Rakyat Filipina Bongkar Rahsia Bagaimana Beliau Dapat Mykad Hanya Bermodalkan Rm200 Sejurus Berlabuh Di Malaysia


NILAI: Naik tongkang selama dua hari dari Basilan dan ditawarkan kad pengenalan biru dengan harga RM200.
Itu pendedahan diceritakan seorang remaja berusia 16 tahun dari Filipina selepas ditahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam Operasi Terancang di kawasan rumah pangsa kos rendah di Nilai Perdana di sini, semalam.
Video Tersedia Di Bawah Artikel
Remaja itu yang dikesan mempunyai MyKad seorang lelaki lain berusia 23 tahun dari Batu Sapi, Sabah itu mengaku ditawarkan MyKad oleh seorang ejen di Sabah sebaik tiba di negeri itu, setahun lalu.
Dakwanya, dia terpaksa datang ke Malaysia seorang diri untuk mencari wang demi membiayai pengajian kakaknya di sebuah kolej di Basilan.
“Saya datang naik kapal laut (tongkang) bersama lebih 150 orang lagi rakyat Filipina lain, sebaik tiba di Sabah dipercayai Sandakan, kami terus disapa seorang lelaki dipercayai ejen menawarkan MyKad biru.
“Pada mulanya saya takut namun diyakinkan lelaki itu jika mahu bekerja di Malaysia perlu ada MyKad yang ditawarkan harga RM200 hingga RM500,” katanya sebaik ditemubual selepas ditahan anggota penguat kuasa JPN, semalam.
Dalam operasi selama tiga jam bermula 12 tengah malam itu seramai 136 penguat kuasa JPN, Jabatan Imigresen Malaysia dan Pasukan Gerakan Am (PGA) diketuai Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah menyerbu lapan blok bangunan berkenaan.

Dalam serbuan di rumah remaja itu jam 2.30 pagi, penguat kuasa JPN terpaksa memecahkan pintu depan berikutan mereka enggan membuka pintu.
Sebaik dibuka, terdapat tiga lelaki termasuk remaja berkenaan bersama seorang wanita warga Filipina mengakui tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Bagaimanapun, hasil geledah di rumah berkenaan mendapati pelbagai MyKad serta dokumen dan sijil kelahiran yang disembunyikan termasuk satu MyKad disembunyikan dalam lipatan surah Yasin.
Sebaik disoal siasat, remaja berkenaan mengakui MyKad itu diberikan ejen untuk dibeli dengan harga RM200 sebaik tiba di negara ini.
“Saya masih tidak membuat sebarang keputusan untuk membeli MyKad ini. Ejen dipercayai orang tempatan minta saya pakai dulu…Dah ada duit baru saya bayar,” dakwanya.
Katanya, dia menggunakan MyKad itu dan berjaya memperoleh kerja di sebuah kilang di Nilai walaupun gambar di MyKad itu tidak sama dengan mukanya.
Dua lagi rakan remaja itu berusia 20-an bagaimanapun enggan mengakui MyKad berkenaan milik mereka walaupun tertera wajah mereka.
Sementara itu, Mohammad Razin berkata, seramai 18 individu berusia 16 hingga 49 tahun ditahan dalam operasi itu kerana menggunakan MyKad palsu manakala sembilan warga Indonesia ditangkap bawah Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen diri.
“Kebanyakan ditahan adalah warga Filipina yang menggunakan MyKad palsu dipercayai dibeli daripada ejen yang sebahagian besar di Sabah.
“Mereka dipercayai mengambil penerbangan dari Sabah terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk bekerja di negara ini,” katanya.
Menurutnya, pihaknya percaya setiap MyKad yang dibeli berharga sekitar RM300 hingga RM500 daripada ejen bertujuan untuk bekerja di Malaysia.
“Kita percaya semua MyKad yang digunakan adalah palsu dan bukan dikeluarkan JPN berdasarkan ciri keselamatan dan fizikal malah tiada dalam sistem kami.
“Semua kes disiasat mengikut Perkara 25(1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu memiliki kad pengenalan palsu atau milik orang lain,” katanya.
Mohammad Razin berkata, operasi itu bertujuan membanteras penyalahgunaan MyKad dan juga palsu.
VIDEO PENUH

