Rakaman Audio 1mdb Macam Suara Najib Kata Irwan



(Malaysiakini) – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa salah satu suara dalam empat rakaman audio yang dikaitkan dengan urusan 1MDB ‘kedengaran seperti Najib” Razak.
Bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Najib berhubung penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB.
Saksi pendakwaan ke-42 itu memberi keterangan berhubung salah satu suara dalam keempat-empat rakaman audio berkenaan, yang dimainkan ketika pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib.
“Suaranya macam Najib,” jawab Irwan apabila ditanya oleh Akram.
Dua daripada rakaman audio itu didakwa merupakan perbualan antara Najib dan seorang pemimpin Timur Tengah.
Irwan juga mengenal pasti salah seorang daripada pemilik suara itu ialah Amhari Efendi Nazaruddin, bekas pegawai khas Najib. Amhari juga merupakan saksi pendakwaan.
Terdahulu, hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menerima empat rakaman audio itu sebagai bukti.
Empat rakaman audio itu adalah sebahagian daripada beberapa rakaman yang didedahkan oleh ketua pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pada Januari 2020. Ia dikatakan melibatkan Najib dan individu lain yang dikaitkan dengan 1MDB.
Pihak pendakwaan bergantung kepada empat rakaman audio itu untuk mencabar dakwaan Najib bahawa dia menerima derma daripada Arab.
Sementara itu semasa pemeriksaan balas oleh ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah hari ini, Irwan berkata dia tidak pasti sama ada suara dalam rakaman audio itu benar-benar milik Najib kerana dia tiada ketika peristiwa itu berlaku.
Shafee: Selepas mendengar rakaman itu, adakah anda boleh mengatakan ini deepfakes?
Irwan: Saya tidak boleh katakan kerana saya bukan pakar.
Deepfakes ialah media sintetik yang dimanipulasi secara digital untuk menyerupai seseorang.
Perbicaraan berkaitan 1MDB akan disambung semula pada 7 Julai.
Najib, yang pernah menjadi menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada dana kekayaan negara Malaysia.
Berhubung empat pertuduhan salah guna kuasa, bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.
Pihak pendakwaan berhujah bahawa salah laku dalam 1MDB didalangi ahli perniagaan Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low, dan beberapa individu lain dengan restu Najib.
Bagaimanapun, pasukan pembelaan mendakwa Najib tidak tahu jenayah yang dilakukan dalam 1MDB, dan penyelewengan itu hanya didalangi oleh Low serta ahli pengurusan 1MDB yang lain.
Pengerusi penasihat BN itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu menolak rayuannya terhadap sabitan bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
SRC pada mulanya merupakan anak syarikat 1MDB, sebelum menjadi milik penuh MOF Inc.
Najib juga pernah menjadi penasihat emeritus kepada SRC.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/06/21/rakaman-audio-1mdb-macam-suara-najib-kata-irwan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Irwan Serigar Suara Lelaki Dalam Rakaman Sprm Macam Najib

Irwan Serigar Suara Lelaki Dalam Rakaman Sprm Macam Najib

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 216 hits
Ho Kit YenBekas ketua setiausaha perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah berkata salah satu suara dalam rakaman audio itu seperti bekas perdana menteri Najib Razak KUALA LUMPUR Empat daripada sembilan rakaman audio dikeluarkan Suruhanjaya Pen...
Penyokong Najib Telah Diberitahu Sebab Apa Dia Tidak Boleh Dibebaskan Kata Zahid

Penyokong Najib Telah Diberitahu Sebab Apa Dia Tidak Boleh Dibebaskan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 203 hits
Pucuk pimpinan UMNO telah memberi penjelasan kepada penyokong Datuk Seri Najib Razak berhubung usaha mendapatkan pengampunan diraja bagi bekas Perdana Menteri itu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka juga telah meng...
1mdb Najib S Ex Speech Writer S Firm Received Over Rm22m Court Hears

1mdb Najib S Ex Speech Writer S Firm Received Over Rm22m Court Hears

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 254 hits
Najib Abdul Razak s former speech writer testified that he received over RM22 million from the former prime minister via 39 cheques over a three year period from 2011 to 2014 Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd founder Mohd Omar Mustapha testif...
Bebas Najib Hanya Untuk Reda Penyokong Bekas Pm Kata Penganalisis

Bebas Najib Hanya Untuk Reda Penyokong Bekas Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 223 hits
freemalaysiatoday com18 Jun 2023Hisommudin Bakar berkata Umno mahu menoktahkan sebarang perpecahan dalaman dan memusatkan kekuatan jentera Penganalisis berkata lebih mudah memujuk penyokong Umno bekerjasama dengan DAP daripada meyakinkan pe...
Harap Najib Dibawa Keluar Secepat Mungkin Kata Rosmah

Harap Najib Dibawa Keluar Secepat Mungkin Kata Rosmah

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 174 hits
freemalaysiatoday com 10 Jun 2023Presiden Umno Zahid Hamidi berkata parti itu akan memberi keadilan kepada Najib Razak KUALA LUMPUR Rosmah Mansor berharap ikrar yang dibuat seluruh ahli Umno di Dewan Merdeka semalam supaya suaminya Najib Ra...
Kerajaan Kaji Gubal Undang Undang Hapus Elemen Ali Baba Kata Menteri

Kerajaan Kaji Gubal Undang Undang Hapus Elemen Ali Baba Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 268 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata isu warga tempatan yang menyewakan perniagaan kepada warga asing telah berlanjutan sekian lama hingga wujud rasa tidak adil dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat PUTRAJAYA Kementerian Ekonomi sed...
30 Kata Kata Bijak Tentang Kehidupan

30 Kata Kata Bijak Tentang Kehidupan

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 276 hits
Ada kalanya membaca Kata Kata Bijak Tentang Kehidupan sedikit sebanyak dapat menceriakan kembali hari kita yang suram Lumrah kehidupan kita sebagai manusia ada hari kita ceria sepanjang hari namun ada kalanya kita terpaksa melalu hari yang ...
Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung

5 Tips Mengatur Keuangan Pribadi Agar Bisa Investasi Sejak Dini

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma