Rakyat Dipaksa Telan Tanpa Pilihan Saiful Nang Siri 2




Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.

.

Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".

.

Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.

.

Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik dan kangkung? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.

.

Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.

.

Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.

.

Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.

.

Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.

.

Bertimbang taralah...

.

Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.

.

Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.

.

Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara. Saya bukan mengeluh untuk diri saya, Alhamdulillah saya orang susah dahulu yang kini sudah senang. Minyak naik banyak kalipun insyaAllah saya masih mampu tetapi saya cuba mendengar dan memahami marhaen lainnya yang masih mengira syiling dalam saku untuk beli barang dapur.

.

Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.

.

.

SAIFUL NANG

Orang Marhaen

.

//nota tambah : Datuk Seri kalau baca, saya nak ingatkan haritu ada minta nak jumpa Datuk Seri tanpa pelobi-pelobi projek seperti semasa kita berjumpa di Jibby & Co dulu. Saya bersama sekumpulan marhaen yang sudah buktikan kebahagian dan kemakmuran negara tidak bermodalkan duit sangat. Datuk Seri boleh menang majoriti 2/3 pun kalau cepat tahu caranya. Tapi tu lah...kami ni Marhaen kan, lama dah minta jumpa tak dapat-dapat juga. Saya pun tak suka jadi keyboard warrior berdegar-degar di laman sosial jika dapat berdepan dan berhadap.

.

///saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA...tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/rakyat-dipaksa-telan-tanpa-pilihan_7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilihan Raya Ke 15 Penyelamat Diri Atau Rakyat

Pilihan Raya Ke 15 Penyelamat Diri Atau Rakyat

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 195 hits
30hb September 2022 Umno Top Five telah mengadakan perbincangan awal para Mesyuarat Kerja Tertinggi Umno Antara lain yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan adalah mengesahkan bahawa PRU15 akan diadakan pada tahun ini j...
Politik Kepura Puraan Semasa Pilihan Raya

Politik Kepura Puraan Semasa Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 148 hits
ISMAIL HASHIM YAHAYASemasa pilihan raya banyak tindak tanduk palsu tidak jujur dan penipuan dapat berlaku semasa berkempen Maka awaslah wahai pengundi akan ada para pemimpin dan calon yang bertanding dalam pilihan raya yang bernafas dalam p...
Dipaksa Melacur Makan Babi

Dipaksa Melacur Makan Babi

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 230 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myKuala Lumpur Niat murni rakyat negara ini mencari rezeki di luar negara bertukar episod ngeri kerana bukan sahaja jasad mereka terkurung dan dipaksa bekerja malah turut diseksa dengan kejam jika tida...
Anwar Belum Ada Keputusan Negeri Ph Buat Pilihan Raya Asing

Anwar Belum Ada Keputusan Negeri Ph Buat Pilihan Raya Asing

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 173 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum ada keputusan yang dimuktamadkan mengenai pilihan raya negeri ditadbir gabungan itu untuk diadakan secara berasingan Beliau berkata perkara itu ma...
Dakwa Enggan Dipaksa Lakukan Hubungan Seks Remaja Perempuan Bunuh Kekasih Berdepan Hukuman Mati

Dakwa Enggan Dipaksa Lakukan Hubungan Seks Remaja Perempuan Bunuh Kekasih Berdepan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 260 hits
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan membunuh lelaki yang dipercayai kekasihnya dalam kejadian minggu lalu Tertuduh Sim Hui Ying hanya mengangguk faham dan tidak membua...
Beli Kereta Boleh Bayar Tol Takleh Plak Pemandu Culas Bayar Tol Ditahan Dipaksa Bayar Tunggakan Tol Serta Merta

Beli Kereta Boleh Bayar Tol Takleh Plak Pemandu Culas Bayar Tol Ditahan Dipaksa Bayar Tunggakan Tol Serta Merta

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 282 hits
Beli kereta boleh bayar tol takleh plak Pemandu culas bayar tol ditahan dipaksa bayar tunggakan tol serta mertaSejak dari dulu lagi ada segelintir pengguna lebuhraya yang enggan membayar tol dan bertindak menceroboh lebuhraya itu dengan pel...
Dipaksa Buat Stunt Amp Alami Kecederaan Wafariena Terkilan Pengarah Lepas Tangan

Dipaksa Buat Stunt Amp Alami Kecederaan Wafariena Terkilan Pengarah Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 159 hits
Pelakon Wafariena Roslan meluahkan rasa terkilan apabila pengarah tidak nbsp bertanya khabar mengenai dirinya terlantar sakit selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran Difahamkan pelakon berusia 26 tahun itu dimasukkan ke s...
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Car Solid Perfume Fragrance

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Masalah Gut Cuba Jus Celery Epal Timun Dan Lemon Untuk Kelegaan Segera

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Stay Strapped How To Transport A Motorcycle The Right Way


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Selamat Pengantin Baharu Putri Dan Aqim

Drama Akad Yang Terlindung

Didakwa Jual Sandwich Tak Halal Um Tutup 2 Kedai Serbaneka

Hugging Face And Friendliai Settle Patent Dispute

Fayadh Julang Kedah Di Darul Aman

Cara Membuat Skck Online 2025