Anwar Jangan Hasut Rakyat Pertikai Kebijaksanaan Ydpa


harakahdaily
January 15, 2021


PROKLAMASI Darurat yang telah dilaksanakan hari ini adalah atas pertimbangan dan kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan situasi semasa akibat daripada bencana besar dan pandemik yang mengancam keselamatan serta kehidupan ekonomi rakyat Malaysia. Sehingga hari ini, bilangan kes semakin meningkat dan terus mencapai ribuan angka sehari.

Pungutan suara yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan disertai hampir 120,000 responden, menunjukkan bahawa majoriti rakyat bersetuju dengan pelaksanaan Darurat. Rakyat melihat ini sebagai suatu tindakan yang wajar, kerana kepentingan nyawa dan keselamatan itu lebih besar agendanya berbanding yang lain. Bukan mudah untuk rakyat menelan kepayahan ini, namun inilah hakikat yang perlu diakui bagi memastikan kestabilan yang lebih baik dalam tempoh yang bakal mendatang.

Pemuda PAS menzahirkan rasa marah dan kekecewaan yang teramat kepada Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tindakannya mengajak semua Ahli Parlimen menderhaka dan menentang Proklamasi Darurat ini. Beliau sepatutnya dilihat sebagai tokoh negara yang rasional dan menolak matlamat peribadi dalam keadaan getir ini. Namun sebaliknya berlaku, beliau memilih untuk menjadi batu api dan mengheret rakyat ke arah kegusaran. Tanpa segan silu, beliau menjadikan keselamatan rakyat sebagai taruhan sekali lagi, demi mencapai cita-cita peribadinya.

Pemuda PAS menegaskan bahawa sebarang usaha untuk mempertaruhkan nyawa rakyat merupakan pengkhianatan yang besar kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, negara serta seluruh rakyat jelata. Seharusnya pada waktu inilah kita berhenti berpolemik dan bersatu hati, meneruskan segala idea dan rancangan bagi melandaikan lekuk jangkitan COVID-19. Malah kerajaan telah bersikap terbuka dengan mengajak wakil Pembangkang untuk bersama dalam Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meneruskan atau menghentikan darurat.

Cadangan gopoh serta tidak bijak Anwar Ibrahim untuk menolak Proklamasi Darurat ini juga langsung tidak disertakan dengan idea lain, selain daripada mendesak untuk diadakan Persidangan Parlimen dalam keadaan rakyat sedang diancam jangkitan wabak. Setakat hari ini, sudah 5 orang Ahli Parlimen dijangkiti wabak COVID-19. Masih perlukah sidang Parlimen diadakan? Dan apa muslihat Anwar mendesak persidangan Parlimen? Untuk jatuhkan kerajaan melalui undi tidak percaya? Tidak cukupkah kita dengan apa yang berlaku di Sabah selepas kerajaan dijatuhkan, dan seluruh rakyat terpaksa menanggung akibatnya?

Pemuda PAS menggesa tindakan tegas diambil terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta mana-mana individu yang terus menerus menanam keraguan serta mempertikai keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam mengekang wabak COVID-19. Pemuda PAS juga menyatakan komitmen mendukung sepenuhnya usaha kerajaan, dan akan mengerah kesemua ahlinya untuk terus membantu dalam apa jua sudut, sehingga wabak ini berjaya dikawal dengan baik.

NAZIR HELMI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
 – HARAKAHDAILY   15/1/2021

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/anwar-jangan-hasut-rakyat-pertikai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Khayal Sediakan Rm500 Juta Untuk Rakyat Hadapi Pkp Pkpb Anwar Beritahu Muhyiddin

Jangan Khayal Sediakan Rm500 Juta Untuk Rakyat Hadapi Pkp Pkpb Anwar Beritahu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 316 hits
January 12 2021 Mulai Rabu hingga 26 Jan ini PKP akan dilaksanakan di Pulau Pinang Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Labuan Melaka Johor dan Sabah PETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim mendesak kerajaan segera menyediakan dana RM500 j...
Jangan Dengar Nasihat Yang Memusnahkan Bersatulah Bersama Anwar

Jangan Dengar Nasihat Yang Memusnahkan Bersatulah Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 212 hits
Panas Mahathir nasihat Muhyiddin letak jawatanJanuary 7 2021 Melihat kerapuhan kerajaan Perikatan Nasional bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan Bercakap kepada media hari ...
Dedah Segera Dalang Kartel Daging Jangan Biar Rakyat Berteka Teki

Dedah Segera Dalang Kartel Daging Jangan Biar Rakyat Berteka Teki

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 313 hits
MALAYSIA DATELINEDalang sebenar isu kartel daging perlu didedahkan dengan segera kerana ia melibatkan kepentingan awam terutama umat Islam demikian menurut peguam Syahredzan Johan Beliau berkata setakat ini hanya berlaku pendakwaan terhadap...
Jadi Batu Api Hasut Batal Darurat Pemuda Pas Gesa Ambil Tindakan Segera Terhadap Anwar

Jadi Batu Api Hasut Batal Darurat Pemuda Pas Gesa Ambil Tindakan Segera Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 240 hits
Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Anwar Ibrahim serta individu yang terus menanam keraguan serta mempertikai keputusan Yang di Pertuan Agong dalam mengekang penularan Covid 19 Ketua Penerangannya Nazir Ram...
Ajak Ahli Parlimen Mohon Agong Batal Darurat Rakyat Bengang Dengan Anwar

Ajak Ahli Parlimen Mohon Agong Batal Darurat Rakyat Bengang Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 323 hits
Seperti semua sedia maklum negara kini sedang dilanda pelbagai musibah antaranya wabak Covid 19 bencana banjir dan kemelut politik yang seakan akan tiada kesudahan Terbaru Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan semua ...
Utus Surat Bukan Derhaka Terima Titah Hasut Jangan Mengadap Tu Derhaka

Utus Surat Bukan Derhaka Terima Titah Hasut Jangan Mengadap Tu Derhaka

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 186 hits
Azizan Muhmad Noh Jika ada yang tak faham kenapa Anwar pula yang utus surat kepada YDP Agong untuk membatalkan perisytiharan Darurat aku nak jelaskanh Ds Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang yang diiktiraf dalam perlembagaan Malaysia dan ...
Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Ramai Yang Skeptikal

Full House Bangkok Residence A Modern Dual Family Home By Warchitect

Mca S Chong Short Sighted Says Umno Youth Leader

From Ai To Robotics The Creative Forces Driving Change In Dental Education

Man Hurt Trying To Stop Snatch Thieves Outside Kampung Pandan Temple