Rakyat Mahu Keadilan Untuk Adib Peguam Negara Dianggap Halang Keadilan Ismail Sabri




Esok kes inkues anggota bomba yang maut ketika bertugas, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim akan diputuskan oleh mahkamah dan rakyat mahu kematiannya mendapat pembelaan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebelum ini bukan saja boleh dianggap sebagai cuba mengganggu perjalanan mahkamah malah juga boleh dianggap sebagai menghalang keadilan yang cuba ditegakkan melalui undang-undang.
“Rakyat menunggu keputusan ini sama ada Adib meninggal dunia akibat dipukul atau sebaliknya. Kita amat berharap agar mahkamah membuat keputusan dengan adil tanpa dipengaruhi oleh tindakan-tindakan Peguam Negara atau mana-mana pihak sekalipun.”
Ini kerana katanya, rakyat mahu keadilan ditegakkan dan kematian Adib mendapat pembelaan sewajarnya oleh sistem perundangan negara ini.
“Peguam Negara bukan sahaja individu malah sebagai institusi yang berperanan menegakkan kedaulatan undang-undang di Malaysia namun Peguam Negara bertindak sebaliknya,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Ujarnya sebenarnya Peguam Negara yang telah mengarahkan satu inkues diadakan berdasarkan Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah bagi mengenal pasti punca kecederaan Adib dan juga punca kematian Adib walaupun pihak polis sebelumnya telah menjalankan siasatan, membuat tangkapan di bawah kanun keseksaan untuk cubaan membunuh, malah Timbalan Ketua Polis Selangor setelah Adib meninggal, telah membuat kenyataan bahawa kes ini akan dipinda dan disiasat di bawah kes membunuh.
“Namun Peguam Negara telah mengarahkan inkues walaupun polis telah menjalankan siasatan. Walaupun tidak salah dari segi undang-undang namun rakyat hairan kepada tindakan tersebut seolah wujud sesuatu yang luar biasa. Rakyat mula sangsi kepada sikap berkecuali Peguam Negara di dalam kes Adib ini.
“Sikap Peguam Negara lebih terserlah apabila perbincangan inkues berjalan di Mahkamah Koroner Shah Alam. Ini jelas apabila mengeluarkan arahan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menamatkan khidmat Peguam Shazlin Mansor yang mewakili KPKT, JBPM dan keluarga Adib dengan alasan terdapat konflik kepentingan (conflict of interest).
“Alasan ini sangat diragui kerana sejak hari pertama Puan Shazlin Mansor mewakili keluarga mereka di mahkamah tidak ada sebarang bantahan daripada Peguam Negara. Hanya setelah lebih 4 bulan dan saksi ke-29 memberi keterangan barulah isu conflict of interest ini ditimbulkan.”
Terang beliau, sebenarnya, isu ini timbul apabila Puan Shazlin Mansor dilihat mempunyai pendirian yang berbeza dengan Peguam Negara di dalam pengendalian kes terutamanya pendirian mengenai punca kematian Adib.
“Pendirian Peguam Negara menjadi lebih jelas apabila pihak Peguam Negara telah mengikrarkan di dalam affidavit bertarikh 3 April 2019 melalui Tuan Hamdan Bin Hamzah iaitu Mantan Ketua Pegawai Pengendali Inkues berkenaan bahawa ‘kecederaan yang dialami oleh si mati yang membawa kepada kematian si mati apabila dilihat secara keseluruhan, bukanlah kecederaan akibat dipukul’.
“Maka adalah jelas bahawa Peguam Negara telah membuat pendirian sendiri tentang punca kematian Adib sejak dari mula lagi seperti menolak hasil siasatan polis, menyingkirkan Puan Shazlin Mansor yang dilihat berpotensi menghalang tindakan beliau malah cuba mempengaruhi mahkamah untuk membuat keputusan dengan mengikrar di dalam affidavit tentang punca kematian tersebut.
“Sebelum Mahkamah Koroner membuat keputusan, punca kematian masih dianggap ‘unknown’. Hanya setelah mendengar semua saksi, barulah mahkamah akan membuat keputusan. Maka tindakan Peguam Negara membuat pendirian dan keputusan pra matang dengan mendahului mahkamah adalah satu tindakan yang boleh dianggap sebagai subjudice malah menghina mahkamah,” tegas beliau lagi yang juga Naib Presiden UMNO. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/26/rakyat-mahu-keadilan-untuk-adib-peguam-negara-dianggap-halang-keadilan-ismail-sabri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Adib Tiada Suspek Yang Akan Terlepas Peguam Negara

Kes Adib Tiada Suspek Yang Akan Terlepas Peguam Negara

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 322 hits
The ReporterPeguam Negara Tan Sri Tommy Thomas hari ini menegaskan bahawa tiada yang akan terlepas apabila Jabatan Peguam Negara mendapat kertas siasatan daripada pihak polis setelah mereka mengenal pasti suspek yang terlibat dengan kematia...
Serius Ambil Tanggungjawab Kes Adib Akan Diteliti Dengan Profesional Kata Peguam Negara

Serius Ambil Tanggungjawab Kes Adib Akan Diteliti Dengan Profesional Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 299 hits
Peguam Negara Tommy Thomas berkata pihaknya serius dalam mengambil tanggungjawab dan berjanji meneliti kertas siasatan polis berhubung pihak yang menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Katanya orang ramai harus diberik...
Keadilan Masih Tertangguh Peguam Negara Patut Dipecat Ini 9 Perkara

Keadilan Masih Tertangguh Peguam Negara Patut Dipecat Ini 9 Perkara

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 290 hits
KL 27 Sept Perdana Menteri perlu menasihati Yang di Pertuan Agong supaya memecat Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas ekoran bertindak tidak profesional dalam inkues allahyarham Mohamad Adib Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob be...
Ummah Ajak Rakyat Solat Hajat Doa Kes Adib Dapat Keadilan

Ummah Ajak Rakyat Solat Hajat Doa Kes Adib Dapat Keadilan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 449 hits
Ini keadilan seorang penjawat awam yang berkorban kerana negaraBANGI Gerakan Pembela Ummah mengajak umat Islam di seluruh negara bersama sama menunaikan solat hajat pada Khamis depan mendoakan keputusan prosiding inkues anggota bomba Muhamm...
Adib Dibunuh Kenyataan Ketua Polis Negara Tommy Peguam Negara Koroner

Adib Dibunuh Kenyataan Ketua Polis Negara Tommy Peguam Negara Koroner

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 659 hits
Tangkap pembunuh pembunuh Allahyarham Adib dan jatuhkan hukuman yang setimpal Ironi apakah ketua Polis Negara TS Abdul Hamid Bador bagi statement kontra dengan keputusan inkues Sebelum ini kita telah berpuas hati bahawa tidak ada bukti untu...
Rakyat Hilang Kepercayaan Kepada Peguam Negara

Rakyat Hilang Kepercayaan Kepada Peguam Negara

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 293 hits
Tommy Thomas patut malu sila letak jawatan segera BerjasaBANGI Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia menggesa Tommy Thomas meletak jawatan sebagai Peguam Negara susulan tindakan biadap menghina mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkue...
Doa Ibu Bapa Termakbul Selepas Setahun Menanti Keadilan Allahyarham Adib

Doa Ibu Bapa Termakbul Selepas Setahun Menanti Keadilan Allahyarham Adib

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 694 hits
DARI malam tadi perasaan saya sangat berdebar sehingga pagi ini namun sebaik saja dimaklumkan keputusan inkues menyebelahi arwah saya rasa sangat lega kata ibu Muhammad Adib Asma Aziz 52 Asma berkata sebaik saja mengetahui keputusan itu dia...
Kami Pastinya Ingin Melihat Keadilan Mufti Puji Bapa Adib

Kami Pastinya Ingin Melihat Keadilan Mufti Puji Bapa Adib

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 227 hits
SIKAP positif bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim Abdul Hamid mendapat pujian Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Kami amat tersentuh dengan kenyataan bapa Muhammad Adib sehari sebelum keputusan diumumka...
Fenomena Langit Merah Pelajar Malaysia Di Jambi Merintih Rayu Doa Rakyat Negara Ini

Fenomena Langit Merah Pelajar Malaysia Di Jambi Merintih Rayu Doa Rakyat Negara Ini

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 342 hits
Fenomena jerebu yang melanda di negara kita hari ini tidaklah seteruk yang dilalui oleh negara jiran Indonesia Langit mereka bukan sahaja bertukar merah malah pemandangan mereka seperti diselimuti asap sehingga terpaksa bernafas dalam udara...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Joy Of Vaping Without Instructions Why Disposable Pods Feel Effortless

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Microsoft Lancar Demo Quake Ii Hasil Ai Tapi Akui Ada Had

Pagi Ini Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Haji Azman Bin Haji Adna

Cedera Teruk Akibat Dihempap Doktor Maklum Abang Belon Berdepan Risiko Lumpuh Kekal

Dasar Pengecut Fara Salleh Dakwa Diceraikan Shuk Sahar Menerusi Panggilan Telefon Di Siam