Rakyat Ada Hak Tuntut Pendedahan Penuh Perjanjian Vaksin Toqqi Samudera My 22 06 2023


 

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2023 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoal mengapa Ahli-Ahli Parlimen yang berkhidmat untuk rakyat amat kelu lidah mereka dan tidak menggunakan hak sepenuhnya di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM melihat tindakan Ahli Parlimen yang memilih untuk membisu dan tidak mempersoalkan banyak perkara di dalam sidang Parlimen amat membimbangkan.
“Apa fungsi mereka sebagai Ahli Parlimen sebenarnya jika bukan untuk membawa suara rakyat, mengapa mereka (Ahli Parlimen) tidak menggunakan semua hak yang ada pada mereka untuk membahaskan atau bertanya di Dewan perkara yang melibatkan kepentingan rakyat seperti perincian kontrak vaksin antara Pharmaniaga dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.
Tambah Nadzim, rakyat mahukan perkara itu didedahkan sepenuhnya kerana perkara itu membabitkan wang rakyat berbilion ringgit dan kesihatan serta nyawa rakyat.
“Saya bersetuju dengan Pakar Perlembagaan, Shad Saleem Faruqi yang menyatakan tindakan menyembunyikan dokumen bawah NDA daripada Parlimen merupakan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi, kerana Perlembagaan memberikan keistimewaan kepada dua dewan Parlimen.”
“Apa yang mereka takutkan, apa yang mereka risaukan, sudah menjadi tugas mereka membawa suara rakyat dan beri penjelasan, bukan menyembunyikan perkara sebesar ini,” katanya.
Nadzim berkata rakyat memilih Ahli Parlimen yang ada kini untuk bekerja untuk rakyat dan bukan sekadar menjadi perhiasan di Dewan Parlimen semata-mata.
“Mereka mempunyai hak untuk menuntut pendedahan penuh perjanjian vaksin antara Pharmaniaga dan Kementerian Kesihatan, mengapa diam sahaja tidak menegakkan hak itu sedangkan rakyat sentiasa bertanya mengenai perkara itu,” katanya.
Menurut Nadzim, antara perkara yang amat merisaukan rakyat ialah bagaimana bekas Ketua Pengarah Kesihatan yang diangkat sebagai wira negara menentang COVID-19 dengan sengaja sembunyikan fakta mengenai 1239 AEFI & AESI daripada rakyat.
“Sedarkah Ahli Yang Berhormat itu semua, tindakan mereka itu menjadikan borang informed consent yang ditandatangani rakyat tak sah, Tan Sri Noor Hisham, YB Khairy Jamaluddin bekas Ahli Parlimen Rembau ketika itu, dan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang masih merupakan Ahli Parlimen Pagoh wajib dipertanggungjawabkan ke atas perkara ini,” tegasnya.
Semalam, Shad memberitahu media Ahli Parlimen berhak menuntut pendedahan perjanjian tersebut.
“Salah satu keistimewaan Parlimen yang terkenal ialah Parlimen boleh menghukum sesiapa sahaja kerana menghina dewan. Terdapat preseden kes seperti ini di Australia.”
“Kontrak antara pembekal vaksin COVID-19 dan Kerajaan hari ini adalah kontrak antara mereka berdua.”
“Penegasan bahawa perjanjian tanpa pendedahan (NDA) memerlukan perjanjian itu dirahsiakan daripada Parlimen dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak mempunyai asas Perlembagaan dan merupakan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA),” kata Shad.

“NDA tidak boleh menghalang PAC, polis, ketua juruaudit negara dan Ahli Parlimen daripada menuntut maklumat kerana mereka melaksanakan tugas mereka di bawah undang-undang.”
“Malah, OSA tidak terpakai di Parlimen kerana Ahli Parlimen yang menggunakan kebebasan bersuara semasa prosiding benar-benar kebal daripada semua undang-undang, kecuali Akta Hasutan,” kata Shad.
Artikel oleh: Samudera.my
RAKYAT ADA HAK TUNTUT PENDEDAHAN PENUH PERJANJIAN VAKSIN - TOQQI

https://www.samudera.my/rakyat-ada-hak-tuntut-pendedahan-penuh-perjanjian-vaksin-toqqi/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/06/rakyat-ada-hak-tuntut-pendedahan-penuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solange Dekker Netherlands Menang Miss International Queen 2023 Semak Keputusan Penuh Pemenang

Solange Dekker Netherlands Menang Miss International Queen 2023 Semak Keputusan Penuh Pemenang

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 246 hits
Miss International Queen sudah pun melabuhkan tirainya dan menobatkan Ratu International Queen 2023 yang baru Miss Solange Dekker dari Netherlands telah berjaya dimahkotakan pada malam itu menewaskan delegasi lain yang bertanding Jadi jom k...
Mengapa Ahli Parlimen Kelu Lidah Perjuang Kepentingan Rakyat Kenyataan Media Ppim 20 06 2023

Mengapa Ahli Parlimen Kelu Lidah Perjuang Kepentingan Rakyat Kenyataan Media Ppim 20 06 2023

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mempersoal mengapa ahli ahli parlimen yang berkhidmat untuk rakyat amat kelu lidah mereka dan tidak menggunakan hak sepenuhnya di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara Ketua Aktivis PPIM Nadzim J...
Ppim Bidas Wakil Rakyat Kelu Lidah Di Parlimen Malaysia Kini 20 06 2023

Ppim Bidas Wakil Rakyat Kelu Lidah Di Parlimen Malaysia Kini 20 06 2023

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 290 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia tampil mempersoal sikap ahli ahli Parlimen yang didakwanya kelu lidah dan tidak menggunakan hak sepenuhnya untuk bersuara di Parlimen Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata situasi itu sebagai amat membimb...
Berita Gembira Buat Rakyat Malaysia Sempena Aidiladha Pmx 2023

Berita Gembira Buat Rakyat Malaysia Sempena Aidiladha Pmx 2023

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 311 hits
Berita Gembira Buat Rakyat Malaysia Sempena Aidiladha PMX 2023 Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang melibatkan peruntukan lebih dari RM2 bilion akan segera disalurkan kepada pemohon yang layak sebelum Aidiladha menurut Datuk Seri Anwa...
Suhakam Perlu Patuh Perlembagaan Persekutuan Tolak Acuan Barat Ngo Warta Rakyat 19 06 2023

Suhakam Perlu Patuh Perlembagaan Persekutuan Tolak Acuan Barat Ngo Warta Rakyat 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 228 hits
SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia menimbulkan kegusaran selepas dilihat mesra agenda liberal yang mampu mengelirukan masyarakat umum terutamanya orang Islam Pertubuhan bukan kerajaan Islam terdiri daripada PEMBELA PPMM MACSA yang turut...
Dr Dzulkefly Pac Boleh Tuntut Pharmaniaga Dedah Kos Sebenar Vaksin Covid 19

Dr Dzulkefly Pac Boleh Tuntut Pharmaniaga Dedah Kos Sebenar Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 161 hits
Azril AnnuarPETALING JAYA Ahli Parlimen kerajaan Dzulkefly Ahmad menuntut Jawatankuasa Kira kira Wang Negara menyiasat kos sebenar vaksin Covid 19 Pharmaniaga Berhad yang dibeli oleh Putrajaya Semasa perbahasan Kertas Putih Kementerian Kesi...
Elak Hasil Negara Dirompak Ppim Gesa Kerajaan Segerakan Program Subsidi Petrol Samudera My 25 06 2023

Elak Hasil Negara Dirompak Ppim Gesa Kerajaan Segerakan Program Subsidi Petrol Samudera My 25 06 2023

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 230 hits
PETALING JAYA 25 Jun 2023 Kerajaan digesa untuk menyegerakan pelaksanaan subsidi petrol bagi mengelakkan hasil negara dirompak secara terbuka menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan Gesaan ini adalah susulan dar...
Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Dan Kalendar Hijri 2023

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Dan Kalendar Hijri 2023

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 197 hits
Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Dan Kalendar Hijri 2023 Kita ketahui kalendar Hijrah yang mengandungi tarikh tarikh penting yang menjadi tonggak dalam kehidupan umat Islam Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia menyambut peristiwa berse...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti