Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian.  Me Famiglia korang pernah dengar tak nama restoran ini. Ini adalah restoran masakan Itali yang terletak kat Kepong. Maha pun tak tahu sangat pasal restoran ini sehinggalah datang sendiri makan kat sini dan menikmati semua hidangan special mereka. Restoran ini tak silap Maha dah beroperasi lebih dari 10 tahun dahulunya dikenali nama lain dan telah bertukar tiga kali nama restoran ini


Restoran ni susah juga nak cari kat area kawasan yang agak tersorok sikit dan juga parking agak terhad kerana kawasan ini padat. Tapi bila korang dah masuk dalam restoran ini akan rasa selesa dan lega untuk nikmati makanan yang disajikan. Dekorasi dalam restoran juga simple menampilkan gaya restoran Itali lama dengan dikelilingi hiasan frame gambar yang klasik




Biasa kalau makan kat restoran Itali ni ada caranya kena mula dengan Starters iaitu popular dengan supnya. Kat sini selalu mereka akan berikan Soup of the Day yang ni korang kena tanya kepada pelayan mereka soup apa yang disediakan. Masa Maha datang hari tu mereka ada berikan Soup Kentang. Tapi korang boleh juga order soup popular lain seperti Soup Al-Fungho iaitu sup Cendawan Butang dan Cendawan Tiram. 
Soup of the Day - Soup Kentang (RM5.50)
Soup Al-Fungho (RM5.50)
Sambil hirup sup itu kena makan sekali dengan Bruschetta, ada tiga pilihan topping di atasnya yang Maha ambil hari tu namanya Pomodoro. Ia adalah potongan roti dipenuhkan di atasnya dengan potongan dadu tomato segar, buah zaitun hitam, bawang putih dan titisan minyak zaitun. Roti tu dibakar dengan mentega diatasnya bila makan dapat rasa rangup diselangi dengan kesegaran sayur tadi. 
Bruschetta - Pomodoro (RM7.90)

Tu baru starter dah rasa kenyangkan tapi korang kena order juga menu kegemaran ramai pelanggan mereka di sini iaitu Linguine D'Mare. Ini adalah masakan pasta bersama dengan campuran makanan laut segar seperti oyster, udang dan juga sotong. Kemudian dilimpahi dengan sos bawang putih yang istimewa. Korang kena makan ini waktu ia masih panas kerana dapat rasa lembut pasta dan kuah yang pekat. Maha boleh habis makan seorang satu pinggan ini memang sangat mengujakan. 
Linguine D'Mare (RM26.90)

Lain tu juga, korang kena cuba menu datang dengan saiz sangat besar bagi Maha iaitu Baked Lamb Shank. Maha sempat bertanya kepada pekerja situ yang Lamb Shank ini dimasak selama lebih kurang 8 jam sebelum ia boleh dihidangkan. Sebab itu bila korang koyak daging tu sangat lembut dan hancur dalam mulut. Kemudian dilimpahi dengan homemade vegetable sauce yang sangat banyak. Juga terdapat sekali Penne Pasta dan juga Salad disamping makanan ini. Lengkap lah satu set makan sangat puas hati.   Baked Lamb Shank (RM32.90)

Kalau datang restoran Itali tak makan piza tidak sah kerana itu adalah masakan utama mereka. Kali ini Maha pilih Varieta Pizza iaitu piza dengan empat rasa yang berbeza dalam satu piza. Topping dipenuhi dengan turkey hams, chicken salami, beef bacon, beef pepperoni dan taburan cair Mozzarella cheese di atasnya. Best kena makan masa piza masih berasap dikeluarkan dari ketuhar. Kenyang gilerr lah makan piza ini

Varieta Pizza (RM30.50)

Akhir sekali kat sini korang wajib kena cuba mereka punya pencuci mulut yang sangat menjadi kegemaran ramai orang. Korang kena cuba Tiramisu special mereka ini. Ini kerena ia adalah resipi istimewa yang tiada kat tempat lain dan campuran bahan lain. Memang original rasa tiramisu. Kata mereka tiramisu ini memang selalu sold out setiap hari dan mendapat tempahan ramai. Jadi wajib kena cuba ok

Tiramisu (RM9.90)

So bagi Maha semua makanan kat sini memenuhi selera kita rakyat Malaysia walaupun bukan lidah Itali. Harga juga sangat berpatutan dengan kuantiti mereka. Sekarang ini pula mereka tengah mengadakan promosi untuk set makan tengah hari hanya RM10.90 sahaja. Dengan harga tu korang boleh dapat satu soup of the day, makanan utama dan juga minuman. Bagi Maha ia sangat berbaloi dan menguntungkan kalau makan tengah hari kat sini jimat. 


Restoran Me Famiglia ini buka setiap hari kecuali hari Selasa ia tutup. Ada dua sesi restoran ini dibuka iaitu dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang untuk makan tengah hari dan juga dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Korang kena datang waktu ini sahaja tau baru mereka serve makanan kat korang hehehe. Nanti kalau korang dah makan kat sini tinggal komen tentang menu mereka ok. Nak juga dengar pendapat korang sendiri betul sedap atau lidah Maha jer yang rasa lain hehehe. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua ok. 
Korang boleh buat tempahan dan melihat pomosi di sini : Facebook : https://www.facebook.com/mefamigliainstagram : https://www.instagram.com/mefamigliaAlamat : Me Famiglia Restaurant                C-G-16, Jalan Metro Perdana 3,                Kepong Kuala LumpurTel : 03-6258 8442
Ranking Mahamahu :-Kebersihan : 3.5/5Kesedapan : 4.5/5Harga : 4/5



       

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/01/me-famiglia-membawa-citarasa-itali-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Di Townsville 50 Rakyat Malaysia Selamat

Banjir Di Townsville 50 Rakyat Malaysia Selamat

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 346 hits
04 Februari 2019 10 17 PM KUALA LUMPUR Lima puluh rakyat Malaysia yang kini berada di bandar Townsville di Queensland Australia yang dilanda banjir dilaporkan selamat Wi
Najib Tak Tahu Malu Selepas Curi Duit Rakyat Malaysia Tun Mahathir

Najib Tak Tahu Malu Selepas Curi Duit Rakyat Malaysia Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 395 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja mahu menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat kononnya beliau tidak bersalah Ahli Parlimen Pekan itu juga hanya mencari simpati bagi ...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Kerana Yakinkan Saya Tun M Pilihan Terbaik Kata Azmin

Terima Kasih Rakyat Malaysia Kerana Yakinkan Saya Tun M Pilihan Terbaik Kata Azmin

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 468 hits
Azmin Ali berselfie bersama Tun Mahathir Foto oleh the StarMenteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitter rasminya berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan berkhidmat sehingga ke akhir hay...
Sejarah Yang Tidak Ramai Rakyat Malaysia Tahu Tentang Hubungan Kita Dengan Singapura

Sejarah Yang Tidak Ramai Rakyat Malaysia Tahu Tentang Hubungan Kita Dengan Singapura

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 528 hits
Antara perjanjian terakhir yang dimeterai oleh mendiang Lee Kuan Yew sebelum berhenti sebagai Perdana Menteri Singapure pada 28th Nov 1990 ialah perjanjian air antara negara yang ditandatangan dengan Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Johor ...
6 Punca Peningkatan Kos Sara Hidup Rakyat Malaysia

6 Punca Peningkatan Kos Sara Hidup Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 1017 hits
Tahun demi tahun isu kos sara hidup yang semakin meningkat tetap menjadi masalah utama negara Ramai yang menganggap isu ini boleh diselesaikan apabila berlaku pertukaran kerajaan tetapi ternyata isu ini masih berlaku Pada kami isu ini bukan...
Rakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di Sana

Rakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di Sana

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 486 hits
Biasa yang suka pergi Vietnam ni makcik makcik kebanyakkannya Sebab apa Sebab barang sana murah terutama kain kain ramai pergi sebab shopping je ada yang pergi saje untuk melancong Vietnam adalah syurga bagi pelancong yang sukaaa sangat ber...
Skandal 1mdb Ceo Goldman Sachs Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Skandal 1mdb Ceo Goldman Sachs Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 242 hits
Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Inc David Solomon pada hari Rabu meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana peranan bekas pegawai bank itu Tim Leissner dalam skandal 1MDB tetapi berkata bank itu telah melakukan urusan sewajarnya sebel...
Rakyat Palestin Berterusan Ucap Terima Kasih Bawa Bendera Malaysia Di Mana Mana

Rakyat Palestin Berterusan Ucap Terima Kasih Bawa Bendera Malaysia Di Mana Mana

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 690 hits
Keputusan perdana menteri Tun Dr Mahathir Moahamad untuk tidak membenarkan atlet daripada Israel memasuki Malaysia untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 baru baru ini terus mendapat penghargaan tidak putus putus daripada warga Pa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba