Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Kerajaan Dalam Banyak Perkara Mb Selangor





 
Apakah yang dimaksudkan dengan ucapan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bahawa beliau percaya bahawa isu perkauman yang semakin hangat di negara ini sebenarnya dilatari oleh satu isu yang lebih besar iaitu kehilangan kepercayaan terhadap kerajaan.
Katanya, beliau percaya, isu perkauman hanyalah menjadi “satu pelantar” kepada hilangnya kepercayaan dalam kalangan rakyat dalam banyak perkara, yang akhirnya mencetuskan suasana “gusar dan gundah gulana”.
“Saya percaya, soal kehilangan kepercayaan inilah yang melatari. Dan dari mana datangnya motivasi itu? Sudah pasti dalam pelbagai perkara dan bentuk yang kita tak jangkakan.
“(Dalam banyak hal) telah menimbulkan rasa ingin kesaksamaan, tetapi kesaksamaan itu tidak wujud, lalu dipersalahkan terhadap sistem, lalu yang menjadi mangsa pertama ialah institusi-institusi penting seperti kehakiman, kepolisian, dan keselamatan.
“Bila kehilangan kepercayaan itu wujud, maka hilanglah keyakinan, dan keyakinan yang hilanglah yang membentuk suasana hilang kedamaian, kacau bilau yang timbul hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup Seminar Nasional Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian: Pembinaan Bangsa dan Budaya Damai di Hotel Concorde Shah Alam, malam tadi.
Ucapannya itu hadir di tengah-tengah suasana PH berdepan dengan kritikan hebat daripada rakyat kerana dilihat bergelut untuk melunaskan keseluruhan janji dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.
Sementara itu, Anwar ketika menyampaikan Pidato Pembinaan Bangsa Malaysia semalam, meminta rakyat Malaysia khususnya orang Melayu untuk mengubah naratif berhubung kemiskinan agar lebih adil kepada semua rakyat miskin yang turut terdiri daripada kaum lain.
Katanya, orang Melayu perlu terbuka untuk menerima dasar yang memberikan kebaikan dan keadilan kepada semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu, kerana menurutnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) – yang sebelum ini dilaksana bagi membasmi kemiskinan – tidak berhasil.
“Bagi orang yang mendambakan dasar itu kekal kerana ia akan tolong orang Melayu, dia lupa, DEB, dari sudut membasmi kemiskinan, kalaupun kita kata tak gagal, tapi tidak berhasil.
“Dari segi kesenjangan golongan miskin dan kaya, lebih parah sekarang ketimbang 1971 (DEB diperkenalkan 1970). Maknanya, dengan pelaksanaan DEB, perbezaan antara Melayu miskin dan Melayu kaya lebih terus sekarang.
“Itupun kita kata, Melayu ini akan hanya hidup dengan DEB,” katanya dalam pidatonya.
DEB diperkenalkan pada 1970 untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan saksama ke arah mencapai perpaduan kaum di negara ini, namun digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.
Seminar semalam berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam, melibatkan pembentangan daripada pelbagai tokoh, sementara acara penutupnya malam tadi dihadiri lebih 700 penonton.
Petikan Malaysiakini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/11/rakyat-hilang-kepercayaan-pada-kerajaan-dalam-banyak-perkara-mb-selangor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Nak Rakyat Bayar Lebih Banyak Cukai Dalam Sst Najib

Kerajaan Nak Rakyat Bayar Lebih Banyak Cukai Dalam Sst Najib

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 410 hits
Rakyat tetap gembira walaupun nilai cukai tak telus sindir bekas PMBANGI Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjangkakan lebih banyak kategori barang atau perkhidmatan akan dikenakan cukai oleh kerajaan Pakatan Harapan Beliau berk...
Terkini Kerajaan Mungkin Akan Perkenalkan Cukai Baru Yang Tak Bebankan Rakyat Tun M

Terkini Kerajaan Mungkin Akan Perkenalkan Cukai Baru Yang Tak Bebankan Rakyat Tun M

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 748 hits
Baru baru ini Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kerajaan akan mengkaji keperluan memperkenalkan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan sekiranya itu kemahuan rakyat Sebelum ini Inst...
Perkauman Timbul Kerana Rakyat Hilang Percaya Pada K Jaan

Perkauman Timbul Kerana Rakyat Hilang Percaya Pada K Jaan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 310 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari percaya bahawa isu perkauman yang semakin hangat di negara ini sebenarnya dilatari oleh satu isu yang lebih besar iaitu kehilangan kepercayaan terhadap kerajaan Katanya beliau percaya isu perkauman hany...
Proton Dan Bank Rakyat Menawarkan Pakej Pembiayaan Istimewa Untuk Para Graduan Dan Kakitangan Kerajaan

Proton Dan Bank Rakyat Menawarkan Pakej Pembiayaan Istimewa Untuk Para Graduan Dan Kakitangan Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 499 hits
PROTON dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan istimewa untuk para graduan baharu dan kakitangan kerajaan bagi kereta kereta Proton terpilih Pakej istimewa yang sah hingga 31Disember 2019 ini menyediakan pembiayaan sehingga 100 bagi set...
Tips Bila Handphone Hilang Banyak Gambar Data Dan Fail Di Dalamnya Tak Perlu Gelabah Cari Dengan Google Je

Tips Bila Handphone Hilang Banyak Gambar Data Dan Fail Di Dalamnya Tak Perlu Gelabah Cari Dengan Google Je

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 761 hits
Saya bukan sayang handphone tetapi saya sayang semua gambar data dan fail di dalam handphone Dalam keadaan cemas bingung dan sedih Adam pula menangis sekuat hati Manfaatkan perkongsian ini Handphone hilang banyak gambar data dan fail di dal...
Gst Jika Itu Kehendak Rakyat Kerajaan Akan Kaji Gst Mungkin Dikembalikan

Gst Jika Itu Kehendak Rakyat Kerajaan Akan Kaji Gst Mungkin Dikembalikan

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 341 hits
Putrajaya Kerajaan pada hari ini tidak mempunyai masalah untuk mengkaji semula mengimplementasi GST GST merupakan sistem percukaian yang telah ditamatkan pada tahun lepas oleh kerajaan Pakatan Harapan apabila mereka berjaya mendapat kerusi ...
Kerajaan Akan Putuskan Nasib 40 Rakyat Malaysia Di Syria

Kerajaan Akan Putuskan Nasib 40 Rakyat Malaysia Di Syria

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 299 hits
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kerajaan akan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak membawa pulang 40 rakyat Malaysia di Syria yang dipercayai terbabit...
Rakyat Keliru Dengan Drama Kerajaan Dan Pembangkang

Rakyat Keliru Dengan Drama Kerajaan Dan Pembangkang

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 338 hits
Akan ramai rakyat yang sakit jiwa gila murung pelampau fanatik khawarij Tidak ada satu benda pun mereka tidak politik kan dan tidak ada satu benda pun yang mereka lakukan dengan ikhlas Mereka kerajaan yang menguruskan politik bukan negara P...
Komisaris Blak Blakan Penyebab Pendapatan Telkom Banyak Hilang Akibat Whatsapp

Komisaris Blak Blakan Penyebab Pendapatan Telkom Banyak Hilang Akibat Whatsapp

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 168 hits
Rhenald bercerita bagaimana teknologi banyak mempengaruhi kehidupan manusia termasuk perusahaan Salah satunya adalah PT Telkom Indonesia di mana dia menjadi komisaris utama di perusahaan milik negara tersebut Peralihan teknologi membuat pen...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice