Rakyat Kongsi Rakaman Saat Gempa Lemah Gegar Segamat


Rakyat Kongsi Rakaman Saat Gempa Lemah ‘Gegar’ Segamat
Suasana tenang awal pagi tadi di Segamat, Johor tiba-tiba bertukar cemas apabila penduduk sekitar dikejutkan dengan gegaran jelas susulan satu gempa bumi lemah berukuran 4.1 pada skala Richter.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.13 pagi, dan dalam tempoh singkat itu, ramai penduduk berkongsi pengalaman merasai pergerakan luar biasa di kediaman mereka.
Situasi berkenaan pantas mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan orang ramai berkongsi pengalaman masing-masing sebaik gegaran berlaku.
Tular rakaman CCTV detik gempa di Johor Beberapa rakaman yang tular di media sosial memaparkan detik gegaran gempa ketika kejadian berlaku sekitar Johor.
Salah satu daripadanya dimuat naik oleh seorang penduduk dipercayai dari Kampung Tengah, Segamat, yang berkongsi rakaman CCTV di rumahnya.
Rakaman tersebut menunjukkan gegaran kedengaran dan kelihatan jelas di ruang tamu, dapur dan kawasan tempat letak kereta. Setiap sudut rakaman memperlihatkan dengan nyata kesan gegaran berkenaan.
@kucingblackcat Yaallah gempa bumi di segamat hari ini.. Yaallah.. Jauh kan kami dari dugaan mu yaallah
♬ bunyi asal – hisam89 – hisam89

@zuaseiydaaszueiyd 1 gempa bumi,,, berukuran 4.1 belaku di kwsan kami,,, juga turut di rasai di JB,,, MELAKA juga Utara PAHANG…
♬ Late Night Vibe – Rude Boy

@ravimavira7570 ♬ original sound – RAVI(MC) – RAVI(MC)

 
@akubudakkluang_official Beberapa rakaman gegaran gempa bumi bermagnatud 4.1 yang berlaku dekat Segamat awal pagi tadi sekitar jam 6.13pagi. Ini disahkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Dilaporkan tiada kemalangan jiwa dan kerosakkan besar kepada harta benda penduduk. Semoga dipermudahkan segala urusan. #AkuBudakKluang #KeArahLebihBaik #DefendOurDistrict #fyp #fypシ
♬ original sound – Aku Budak Kluang – Aku Budak Kluang

Pengesahan METMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengesahkan bahawa gempa bumi lemah tersebut direkodkan pada koordinat 2.5° Utara dan 102.8° Timur, dengan magnitud 4.1 pada skala Richter.
Menurut METMalaysia, pusat gempa bumi berkenaan terletak kira-kira 5 kilometer Barat dari Segamat, dengan kedalaman 10 kilometer.
Difahamkan, gegaran turut dilaporkan dirasai sehingga ke kawasan berhampiran termasuk Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang.
“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” maklum METMalaysia.
Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan Dalam pada itu, Kerajaan Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz berkata beliau telah berhubung dengan Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi dan dimaklumkan bahawa setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.
Beliau turut mengajak rakyat sama-sama berdoa agar negeri Johor serta seluruh negara sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah.
BACA: Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor, Malaysia
BACA: Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat, Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh
BACA: Jalan Utama Putrajaya Ditutup Sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Sumber: Video tular
The post Rakyat Kongsi Rakaman Saat Gempa Lemah ‘Gegar’ Segamat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/24/rakyat-kongsi-rakaman-saat-gempa-lemah-gegar-segamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1982 hits
SEGAMAT Tiga laporan polis diterima susulan gegaran gempa bumi lemah yang melanda daerah ini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata laporan berkenaan membabitkan kerosakan siling surau retakan s...
Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh

Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1821 hits
Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh JOHOR BAHRU 24 Ogos Kerajaan Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa susula...
Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi

Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1378 hits
Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi Penduduk daerah Segamat Johor sekali lagi dikejutkan dengan satu gempa bumi lemah berukuran 2 5 magnitud yang dilapor berlaku pada jam 7 56 malam tadi Menurut Jabatan Meteorologi Mal...
Satu Lagi Gempa Bumi Lemah Gegar Johor Malaysia

Satu Lagi Gempa Bumi Lemah Gegar Johor Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1525 hits
Satu Lagi Gempa Bumi Lemah Gegar Johor Malaysia Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Johor Malaysia pada jam 9 00 pagi hari ini Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 2 2 Utara dan 103 1 Timur dengan magnitud 2 8 pada skala R...
Tekanan Tektonik Punca Gempa Bumi Lemah Di Segamat Jmg

Tekanan Tektonik Punca Gempa Bumi Lemah Di Segamat Jmg

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1128 hits
Tekanan Tektonik Punca Gempa Bumi Lemah Di Segamat JMG PUTRAJAYA 28 Ogos Gempa bumi lemah berukuran magnitud 3 2 yang berlaku di Segamat Johor semalam berpunca daripada pengaktifan semula Sesar Mersing akibat tekanan tektonik serantau menur...
Gempa Segamat Bukti Fenomena Pengaktifan Semula Sesar Kuno Masih Berlaku Jmg

Gempa Segamat Bukti Fenomena Pengaktifan Semula Sesar Kuno Masih Berlaku Jmg

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 534 hits
Gempa Segamat Bukti Fenomena Pengaktifan Semula Sesar Kuno Masih Berlaku JMG JOHOR BAHRU 25 Ogos Kejadian gempa bumi di Segamat semalam mengingatkan bahawa kerak benua di Semenanjung Malaysia masih menyimpan tegasan tektonik yang boleh dile...
Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 6856 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan Johor menyarankan semua masjid dan surau di negeri ini menganjurkan majlis doa selamat serta solat hajat berikutan kejadian gempa bumi kecil yang melanda Segamat pagi tadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam ne...
Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini

Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1897 hits
Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini SEGAMAT 27 Ogos Tiada laporan kerosakan harta benda kecederaan mahupun kemalangan jiwa diterima setakat ini susulan gegaran lemah bermagnitud 3 2 yang berlaku di daerah ...
Kali Ketiga Segamat Dilanda Gempa Bumi

Kali Ketiga Segamat Dilanda Gempa Bumi

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1578 hits
BernamaJOHOR BAHRU Segamat sekali lagi dilanda gempa bumi lemah malam ini menjadikannya kejadian ketiga dalam tempoh beberapa hari di kawasan berkenaan Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan gempa bumi bermagnitud 2 5 pada skala Ritcher i...
Sajian Berpantang Juadah Majlis Cukur Jambul

Pggold88 20 September Pggold88 500wallet Kyc Top 84 By Nathaniel

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Hiburan Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut Dipukul Amp Dipaksa Cium Bendera Isra L Dilayan Seperti Haiwan

Onesiamclub 24 July Onesiamclub Top 47 By Floy

Malaysians Wonder If Selangor S Planned Heroic Homecoming For Gsf Volunteers Is Justified

Doa Malam 5 Okt 2025

Alhamdulillah Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hadiahkan Cawan Kucing Comel Untuk Member

Quick Healthy Vegan Apple Crisp Recipe

T25j06 Tangki Radiator Proton Persona Kering

Dalam Mengejar Kebebasan Jangan Hilang Kestabilan

Keindahan Keunikan Iskandar Polo Club Ipoh

Lirik Lagu Saidina Abu Bakar Omar Hana