Kekalahan Ph Di Cameron Highlands Tanda Bermulanya Penolakan Rakyat Terhadap Kerajaan




Sebagaimana yang diduga dan barangkali ramai juga yang mengharapkan perkara yang sama, BN akhirnya berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan menewaskan calon PH dan dua lagi calon Bebas


Bagaimanapun, apa yang mengejutkan berbanding PRU14 lalu di mana BN melalui calon MIC, C Sivaraajh menang hanya dengan majoriti 597, kali ini majoritinya bertambah kepada 3238 undi.


Calon BN, Ramli Mohd Nor memperolehi 12,038 undi, M Manogaran mewakili PH mendapat 8,800 undi, sementara dua calon Bebas, Sallehuddin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 dan 276 undi.


Kekalahan PH di Cameron Highlands ini, walaupun kawasan itu memang milik BN sebelumnya, tetapi tetap merupakan tamparan yang memerahkan pipi PH, bukan saja disebabkan peningkatan majoriti kemenangan, tetapi juga kerana gabungan itu adalah kerajaan Pusat ketika ini.


Tambahan lagi, Tun Mahathir Mohamad sendiri selaku Perdana Menteri yang turun berkempen di Cameron Highlands juga nampaknya gagal sama sekali menghalang kebangkitan suara rakyat itu.


Ketika jadi pembangkang, PH kalah hanya dengan 597 undi, bagaimana setelah lapan bulan jadi kerajaan Pusat, BN yang jadi pembangkang pula mampu menang dengan majoriti 3238 undi?


Realitinya, keputusan ini menunjukkan pengundi sudah mula menolak kerajaan PH berikutan terlalu banyak perkara yang tidak beres terhadap rakyat.


Kegagalan menunaikan banyak janji 100 hari membuatkan rakyat di merata-rata kini mulai hilang kepercayaan terhadap keseluruhan janji 5 tahun yang mahu dilaksanakan oleh PH.


Lebih daripada itu, karenah menteri-menteri PH yang tidak berwibawa, banyak cakap merapu, lebih suka bercakap perkara remeh seperti kasut hitam, stokin, pengesan asap di tandas untuk menangkap perokok, bangga sendiri dapat muncul di program HardTalk BBC, sedangkan deretan janji, isu kos sara hidup, kenaikan barang, menghapuskan tol masih lagi gagal ditunaikan sehingga ini.


Keputusan pengundi Cameron Highlands memberi kemenangan besar kepada BN ini adalah suatu “wake up call” kepada kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad agar jangan melengah-lengahkan lagi janji terhadap rakyat.


Lagi lama janji dilengah-lengahkan dan kerajaan gagal ditampilkan lebih baik berbanding era BN dahulu, lagi besar penolakan rakyat akan menjelma selepas ini.


Selain itu, dengan bersatunya Pas dan UMNO bermakna kerajaan tidak boleh lagi memandang remeh isu-isu hak Melayu dan Bumiputera yang majoriti rakyat rasa ia semakin dipinggirkan sekarang ini.


Tun Mahathir selepas ini tidak boleh lagi berasa senang hati dengan kejayaan menumbangkan BN dan menyingkirkan Najib Razak semata-mata. Ia adalah episod yang sudah berlalu.


Rakyat tidak mahu lagi mendengar cerita yang sama tentang Najib seorang kleptokrat, penyamun  dan  penyangak atau Rosmah Mansor yang suka bermewah dan memiliki banyak barang kemas dan beg tangan yang berderet.


Semua rakyat bukan saja sudah tahu perkara tersebut, malah sudah pun menghukum bekas Perdana Menteri itu. Lagi pula, kes mereka akan dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi.


Oleh yang demikian, terutama dalam kempen pilihanraya, Tun Mahathir tidak perlu lagi bercakap hal yang sama berulang-ulang kali.


Rakyat lebih mahu tahu dan mendengar apa pengisian terhadap janji manifesto dahulu. Itu lebih penting bagi mereka berbanding mengulang-ulang cerita berkenaan Najib yang rakyat sudah tahu banyak perkara mengenainya.


Jika kerajaan, khususnya Tun Mahathir gagal mendengar dan memahami suara rakyat ini, tidak mustahil isyarat yang sama dilantunkan sekali lagi di Semenyih pada 2 Mac depan. 


Apa pun, demi kepentingan dan hak rakyat yang berhak mendapat banyak perkara yang lebih baik untuk kehidupan dan masa depan mereka, tahniah diucapkan kepada pengundi Cameron Highlands yang telah menghantar “amaran” pertama kepada PH ini. (ShahbudinHusin 26/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/kekalahan-ph-di-cameron-highlands-tanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenangan Bn Di Cameron Highlands Permulaan Penolakan Rakyat Khaled

Kemenangan Bn Di Cameron Highlands Permulaan Penolakan Rakyat Khaled

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR 27 Jan 8211 Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kemenangan Barisan Nasional di Cameron Highlands adalah permulaan penolakan yang jelas terhadap Pakatan Harapan selain menunjukkan rakyat Malaysia kini mul...
Spr Diharap Segera Buat Siasatan Dan Tindakan Terhadap Salahlaku Dalam Prk Cameron Highlands

Spr Diharap Segera Buat Siasatan Dan Tindakan Terhadap Salahlaku Dalam Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 291 hits
TANAH RATA 21 Jan Menteri Besar Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berharap Suruhanjaya Pilihan Raya akan segera melakukan siasatan dalam segala aduan yang dibuat dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands ini Jelas beliau rakyat sedang
Menilai Kekalahan Ph Di Cameron Highlands

Menilai Kekalahan Ph Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 443 hits
Kekalahan Pakatan Harapan di tangan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Cameron Highlands semalam sudah dijangka pemimpin DAP Lim Kit Siang Di saat saat akhir kempen beliau memberikan petanda yang jelas PH akan tewas dengan berkata han...
Pakatan Harapan Menggunakan Kenderaan Kerajaan Untuk Berkempen Di Prk Cameron Highlands

Pakatan Harapan Menggunakan Kenderaan Kerajaan Untuk Berkempen Di Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 397 hits
Pakatan Harapan menggunakan kenderaan kerajaan untuk berkempen di PRK Cameron Highlands
Aura Najib Razak Bukan Punca Kekalahan Ph Di Cameron Highlands Muhyiddin

Aura Najib Razak Bukan Punca Kekalahan Ph Di Cameron Highlands Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 455 hits
Kekalahan Pakatan Harapan di Pilihanraya kecil Parlimen Cameron Highlands bukan disebabkan aura bekas Perdana Menteri tegas Timbalan presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin Menurut beliau kekalahan PH itu adalah petanda jelas agar kerajaan b...
Mujahid Dakwa Petanda Buruk Jika Bn Menang Di Cameron Highlands

Mujahid Dakwa Petanda Buruk Jika Bn Menang Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 355 hits
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa orang Melayu akan menjadi terus mundur jika isu agama dan bangsa asyik dijadikan agenda perjuangan mereka Beliau turut menyifatkan perasaan takut dalam kalanga...
Manogaran Don T Use Racism To Try And Win Cameron Highlands By Election

Manogaran Don T Use Racism To Try And Win Cameron Highlands By Election

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 264 hits
CAMERON HIGHLANDS Rantau assemblyman and acting Umno president Datuk Seri Mohamad Hassan should be setting an example for future generations instead of using racism to help Barisan Nasional win the by election says Pakatan candidate M Manog...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah