Sejarah Tahun Baru China Dalam Islam Komen Atas T Presiden Pas Maaf
Corettan Kisah: Timbalan Presiden PAS.
Salman Al Farisi merupakan Gabenor Kufah di zaman Saidina Umar al-Khattab. Di hari-hari akhir hidupnya beliau menangis. Tangisannya yang sangat kuat menyebabkan para Sahabatnya bertanya kepada beliau kenapa beliau menangis.
Beliau berkata, “Aku teringat kepada sabda kekasihku, Rasulullah S.A.W yang; “Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini, seumpama bekalan seorang musafir. Sedangkan kita mengambil seluruh dunia ini berserta isinya”.
Mereka kehairanan kerana Salman hanyalah memiliki tiga harta;
Sebatang tongkat untuk berjalan.Sehelai kain serban besar untuk hamparan kepada tetamu dan diguna sewaktu menghakimi.Sebiji cawan besar untuk minuman, berwuduk dan keperluan harian.Para Sahabat bertanya kepada Salman Al Farisi, “Sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa harta dunia pada kamu melainkan tiga ini sahaja. Lalu Salman menjawab, Itulah yang aku fikirkan, bagaimana akan aku jawab depan Allah terhadap tiga benda yang aku miliki ini” (Dipetik dari Buku Mutiara Tasawwuf Ibn Ataillah)
Subhanallah! Semoga apa yang kita miliki kini tidak menyusahkan kita di akhirat nanti.
DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
6 Februari 2024 – HARAKAHDAILY 6/2/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sejarah Tahun Baru China dalam Islam? Komen atas T/Presiden PAS. Maaf!
Gambar hiasan..
Sambutan Tahun Baru Cina eratkan perpaduan kaum
Asrul Aimran (duduk, kanan) meluangkan masa menyantuni masyarakat Tionghua di DUN Kayang, Kangar Perlisempena sambutan Tahun Baru Cina 2024.
KANGAR: Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina turut dirasai dalam kalangan masyarakat Tionghua sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kayang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, walaupun ada yang kehilangan ahli keluarga, namun sambutan tetap berlangsung dengan penuh keceriaan.
“Kemeriahan tetap dirasai sungguhpun ada dalam kalangan penduduk yang kehilangan orang tersayang.
“Kepulangan anak-anak membuatkan sambutan ini bertambah meriah,” katanya.
Sehubungan pihaknya mengambil peluang mengeratkan hubungan antara kaum menerusi penyerahan cenderahati sempena perayaan itu.
Edaran diadakan di beberapa kawasan termasuk Kampung Guar Ujong Batu, Taman Bumita, Gunung Medan, Utan Aji, Kampung Titi Serong, dan Kampung Bangsal Lebah.
“Semoga hubungan ini akan terus memperkukuhkan toleransi dan perpaduan antara pelbagai kaum dalam masyarakat,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/2/2024
Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2024 yang disambut pada hari ini, 10 Feb, Asrul Aiman tidak lupa menghulurkan cenderahati kepada masyarakat Tionghua di ADUN Kayang.
Kelantan santuni 23 armalah, 3 anak yatim Tionghua (Lanjut sila rujuk 'Kelantan santuni 23 armalah, 3 anak yatim Tionghua' Harakah – HARAKAHDAILY 10/2/2024.)
Iktibar dari kisah di atas..
Para Sahabat bertanya kepada Salman Al Farisi, “Sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa harta dunia pada kamu melainkan tiga ini sahaja. Lalu Salman menjawab, Itulah yang aku fikirkan, bagaimana akan aku jawab depan Allah terhadap tiga benda yang aku miliki ini” (Dipetik dari Buku Mutiara Tasawwuf Ibn Ataillah)
Subhanallah! Semoga apa yang kita miliki kini tidak menyusahkan kita di akhirat nanti.
Begitulah sikap pemimpin dalam Islam. Jom sokong kepimpinan Islam!
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir..
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/02/sejarah-tahun-baru-china-dalam-islam.html