Rakyat Jangan Marah Menteri Begitulah Juga Sebaliknya


 

Covid-19 terus mengganas. Ramai rakyat biasa bising-bising, marah-marah, kerana pak menteri, timbalan mereka serta golongan yang seistimewa dengan mereka bebas bergerak ke sana ke sini ketika PKB dan macam-macam PKP lagi berkuatkuasa.
Bukan sekadar bergerak bebas tetapi bergerak bebas tanpa mematuhi SOP.
Berkata rakyat biasa, kalaulah kami si rakyat biasa yang buat apa yang pak menteri dan rakan-rakan buat, tentunya kami ditangkap, didenda, dan sebagainya.
Berkata lagi si rakyat biasa mereka akur dengan SOP tetapi menteri dan VIP tidak – walaupun SOP itu jemaah menteri yang gubal.
Sebenarnya kemarahan ini bukan baru. Pernah timbul dulu tetapi reda.
Kini timbul semula dengan tersebar luasnya berita ada menteri jalan-jalan, gotong-royong, makan-makan. Dengan bebas. Pelitup muka dipakai tapi penjarakan fizikal terabai.
Golongan menteri yang ditegur tentunya terkilan dibidas sedemikian kerana apa yang dilakukan bukan untuk “enjoy-enjoy”, jalan-jalan suka-suka, makan angin.
Yang dilakukan ialah menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab membantu rakyat yang perlu dibantu. Mendapat izin pihak berkuasa walaupun mereka sendiri sebahagian pihak yang berkuasa.
Bukan senang buat itu semua. Kena “travel” berkilometer jauhnya ke kampung-kampung pendalaman. Kena tolong bersihkan rumah yang dilanda banjir. Kena makan lauk sempoi, bukan menu hotel lima bintang.
Sabar. Jangan lah pak menteri & co marah, berkecil hati dan merintih kalbu.
Rakyat biasa sekadar meluah perasaan. Sebenarnya mereka sayangkan kamu. Mereka bimbang pak menteri dan rakan-rakan dijangkiti Covid-19 bila bergerak bebas dengan tidak mengikuti SOP yang ditetapkan.
Rakyat biasa pula janganlah bimbang. Kerana pak menteri dan tim tahu apa yang mereka lakukan.
Jika tidak, masakan mereka berani merentas negeri dan daerah, ke hulu ke hilir berjumpa orang itu orang ini dan sedikit sebanyak mengabaikan SOP. Itu pun kadang-kala.
Akan tetapi ada juga menteri dan timbalan dijangkiti. Didapati positif. Namun rasanya mereka yakin akan pulih secepat mungkin. Memang ada yang dijangkiti sudah pun pulih. Alhamdulillah.
Yang tidak dijangkiti semuanya “business as usual”. Semuanya dilakukan demi rakyat dan negara tercinta.
Oleh itu kita dihidangkan dengan berita ada menteri dan rakan-rakan, duduk dekat-dekat antara satu sama lain masa bermesyuarat, masa makan-makan , masa borak-borak. Kadang-kala penjarakan dijaga, pelitup muka dipakai. Kadang-kadang tidak.
Terlupalah tu. Sebagai manusia lupa tidak dapat dielakkan.
Oleh itu rakyat biasa yang sayang pak pak menteri janganlah bimbang dengan pergerakan atau peri laku menteri. Pak menteri pula janganlah marah apabila rakyat marah. Mereka marah sebab sayang. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/01/rakyat-jangan-marah-menteri-begitulah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Jangan Hasut Rakyat Pertikai Kebijaksanaan Ydpa

Anwar Jangan Hasut Rakyat Pertikai Kebijaksanaan Ydpa

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 349 hits
harakahdailyJanuary 15 2021 PROKLAMASI Darurat yang telah dilaksanakan hari ini adalah atas pertimbangan dan kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong berdasarkan situasi semasa akibat daripada bencana besar dan pandemik...
Kalau Tengok Isteri Marah Terus Peluk Dia Jangan Biarkan Dia Pujuk Diri Sendiri

Kalau Tengok Isteri Marah Terus Peluk Dia Jangan Biarkan Dia Pujuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 650 hits
Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula pasangan suami isteri Adatlah jika ada masanya bergaduh ada masanya seperti pasangan baru bercinta Rumah tangga ada pasang dan surutnya Cuma kita sebagai pasangan haruslah memahami hati pasangan se...
Haaa Kan Puteri Umno Dah Marah Menteri Bersatu

Haaa Kan Puteri Umno Dah Marah Menteri Bersatu

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 334 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengambil kira kedudukan ekonomi rakyat sebelum membuat keputusan yang selalu tidak konsisten kata Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan Zahida berkata pada 11 Jan KPM mengumumkan bahawa persekolahan akan...
Benda Macam Ni Buat Rakyat Marah Kalau Ahli Politik Kerajaan Didenda Sedikit Atau Dilepaskan

Benda Macam Ni Buat Rakyat Marah Kalau Ahli Politik Kerajaan Didenda Sedikit Atau Dilepaskan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 416 hits
0 00 2 20Ada seperkara yg kami nak tanya pada Ketua Polis Johor sdra Ayub Khan Mydin Pitchay berkenaan seorang perempuan yang didenda RM1 000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengeluarkan anaknya dari kereta Sdra menyatakan siasatan...
Jangan Khayal Sediakan Rm500 Juta Untuk Rakyat Hadapi Pkp Pkpb Anwar Beritahu Muhyiddin

Jangan Khayal Sediakan Rm500 Juta Untuk Rakyat Hadapi Pkp Pkpb Anwar Beritahu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 400 hits
January 12 2021 Mulai Rabu hingga 26 Jan ini PKP akan dilaksanakan di Pulau Pinang Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Labuan Melaka Johor dan Sabah PETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim mendesak kerajaan segera menyediakan dana RM500 j...
Pergaduhan Pn Boleh Bawa Celaka Pada Rakyat Kata Bekas Menteri Kesihatan

Pergaduhan Pn Boleh Bawa Celaka Pada Rakyat Kata Bekas Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 392 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan ahli ahli politik Perikatan Nasional untuk berhenti berbalah kerana mereka seperti membawa celaka dan ketidakstabilan buat rakyat Beliau menyindir baha...
Jangan Henti Program Bantuan Insentif Rakyat Salleh Beritahu Putrajaya

Jangan Henti Program Bantuan Insentif Rakyat Salleh Beritahu Putrajaya

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 380 hits
Seorang pemimpin Umno Sabah mengingatkan Putrajaya untuk meneruskan program bantuan dan insentif kepada rakyat ketika negara berusaha membendung penularan Covid 19 dan perintah kawalan pergerakan 2 0 dilaksanakan di beberapa negeri ADUN Usu...
Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Kuantan Pekan Rompin To See Very Heavy Rain Until Tomorrow

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Holiday Schedule

Teringin Tahu Kemajuan Bangunan Semasa Era Zaman Nabi Muhammad Saw Ini Jawapannya

Flavorful Healthy Banana Bread Recipe Pinterest

Persiapan Kelengkapan Sekolah 2026 Bersama Hari Hari

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari