Himpunan Semua Artikel Ketika Covid 19 Melanda Negara Kita Bermula 2019



Dalam posting ini saya kumpulkan semua artikel yang berkaitan covid 19 yang melanda negara kita sejak 2019 yang lalu. Untuk simpanan dan rujukan saya satu masa nanti mengimbau kembali apa yang saya fikirkan ketika wabak itu melanda negara kita
Covid-19 cetus perubahan besar dalam 5 tema ramadan dan syawal 2020Hari ni Jumaat 17 April 2020. Bersamaan dengan 23 Sha’ban 1441. Kalau panjang umur dan dimurahkan rezki, minggu depan, hari Jumaat juga, 24 April 2020, hari pertama bulan Ramadan akan disambut oleh umat Islam.
Lagi 6 hari saja tinggal untuk anda gantikan puasa ramadan tahun lepas yang mungkin tertinggal.
Sedar tak sedar, masa berlalu pantas. Diikuti dengan perubahan gaya hidup dari kebiasaan yang juga berlaku dengan amat pantas.
Selama ini, duduk kat rumah tak payah pergi kerja, hanyalah satu angan-angan yang anda tak nampak ada jalan untuk lakukannya. Dengan Covid-19, anda dipaksa untuk duduk rumah samada suka atau tak suka.
Tak ada pilihan. Malah, dengan duduk dirumah, jangan keluar, anda memberikan sumbangan yang amat besar terhadap kesejahteraan masyarakat dan seluruh negara!. Pelik tapi benar!
Jana pendapatan dari google adsenseBaru-baru ni saya sertai webinar yang Google anjurkan untuk semua ahli mereka yang punya akaun adsense google. Dah agak lama juga saya punya akaun google adsense ni.
Untuk anda yang tak tahu pasal akaun google adsense ni, ia merupakan satu akaun yang membolehkan anda jana duit dari aktiviti pengiklanan google.
Iklan adalah salah satu sumber pendapatan yang besar untuk google. Ini rasanya ramai yang dah tahu. Semua platform internet yang memberikan content berguna kepada pengguna internet ada peluang untuk turut serta dalam team google untuk menjana pendapatan dalam industri pengiklanan.
Saya ada 3 blog yang aktif dan ada trafik yang mencukupi untuk mendapat kelulusan dari google menjana duit dari adsense.
Apa yang saya perlu buat hanyalah masukkan code iklan adsense pada semua platform blog yang ada. Iklan akan berfungsi secara automatik. Ikut pembaca yang sedang tengok content tersebut.
Kalau anda perasan. Katakan sebelum ini anda ada buat carian pasal peralatan memasak Thermomix kat google search. Lepas tu anda masuk ke blog hidupringkas.com. Ketika baca artikel yang saya tulis, anda akan jumpa iklan pasal Thermomix atau alat memasak lain yang ada kaitan.
Jika kebetulan iklan itu menarik minat anda, mungkin ada yang menarik, maka anda klik pada iklan tersebut untuk tahu lebih lanjut. Dengan hanya klik dan masuk itu, anda bantu saya jana duit.
Bukanlah banyak sangat duit yang saya dapat. Cukup sekadar untuk lepaskan segala kos menghidupkan blog ini. Ada lebih sikit untuk saya belanja anak-anak dan isteri makan McD atau beli Pizza Hut.
Saya tak fokus betul-betul menjana pendapatan dari industri membina content ni. Ada hasrat tapi masih tertangguh sebab ada komitmen lain. Jadi pendapatannnya tak lah banyak sangat. Kalau betul-betul berikan tumpuan, memang ada potensi untuk dijadikan sumber pendapatan yang mencukupi.
5 tema ramadan dan syawal tahun 2020Untuk mereka yang ada akaun adsense, google sentiasa berusaha berikan maklumat yang terbaik untuk bantu mereka. Apa saja masalah yang berlaku pada platform blog saya yang ada potensi kurangkan peluang untuk saya jana duit, mereka akan berikan maklumat untuk diperbaiki.
Satu lagi usaha mereka untuk berikan ilmu adalah melalui penganjuran webinar. Oleh kerana masa banyak kat rumah, webinar kali ni saya ikuti dari mula sampai habis.
Saya belajar perkara menarik dalam webinar kali ini.
Saya kongsikan kat sini untuk anda tahu dan fikirkan. Mungkin ada faedah yang boleh digunakan dalam merancang bisnes atau aktiviti buat duit anda sepanjang ramadan dan menjelangnya syawal nanti. Paling tidak untuk anda sedar bahawa segalanya sudah berubah bukan lagi macam selalu.
Ada 5 perkara utama yang akan berlaku setiap kali menjelangnya ramadan dan syawal.
#1. Amalan spiritual dan kebaikanIni perkara paling penting yang akan berlaku sepanjang ramadan.
Dengan adanya tambahan kewajiban berpuasa, kesemua amalan ibadah lain akan jadi meningkat secara drastik. Orang akan tambah ibadah mereka dengan lebih banyak daripada biasa.
Yang jarang solat berjemaah, masa inilah mereka tiba-tiba rajin ulang alik ke masjid dan surau. Bukan saja waktu malam, malah waktu siang begitu juga.
Lebih hebat lagi, ramai yang siap iktikaf dalam masjid. Mereka akan sampai awal sebelum zohor, cari satu sudut yang baik, ada yang siap bawa pelapik. Mereka akan baring tidur sampai masuknya zohor. Ada pula yang datang berjemaah zohor. Selepas siap, mereka sambung dengan iktikaf juga disatu sudut yang baik.
Untuk anda kaum wanita yang tak biasa buat kerja macam tu. Nak beritahu bahawa tidur atau baring di atas lantai masjid terutamanya masjid yang tua sesungguhnya sangat sejuk dan nyaman. Tambah lagi kalau anda cari sudut yang redup dan tersorok.
Subhanallah!, cuba tanya suami anda macam mana rasanya kalau dapat tidur waktu tengahari terik di atas lantai masjid, disebalik tiang besar yang tersorok. Dia tentu boleh gambarkan nikmatnya.
Sepanjang ramadan, sampailah syawal, pusat amal ibadah akan sibuk dengan berbagai aktiviti. Ia jadi pusat tumpuan semua orang islam selama ini sehinggalah Covid-19 melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.
Tema spiritual dan buat baik tahun ni sudah tentu akan berubah 360 darjah!
Masjid dan surau masih tak dapat dikunjungi sehingga sekarang. Saya yakin akan berlarutan sampai menjelangnya puasa habis sampai raya. Ini pertama kali berlaku dalam sejarah kehidupan saya.
Adakah ia akan menjadi satu perkara biasa selepas ini dan tahun-tahun yang akan datang? saya rasa ya.
Kalau nak ulas asal tema amal ibadat yang abakl berubah tahun ni sudah tentu akan panjang. Jadi saya ringkaskan setakat ni saja. Anda boleh fikirkan dan kembangkan lagi segala perubahan dan kesannya terhadap amalan kehidupan, perniagaan dan lain-lain lagi.
#2. Aktiviti kemasyarakatanIni lanjutan dari aktiviti kebaikan di atas. Ia mendorong orang ramai untuk buat amalan kebajikan kepada masyarakat.
Contoh paling biasa yang anda selalu tengok adalah amalan menjamu selera untuk buka puasa, makan moreh dan sahur.
Sepanjang ramadan, orang-orang yang berada akan berikan sumbangan untuk persediaan juadah berbuka dan moreh.
Buka puasa ramai-ramai kat masjid atau surau adalah perkara biasa selama ini. Saya ada kenal kawan-kawan yang orang tuanya tak pernah berbuka puasa bersama keluarga. Dia akan sentiasa berbuka di masjid bersama para jemaah.
Ada kawan-kawan saya yang macam itu. Dia ikut amalan orang tuanya. Hanya isteri dan anak-anak saja yang berbuka di rumah. Dia akan ke masjid. Ada juga yang satu keluarga akan ke masjid untuk berbuka, solat berjemaah dan seterusnya sambung sampai solat tarawih.
Makan free, sedap, menjimatkan dan memberikan rasa bahagia. Itulah yang membuatkan ramai suka berbuka ramai-ramai dimasjid atau surau. Ia juga peluang kepada orang yang nak buat kenduri salurkan duit. Juga peluang kepada orang yang jenis ringan tulang bergotong royong.
Semua aktiviti itu sudah tentu berubah tahun ini.
Tentu kekok kawan-kawan yang biasa berbuka kat masjid kali i berbuka dengan anak isteri kat rumah saja. Semua aktiviti kemasyarakatan seperti berbuka akan hanya berlaku dalam bentuk kumpulan nukleus kecil keluarga sahaja kali ni.
Malah tak akan ada balik kampung dan berkumpul ramai-ramai buka puasa dan beraya.
#3. Makan dan minumIni satu lagi tema yang bakal berubah.
Selama ini, masuknya bulan puasa jadi satu pesta pengeluaran segala macam jenis makanan tradisi. Banyak kuih muih yang hanya akan dibuat dengan meriah di kala bulan ramadan sahaja.
Kalau anda ke bazar ramadan, selain dari orang Melayu dan yang beragama Islam menjadi pengunjung tetap, orang Cina dan India juga turut sama berkunjung setiap hari.
Makanan jadi satu pesta.
Bazar ramadan pusat berlakunya pesta makanan. Balang air sejuk dalam tong besar berwarna warni adalah temasya biasa yang anda dapat lihat sepanjang bulan ramadan.
Semua itu takkan berlaku tahun ni. Kalau yang rajin, boleh tawarkan COD. Cari tempahan, buat dan pergi hantar.
Makan dan minum akan disediakan secara ala kadar sahaja tahun ni. Tidak akan berlaku lagi banyak pembaziran, insyaallah.
Aktiviti perabih duit dalam hotel dan restoran buka puasa berkonsepkan buffet juga tidak akan diadakan tahun ni. Selamat duit syarikat yang setiap kali masuk ramadan terpaksa bajet satu hari untuk pergi berbuka secara bufir di hotel dan restoran.
Itu semua akan berubah.
#4. Fesyen pakaian dan kecantikanBulan ramadan dan syawal juga sinonim dengan tema fesyen pakaian dan kecantikan selama ini.
Orang berbelanja dan berhabis duit setahun sekali untuk melaram. Maklumlah nak balik kampung, ziarah sanak saudara, ziarah kawan-kawan dan pergi merata tempat. Masa inilah nak melaram.
Walaupun fesyen pakaian dan kecantikan makin lama makin terkawal sebab orang ramai makin tertekan dengan masalah kewangan, tapi ia masih tetap berlaku sebelum ini.
Tapi kali ni, ia akan merudun dengan drastik sekali.
Fesyen hebat macam mana pun, bersolek hebat macam mana sekalipun, anda hanya akan pamerkan pada keluarga anda sendiri sahaja. Jadi eloklah pakai yang asas saja. Paling baik pakai saja yang dah ada di tahun-tahun yang lalu. Rasanya masih elok lagi.
Jika anda khuatir saiznya dah tak ngam. Ambil peluang PKP dan puasa ini untuk uruskan segala lebihan lemak dengan pantas dan banyak.
#5. Hiburan dan pestaHiburan ni biasanya merupakan kemuncak dibulan syawal.
Masa bulan ramadan tak berlaku sangat sebab semuanya masih fokus pada agenda pertama dan kedua tadi.
Ada juga hotel yang sediakan pertunjukkan musik dan nyanyian lagi-lagu asli untuk pelanggan bufet mereka. Itu dah pasti tak akan berlaku lagi.
Acara hiburan di TV dan Radio memang selama ini amat meriah. Jadi ia masih tetap akan berlaku seperti biasa. Mungkin akan meningkat lagi dan akan berlaku lebih awal sebab memang orang hanya duduk kat rumah dari ramadan sampai syawal.
Filem terbaru yang disiarkan di semua panggung wayang serentak semasa syawal sudah tentu tak akan berlaku tahun ni. Tak ada orang nak pergi panggung wayangpun.
Acara open house juga sudah pasti tak akan berlaku tahun ni. Selamatlah kambing-kambing dari digolek di atas bara api tahun ni. Taukeh jual kambing golek tentu sedang serabut dengan stok kambing yang mungkin dah disediakan dari tahun lepas.
Panjang lagi yang boleh diulas akan segala perubahan yang bakal berlaku.
Ideanya adalah di dalam 5 tema yang saya kongsikan kat atas tu. Yang saya dapat ketika hadiri webinar bersama google. Mereka kongsikan kesemua itu untuk beritahu kepada semua penyedia content supaya sediakan content berdasarkan kesemua tema yang berubah.
Contoh menarik yang mereka berikan adalah berkenaan carian resepi kek tahun ini. Biasanya tahun-tahun yang lalu, carian hanya akan naik dua minggu sebelum syawal. Tapi kali ni carian naik sebelum masuknya ramadan lagi.
Itu satu fenomena menarik terhadap perubahan sikap orang ramai hasil dari fenomena Covid-19. Carian terhadap Thermomix, yang merupakan alat memasak ajaib juga naik meletup-letup luar biasa. Itu tandanya ramai yang tak reti masak selama ini dan terpaksa masak sekarang. Mereka cari alat yang mudah untuk bantu mereka jadi expert memasak dengan pantas.
Moga perkongsian ini memberikan manfaat.
Covid-19 beri peluang untuk susun semula jalan cerita hidup anda“Nak ke mana ni Encik?”, tanya pegawai polis yang tahan kereta saya.
Saya pergi ke rumah di Bagan Lalang ambil ubat yang tersimpan dalam peti ais di rumah tu. Ubat turunkan tahap kolestrol yang saya ambil di Klinik Kesihatan Pekan Sg Pelek bulan sudah.
Sebelum tu ada buat pemeriksaan kesihatan kat klinik tu. Doktor cadangkan saya ambil darah dan periksa kesihatan usus sekali. Ada kemudahan untuk periksa kanser usus yang kerajaan sediakan. Tak ramai tahu dan tak ramai ambil kesempatan tu. Kata doktor yang buat pemeriksaan kesihatan waktu tu.
Dah alang-alang buat medical check-up, elok buat sekali. Tambah doktor itu lagi.
Kebelakangan ni, kanser usus dah jadi salah satu pembunuh utama rakyat Malaysia. Pembunuh nombor 2 selepas masalah sakit jantung dan yang berkaitan dengannya. Kawan-kawan saya yang meninggal kena kanser usus juga dah ramai, semuanya lelaki. Kalau campur semua yang saya kenal sejak 5 tahun kebelakangan ni dah lebih dari 10 orang.
Menurut doktor, kalau potensi ada kanser usus ni dikesan awal, masalah dapat diatasi dengan lebih mudah. Doktor akan ambil sample najis dan kesan samada ada darah kat najis tu di peringkat awal. Kalau nak tunggu dan buang air besar ada campur darah baru nak pergi periksa, dah terlewat dan sukar dirawat.
Alang-alang buat pemeriksaan, saya buat semua yang ada disediakan. Bayar RM1 saja!. Mana nak cari peluang macam tu.
Alhamdulillah, semuanya ok. Tak ada masalah darah tinggi, tak ada kencing manis, tak ada saluran darah keluar dan masuk jantung yang tersumbat. Semuanya ok. Saya rasa lega sangat-sangat. Memandangkan rekod keturunan sebelah ayah dalam masalah jantung memang ada, keputusan baik tu adalah satu anugerah dalam tahap umur saya sekarang.
Doktor kata kesihatan saya sangat baik. Aktiviti puasa, aktiviti bersenam setiap pagi, banyak makan buah dan sayur, yang saya amalkan sejak umur awal 30-an ternyata berikan hasilnya. Cuma satu masalah saja.
Kolestrol jahat saya agak tinggi sedikit dari paras normal.
Keputusan yang sama seperti ketika saya periksa darah 2 tahun sebelum itu. Bila saya beritahu doktor, dia syorkan agar saya ambil ubat turunkan paras kolestrol untuk 6 bulan. Jika turun, baru berhenti ambil ubat itu.
Saya setuju saja apa cadangan doktor. Kalau dibiarkan tahap kolestrol jahat berterusan tinggi macam itu, ia pencetus saluran darah tersumbat. Kalau teruk tersumbat, alamat kena strok. Kalau kena strok ketika seorang diri, jadi mayatlah saya nanti.
Masa saya habis banyak seorang diri. Ketika buat kerja di pejabat. Ketika duduk di hotel travel buat kerja. Ketika bermalam seorang diri di rumah kat Sepang tu. Ketika balik tengok rumah di kampung yang tertinggal kosong. Semua itu seorang diri. Banyak juga berlaku rasa berdebar sakit ulu hati ketika tidur seorang diri.
Bila dah kerap sangat berlaku yang biasanya bagi rasa panik takut berlaku serangan jantung, saya pastikan buat pemeriksaan lengkap kesihatan secara berkala.
Untuk hilangkan rasa panik bila berlaku debaran macam tu, saya akan berbisik perlahan pada diri. Jika ini saat akhir kehidupan untuk saya, saya redha dan bersedia untuk hadapinya. Bisikan itu akan tenangkan semula rasa panik.
Masalah kolestrol jahat yang agak tinggi berpunca dari pemakanan. Kata doktor bila saya tanya kenapa.
Ertinya, berpuasa, bersenam, makan buah dan sayur banyak. Masih tak cukup. Saya mesti jaga apa yang saya makan. Itu agak kurang sikit saya berikan perhatian. Makanan bergoreng memang kegemaran. Goreng pisang memang sama banyak dengan jumlah nasi yang saya makan sejak dari muda lagi. Itu semua perlu dikawal.
Tadi, bila doktor terangkan pasal kanser untuk syorkan saya buat pemeriksaan najis, saya terus setuju. Jika diberi pilihan mati sebab kanser atau serangan jantung, saya pilih serangan jantung. Kata saya pada doktor.
Doktor terbeliak mata dengar saya kata begitu.
Kanser ambil masa untuk mati. Sebelum mati tu, sudah banyak siksaan yang akan terpaksa dilalui. Ini akan menyusahkan saya dan orang lain yang kena jaga. Tapi kalau kena strok, terus jatuh dan mati. Mudah, pantas, dan tak susahkan orang.
Bila saya terangkan macam tu, doktor wanita dari Johor itu senyum. Dia angguk setuju. Betul juga, katanya. Ada baiknya juga serangan jantung terus mati tu. Akui doktor.
Akhirnya, saya pergi ambil ubat kawal kolestrol. Balik dan asingkan simpan dalam peti ais. Sebahagian darinya saya masukkan dalam beg tangan.
Yang dalam beg tangan tu saya sediakan cukup sampai 31/3/2020. Bila kerajaan lanjutkan tempoh kawalan pergerakan, kena pergi ambil kesemua baki yang ada dalam peti ais di rumah Bagan Lalang tu. Sebab itulah saya terpaksa pergi juga ke sana.
Bila kena tahan di sekatan jalan raya kat depan balai polis Sg Pelek tu, saya terangkan nak balik ke Puchong. Dia terkejut bagaimana saya boleh datang dari Puchong ke Sg Pelek. Langgar banyak sempadan ketika PKP.
“Siapa yang bagi kebenaran pada Cik untuk datang ke sini”, suara pegawai polis tu terus bertukar jadi garang. Kedudukannya berdiri sambil pegang senjata yang sedang digalas tu menambahkan lagi rupa garangnya.
Itu pengalaman yang saya teruja nak lalui. Nak tengok semua pergerakan dan perjalanan yang saya tempoh ni akan bawa ke mana. Apa saja boleh berlaku. Dalam radio berita semakin ramai yang ditahan atas kesalahan langgar arahan PKP sering diwar-warkan.
Pangalaman macam tu dapat tambahkan satu lagi latihan kawal ketakutan dan kerisauan diri. Saya baca satu buku pasal panduan lalui kehidupan dengan tenang sebelum ini. Penulis syorkan untuk sentiasa anggap anda sedang berada dalam keadaan pembelajaran.
Apa saja yang berlaku. Kalau tak ada benda baru, pergi cari. Itu adalah aktiviti menyerap pengalaman hidup. Selagi hidup, seraplah sebanyak pengalaman yang mungkin. Mati nanti dah tak ada semua itu.
Anda sepatutnya rasa bosan jika asyik tempuhi jalan biasa yang dapat dijangka sahaja hasilnya. Tak kaya pengalaman jika berterusan begitu. Tak menarik jika tak banyak kejutan berlaku. Biasakan diri tempuh kejutan dan serap pengalaman baru. Jangan buat perkara bahaya yang boleh bawa maut sudahlah.
Jadi kena pandai kira risiko supaya tidak lalui pengalaman yang membahaya kan diri.
“Tak ada sesiapa bagi kebenaran”, jawab saya sambil senyum merenung matanya. Walaupun mulutnya tertutup oleh mask, boleh teka bagaimana keadaan dalam pemikiran pegawai polis itu hanya dengan melihat mata dan semua otot sekeliling matanya.
“Saya ditahan di setiap pintu keluar daerah, dan mereka lepaskan saya bila beritahu nak pergi Sepang ambil ubat” Sambung saya lagi pada pegawai itu. Otot sekeliling matanya nampak lebih tegang. Mungkin dia tak puas hati macam mana saya boleh langgar keluar jauh macam tu.
“Sekarang saya nak balik ke rumah semula di Puchong”, ayat akhir saya. Masih merenung melihat perubahan otot matanya.
Akhirnya otot matanya mula nampak relaks semula. Saya dapat baca dia dah malas nak takutkan saya lagi.
“Ok, balik rumah, jangan keluar lagi”, ucapnya sambil matanya kelihatan mengecil, urat tepi mata menurun sikit kebawah. Tandanya mulut yang tersorok di bawah mask itu sedang tersenyum.
“Saya pun tak ingin nak keluar ..”, jawab saya tersenyum sambil gerakkan kereta teruskan perjalanan.
Covid-19, bagaimana anda laluinya?Apa yang dah berlaku pada hidup anda sejak tercetusnya wabak Covid-19?
Dari apa yang boleh kita lihat dari awal kejadian di Wuhan, ada berbagai reaksi. Yang paling galak ambil tahu dan kuat lontarkan pendapat mereka adalah golongan yang ada semangat kepartian.
Maksudnya, golongan yang peka kepada politik dan dalam masa yang sama punya parti politik yang dia sokong. Mereka dapat hidu peluang untuk pergunakan situasi cemas wabak Covid-19 untuk kepentingan populariti parti pilihan mereka.