Sumber Artikel: HMETRO ONLINE melalui KLV


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/rakyat-filipina-bongkar-rahsia-bagaimana-beliau-dapat-mykad-hanya-bermodalkan-rm200-sejurus-berlabuh-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Yang Tidak Ramai Rakyat Malaysia Tahu Tentang Hubungan Kita Dengan Singapura

Sejarah Yang Tidak Ramai Rakyat Malaysia Tahu Tentang Hubungan Kita Dengan Singapura

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 618 hits
Antara perjanjian terakhir yang dimeterai oleh mendiang Lee Kuan Yew sebelum berhenti sebagai Perdana Menteri Singapure pada 28th Nov 1990 ialah perjanjian air antara negara yang ditandatangan dengan Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Johor ...
Dr Amalina Tinggalkan Twitter Kecewa Dengan Rakyat Malaysia Belum Sedia Ubah Minda

Dr Amalina Tinggalkan Twitter Kecewa Dengan Rakyat Malaysia Belum Sedia Ubah Minda

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 470 hits
DOKTOR kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di perantauan Dr Nur Amalina Che Bakri mengejutkan pengikutnya di Twitter apabila membuat keputusan untuk berehat seketika daripada dunia media sosial Dr Amalina memberi alasan bahawa beliau ma...
Rakyat Tak Boleh Hidup Hanya Dengan Kata Kata Manis

Rakyat Tak Boleh Hidup Hanya Dengan Kata Kata Manis

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 437 hits
Diterbitkan Hari ini 1 23 tengahariPRK CAMERON Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan pusat belum menunjukkan kepada rakyat negara ini mengapa mereka harus mengundi PH Dalam keadaan begitu kata Nik Nazmi PH haru...
Juara Perseorangan Thailand Master 2019 Sebenarnya Rakyat Malaysia

Juara Perseorangan Thailand Master 2019 Sebenarnya Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 479 hits
Bagi anda yang mengikuti perkembangan badminton pada minggu lepas mungkin mengetahui bahawa pemain lagenda Lin Dan ditumpaskan oleh pemain kurang dikenali dari Singapura iaitu Loh Kean Yew Dalam perlawanan akhir itu Kean Yew yang berada pad...
6 Punca Peningkatan Kos Sara Hidup Rakyat Malaysia

6 Punca Peningkatan Kos Sara Hidup Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 1067 hits
Tahun demi tahun isu kos sara hidup yang semakin meningkat tetap menjadi masalah utama negara Ramai yang menganggap isu ini boleh diselesaikan apabila berlaku pertukaran kerajaan tetapi ternyata isu ini masih berlaku Pada kami isu ini bukan...
Harap Rakyat Malaysia Bersabar Ekonomi Malaysia Pasti Pulih Lagi Tiga Tahun Kata Menteri Kewangan Hancing Viral

Harap Rakyat Malaysia Bersabar Ekonomi Malaysia Pasti Pulih Lagi Tiga Tahun Kata Menteri Kewangan Hancing Viral

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 376 hits
KALAU LIM GUAN ENG BERBICARA LENGGOK BAHASANYA CUKUP RANUM DENGAN KIAS KIAS MEMBOHONG DAN MENIPU APA SAHAJA GETAR KATA DARI MULUTNYA CUKUP DENGAN SENI MENIPU TIDAK SEDIKITPUN ADA BETUL DAN BERNIAT YANG BAGUS INGAT LAGI KATA KATA DIA MASA SE...
Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia

Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 373 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Me Famiglia korang pernah dengar tak nama restoran ini Ini adalah restoran masakan Itali yang terletak kat Kepong Maha pun tak tahu sangat pasal re...
Skandal 1mdb Ceo Goldman Sachs Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Skandal 1mdb Ceo Goldman Sachs Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 269 hits
Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Inc David Solomon pada hari Rabu meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana peranan bekas pegawai bank itu Tim Leissner dalam skandal 1MDB tetapi berkata bank itu telah melakukan urusan sewajarnya sebel...
World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru