Mengapa Ahli Parlimen Kelu Lidah Perjuang Kepentingan Rakyat Kenyataan Media Ppim 20 06 2023


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoal mengapa ahli-ahli parlimen yang berkhidmat untuk rakyat amat kelu lidah mereka dan tidak menggunakan hak sepenuhnya di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM melihat tindakan ahli parlimen yang memilih untuk membisu dan tidak mempersoalkan banyak perkara di dalam sidang Parlimen amat membimbangkan.
"Apa fungsi mereka sebagai ahli parlimen sebenarnya jika bukan untuk membawa suara rakyat, mengapa mereka (ahli parlimen) tidak menggunakan semua hak yang ada pada mereka untuk membahaskan atau bertanya di dewan perkara yang melibatkan kepentingan rakyat seperti perincian kontrak vaksin antara Pharmaniaga dan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.
Tambah Nadzim, rakyat mahukan perkara itu didedahkan sepenuhnya kerana perkara itu membabitkan wang rakyat berbilion ringgit dan kesihatan serta nyawa rakyat.
"Saya bersetuju dengan Pakar Perlembagaan, Shad Saleem Faruqi yang menyatakan tindakan menyembunyikan dokumen bawah NDA daripada Parlimen merupakan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi, kerana perlembagaan memberikan keistimewaan kepada dua dewan Parlimen,"
"Apa yang mereka takutkan, apa yang mereka risaukan, sudah menjadi tugas mereka membawa suara rakyat dan beri penjelasan, bukan menyembunyikan perkara sebesar ini," katanya.
Nadzim berkata rakyat memilih Ahli Parlimen yang ada kini untuk bekerja untuk rakyat dan bukan sekadar menjadi perhiasan di dewan Parlimen semata-mata.
"Mereka mempunyai hak untuk menuntut pendedahan penuh perjanjian vaksin antara Pharmaniaga dan Kementerian Kesihatan, mengapa diam sahaja tidak menegakkan hak itu sedangkan rakyat sentiasa bertanya mengenai perkara itu," katanya.
Menurut Nadzim, antara perkara yang amat merisaukan rakyat ialah bagaimana bekas Ketua Pengarah Kesihatan yang diangkat sebagai wira negara menentang Covid-19 dengan sengaja sembunyikan fakta mengenai 1239 AEFI & AESI daripada rakyat.
"Sedarkah Ahli Yang Berhormat itu semua, tindakan mereka itu menjadikan borang informed consent yang ditanda tangani rakyat tak sah, Tan Sri Noor Hisham, YB Khairy Jamaluddin bekas ahli parlimen Rembau ketika itu, dan Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang masih merupakan ahli Parlimen Pagoh wajib dipertanggungjawabkan ke atas perkara ini," tegasnya.
Semalam, Shad memberitahu media Ahli Parlimen berhak menuntut pendedahan perjanjian tersebut.
“Salah satu keistimewaan Parlimen yang terkenal ialah Parlimen boleh menghukum sesiapa sahaja kerana menghina dewan. Terdapat preseden kes seperti ini di Australia.
“Kontrak antara pembekal vaksin Covid-19 dan kerajaan hari ini adalah kontrak antara mereka berdua.
“Penegasan bahawa perjanjian tanpa pendedahan (NDA) memerlukan perjanjian itu dirahsiakan daripada Parlimen dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak mempunyai asas perlembagaan dan merupakan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA),” kata Shad.
“NDA tidak boleh menghalang PAC, polis, ketua juruaudit negara dan ahli parlimen daripada menuntut maklumat kerana mereka melaksanakan tugas mereka di bawah undang-undang.
“Malah, OSA tidak terpakai di Parlimen kerana ahli parlimen yang menggunakan kebebasan bersuara semasa prosiding benar-benar kebal daripada semua undang-undang, kecuali Akta Hasutan,” kata Shad.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/06/mengapa-ahli-parlimen-kelu-lidah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Bidas Wakil Rakyat Kelu Lidah Di Parlimen Malaysia Kini 20 06 2023

Ppim Bidas Wakil Rakyat Kelu Lidah Di Parlimen Malaysia Kini 20 06 2023

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 222 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia tampil mempersoal sikap ahli ahli Parlimen yang didakwanya kelu lidah dan tidak menggunakan hak sepenuhnya untuk bersuara di Parlimen Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata situasi itu sebagai amat membimb...
Jangan Sesatkan Fikiran Rakyat Timbalan Menteri Bidas Ahli Parlimen Pas

Jangan Sesatkan Fikiran Rakyat Timbalan Menteri Bidas Ahli Parlimen Pas

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 200 hits
Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu meminta Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor mengkaji dahulu sesuatu isu sebelum mengulas mengenainya PETALING JAYA Seorang timbalan menteri Amanah membidas kenyataan Ah...
Majoriti Ahli Parlimen Tidak Bersungguh Sungguh Menyuarakan Suara Dan Kebimbangan Rakyat

Majoriti Ahli Parlimen Tidak Bersungguh Sungguh Menyuarakan Suara Dan Kebimbangan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 174 hits
PPIM bidas wakil rakyat kelu lidah di ParlimenMalaysiakiniPersatuan Pengguna Islam Malaysia tampil mempersoal sikap ahli ahli Parlimen yang didakwanya kelu lidah dan tidak menggunakan hak sepenuhnya untuk bersuara di Parlimen Ketua Aktivis ...
Mungkin Makan Gaji Buta Itu Bermoral Dan Ponteng Sebagai Ahli Parlimen Di Dewan Rakyat Itu Kategori Alim

Mungkin Makan Gaji Buta Itu Bermoral Dan Ponteng Sebagai Ahli Parlimen Di Dewan Rakyat Itu Kategori Alim

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 191 hits
Seronok dia kata orang tak bermoral Sedangkan jelas dakwaan yang dikenakan sebelum ini adalah suatu fitnah Tapi mana dia perasan Dia tak ikuti perbicaraan Sibuk mencandat sotong je masa tu Zahid Hamidi pun belum didapati bersalah Bicara mas...
Ahli Parlimen Raub Berharap Pekebun Durian Musang King Di Beri Geran Tanah

Ahli Parlimen Raub Berharap Pekebun Durian Musang King Di Beri Geran Tanah

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 166 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui berharap pengusaha kebun durian dikawasannya perlu dipertimbangkan pemberian geran tanah serta kebenaran bercucuk tanam BBeliau berkata pekebun durian Musang King adalah mangsa kepada sistem negar...
Segerakan Subsidi Petrol Elak Ketirisan Ppim Kosmo 23 06 2023

Segerakan Subsidi Petrol Elak Ketirisan Ppim Kosmo 23 06 2023

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 178 hits
PETALING JAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan untuk segera laksanakan program subsidi petrol bagi memastikan tiada hasil negara dirompak secara terbuka Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata setiap hari ada sahaja pengg...
Team Ajk Daerah Ks Ppim 2023

Team Ajk Daerah Ks Ppim 2023

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 119 hits
SalamBersama dengan barisan Kepemimpinan PPIM KS 2023 Alhamdululah Bergambar semasa Program Bengkel Pendaftaran Ahli Secara Online Di Bilik Seminar SK Dato Maharajalela pada 23 6 2023 Jumaat
Elak Hasil Negara Dirompak Ppim Gesa Kerajaan Segerakan Program Subsidi Petrol Samudera My 25 06 2023

Elak Hasil Negara Dirompak Ppim Gesa Kerajaan Segerakan Program Subsidi Petrol Samudera My 25 06 2023

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 165 hits
PETALING JAYA 25 Jun 2023 Kerajaan digesa untuk menyegerakan pelaksanaan subsidi petrol bagi mengelakkan hasil negara dirompak secara terbuka menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan Gesaan ini adalah susulan dar...
Aktiviti Ppim Dan Rakan Strategik Santuni Pelajar Derita Kanser Tahap 4 Ppim 17 06 2023

Aktiviti Ppim Dan Rakan Strategik Santuni Pelajar Derita Kanser Tahap 4 Ppim 17 06 2023

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 268 hits
Seorang pesakit kanser tulang tahap empat adik Muhammad Farrel Muhammad Fetri sudah lama menyimpan hasrat menunggang motosikal jenis Harley Davidson Prihatin dengan kekangan keluarganya untuk memenuhi impian itu Persatuan Pengguna Islam Mal...
Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura

Tahniah Izzat Upkk

Apa Itu Kwsp Akaun 3

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Student Black Shirt Campaign Not Protest Shows Uitm Identity Vc

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Iranian President Raisi Feared Dead As Helicopter Wreckage Found

Man City Lakar Sejarah Raih Gelaran Epl Keempat Berturut Turut

Jalan Jalan Tengok Rumah Contoh Dekat Durian Tunggal 2024

Pet Expo Midvalley 2024