Satu lagi golongan adalah mereka yang sangat minat pada apa saja teori konspirasi. Wabak Covid-19 jadi bahan baru untuk karang cerita konspirasi terbaru mereka. Diagabungkan dengan baik bersama kesemua cerita konspirasi lama sebelum ini.
Covid-19 menjadi satu hujah dan bukti baru kebenaran terhadap teori konspirasi mereka selama ini. Termasuklah golongan yang kaitkan sesuatu kejadian dengan rahmah dan bala. China diturunkan bala akibat sikap mereka pada umat Islam.
Malas saya nak ulas sikap segelintir agamawan yang tempelak sikap dayus, kata mereka, terhadap penganut yang takut pada Koronavirus. Sedangkan yang paling layak ditakuti adalah Tuhan. Ada juga yang berfkiran sedemikian.
Anda boleh lihat sendiri semua yang saya katakan kat atas dalam tempoh awal berlakunya Covid-19 beberapa minggu yang lalu.
Saya rasa, apa yang anda lalui sebagaimana yang saya lalui. Ramai lagi yang sama macam kita. Semua peristiwa ini bergerak pantas dari satu peringkat ke satu peringkat sampai tak sempat nak fikir dan buat persediaan rapi.
Bila ia ditentukan berlaku, ianya pasti akan berlaku. Macam bayangan kajadian kiamat yang disebut dalam Al-Quran. Ia berlaku tiba-tiba. Ketika anda lena, ketika khayal, ketika tenang, ketika gembira atau ketika duka. Pada yang kaki maksiat, pada yang kuat agama, semua akan rasa.
Tapi nasib baik ini belum lagi kiamat. Bukan lagi kehancuran total dunia dan segala isinya. Kehidupan anda masih dapat diteruskan macam biasa. Anda sepatutnya dah sedar bahawa yang menggerakkan anda adalah tabiat atau amalan anda selama ini.
Tabiat menggerakkan anda selama ini sehinggalah Perdana Menteri umumkan malam itu yang kerajaan akan kenakan perintah kawalan pergerakan (PKP). Saya sedang ada di rumah kat Bagan Lalang malam itu.
Baru balik habiskan kerja di Kelantan.
Bila dah dengar pengumuman itu barulah otak ligat berfikir apa yang perlu dilakukan. Baru teringat akan berlaku perubahan pada perniagaan. Teringat pasal semua staff. Teringat pada jumlah duit dalam simpanan. Teringat pada kedudukan jualan syarikat dan sebagainya.
Susun semula perjalanan hidupSekarang dah tamat tempoh pertama PKP. Kerajaan lanjutkan lagi 2 minggu sampai 14/4/2020. Setelah puas duduk rumah siang malam baca buku dan cuba berfikir membuat andaian dan jangkaan selepas selesai semua isu Covid-19 nanti.
Dalam tempoh 2 minggu pertama, saya sedar yang perkara paling penting untuk dilihat dalam hidup adalah makan dan minum serta tempat berlindung.
Makan dan minum merupakan keperluan harian yang mesti ada. Keluar rumah, cari makan dan minum, balik berikan pada semua isi keluarga dan digunakan sampai habis. Bila habis keluar cari lagi dan bawa balik. Begitulah putarannya berlaku berulang-ulang.
Tempat berlindung, iaitu rumah pula hanya perlu disediakan sekali sahaja. Bila dah ada, kekalkan dia dalam keadaan baik dan selesa untuk semua isi rumah. Samada sewa atau rumah sendiri, tak kisah. Yang penting, ada. Lengkap dengan semua keperluan asas untuk teruskan kehidupan.
Apa yang paling penting dalam kehidupan adalah berusaha untuk memiliki kedua-dua perkara asas di atas sekadar mencukupi. Makan dan minum banyak serta lazat tak penting. Rumah yang sangat besar dan mewah juga tidak penting.
Kekayaan adalah keadaan di mana, apa yang anda ada dirasakan sudah mencukupi. Rumah besar tersergam mewah tak bermakna yang duduk di dalamnya kaya. Rumah kecil sederhana tak bermakna yang duduk di dalamnya miskin.
Covid-19 membongkar keadaan itu bila munculnya mereka yang kelihatan sangat gah sebelum ini, melompat panas dengan kenyataan pedih. Minta bantuan kerajaan lebih kepada mereka. Majoriti orang ramai yang biasa-biasa, tenang saja. Bersyukur dengan apa yang ada.
Nampaknya jumlah mereka yang kaya pada hakikatnya jauh lebih ramai dari pada yang mewah tapi miskin.
Perkara penting yang saya dapat, dalam bab perkara asas ni adalah, fokus pada meyediakan makan dan minum yang mencukupi dan berikan perhatian pada tempat tinggal yang selesa dan berpada. Tetapkan aras mencukupi untuk kedua-dua urusan itu bersesuai dengan diri anda dan tanggungan di bawah.
Elakkan diri dari berlebihan sebab nak tunjuk kat orang lain. Kaya atau miskin bergantung pada takrifan anda sendiri dalam menentukan mencukupi atau tidak. Bukan terletak pada penilaian orang lain yang tak tahu kedudukan diri anda dalam dan luar.
Susun semula aktiviti kehidupan andaSepanjang tempoh PKP ni juga saya ada masa untuk lihat segala aktiviti yang dilakukan selama ini. Baru sedar ada banyak urusan berkaitan media sosial yang tak perlu diteruskan.
Bila semak semula asas untuk sediakan makan dan minum dan tempat berlindung yang mencukupi, ternyata banyak aktiviti media sosial yang lansung tidak membawa ke arah itu.
Elok senaraikan semula segala aktiviti media sosial. Kekalkan mana yang boleh membantu menjana sumber pendapatan ke arah persediaan keperluan hidup sahaja. Mana yang tak bawa ke situ, delete dan nyahkan dari paparan skrin telefon pintar anda.
