Muhyiddin Patut Suruh At Takiri Lepaskan Jawatan Dan Bukan Beri Kenyataan Media



Sementara pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap Khairuddin Attakiri kerana melanggar SOP kuarantin diri, Muhyiddin Yassin semalam mengeluarkan kenyataan media memberi jaminan bahawa tiada sesiapa terkecuali jika melanggar undang-undang
Kata beliau, kerajaan mengambil maklum dan memandang serius kes dakwaan pelanggaran perintah kuarantin oleh Khairuddin setelah dia pulang dari Turki pada 7 Julai lalu
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali
“Sehubungan itu, saya serahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang,” katanya dalam kenyataan tersebut
Begitu pun, tindakan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan media ini bukan saja agak terlambat kerana isu Attakiri sudah berlarutan sejak seminggu yang lalu, bahkan ia tidak perlu pun sebenarnya
Rakyat bukan lagi mahu mendengar jaminan mulut seperti kenyataan bahawa undang-undang tidak memilih bulu, tiada sesiapa terkecuali daripada tindakan, kerajaan memandang berat dan sebagainya
Rakyat tidak mahu semua itu kerana telah terlalu biasanya mendengarnya sejak dulu lagi
Selalunya bersama kenyataan seperti itulah seseorang itu dilindungi dan tidak diambil apa-apa tindakan
Apa yang rakyat mahu ialah ada sesuatu tindakan dan sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin sepatutnya pantas dalam bertindak, terutamanya terhadap menteri yang telah terbukti memalukan kerajaan seperti perlakuan Attakiri itu
Jika pun Attakiri perlu berdepan proses undang-undang atas kesalahan yang dilakukannya, biarkan saja proses itu berjalan seperti biasa
Tetapi, sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin harus mengambil tindakan lain dari segi poliitik terhadap Attakiri
Dalam kes kesalahan yang telah dilakukan Attakiri, Muhyiddin seharusnya menasihatkannya agar berundur dengan segera atau bertindak memecatnya daripada kabinet kerana perlakuannya itu
Ini kerana Attakiri jelas telah melakukan kesalahan yang serius dengan sengaja sehingga memberi malu dan menyebabkan kerajaan dipersenda oleh rakyat
Hakikatnya, dalam keadaan itu, untuk apa lagi Attakiri dikekalkan dalam kabinet
Lebih daripada itu, terdapat pula percubaan daripada pemimpin tertentu UMNO dan Pas untuk membela Attakiri dengan hujah-hujah yang tidak masuk akal
Hujah seorang pemimpin UMNO bahawa Attakiri pergi ke Turki dengan kononnya membawa balik pelaburan bernilai RM82 bilion adalah bukti wujud percubaan untuk menutup kesalahannya
Bagaimana pemergiannya bercuti bersama keluarga ke Turki boleh membawa masuk pelaburan untuk negara
Bahkan, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pun belum mampu membawa masuk pelaburan untuk negara dengan jumlah sebanyak setakat ini
Seperti kata Terese Kok, kalau benar sebanyak itu pelaburan yang mampu dibawa balik oleh Attakiri yang tiada pengalaman sebagai menteri sebelum ini, lebih baik jadikannya saja sebagai Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin
Hujah pemimpin dan walaun Pas lagi menggelikan hati, antaranya membandingkan Attakiri dengan drebar lori yang setiap hari berulang alik antara Malaysia dan Singapura yang langsung tidak dikuarantin, tiada kluster Khairuddin yang wujud, kononnya Attakiri sebagai menteri yang sentiasa sibuk tidak perlu kuarantin diri dan pelbagai lagi
Rakyat bukan saja mual dengan alasan-alasan seperti itu, lebih daripada itu, sebenarnya juga tidak memerlukan lagi watak seperti Attakiri sebagai menteri untuk rakyat
Dalam hal ini, adalah menghairankan bagaimana Muhyiddin masih tidak mahu bertindak terhadap pemimpin Pas itu
Percayalah, dengan kedudukan Muhyiddin mula merudum dari segi keyakinan rakyat sekarang ini, jika beliau berani memecat atau meminta Attakiri berundur, pujian rakyat akan melimpah-limpah terhadapnya. (Shahbudindotcom 25/08/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/muhyiddin-patut-suruh-at-takiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang Menteri Langgar Sop Kuarantin Mesti Letak Jawatan

Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang Menteri Langgar Sop Kuarantin Mesti Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 322 hits
Saya berada di dalam Dewan Rakyat pada 18hb Ogos 2020 ketika Ahli Parlimen Seputeh YB Teresa Kok mendedahkan bahawa Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah datang ke Parlimen pada 13 Julai 2020...
Tuan Ibrahim Wajar Desak Khairuddin Takiri Letak Jawatan Menteri Dan Jadi Driver Lori Sayur Sahaja

Tuan Ibrahim Wajar Desak Khairuddin Takiri Letak Jawatan Menteri Dan Jadi Driver Lori Sayur Sahaja

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 819 hits
Adakah Timb Presiden Pas yang juga Menteri Mewa ini faham apa kepentingan dan beza tugas pemandu lori sayur yang membekalkan makanan dan pilot kapalterbang berbanding dengan seorang menteri yang ke luar negara untuk bercuti dan makan angin ...
Muhyiddin Diseru Dedahkan Hasil Siasatan Dalaman Terhadap At Takiri

Muhyiddin Diseru Dedahkan Hasil Siasatan Dalaman Terhadap At Takiri

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 309 hits
Pengakuan Dr Noor Hisham Abdullah yang memberitahu pengurusan tinggi Kementerian Kesihatan Malaysia tidak tahu mengenai skandal pengingkaran kuarantin Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali agak mengejutkan ...
Kenyataan Media

Kenyataan Media

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 357 hits
ISNIN 17 OGOS 2020 AMK SABAH YAKIN ANAK MUDA DIBERI KELEBIHAN PADA PRN SABAH Seperti sedia maklum Pilihanraya Negeri akan berlangsung setelah Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan Sudah tentu isu yang menjadi tumpuan adalah calon Pilihanra...
Khairuddin Patut Letak Jawatan Muhyiddin Buat Selamba

Khairuddin Patut Letak Jawatan Muhyiddin Buat Selamba

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 317 hits
Tamrin Tun Ghafar 1 Politik Negara ini memang meriah tak sunyi dari berbagai isu dan kontroversi 2 Bermula dengan Langkah Sheraton kemudian diikuti oleh PERANCANGAN Muhyiddin bagi menguatkan kedudukan beliau dengan MERASUAH berbagai Jawatan...
Rakyat Mahu At Takiri Serah Jawatan Bukan Serah Gaji

Rakyat Mahu At Takiri Serah Jawatan Bukan Serah Gaji

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 351 hits
Ibarat kata daripada 32 juta rakyat Malaysia yang ada 35 juta tidak setuju dengan kompaun RM1000 yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia semalam terhadap Khairuddin Attakiri atas kesalahannya tidak menjalani kuarantin diri selepas pul...
Kenyataan Media Tamrin Tun Ghafar

Kenyataan Media Tamrin Tun Ghafar

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 381 hits
Kan dah kenaaaaa mak lampir Kenyataan Media Tamrin Tun Ghafar PROJEK PELUPUSAN SISA PEPEJAL OLEH SYARIKAT BUMI SEGAR INDAH1 Kenyataan akhbar YB Zuraida Kamaruddin Menteri Kementerian Perumahxn dan Kerajaan Tempatan bertarikh 28hb Ogos 2020 ...
Video Kenyataan Media Tak Tahu Pasal Projek Runding Terus Sah Zuraida Tidur

Video Kenyataan Media Tak Tahu Pasal Projek Runding Terus Sah Zuraida Tidur

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 408 hits
Tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang tidak mahu mengaku terdapat projek runding terus ternyata terkena balik kepada dirinya sendiri Ini selepas pendedahan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz berhub...
Langgar Kuarantin Hanya Letak Jawatan Reda Kemarahan Rakyat

Langgar Kuarantin Hanya Letak Jawatan Reda Kemarahan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 298 hits
EDY NOOR REDUAN Menteri Langgar SOP Kuarantin Hanya Perletakkan Jawatan Menteri dan Ahli Parlimen Mampu Meredakan Kemarahan Rakyat 1 Beberapa laporan media telah menyebut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Raza...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam