Rakyat Akan Nikmati 5g Hujung Tahun Ini Secara Berperingkat Kata Muhyiddin


FMT ReportersPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berucap pada majlis pelancaran MyDIGITAL & Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia hari ini.PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, teknologi 5G akan mula dinikmati rakyat secara berperingkat menjelang hujung tahun ini dan Malaysia akan menjadi antara negara pertama di Asia Tenggara yang membina ekosistem perkhidmatan itu.
Muhyiddin berkata, teknologi 5G akan menjadi “gamechanger” kerana akan wujud lebih banyak perkhidmatan pintar yang akan membawa kesan secara langsung kepada kesejahteraan rakyat.
“5G bukan sahaja sekadar menjanjikan capaian internet lebih laju, tetapi lebih penting daripada itu, ia memungkinkan pelbagai aplikasi penting berada dalam genggaman pengguna.
“Ia termasuk aplikasi pemantauan kesihatan bagi pesakit kronik, bantuan kecemasan pintar dan aplikasi khas bagi warga emas yang tinggal bersendirian,” katanya sewaktu berucap pada majlis pelancaran MyDIGITAL & Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.
Katanya, semua syarikat telekomunikasi berlesen akan mendapat akses prasarana sama rata dalam memasarkan perkhidmatan 5G kepada para pelanggan.
Beliau berkata, perkongsian kos prasarana itu akan membolehkan syarikat telekomunikasi menjana pulangan lebih tinggi dan memberi perkhidmatan 5G yang baik serta murah kepada pengguna.
“Sejumlah RM15 bilion akan dilaburkan sepanjang 10 tahun pelaksanaan 5G ke seluruh negara. Ini akan mewujudkan 105,000 peluang pekerjaan. Usaha ini akan dilaksanakan melalui sebuah entiti khusus bawah kerajaan Malaysia. Entiti ini akan diberikan spektrum bersesuaian untuk memiliki, melaksanakan dan menguruskan 5G,” katanya.
Muhyiddin pada masa sama berkata, sejumlah RM21 bilion akan dilabur sepanjang lima tahun melalui projek Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk memantapkan kesalinghubungan sedia ada.
Tambah beliau, rangkaian gentian optik talian tetap juga akan meliputi 100% kawasan berpenduduk secara berperingkat.
“Sejumlah RM1.65 bilion akan dilaburkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi untuk memantapkan sambungan ke jaringan kabel dasar laut antarabangsa sehingga tahun 2023. Ini akan membuka ruang untuk pemindahan data antarabangsa yang lebih cepat dan stabil, sekaligus menurunkan kos internet kepada pengguna di Malaysia,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/rakyat-akan-nikmati-5g-hujung-tahun-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Muhyiddin Sedang Merancang Mengadakan Pilihanraya Akhir Tahun Ini

Adakah Muhyiddin Sedang Merancang Mengadakan Pilihanraya Akhir Tahun Ini

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 207 hits
MUHD MUFIZPenyokong PH yang xberparti kena turun membantu calon calon PH di Dun dan Parlimen masing masing sumbang apa yang termampu masa tenaga dsb PRU15 kali ini PRU RAKYAT MELAWAN PENYAMUN PENGKHIANAT PENJAHANAN NEGARA PENZALIM RAKYAT Ta...
Mydigital Mampu Perkasa Kehidupan Rakyat Malaysia Pm Muhyiddin

Mydigital Mampu Perkasa Kehidupan Rakyat Malaysia Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Pelaksanaan inisiatif MyDIGITAL mampu memperkasakan setiap rakyat Malaysia daripada segi memperbaiki setiap aspek kehidupan mereka kata perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketika berucap melancarkan Majlis Pelancaran MyDIG...
Zahid Kata Serangan Netizen Terhadap Muhyiddin Adalah Serius

Zahid Kata Serangan Netizen Terhadap Muhyiddin Adalah Serius

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 229 hits
February 8 2021 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulas serangan warga maya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara Zahid pada hantaran di media sosial menyertakan pautan laporan Ma...
Lembaran Kerja Suku Kata 4 5 Tahun

Lembaran Kerja Suku Kata 4 5 Tahun

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 210 hits
Buku buku Aktiviti ini mengandungi kepelbagaian latihan yang disusun mengikut tema yang bersesuaian dengan menilai tahap pencapaian murid serta disusun ansur maju dari peringkat mudah ke peringkat yang lebih sukar Buku buku Aktiviti diharap...
Rakyat Perlu Beri Ultimatum Kepada Muhyiddin

Rakyat Perlu Beri Ultimatum Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 311 hits
KHUTBAH PAGI Muhyiddin perlu diberi kata dua RAKYAT tidak boleh meriba tangan dan menunggu dengan penuh harapan seperti menunggu bulan jatuh keriba mendengar janji janji daripada pemerintah Terlalu mempercayai dan yakin kepada kerajaan yang...
Masakan Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Sempena Tahun Baru Cina Untuk Sekeluarga Nikmati

Masakan Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Sempena Tahun Baru Cina Untuk Sekeluarga Nikmati

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 313 hits
Ayam goreng sememang menjadi kesukaan ramai Namun lebih enak jika dihidangkan berkuah seperti menu ayam goreng cili halia masam manis ini Sempena tahun baru cina menu istimewa ini boleh dihidang untuk makan bersama keluarga Jika anda tidak ...
Kuncinya Muhyiddin Yang Kucar Kacirkan Negara Kata Ahli Mt Umno

Kuncinya Muhyiddin Yang Kucar Kacirkan Negara Kata Ahli Mt Umno

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 272 hits
Memang salute kepada Datuk Azalina Pertama menyatakan pendirian tegas bahawa legislatif lumpuh bila Parlimen digantung Kedua Azalina hantar surat kepada Peguam Negara dengan peringatan tugas Peguam Negara ialah menjadi penasihat perundangan...
Muhyiddin Mungkir Janji Utamakan Nyawa Rakyat

Muhyiddin Mungkir Janji Utamakan Nyawa Rakyat

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 261 hits
RAYUSADi sebalik nada ucapannya yang lembut dalam setiap perutusan dan kebolehan berdoa Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengecewakan Kali ini beliau tidak berpegang pada janjinya pula dalam hal pemberian vaksin COVID 19 Dengan mengumumkan ba...
Kuarantin Pun Tiga Hari Rakyat Menanti Muhyiddin Ke Luar Negara

Kuarantin Pun Tiga Hari Rakyat Menanti Muhyiddin Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 345 hits
ARIF ATANAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi secara sinis berkata rakyat pada masa ini ternanti nanti bila Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan rasmi ke luar negara Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas ...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future