalah ini, beliau tidak perlu bersikeras meneruskannya. Kerana risiko atas perbuatannya adalah kepada rakyat dan negara bukan kepada beliau dan anak beranak dan keluarganya. Muhyiddin perlu peka dan sedar realiti ini dan mempedulikan kepentingan umum bukan peribadi dan puak. 
Diharap dalam diri Muhyiddin ada setitik ehsan dan pengertian dalam masalah ini. Jangan kata orang kerana malu hendak bertanya ia akan terus kesesatan. Apabila sudah rasa sesat kembalilah ke pangkalan jalan. Itu formulanya. 
Muhyiddin tidak harus membawa bara di atas telapak tangan kerana tangan akan terbakar, bara pula tidak menjadi api dan menerbitkan cahaya untuk orang lain. Tentunya apa yang berlaku di Myanmar turut berlaku di sini, dimana rakyat Myanmar ramai-ramai bertindak memukul periok nasi menandakan mereka benci dan geram dengan darurat yang di laksanakan di sana.
Sebaliknya kalau dalam tempoh dua minggu akan datang keadaan reda dan menunjukkan perubahan positif kita jangan malu-malu untuk menyokong kerajaan PN. [wm.kl.10:34 am 05/02/2021] 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/02/rakyat-perlu-beri-altimatum-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Pukau Rakyat Dengan Pru

Muhyiddin Pukau Rakyat Dengan Pru

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 176 hits
Sementara itu Pakatan Harapan kekal dengan pendirian tidak mahu Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan sebaliknya mahu mandat rakyat dikembalikan kepada mereka Dalam satu kenyataan bersama Majlis Setiausaha PH jumaat lalu mereka mempertikaikan ke...
Kecaman Terhadap Muhyiddin Di Media Sosial Kenapa Salahkan Rakyat

Kecaman Terhadap Muhyiddin Di Media Sosial Kenapa Salahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 492 hits
Kemarahan rakyat terhadap Muhyiddin Yassin semakin memuncak Bermula dari sindiran dan gelaran menjengkelkan yang rakyat beri kepada Muhyiddin seperti BAPUK Bapa Perutusan Khas sehinggalah kecaman secara terbuka di dalam media sosial Hampir ...
Muhyiddin Bijak Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan Hidup Rakyat

Muhyiddin Bijak Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 429 hits
Sejak pemerintahan Pakatan Harapan dan kini berubah kepada Kerajaan Muhyiddin khidupan rakyat dan negara Malaysia berubah dengan cukup drastik Dari sebuah negara yang terkenal dengan kepesatan ekonomi dan kemakmuran kehidupan negara yang be...
Rakyat Serang Muhyiddin Melalui Istana

Rakyat Serang Muhyiddin Melalui Istana

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 208 hits
3 Februari 2021 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin...
Najib Buli Muhyiddin Di Facebook Supaya Dibenci Rakyat

Najib Buli Muhyiddin Di Facebook Supaya Dibenci Rakyat

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 369 hits
Nampaknya sejak akhir akhir ini Najib Razak kerap memBULI dan TROLL Muhyiddin Yassin melalui Facebook beliau Malang betul nasib Muhyiddin Dulu kena PECAT dengan Najib hari ini dibuli di Facebook Tidak ada kesudahan nampaknya BENCI Najib kep...
Muhyiddin Bertanggungjawab Hingga Akhirat Rakyat Tak Halal Gaji

Muhyiddin Bertanggungjawab Hingga Akhirat Rakyat Tak Halal Gaji

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 528 hits
Apabila Muhyiddin kehilangan majoriti dan Kerajaan Perikatan Nasional hanya menunggu seorang sahaja lagi ahli UMNO menarik sokongan untuk runtuh dia segera berjumpa Tuanku Agong dan menggunakan alasan pandemik Covid19 untuk diisytiharkan da...
Awas Marahnya Rakyat Kepada Muhyiddin Kini Lebih Parah Berbanding Najib Dulu

Awas Marahnya Rakyat Kepada Muhyiddin Kini Lebih Parah Berbanding Najib Dulu

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 226 hits
Petunjuk paling mudah untuk mengetahui atau mengesan sama ada rakyat gembira atau tidak terhadap kerajaan ialah melalui reaksi di media sosial selain mendengar apa yang anggota masyarakat luahkan dalam perbualan mereka sesama rakan kenalan ...
Rakyat Dah Menyampah Populariti Muhyiddin Makin Jatuh Walau Pun Pengampu Cuba Bantu

Rakyat Dah Menyampah Populariti Muhyiddin Makin Jatuh Walau Pun Pengampu Cuba Bantu

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 567 hits
Semakin lama Muhyiddin cuba mengekalkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri rakyat semakin marah dan menyampah Kini kemarahan rakyat kepada Muhyiddin sedang menuju ke puncak Ianya bukanlah dakwaan yang tidak berasas atau merupakan fitn...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur