Lawatan Pm Anwar Ke Abu Dhabi Bukan Sekadar Perkukuh Hubungan Malaysia Uae Tetapi


 

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di Abu Dhabi National Exhibition Centre (ADNEC) pada Isnin mempererat kerjasama antara ASEAN dan OIC. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PENDAPAT, 15 Jan – Usai sudah lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Abu Dhabi dan Dubai bukan sahaja berperanan dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang terjalin sejak Anwar hadir buat pertama kali sebagai Perdana Menteri pada 5 Oktober 2023.
Rupanya, secara tidak disedari, lawatan Anwar kali ini juga memperkukuh peranan Malaysia dalam mempereratkan sinergi kesatuan negara-negara Islam di peringkat antarabangsa terutama sekali Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Sebagai penyokong kuat Gaza dan rakyat Palestin, Anwar mengambil kesempatan memposisikan kedudukan dan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 dengan membawa suara rakyat tertindas dalam platform antarabangsa seperti Minggu Kelestarian Abu Dhabi 2025 (ADSW 2025).
Selain mengadakan perbincangan dengan pemimpin UAE termasuk Presiden merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di ADNEC Center, terdahulu Anwar turut diterbangkan ke Dubai sejauh 150 kilometer dari Abu Dhabi bagi mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum di Istana Za’abeel.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bercakap pada sesi Prime Ministerial Dialogue sempena Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2025 di Pusat Pameran Kebangsaan Abu Dhabi (ADNEC) pada Selasa. Foto Facebook Anwar IbrahimRata-rata warganet terkesima dengan sambutan yang diberikan Kerajaan UAE terhadap Anwar yang bersungguh-sungguh menjemput beliau menghadiri ADSW 2025 dan menyampaikan pidato bertajuk ‘ASEAN’s Interconnected Future: Linking Energy, Trade & Prosperity’.
Lebih 50,000 peserta terdiri daripada pemimpin negara, pemain industri, pembuat dasar serta delegasi dari 175 buah negara mendengar pidato Anwar di hadapan Sheikh Mohamed bin Zayed termasuk Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di Abu Dhabi National Exhibition Centre (ADNEC) pada Isnin mempererat kerjasama antara ASEAN dan OIC. Foto Facebook Anwar IbrahimSelain itu puluhan pemimpin benua Afrika seperti Presiden Kenya William Ruto, Presiden Nigeria Bola Ahmed Tinubu, Presiden Rwanda Paul Kagame, Presiden Seychelles Wavel Ramkalawan, Presiden Uganda Yoweri Museveni turut hadir bersama Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev, Perdana Menteri Albania Edi Rama dan Perdana Menteri Finland Petteri Orpo.
Persidangan yang diadakan di Abu Dhabi National Exhibition Centre (ADNEC) itu sarat dengan kupasan pelbagai isu serantau dan global, terutamanya dalam konteks kerjasama ekonomi dan perdagangan, yang menjadi fokus utama di peringkat global.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Uganda Yoweri Kaguta Museveni di ADSW 2025 di mana kedua-dua pemimpin bersetuju melonjakkan lagi sinergi di peringkat ekonomi, perniagaan dan perdagangan serta pendidikan. Foto Facebook Anwar IbrahimManakala selaku Pengerusi ASEAN 2025, Anwar menekankan pentingnya kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN termasuk negara-negara yang menganggotai Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menangani cabaran global seperti perubahan iklim, keselamatan, tenaga boleh baharu dan pembangunan mampan.
Malaysia, dengan kedudukannya sebagai Pengerusi ASEAN 2025 serta negara anggota utama OIC, memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedua-dua blok ini untuk mencapai matlamat bersama.
Rumusan hasil lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 12 hingga 14 Januari 2025 selaku Pengerusi ASEAN 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimLawatan ini juga memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pelaburan dan kerjasama ekonomi, terutamanya dalam sektor-sektor seperti teknologi, tenaga boleh diperbaharui, dan kewangan Islam.
Dalam pertemuan tersebut, Anwar pada Isnin mengadakan beberapa sesi pertemuan di luar ADSW 2025 antara tiga syarikat gergasi UAE seperti Dana Kekayaan Berdaulat merangkumi Abu Dhabi Investment Authority (ADIA), Masdar dan Mubadala untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan UAE.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum di Dubai pada Isnin. Foto Facebook Anwar IbrahimArakian, lawatan Anwar ke UAE kali ini bukan sahaja mencerminkan komitmen Malaysia untuk menjadi penghubung dalam memperkukuh hubungan antara negara-negara Islam, tetapi ia juga memajukan kepentingan ASEAN dalam pentas global sebagai peneraju kesatuan dan kerjasama serantau juga dapat direalisasikan.
“Alhamdulillah, lawatan saya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencapai matlamat untuk memperkukuh hubungan dua hala dan persahabatan Malaysia-UAE.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia termasuk Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi ADIA iaitu Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan serta barisan kepimpinannya pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Beberapa kerjasama baharu berjaya dimeterai termasuk perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan memperkasa inisiatif kecerdasan buatan (AI) di Malaysia,” ujar Anwar di Facebook pada Rabu.
Mengakhiri lawatan sebelum ke United Kingdom (UK) pula bagi lawatan kerja lima hari, Anwar merangkumkan kejayaan pertemuan dengan Pemerintah UAE dan Dubai mencetuskan peranan lebih besar Malaysia mencipta peluang baharu buat ASEAN sesuai dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Yang Mulia Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kerjasama strategik dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di bawah inisiatif Malaysia MADANI Artificial Intelligence (MMAI) antara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pelaburan UAE Mohamed Hassan Alsuwaidi di Abu Dhabi pada Selasa. Foto Abu Dhabi Media OfficeSudah pasti Kepengerusian ASEAN 2025 yang sedang digalas bukan sahaja menuntut Malaysia menjadi jurucakap serantau tetapi berperanan memperkukuh hubungan dengan 57 negara anggota OIC
Kita tunggu apa pula hasil lawatan Anwar di London, UK; Brussels, Belgium dan Davos, Switzerland buat rakyat, negara dan ASEAN secara umumnya dalam seminggu dua ini.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/lawatan-pm-anwar-ke-abu-dhabi-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertemuan Pm Anwar Presiden Prabowo Bincang Perkukuh Hubungan Malaysia Indonesia

Pertemuan Pm Anwar Presiden Prabowo Bincang Perkukuh Hubungan Malaysia Indonesia

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 206 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Indonesia Prabowo Subianto dalam majlis makan tengah hari di Rumah Tangsi Kuala Lumpur pada Khamis Foto BernamaKUALA LUMPUR 9 Jan Perbincangan tertutup empat mata antara Perdana Men...
Lawatan Pm Anwar Ke Abu Dhabi Esok Buka Laluan Baharu Kerjasama Ekonomi

Lawatan Pm Anwar Ke Abu Dhabi Esok Buka Laluan Baharu Kerjasama Ekonomi

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 199 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE merangkap Pemerintah Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi Foto Arkib 5 Oktober 2023KUALA LUMPUR 11 Jan Perdana Menteri Datuk Ser...
Ishiba Pilih Malaysia Sebagai Negara Pertama Lawatan Rasmi Hubungan Dua Hala Terus Diperkukuhkan

Ishiba Pilih Malaysia Sebagai Negara Pertama Lawatan Rasmi Hubungan Dua Hala Terus Diperkukuhkan

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 238 hits
Malaysia dipilih sebagai negara pertama dikunjungi Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba selepas dilantik ke jawatan itu pada Oktober tahun lalu nbsp Lawatan rasmi Ishiba ke Malaysia bukan sahaja mengukuhkan hubungan dua hala di antara kedua...
Anwar Malaysia Joined Brics To Navigate Global Shifts Not Choose Sides

Anwar Malaysia Joined Brics To Navigate Global Shifts Not Choose Sides

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 294 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivering his lecture at the London School of Economics and Political Science BERNAMA picKUALA LUMPUR Malaysia s decision to join BRICS was not about aligning with a particular bloc but rather a resp...
Ladang Solar Di Uk Pamer Kemampuan Malaysia Pacu Penyelesaian Tenaga Lestari Pm Anwar

Ladang Solar Di Uk Pamer Kemampuan Malaysia Pacu Penyelesaian Tenaga Lestari Pm Anwar

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 419 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pelancaran Additional 102MW Eastfield and Bunkers Solar Farms Showcasing TNB s Growth In Renewable Energy In The United Kingdom pada Khamis Foto Facebook Anwar IbrahimLONDON 17 Jan ...
The Spring Of Malaysia Uae Relations

The Spring Of Malaysia Uae Relations

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 322 hits
The leaders of two rapidly developing countries both modern states founded on the federation of monarchies blessed with bountiful coastlines and precious oil one in the tropics and the other in the desert met in the United Arab Emirates ove...
Rakyat Malaysia Di Luar Negara Perlu Punyai Hak Sama Untuk Mengundi Pm Anwar

Rakyat Malaysia Di Luar Negara Perlu Punyai Hak Sama Untuk Mengundi Pm Anwar

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 245 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad Foto BernamaBRUSSELS 20 Jan Rakyat Malaysia yang tinggal ...
Penglibatan Tnb Dalam Sektor Tenaga Baharu Bawa Manfaat Kepada Malaysia Pm Anwar

Penglibatan Tnb Dalam Sektor Tenaga Baharu Bawa Manfaat Kepada Malaysia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 246 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pelancaran Additional 102MW Eastfield and Bunkers Solar Farms Showcasing TNB s Growth In Renewable Energy In The United Kingdom pada Khamis Foto Facebook Anwar IbrahimLONDON 17 Jan ...
Pm Anwar Santuni Rakyat Malaysia Di Belgium Luxemborg

Pm Anwar Santuni Rakyat Malaysia Di Belgium Luxemborg

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 484 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad Foto BernamaBRUSSELS 19 Jan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar I...
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

No Lessons Learnt Hindu Temple Row Leaves Only A Bitter Aftertaste

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Building An Online Marketing Plan

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Jemaah Penanggal Kampung Lenggong

Luna Maya Dilamar Maxime Bouttier Di Tokyo Ini Perjalanan Cinta Mereka

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama

What S So Hard About Building Trains