Rakyat Bakal Berdepan Kenaikan Harga Perkhidmatan Digital


KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN   Perkhidmatan digital di negara ini bakal berdepan kenaikan caj langganan perkhidmatan.

SHAH ALAM - Lebih 10 juta pengguna perkhidmatan digital di negara ini bakal berdepan kenaikan caj langganan perkhidmatan kesan daripada pelaksanaan Cukai Perkhidmatan Digital dikuatkuasakan bermula hari ini.

Pelaksanaan cukai perkhidmatan digital sebanyak enam peratus itu diumumkan kerajaan sebelum ini selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019.

Antara penyedia perkhidmatan digital popular dikenakan cukai ini termasuk Netflix, Spotify, Amazon, pengiklanan di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram, pengkomputeran awan, aplikasi dan permainan di telefon pintar.

Susulan itu, beberapa penyedia perkhidmatan asing berkenaan sudah mengumumkan kenaikan caj langganan perkhidmatan kepada pengguna di negara ini bermula tahun hadapan.

Sebagai contoh, Facebook (FB) baru-baru ini mengumumkan akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus kepada semua pelanggannya.

Berdasarkan notis pengebilan cukai dimuat naik oleh Facebook menyatakan bahawa ia membabitkan pengiklan yang mempunyai alamat di negara ini.

Cukai perkhidmatan ini ditambah untuk setiap kali pengguna dicaj bagi iklan dimuat naik dan ia tidak mengambil kira sama ada iklan itu dibeli menerusi Facebook atau tujuan perniagaan atau peribadi.

Selain itu, pengenaan nilai caj SST sama turut diguna pakai Adobe kepada mana-mana pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Adobe Creative Cloud.

Syarikat Adobe menjelaskan pelanggan akan dikenakan caj tambahan ini apabila memperbaharui pelan mereka sama ada bulanan atau tahunan.

Begitu juga dengan syarikat enjin carian terkemuka global, Google yang akan mula mengenakan caj cukai perkhidmatan 6 peratus bagi perkhidmatan dan urus niaga digital membabitkan pelanggan negara ini.

Google dalam satu kenyataan disiarkan Nikkei Asian Review berkata, kutipan cukai itu dilaksanakannya bagi mematuhi undang-undang cukai di negara ini.

Terbaharu, penyedia servis penstriman video terkenal, Netflix, telah mengumumkan kenaikan harga tiga daripada empat pakej langganan yang ditawarkan.

Penyelarasan harga itu akan bermula 9 Januari 2020 ini susulan pelaksanaan Cukai Perkhidmatan Digital di negara ini bermula esok.

Tiga pakej langganan terlibat kenaikan harga terdiri pakej Netflix Basic daripada RM33 kepada RM55 sebulan, Netflix Standard (RM42 kepada RM45 sebulan) dan Netflix Premium (RM51 dinaikkan kepada RM55 sebulan).

Bagaimanapun, harga pelan Netflix Mobile masih tidak berubah dan kekal pada harga RM17 sebulan.

Bagi pandangan sebilangan rakyat, pengumuman kenaikan caj langganan perkhidmatan berkenaan memberi petanda jelas beban pelaksanaan Cukai Perkhidmatan Digital akhirnya ditanggung pengguna negara ini sendiri.

Bahkan, ada pihak menyuarakan kebimbangan berlakunya pengenaan cukai berganda (cascading effect) kepada pengguna susulan cukai SST turut dikenakan kerajaan selain Cukai Perkhidmatan Digital terbabit.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan menjelaskan kerajaan sudah menetapkan beberapa layanan bagi memastikan tidak ada masalah penyedia perkhidmatan dan pengguna tempatan dikenakan cukai berganda.

Antaranya, kerajaan menyediakan kemudahan 'group relief' kepada pengimportan perkhidmatan bercukai yang layak daripada syarikat pemberi perkhidmatan tempatan, yang merupakan syarikat dari kumpulan sama berada di luar negara.

"Dengan kata lain, penyedia perkhidmatan tempatan tidak perlu dikenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai diimport daripada syarikat penyedia luar negara berada dalam kumpulan sama.

"Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan pengecualian dari mengakaunkan dan membayar cukai perkhidmatan berdasarkan kaedah 'self-recipient accounting' ke atas pengimportan perkhidmatan profesional dan perkhidmatan pengiklanan (B2B),"katanya.

Kementerian Kewangan turut menegaskan penyedia perkhidmatan tempatan yang membayar cukai perkhidmatan kepada penyedia perkhidmatan asing ke atas pengimportan perkhidmatan digital boleh membuat tuntutan pembayaran balik daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam).

Menurutnya, perkhidmatan pendidikan jarak jauh bagi semua peringkat termasuk latihan profesional dan vokasional disediakan secara atas talian tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan bercukai dan tidak dikenakan cukai perkhidmatan.

"Inisiatif sama juga dilaksanakan terhadap perkhidmatan atas talian seperti e-newspaper dan bahan bacaan berkaitan pendidikan, aspek teknikal, saintifik, serta mempunyai nilai sejarah atau budaya,"katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 menjelaskan Cukai Perkhidmatan Digital dilaksanakan bagi memastikan satu ekosistem seimbang diwujudkan di mana tidak adil bagi penyedia perkhidmatan dalam negara dikenakan cukai, tetapi mereka di luar negara terlepas daripada pembayaran cukai.

Menurutnya, langkah kerajaan dalam mengenakan cukai perkhidmatan digital juga akan mewujudkan 'level playing field' atau pentas persaingan seimbang kepada syarikat tempatan.

"Pelaksanaan cukai digital sebanyak enam peratus kepada penyedia perkhidmatan digital asing di Malaysia dijangka berpotensi menjana RM449 juta kepada kerajaan," katanya.

Mana-mana penyedia perkhidmatan digital asing yang gagal berdaftar walaupun telah mencapai nilai ambang lebih RM500,000 setahun boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Hukuman itu berdasarkan Seksyen 56C Akta Cukai Perkhidmatan 2018.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/rakyat-bakal-berdepan-kenaikan-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Yaakob Ketua Pembangkang Dedah 2020 Bakal Jadi Mimpi Ngeri Buat Rakyat

Ismail Sabri Yaakob Ketua Pembangkang Dedah 2020 Bakal Jadi Mimpi Ngeri Buat Rakyat

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 400 hits
Rakyat mengharapkan tahun 2020 menjadi sinar buat mereka namun sebaliknya ia disifatkan bakal menjadi mimpi ngeri Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perubahan positif yang rakyat harapkan daripada kerajaan pimpinan Pak...
2020 Bakal Jadi Mimpi Ngeri Buat Rakyat Ismail Sabri

2020 Bakal Jadi Mimpi Ngeri Buat Rakyat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 344 hits
Ismail sabri SHAH ALAM Rakyat mengharapkan tahun 2020 menjadi sinar buat mereka namun sebaliknya ia disifatkan bakal menjadi mimpi ngeri Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perubahan positif yang rakyat harapkan daripad...
Subsidi Petrol Tangguh Tahun Depan Tiada Kenaikan Harga Ron95 Kan

Subsidi Petrol Tangguh Tahun Depan Tiada Kenaikan Harga Ron95 Kan

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 443 hits
Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan Program Subsidi Petrol tidak diteruskan sehingga ditentukan kelak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan yang dibuat pada 18 Disem...
Cukai Perkhidmatan Digital Malaysia Berkuatkusa 1 Januari 2020

Cukai Perkhidmatan Digital Malaysia Berkuatkusa 1 Januari 2020

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 441 hits
Tahun hadapan mana mana pengiklnan digital akan dikenakan cukai 6 Kalau untuk nlogger kecil kecilan macam aku ini yang tidak mementingkan keuntungan tetapi dari semasa ke semasa membuat pengiklanan untuk boost up blog memang rasa rugi sanga...
Huawei P40 Bakal Dilancarkan Sekitar Mac 2020 Mungkin Tidak Menyertakan Perkhidmatan Google

Huawei P40 Bakal Dilancarkan Sekitar Mac 2020 Mungkin Tidak Menyertakan Perkhidmatan Google

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 284 hits
https ift tt eA8V8J Huawei CEO Richard Yu kini dilihat telah berkongsi beberapa perancangan akan datang mereka melalui sebuah temuramah khas termasuk berkongsi berkaitan dengan Huawei P40 dan Huawei P40 Pro yang dinantikan ramai peminat Hua...
Trump Beri Amaran Iraq Bakal Berdepan Sekatan Jika Usir Tentera As

Trump Beri Amaran Iraq Bakal Berdepan Sekatan Jika Usir Tentera As

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 252 hits
WASHINGTON 6 Jan Jika kerajaan Iraq memaksa tentera Amerika Syarikat keluar dari negara itu Baghdad bakal berdepan sekatan yang belum pernah mereka saksikan selama ini lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Presiden Donald Trum...
Dolar Dan Euro 50 50 Tekanan Kenaikan Harga

Dolar Dan Euro 50 50 Tekanan Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 250 hits
Keadaan semasa mata wang Amerika dan Eropah tidak berada dalam keadaan yang sangat baik Jika dolar tanpa syarat menguasai pasaran sebelum ini kini keadaan telah berubah Ia hampir sama dengan euro mengalami tekanan yang sama dari beberapa pe...
Kementan Sebut Kenaikan Harga Bahan Pokok Karena Aji Mumpung

Kementan Sebut Kenaikan Harga Bahan Pokok Karena Aji Mumpung

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 223 hits
Kepala Badan Ketahanan Pangan Kementerian Pertanian Agung Hendriadi menyatakan para pedagang melihat peluang untuk menaikkan harga saat Natal dan Tahun Baru Hal ini menanggapi harga cabai yang menyentuh angka hingga Rp 50 000 per kg di bebe...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Kkb Polls Boycotting The Ballot Box Unproductive Says Yeoh



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Belajar Menerima Keluarga Pasangan Anda

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Siapa Nak Tahu Asal Usul Selfie

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Kes Denggi Meningkat