Banyak akaun di media sosial yang saya dah delete. Banyak page di FB yang juga di-delete. Susun semula mana yang dikekalkan dan rangka strategi ‘branding marketing’ dan seterusnya ‘strategi menjual’.
Kalau anda nak panduan penggunaan media sosial yang ringkas dan berkesan, boleh cuba beli dan baca buku yang saya sempat beli sebelm PKP ni. Social Media Success For Every Brand. Tulisan Claire Diaz-Ortiz.
Satu lagi yang saya masih ragu-ragu nak tentukan adalah samada nak fokus pada besarkan bisnes dan syarikat saya sendri saja atau nak teruskan juga buat khidmat bantu bisnes orang lain. Kalau nak fokus pada bisnes sendiri saja bermakna blog hidupringkas.com ini pun saya terpaksa tinggalkan.
Masih ada lagi 2 minggu untuk buat keputusan.
Perkara asas susun dan bertindak sekarangUntuk membantu anda susun semula kehidupan selepas ini, elok jadikan 2 perkara asas di bawah sebagai kompas hala tuju pergerakan dan aktiviti anda.
Tentukan aras mencukupi yang sesuai untuk anda dan tanggungan – Makan dan minum dan tempat berlindung yang selesa. Rancang semua perincian serta semua perkara yang berkaitan dengan kedua-dua benda asas tersebut. Pertimbangkan kesihatan mental dan fizikal dan lihat samada lokasi tempat tinggal anda sekarang sesuai atau tidak. Kalau tak, rancang perubahan selepas ini.Rancang aktiviti ekonomi – Fokus pada aktiviti ekonomi yang boleh membantu anda tunaikan perkara nombor satu di atas. Kalau anda berniaga, ini peluang untuk susun atur semula, kesemua perancangan perniagaan dan operasi bisnes anda selepas ini. Kalau makan gaji, susun strategi untuk kecemerlangan kerjaya selepas ini. Fokus pada kekuatan dan jangan buang masa mantapkan kelemahan. Mana yang lemah, outsource saja.Anda masih ada masa lagi 2 minggu untuk buat refleksi secara mendalam terhadap kehidupan anda selama ini. Gunakan peluang yang ada sekarang. Jangan leka sampai habis tempoh PKP ni pula.
Bagi yang ada kemahiran menulis dan ada niat nak panjangkan pemikiran anda pada pembaca blog ini, saya jemput untuk berikan sumbangan artikel di blog ni. Boleh email ke [email protected] kalau berminat.
Cabaran hadapi dugaan wabak koronavirus (Covid-19) buat usahawan kecilSemalam, hari Isnin. Sebaik saja selesai kerja berikan kursus perancangan operasi perniagaan kepada usahawan di Kelantan, saya terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu untuk balik ke KLIA, Sepang.
Suasana agak lengang ketika sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu tu.
Ketika berjalan menuju ke arah pintu masuk kawasan perlepasan, saya melalui sekumpulan gadis muda sedang buat promosi sumbangan kerja amal. Mereka tegur minta saya turunkan tanda tangan untuk tarik perhatian saya terhadap usaha amal mereka itu.
Saya gelengkan kepala. “Tak nak! takut koronavirus!” kata saya sambil tersenyum dan berlalu pergi terus masuk ke pemeriksaan keselamatan.
Memang ada perasaan risau dari awal perjalanan ke Kota Bharu sehingga balik semula ke KLIA. Untuk ambil langkah berjaga-jaga, saya sentiasa cuba jauhkan jarak dari orang dan cuba seminimum mungkin dari menyentuh apa saja benda yang ada di sekeliling.
Semua laporan perkembangan wabak koronavirus di dalam negara dan luar negara sentiasa saya cuba ambil tahu supaya tidak ketinggalan dengan arahan terbaru dari pihak berwajib.
Sampai di rumah, buka puasa, solat magrib dan terus buka radio.
Untuk segarkan semula badan, saya mandi. Kemudian duduk atas kerusi malas layan baca buku baru yang saya beli, “The Rise and Fall of The Third Chimpanzee: How Our Animal Heritage Affects the Way We Live”. Buku tu ditulis oleh Jared Diamond.
Penulis yang sama untuk buku bertajuk Guns, Germs and Steel: A Short History of Everybody for the last 13,000 Years.
Dari buku tulisannya saya dapat tahu bahawa kebanyakan penyakit seperti influenza yang lompat kepada manusia adalah berasal dari binatang peliharaan manusia itu sendiri. Manusia tak pernah ada penyakit macam tu ketika mereka masih amalkan kerja memburu untuk makan daging. Semua tu datang apabila manusia mula bela haiwan ternakan seperti ayam, babi dan lain-lain.
Saya tunggu pengumuman penting kerajaan, sebagai mana yang saya tahu dari tweet kawan-kawan tadi yang satu pengumuman penting akan dibuat oleh PM.
Tak lama kemudian, radio siarkan ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Satu perutusan khas mengumumkan perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Dugaan wabak koronavirus buat usahawan kecilPengumuman itu berikan kesan besar pada usahawan kecil macam saya. Ia merumitkan lagi usaha memulihkan prestasi perniagaan dalam keadaan ekonomi yang memang dah lembab sejak tahun lepas lagi.
Masuk saja tahun baru, saya tambah staff baru untuk sales seorang lagi. Tahun lepaspun dah agresif tambah staff sales. Dalam ekonomi lembab, saya lawan arus. Bukan kecilkan aktiviti perniagaan. Bukan perlahankan aktiviti jualan.
Sebaliknya kuatkan lagi kumpulan sales. Kalau saya dapat bertahan dan tingkatkan prestasi sales dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bila ekonomi pulih dan baik nanti, saya akan dapat melonjak dengan lebih tinggi ke atas.
Itu keputusan yang saya ambil. Memang ada risiko, tapi tak cuba, tak usaha, tentu tak akan belajar apa-apa. Paling terukpun habis semua duit dan dapat belajar benda besar. Satu pengalaman yang baik tu! Untuk ditempuh.
Selepas selesai dengar pengumuman, saya terus capai telefon. Berikan arahan pada semua staff pengurusan untuk bersedia buat kerja dari rumah.
Perlu berhubung dengan semua pelanggan untuk dapatkan status jadual yang telah disusun untuk sepanjang bulan March 2020 ini. Samada diteruskan atau dibatalkan.
Berkemungkinan besar banyak kerja akan terpaksa ditangguhkan sehingga selesai arahan kawalan pergerakan. Kerja-kerja di industri yang terkecuali dari arahan tutup sahaja yang nampaknya akan diteruskan.
Jelas sekali sales bulan march akan merudum teruk!!!
Semua staff perlu disara kehidupan mereka samada syarikat ada sales atau tak ada sales. Itu cabaran getir yang terpaksa usahawan kecil semua hadapi. Tak ada pilihan. Terpaksa hadap saja dan mengharapkan yang terbaik bakal menunggu.
Partner saya untuk satu syarikat lagi juga hantar mesej bertanyakan samada saya dah dengar pengumuman PM tadi. Dia juga risau dengan apa yang berlaku. Kerja nampaknya habis terpaksa ditangguhkan. Sales akan jatuh teruk juga!
Nasib baik syarikat ada simpanan tunai yang mencukupi untuk lebih dari 6 bulan gaji. Nampaknya simpanan itu akan mula susut jika keadaan tidak pulih segera.
Bagi yang ada simpanan, bolehlah rasa sedikit lega walaupun pahit. Bagi yang jenis kais pagi makan pagi, macam mana?
Peluang untuk rapatkan saf kumpulanDalam keadaan begini, kehadiran kumpulan kerja yang mantap saling bekerjasama sangat diperlukan.
Baru saya sedar yang saya dah ada kumpulan sedemikian. Semuanya tak panik dan berikan kerjasama yang pantas dan cekap. Kami berbincang peluang dan ancaman melalui group wasap. Gariskan segala langkah yang perlu diambil bagi menghadapi suasana getir sebegini.
Bagi anda yang masih tidak berusaha untuk bina kumpulan kerja yang mantap, keadaan getir macam ini bleh dijadikan satu peluang untuk memulakannya.
Segera buat group wasap atau guna media lain. Mantapkan komunikasi dan latih untuk berbincang selesaikan masalah secara berjamaah. Samada anda Taukeh atau anda pekerja biasa, semuanya ada kelemahan dan kekuatan masing-masing.
Gabungan kesemua ahli kumpulan yang tidak takut memberikan pandangan amat penting untuk pembinaan satu kumpulan yang kuat. Asalkan semua sedar yang masing-masing duduk atas satu kapal yang sedang belayar menuju ke destinasi yang sama, insyaallah segala cabaran akan mampu dihadapi dengan baik.
Perniagaan bukan sekadar untuk buat duitDengan apa yang berlaku ini juga saya dapat rasakan betapa duit bukanlah satu-satunya matlamat untuk dikejar dalam perniagaan.
Ada perkara lain yang lebih besar dalam perniagaan. Ianya sebahagian dari kehidupan. Saling cukup mencukupi antara satu sama lain. Saling bantu membantu antara satu organisai dengan yang lain. Semuanya bertujuan untuk teruskan kehidupan.
Jika saya usahakan satu solusi untuk selesaikan masalah yang timbul dengan kehadiran wabak koronavirus ini, bukanlah bertujuan untuk tamak ambil duit orang. tapi lebih kepada tawaran perkhidmatan untuk sama-sama menyumbang penyelesaian masalah yang dihadapi oleh orang atau organisai yang lain.
Saya perlu lihat kelebihan yang saya ada, segala tenaga kerja dan peralatan yang ada yang memberikan kami kelebihan untuk selesaikan masalah yang timbul dengan lebih cekap berbanding mereka yang tiada keupayaan yang sama.
Selesaikan masalah orang dan dalam masa yang sama menghidupkan semula keupayaan menjana pendapatan untuk semua staff yang ada. Itulah yang lebih utama. Staff hidup, syarikat hidup dan paling penting Taukeh juga dapat terus hdup berbakti.
Cabaran sebenarnya baru bermula. Apa yang bakal dihadapi walaupun dah dibuat segala persediaan, mungkin saja akan berubah secara diluar jangkaan. Itu lumrah seorang usahawan.
Anda boleh buat persediaan yang sangat terperinci. Ambil masa bertahun-tahun membina segala keupayaan ke tahap yang terbaik yang termampu. Tapi tak ada sesiapa yang tahu apa yang sedang menunggu dihadapan. Di situlah gunanya tawakkal.
Que sera sera .. what ever wil be will be ..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/01/himpunan-semua-artikel-ketika-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Kutuk Negara Yang Sekat Wajibkan Warganegaranya Jalani Ujian Covid 19 Sebelum Masuk

