Cukai Perkhidmatan Digital Malaysia Berkuatkusa 1 Januari 2020
Tahun hadapan mana-mana pengiklnan digital akan dikenakan cukai 6%. Kalau untuk nlogger kecil-kecilan macam aku ini yang tidak mementingkan keuntungan tetapi dari semasa ke semasa membuat pengiklanan untuk boost up blog memang rasa rugi sangatlah..
Tapi apa nak buat ini dasar kerajaan dan tak adil kalau yang buat sales atau iklan on line tak payah bayar cukai . Betul tak
Cukai Perkhidmatan Digital itu akan dilaksanakan pada 1 Januari tahun depan.
"Ini antara lainnya akan membabitkan perkhidmatan seperti dan tidak  terhad kepada muat turun perisian, muzik, video atau pengiklanan  digital
Perkara ini boleh dirujuk di dalam Panduan Perkhidmatan Digital yang  dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Orang ramai boleh  mendapatkan salinan panduan di laman web Jabatan Kastam di sini
 Dalam panduan tersebut kita boleh menemui jenis perkhidmatan digital yang dikenakan cukai digital. Antaranya ialah:
Perisian, aplikasi dan permainan videoMuzik, e-buku dan filemIklan  dan platform dalam talian (menyediakan ruang iklan di platform media,  menyediakan platform untuk bertukar produk atau perkhidmatan)Enjin carian dan rangkaian sosialPengkalan data dan hostingTelekomunikasi berasaskan internet (PABX-awan, VOIP)Latihan dalam talianLain-lain  (langganan suratkhabar dan jurnal dalam talian, kandungan digital lain  seperti gambar, teks, maklumat dan perkhidmatan proses pembayaran)Perkhidmatan di atas tidak akan dikira perkhidmatan digital jika:
Perkhidmatan itu boleh didapati tanpa menggunakan teknologi internet. Contoh: Meminta penyanyi dari Australia datang ke Malaysia untuk membuat persembahan di hari pernikahan.Perkhidmatan  dihantar melali emel. Ia tidak dikira jika memerlukan bantuan manusia.  Penghantaran perkhidmatan tidak dikira sebagai sebahagian dari transaksi  jualan dan belian. Contoh: Syarikat arkitektur dari Malaysia  meminta lusian 3D dari syarikat di Amerika. Ia akan dihantar menerusi  emel dan ini tidak dikira sebagai perkhidmatan digital. Sebaliknya ia  perlu direkodkan di bawah cukai perkhidmatan diimport.Pasti lebih banyak penyedia perkhidmatan lain akan mula menghantar  notis berkenaan cukai digital kepada pengguna tidak lama lagi. Antara  yang kami lihat akan dikenakan cukai digital adalah seperti YouTube  Premium, Netflix, Spotify, Apple Music, dan banyak lagi
Dibawah ini Facebook dah mula keluarkan penyataan efektif cukai perkhidmatan ini
Mulai 1 Januari 2020, iklan Facebook  di Malaysia adalah tertakluk pada cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Ini  melibatkan pengiklan yang negara "Dijual Kepada" pada alamat perniagaan  atau peribadi mereka ditetapkan kepada Malaysia.Cukai  perkhidmatan ditambah setiap kali anda dicaj bagi iklan anda tidak kira  anda membeli iklan Facebook untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Jika  anda membayar iklan Facebook melalui kaedah pembayaran manual, cukai akan dikenakan apabila akaun iklan anda dibiayai.Sebagai  contoh, katakan anda dikenakan caj $100 baru-baru ini kerana anda telah  mencapai ambang pengebilan $100 anda. Subjumlah bagi caj tersebut ialah  $100 bagi kos iklan, kemudian tambahan 6% cukai perkhidmatan akan  dimasukkan, jadi anda perlu membayar sejumlah $106.00 bagi caj tersebut  ($100 + $6 = $106). Oleh sebab cukai perkhidmatan ditambahkan pada caj  anda, anda tidak akan mencapai ambang pengebilan lebih awal tetapi anda  mungkin akan dikenakan caj melebihi amaun ambang pengebilan.Sentiasa  ingat bahawa Facebook tidak boleh memberikan nasihat percukaian. Jika  anda mempunyai apa-apa soalan berkenaan cukai, kami mencadangkan anda  menghubungi penasihat cukai tempatan atau pihak berkuasa cukai.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://www.hanifidrus.com/2019/12/cukai-perkhidmatan-digital-malaysia.html