Perkauman Timbul Kerana Rakyat Hilang Percaya Pada K Jaan


M Fakhrull Halim

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari percaya bahawa isu perkauman yang semakin hangat di negara ini sebenarnya dilatari oleh satu isu yang lebih besar iaitu kehilangan kepercayaan terhadap kerajaan.

Katanya, beliau percaya, isu perkauman hanyalah menjadi “satu pelantar” kepada hilangnya kepercayaan dalam kalangan rakyat dalam banyak perkara, yang akhirnya mencetuskan suasana “gusar dan gundah gulana”.

“Saya percaya, soal kehilangan kepercayaan inilah yang melatari. Dan dari mana datangnya motivasi itu? Sudah pasti dalam pelbagai perkara dan bentuk yang kita tak jangkakan.

“(Dalam banyak hal) telah menimbulkan rasa ingin kesaksamaan, tetapi kesaksamaan itu tidak wujud, lalu dipersalahkan terhadap sistem, lalu yang menjadi mangsa pertama ialah institusi-institusi penting seperti kehakiman, kepolisian, dan keselamatan.

“Bila kehilangan kepercayaan itu wujud, maka hilanglah keyakinan, dan keyakinan yang hilanglah yang membentuk suasana hilang kedamaian, kacau bilau yang timbul hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup Seminar Nasional Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian: Pembinaan Bangsa dan Budaya Damai di Hotel Concorde Shah Alam, malam tadi.

Ucapannya itu hadir di tengah-tengah suasana PH berdepan dengan kritikan hebat daripada rakyat kerana dilihat bergelut untuk melunaskan keseluruhan janji dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

Melayu perlu terbuka

Hal itu sering menjadi modal pembangkang untuk menghentam mereka, selain isu perkauman yang sering ditimbulkan, antaranya PH didakwa gagal menjaga kepentingan orang Melayu setelah berkuasa, menyebabkan kedudukan orang Melayu terancam.

Mengambil contoh situasi di AS, Amirudin menambah, apabila Barrack Obama memenangi pilhan raya dan menjadi presiden kulit hitam pertama republik itu (pada 2009), orang ramai menjangkakan isu perkauman antara orang kulit hitam dan putih di sana akan turut selesai.

Namun, katanya, kehilangan kepercayaan dalam kalangan rakyat akhirnya membawa kepada suasana yang “melucukan dan menggerunkan” sehingga rakyat memihak Donald Trump dalam pilihan raya 2016 dan mengangkatnya sebagai presiden.

Trump sering dikritik atas pendekatan dan pandangannya yang dikatakan bersifat perkauman.

Justeru, Amirudin percaya, rakyat mengutamakan kerajaan yang boleh dipercayai untuk membuat kerja walaupun pemimpinnya bersifat perkauman.

Amiruddin turut memetik contoh Perdana Menteri India, Narendra Damodardas Modi yang menurutnya dilihat perkauman, tetapi terus menjadi pilihan rakyat, bukan kerana faktor perkauman, tetapi kejayaan menjalankan kerja dari segi ekonomi, kebersihan dan perumahan.

“Jokowi (Presiden Indonesia Joko Widodo) yang diserang dengan slogan kebencian agama dan perkauman dalam pilihan raya (Indonesia) yang lepas, masih kekal dengan majoriti yang tak disangkakan.

“Sekali lagi kita lihat dengan keupayaan beliau melunaskan apa yang beliau laksanakan, jalan raya, kapal terbang, MRT, program perumahan dan pembasmian kemiskinan,” katanya lagi.
Turut hadir dalam malam tadi ialah Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Ketua Eksekutif Institut Darul Ehsan, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar, dan beberapa pemimpin dan wakil rakyat lain.

Sementara itu, Anwar ketika menyampaikan Pidato Pembinaan Bangsa Malaysia semalam, meminta rakyat Malaysia khususnya orang Melayu untuk mengubah naratif berhubung kemiskinan agar lebih adil kepada semua rakyat miskin yang turut terdiri daripada kaum lain.

Katanya, orang Melayu perlu terbuka untuk menerima dasar yang memberikan kebaikan dan keadilan kepada semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu, kerana menurutnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) - yang sebelum ini dilaksana bagi membasmi kemiskinan - tidak berhasil.

“Bagi orang yang mendambakan dasar itu kekal kerana ia akan tolong orang Melayu, dia lupa, DEB, dari sudut membasmi kemiskinan, kalaupun kita kata tak gagal, tapi tidak berhasil.

“Dari segi kesenjangan golongan miskin dan kaya, lebih parah sekarang ketimbang 1971 (DEB diperkenalkan 1970). Maknanya, dengan pelaksanaan DEB, perbezaan antara Melayu miskin dan Melayu kaya lebih terus sekarang.

“Itupun kita kata, Melayu ini akan hanya hidup dengan DEB,” katanya dalam pidatonya.

DEB diperkenalkan pada 1970 untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan saksama ke arah mencapai perpaduan kaum di negara ini, namun digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.

Seminar semalam berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam, melibatkan pembentangan daripada pelbagai tokoh, sementara acara penutupnya malam tadi dihadiri lebih 700 penonton


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/perkauman-timbul-kerana-rakyat-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Kerajaan Dalam Banyak Perkara Mb Selangor

Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Kerajaan Dalam Banyak Perkara Mb Selangor

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 408 hits
Apakah yang dimaksudkan dengan ucapan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bahawa beliau percaya bahawa isu perkauman yang semakin hangat di negara ini sebenarnya dilatari oleh satu isu yang lebih besar iaitu kehilangan kepercayaan terhada...
Jepun Berduka Selepas Dibadai Hagibis 7 Maut Belasan Lagi Hilang Tak Dapat Dikesan

Jepun Berduka Selepas Dibadai Hagibis 7 Maut Belasan Lagi Hilang Tak Dapat Dikesan

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 369 hits
Sekurang kurangnya 7 orang dilaporkan maut manakala 15 yang lain tidak dapat dikesan selepas ribut yang paling kuat pernah terjadi melanda negara Jepun sehingga menyebabkan lebih setengah juta buah rumah hilang punca kuasa serta telah menye...
Taufan Hagibis 10 Maut 16 Hilang

Taufan Hagibis 10 Maut 16 Hilang

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 663 hits
Taufan Hagibis sebagai besar dan amat kuat ribut itu sudah pun memaksa pembatalan dua pertandingan Piala Dunia Ragbi mengganggu Grand Prix Suzuka dan menyebabkan lebih 1 600 penerbangan dibatalkan TOKYO Seramai 10 orang maut manakala 16 lag...
Bnpb Hoaks Ambon Dan Seram Akan Hilang Akibat Patahan

Bnpb Hoaks Ambon Dan Seram Akan Hilang Akibat Patahan

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 292 hits
Sehubungan dengan berita viral yang beredar di media sosial jejaring sosial digital maupun dari mulut ke mulut masyarakat diimbau untuk tidak terpancing terhadap berita palsu tadi Berita seperti ini sengaja ditimbulkan untuk menimbulkan ras...
6 Penemuan Jenius Yang Bisa Selamatkan Bumi Bisa Dimakan Atau Hilang Setelah Dipakai

6 Penemuan Jenius Yang Bisa Selamatkan Bumi Bisa Dimakan Atau Hilang Setelah Dipakai

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 517 hits
Jadi nggak perlu takut menuh menuhin sampah apalagi mencemari lingkungan Wah keren nih
Manjakan Diri Di Spa Sutra Maya Wellness Hilang Stress

Manjakan Diri Di Spa Sutra Maya Wellness Hilang Stress

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 505 hits
Salam dears Asyik kerja kerja kerja Keluar rumah awal pagi balik malam Sampai rumah sambung buat kerja rumah plak Letih Tak boleh jadi ni kena buat sesuatu untuk bagi hilang segala keletihan dan stress tu Dan akhirnya Mama berjaya gak cari ...
Hotel Hard Rock Runtuh Seorang Maut Dua Masih Hilang

Hotel Hard Rock Runtuh Seorang Maut Dua Masih Hilang

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 299 hits
Seorang maut dua hilang dalam insiden runtuh di tapak pembinaan Hotel Hard Rock Casino Sabtu Gabenor Louisiana John Bel Edwards minta orang ramai supaya tidak dekati lokasi runtuhan Berita penuh di https bit ly 2ONBiUC Untuk lebih banyak ba...
5 Tips Berkesan Hilang Penyakit Malas Berlebihan Wajib Cuba

5 Tips Berkesan Hilang Penyakit Malas Berlebihan Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 432 hits
Tak tahu nak cakaplah bila datang penyakit malas nie Nak buat satu bendapun tak ada mood Sudahnya merugikan diri sendiri dan banyak kerja terbengkalai dan tertangguh Memang tak boleh dibiarkan penyakit malas nie Dan kita kena tahu cara tips...
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


9 Himpunan Doa Para Nabi Disebut Dalam Al Quran

Ladang Jualan Orkid Rawang

Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka

Ibu Rindu Yaya

Bauan Teddys Dream Lovely Lace Wangi Ya Amat