Gempa Segamat Bukti Fenomena Pengaktifan Semula Sesar Kuno Masih Berlaku Jmg


Gempa Segamat: Bukti Fenomena Pengaktifan Semula Sesar Kuno Masih Berlaku – JMG
JOHOR BAHRU, 25 Ogos (Bernama) — Kejadian gempa bumi di Segamat semalam mengingatkan bahawa kerak benua di Semenanjung Malaysia masih menyimpan tegasan tektonik yang boleh dilepaskan secara tiba-tiba.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Johor Noorazhar Ngatimin berkata semakan awal peta geologi menunjukkan pusat gempa Segamat terletak berhampiran lanjutan Zon Sesar Mersing, yang berorientasi Barat-Barat Laut hingga Timur-Tenggara.
“Kejadian ini membuktikan fenomena pengaktifan semula sesar kuno, yang melepaskan tenaga tektonik tersimpan di dalam kerak benua. Kedalaman gempa (lebih kurang 10 km) mengesahkan ia berpunca daripada pergerakan kerak benua, bukan aktiviti gunung berapi atau subduksi laut dalam,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata fenomena pengaktifan semula sesar kuno bukan perkara baharu di Semenanjung dengan rekod gempa terdahulu termasuk di Bukit Tinggi, Pahang (2007-2010); Kenyir, Terengganu (1984); Kuala Pilah, Negeri Sembilan (1987) dan Manjung-Temenggor, Perak (1990-an).
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 dikesan pada 6.13 pagi di Segamat, disusuli gegaran kedua magnitud 2.8 di Yong Peng, kira-kira 28 kilometer dari Barat Laut Kluang.
Noorazhar berkata gegaran lemah turut dirasai di Mersing, Kluang, Batu Pahat dan kawasan sekitar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau berkata walaupun risikonya rendah berbanding di Sumatera, langkah proaktif tetap diperlukan bagi melindungi keselamatan rakyat serta kestabilan ekonomi.
Antara langkah penting ialah pemantauan berterusan jaringan seismik, pemetaan semula sesar aktif/kuno serta pembangunan sistem amaran awal bagi kesiapsiagaan awam dan infrastruktur kritikal.
Noorazhar turut berkongsi bahawa berdasarkan rekod penyelidikan, Johor pernah mengalami dua gempa bumi daratan pada 1922 iaitu pada 31 Januari (magnitud 5.4) dan 7 Februari (magnitud 5.0), yang menyebabkan kerosakan kecil di Muar.
“Peristiwa ini jarang berlaku kerana Semenanjung Malaysia terletak di atas Sunda Plate iaitu zon tektonik yang stabil,” katanya.
Beliau berkata Johor juga pernah merasai gegaran kecil pada 2021 dan 2023, namun pusat gempa ketika itu terletak di perairan luar pesisir berhampiran Sumatera.
Sumber: BERNAMA
The post Gempa Segamat: Bukti Fenomena Pengaktifan Semula Sesar Kuno Masih Berlaku – JMG appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/25/gempa-segamat-bukti-fenomena-pengaktifan-semula-sesar-kuno-masih-berlaku-jmg/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempa Bumi Pakar Seru Pemetaan Semula Sesar Tingkatkan Kesiapsiagaan Negara

Gempa Bumi Pakar Seru Pemetaan Semula Sesar Tingkatkan Kesiapsiagaan Negara

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 664 hits
Gempa Bumi Pakar Seru Pemetaan Semula Sesar Tingkatkan Kesiapsiagaan Negara JOHOR BAHRU 29 Ogos Beberapa siri gempa bumi lemah yang melanda Johor sejak Ahad lepas mencetuskan keperluan mendesak untuk mempergiat usaha pemetaan semula dan pem...
Tekanan Tektonik Punca Gempa Bumi Lemah Di Segamat Jmg

Tekanan Tektonik Punca Gempa Bumi Lemah Di Segamat Jmg

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1170 hits
Tekanan Tektonik Punca Gempa Bumi Lemah Di Segamat JMG PUTRAJAYA 28 Ogos Gempa bumi lemah berukuran magnitud 3 2 yang berlaku di Segamat Johor semalam berpunca daripada pengaktifan semula Sesar Mersing akibat tekanan tektonik serantau menur...
Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini

Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1936 hits
Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini SEGAMAT 27 Ogos Tiada laporan kerosakan harta benda kecederaan mahupun kemalangan jiwa diterima setakat ini susulan gegaran lemah bermagnitud 3 2 yang berlaku di daerah ...
Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh

Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1849 hits
Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh JOHOR BAHRU 24 Ogos Kerajaan Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa susula...
Terkejut Gempa Segamat Ingat Hantu Kacau Bergegar Katil

Terkejut Gempa Segamat Ingat Hantu Kacau Bergegar Katil

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 408 hits
KOSMO Tangkap layar rakaman CCTV sebuah rumah penduduk susulan kejadian gempa bumi lemah di Segamat Johor PETALING JAYA Disangka gangguan hantu rupa rupanya gempa bumi Itu antara reaksi penduduk susulan kejadian gempa bumi lemah di Segamat ...
Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2019 hits
SEGAMAT Tiga laporan polis diterima susulan gegaran gempa bumi lemah yang melanda daerah ini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata laporan berkenaan membabitkan kerosakan siling surau retakan s...
Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi

Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1420 hits
Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi Penduduk daerah Segamat Johor sekali lagi dikejutkan dengan satu gempa bumi lemah berukuran 2 5 magnitud yang dilapor berlaku pada jam 7 56 malam tadi Menurut Jabatan Meteorologi Mal...
Kali Ketiga Segamat Dilanda Gempa Bumi

Kali Ketiga Segamat Dilanda Gempa Bumi

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1621 hits
BernamaJOHOR BAHRU Segamat sekali lagi dilanda gempa bumi lemah malam ini menjadikannya kejadian ketiga dalam tempoh beberapa hari di kawasan berkenaan Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan gempa bumi bermagnitud 2 5 pada skala Ritcher i...
Gempa Bumi Apa Itu Sesar Jenis Jenisnya

Gempa Bumi Apa Itu Sesar Jenis Jenisnya

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1693 hits
Gempa Bumi Apa Itu Sesar Jenis Jenisnya Sejak kebelakangan ini negara digemparkan dengan beberapa siri gempa bumi lemah yang berlaku di Segamat Johor Meskipun tiada sebarang laporan kemalangan jiwa dilaporkan musibah yang menimpa ini menimb...
Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

The Lantis Bila Chord

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Gambar Hari Ini Walaun Jangan Koyak Sebab Kamu Buat Lebih Lagi

Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

2 Tahun Tak Nampak Bayang Akhirnya Muncul Semula Di Penghujung Tahun 2025

Genap Dua Tahun Menyusun Atur Telur Ayam Jom Meneka Dalam Kesamaran Lagi

Monochromatic Magic A Handsome Triumph Street Twin By 2loud


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Cara Mudah Buat Bateri Smartphone Tahan Lebih Lama Tips Praktikal

Tindakan Awal Untuk Mengatasi Kes Buli Di Sekolah

Kecantikan Patung Keanggunan Seni Halus Dari Abad Ke 16 Hingga Ke 19

Penghargaan Fam Kepada Pihak Terlibat Dalam Membangunkan Bolasepak Malaysia

Ditegur Menteri Agama Universal Music Turunkan Muzik Video Dolla Jaga Sensitiviti

Sistem Ng Mers 999 Perkasa Infrastruktur Kecemasan Digital Malaysia