Rakyat Ada Imuniti Terhadap Covid Varian Ba 5 2 Dan Bf 7


 
Rakyat ada imuniti terhadap Covid varian BA.5.2 dan BF.7Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: January 08, 2023
ShareRakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang mengenai keputusan kerajaan mengekalkan pembukaan sempadan Malaysia di tengah-tengah kebimbangan berhubung lonjakan kes Covid-19 di China.
Nasihat itu diutarakan bekas Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, sambil menegaskan beberapa varian yang dilapor dikesan di China sebenarnya sudah berada di dalam Malaysia dalam beberapa jangka waktu, dan keputusan membuka atau menutup pintu sempadan kepada pelancong dari mana-mana negara tidak memberi kesan besar kepada penularan wabak itu.
“Dalam isu ini ada beberapa perkara yang perlu ditangani, sama ada kita patut bimbang dengan varian itu dan yang kedua sama ada kita perlu bersedia?
“Jika kita lihat apa yang berlaku di luar negara atau di Malaysia, kebanyakan perintah sekatan telah ditamatkan.
“Di Malaysia, sejak lebih 9 bulan lalu tidak berlaku jangkitan serius yang ketara. Rakyat Malaysia telah terdedah kepada Covid-19 dan ramai terima vaksin. Kedua-dua ini menyumbang kepada perlindungan imuniti dalam masyarakat.
“Sama ada (varian) Omicron ini akan menjejaskan orang awam secara serius, saya rasa tidak,” katanya dalam satu bual bicara kendalian portal berita SumberKini.
Di sebalik pandangan agar rakyat tidak terlalu bimbang dengan keputusan kerajaan terus membuka pintu sempadan, Dr Lee menganjurkan orang ramai untuk terus mengambil langkah pencegahan seperti ditetapkan sebelum ini, selain menggesa pengambilan vaksin penggalak terhadap wabak tersebut.
Pada Isnin, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dipetik berkata, Varian BA.5.2 dan BF.7 Covid-19 yang sedang menular di China sebenarnya telah dikesan telah lama berada di Malaysia.
Setakat 31 Dis 2022, terdapat 4,148 kes jangkitan BA.5.2 dan tiga kes BF.7 di negara ini, tiada data untuk mengaitkan kes serius atau kematian kepada kedua-dua subvarian berkenaan.
Kabinet yang bermesyuarat pada Rabu pula memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong China ke negara ini.
Sementara itu dalam bual bicara yang sama, Pakar kesihatan Awam Dr Farhan Rusli menegaskan tidak timbul persoalan apakah kerajaan telah membuat keputusan yang betul atau tidak berhubung isu sama ada perlu terus membuka atau menutup pintu sempadan kepada mana-mana pelancong dari negara tertentu.
Ini jelasnya kerana rakyat mempunyai tanggungjawab sendiri melindungi diri dari dijangkiti Covid-19, selain dari hanya bergantung kepada langkah-langkah yang diambil kerajaan.
“Saya setuju dengan Dr Lee bahawa kita tak perlu takut kepada Covid-19, kita dah tahu bagaimana penularannya. Kalau nak melaksana sesuatu itu mesti berasaskan sains dan data.
“Asas pertama adalah untuk mengelakkan diri kita daripada terkena Covid dengan mendapatkan vaksin dan kemudian mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka dengan betul dan menjaga penjarakan fizikal.
“Keutamaan yang harus diberikan bukan hanya melihat kepada apa yang kerajaan lakukan betul atau tidak, sebaliknya diri kita sendiri. Kita yang sebenarnya melindungi diri kita dahulu dan barulah selepas itu kerajaan melaksana pemantauan dalam skala besar,” kata Ahli Majlis kesihatan Negeri Selangor itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/rakyat-ada-imuniti-terhadap-covid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Varian Ba 5 2 Dan Varian Bf 7 Kini Dikesan Berada Di Malaysia

Covid 19 Varian Ba 5 2 Dan Varian Bf 7 Kini Dikesan Berada Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 224 hits
COVID 19 varian BA 5 2 dan varian BF 7 kini dikesan berada di Malaysia COVID 19 varian BA 5 2 dan varian BF 7 kini dikesan berada di Malaysia Terbaru Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sahkan dua varian Covid 19 utama ...
Covid 19 Enters Fourth Year With Looming Risk Of New Sub Variant

Covid 19 Enters Fourth Year With Looming Risk Of New Sub Variant

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 222 hits
This is Bernama s weekly roundup on Covid 19 and related matters in Malaysia and globally from Dec 31 to noon today In Malaysia case numbers stood at 5 02 million and globally the virus has infected more than 667 million people and caused o...
Sejumlah Negara Perketat Aturan Pemerintah Tak Wajibkan Negatif Covid 19 Turis Dari China

Sejumlah Negara Perketat Aturan Pemerintah Tak Wajibkan Negatif Covid 19 Turis Dari China

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 135 hits
Indonesia justru merasa nggak perlu membuat syarat ketat seperti negara lain meskipun China sedang mengalami lonjakan kasus Kira kira apa alasannya ya
Selangor S Plan To Give Free Covid 19 Vaccine Boosters Resumes Tomorrow

Selangor S Plan To Give Free Covid 19 Vaccine Boosters Resumes Tomorrow

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 199 hits
The Selangor government will resume its initiative to give free Covid 19 vaccine and booster doses under the Selangor Covid 19 Vaccination Programme starting tomorrow State Public Health Unity and Women and Family Development committee chai...
Himpunan Semua Artikel Ketika Covid 19 Melanda Negara Kita Bermula 2019

Himpunan Semua Artikel Ketika Covid 19 Melanda Negara Kita Bermula 2019

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 428 hits
Dalam posting ini saya kumpulkan semua artikel yang berkaitan covid 19 yang melanda negara kita sejak 2019 yang lalu Untuk simpanan dan rujukan saya satu masa nanti mengimbau kembali apa yang saya fikirkan ketika wabak itu melanda negara ki...
Macc Will Clear Me Bersatu Over Covid 19 Funds Says Muhyiddin

Macc Will Clear Me Bersatu Over Covid 19 Funds Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 203 hits
Muhyiddin Yassin has rubbished claims that he received kickbacks from projects that were awarded when he was leading the government PETALING JAYA Muhyiddin Yassin is confident that the Malaysian Anti Corruption Commission s probe into the a...
Tsunami Covid 19 Bikin Rumah Duka Di Shanghai Kewalahan

Tsunami Covid 19 Bikin Rumah Duka Di Shanghai Kewalahan

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 195 hits
Tsunami Covid 19 Bikin Rumah Duka di Shanghai Kewalahan Wabah Covid 19 yang mengamuk dalam beberapa pekan terakhir telah menyebabkan rumah duka di Shanghai China kewalahan Menurut laporan Bloomberg kematian di Shanghai meningkat sehingga sa...
Pelancong China Tidak Perlu Ujian Covid 19 Masuk Ke Thailand

Pelancong China Tidak Perlu Ujian Covid 19 Masuk Ke Thailand

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 154 hits
PELANCONG yang mengunjungi Thailand termasuk dari China tidak perlu melakukan ujian saringan Covid 19 sebelum berlepas dalam usaha negara ini menarik lebih ramai kedatangan pelawat bagi memulihkan industri pelancongan Menteri Kesihatan Awam...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ai Chat Bot Python 10

Homework

Gut Health For Pets How Digestion Impacts Mood Energy And Overall Well Being

Kajian Mendapati Mod Gelap Tingkatkan Penggunaan Bateri

Skandal Beras Kerajaan Bersilat Sementara Rakyat Ditipu Hidup Hidup

Mahathir Kagum Dengan Keterjaminan Makanan Di Indonesia