China Kutuk Negara Yang Sekat Wajibkan Warganegaranya Jalani Ujian Covid 19 Sebelum Masuk

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 265 hits
Foto ReutersPeningkatan bilangan kes Covid 19 disebabkan varian baharu di China mencetuskan kebimbangan global sehingga ada negara yang mengumumkan pihaknya akan mengetatkan prosedur di pintu masuk sempadan terhadap pelancong China bagi men...
Sejumlah Negara Perketat Aturan Pemerintah Tak Wajibkan Negatif Covid 19 Turis Dari China

Sejumlah Negara Perketat Aturan Pemerintah Tak Wajibkan Negatif Covid 19 Turis Dari China

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 127 hits
Indonesia justru merasa nggak perlu membuat syarat ketat seperti negara lain meskipun China sedang mengalami lonjakan kasus Kira kira apa alasannya ya
Kena Long Covid Lagi

Kena Long Covid Lagi

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum semua Last week semasa mama bercerita tentang kopi Bendang Cafe tu mama ada menyentuh tentang masalah kerap batuk selepas kena covid kali ke 2 kan Baru mama perasan yang mama takde cerita keadaan mama selepas sembuh tu Cerit...
Covid 19 Di China Menggila Rs Kewalahan Sampai Pasien Dirawat Di Lobi

Covid 19 Di China Menggila Rs Kewalahan Sampai Pasien Dirawat Di Lobi

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 144 hits
Covid 19 di China Menggila RS Kewalahan sampai Pasien Dirawat di Lobi China kembali menghadapi lonjakan kasus baru Covid 19 yang menggila Sejumlah rumah sakit dilaporkan kewalahan Bahkan di Kota Chongqing sejumlah pasien Covid 19 terpaksa d...
Rs Darurat Covid 19 Wisma Atlet Akan Berhenti Beroperasi Hanya Disisakan 1 Tower

Rs Darurat Covid 19 Wisma Atlet Akan Berhenti Beroperasi Hanya Disisakan 1 Tower

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 152 hits
RS Darurat Covid 19 Wisma Atlet Akan Berhenti Beroperasi Hanya Disisakan 1 Tower Pemerintah akan menghentikan operasional Wisma Atlet Kemayoran sebagai RS Darurat Covid 19 mulai akhir tahun ini Hal ini diputuskan seiring dengan semakin rend...
Latihan Darurat Kesiapan India Antisipasi Tsunami Covid 19 Gelombang Kedua

Latihan Darurat Kesiapan India Antisipasi Tsunami Covid 19 Gelombang Kedua

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 174 hits
Latihan Darurat Kesiapan India Antisipasi Tsunami Covid 19 Gelombang Kedua Mengantisipasi tsunami Covid 19 gelombang dua pemerintah India melakukan persiapan dengan melakukan latihan darurat dan pengadaan fasilitas kesehatan secara lengkap ...
Pemerintah Diimbau Waspada Menyusul Covid 19 Kembali Merebak Di Tiongkok

Pemerintah Diimbau Waspada Menyusul Covid 19 Kembali Merebak Di Tiongkok

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 235 hits
Anggota Komisi IX DPR RI Saleh Partaonan Daulay meminta pemerintah mewaspadai dan mempelajari secara baik merebaknya kembali Covid 19 di Tiongkok
Langkah Siapsiaga Kementerian Kesihatan Ekoran Daripada Penularan Covid Terbaru

Langkah Siapsiaga Kementerian Kesihatan Ekoran Daripada Penularan Covid Terbaru

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 114 hits
Ekoran daripada penularan kes Covid 19 di China Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa telah mengumumkan bahawa pengisytiharan Malaysia sebagai 8220 Kawasan Tempatan Jangkitan 8221 yang dijadualkan tamat esok telah dilanjutkan sehingga 30 Jun ...
China Alami Lonjakan Kasus Separuh Penumpang Pesawat Dari China Ke Italia Positif Covid 19

China Alami Lonjakan Kasus Separuh Penumpang Pesawat Dari China Ke Italia Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 171 hits
Sejak awal Desember 2022 China memang udah melonggarkan kebijakan lockdown di negaranya Namun akibatnya lonjakan kasus meningkat tajam dan dikhawatirkan terjadi penularan secara global
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy