Rakam Untuk Main Main Tak Tahu Ia Sesuatu Yang Serius 3 Lelaki Tampil Mohon Maaf Selepas Dikecam Mempersendakan Azan




Mohon maaf setelah melakukan perbuatan yang tidak menjaga sensitiviti agama dengan alasan tidak tahu perkara itu akan menjadi serius, itulah alasan tiga individu yang didapati melakukan perbuatan menghina agama dalam video viral di media sosial baru-baru ini. 


Terdahulu, klip video Instastory yang menunjukkan seorang lelaki sedang menahan kepedasan setelah makan makanan pedas sambil disaksikan beberapa rakannya yang lain. 


Tatkala menahan kepedasan itu, lelaki terbabit meletakkan dua tapak tangannya di bahagian telinga membuatkan individu yang merakam video memintanya melakukan perbuatan tersebut sekali lagi.


Individu yang dikenali sebagai Ruban itu, akur dan melakukannya. Dalam masa yang sama, si perakam menyebut Allahuakbar beberapa kali dengan sebutan yang salah dan sekali gus dilihat seperti mempersendakan azan agama Islam. 


'Gurauan' tidak berakal itu membuatkan Ruban menghentak meja dengan tangannya beberapa kali. Gurauan tersebut kemudian disambung pula oleh seorang lagi rakan mereka yang menyebut "Bismillahirrahmanirrahim..." dengan sebutan yang tidak betul, mengundang gelak ketawa rakan-rakannya yang lain. 


Video itu kemudian viral di media sosial dan akibatnya, mereka dikecam teruk sehingga timbulnya desakan terhadap Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan individu berkenaan yang sangat jelas telah mempersendakan agama Islam. 




Bagaimanapun, sedar akan perbuatan mereka yang telah mengundang kemarahan ramai, tiga individu terbabit tampil memohon maaf.


"Saya Ruban dalam video viral berkenaan. Di sini saya ingin memohon maaf di atas kesilapan dan kelakuan saya. Saya tidak berniat jahat (rasis) dalam video tersebut. Saya dan kawan-kawan sebelum itu mengadakan Ghost Pepper Challenge. Disebabkan itu, saya tidak dapat menahan kepedasan lalu meletakkan tangan di telinga


"Tetapi salah seorang rakan saya yang sedang merakam video itu, dia menggunakan ayat yang tidak sepatutnya dengan menyuruh saya buat sekali lagi. Saya tidak tahu dia akan buat perbuatan seperti ini. 


"Saya ingin memohon maaf di atas kesilapan besar saya dan rakan-rakan saya telah lakukan. Kami berjanji, hal seperti ini tidak akan berulang lagi. Saya memohon maaf dengan penuh ikhlas kepada semua dan berharap anda dapat memaafkan kami," kata Ruban. 




Sementara itu, perakam video, Brandon Eng, turut tampil memohon maaf dan menjelaskan video tersebut dirakam bagi tujuan bergurau sahaja dan tidak tahu ia akan menjadi sesuatu yang sangat serius. 


"Saya sepatutnya tidak boleh melafazkan ayat tersebut. Tolong maafkan kami dan kami tidak akan melakukan perbuatan seperti ini selepas ini," katanya. 


Seorang lagi lelaki yang terbabit dalam video viral itu, Ryan, turut meluahkan rasa kesal dan bersalah di atas perbuatannya. 


"Saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Saya tidak berfikir sebelum melakukan perbuatan itu. Saya bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Saya memohon maaf kepada semua di luar sana," katanya. 


Di media sosial, netizen tetap bengang dengan sikap golongan seperti ini yang gemar membuat gurauan tidak cerdik dan seterusnya memohon maaf setelah dikecam. 





"Senang hidup di dunia ini. Ingat agama Islam ni untuk dipermainkan, bahan ketawa bagai? Rasanya dah naik muak dah dengar mohon maaf ni," kata netizen. 


"Lepas buat, lepas viral, lepas kena kecam, lepas tu minta maaf. Itu yang makin menjadi-jadi. Jangan sesekali mempermainkan agama. Rakyat tunggu tindakan. Rakyat is watching," tambah netizen lain. 


Sumber: Video Viral, Kosmo


source https://www.thereporter.my/2021/06/video-rakam-untuk-main-main-tak-tahu-ia.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2021/06/video-rakam-untuk-main-main-tak-tahu-ia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Niat Perli Islam 3 Lelaki Persenda Azan Amp Ayat Al Quran Tampil Mohon Maaf

Tiada Niat Perli Islam 3 Lelaki Persenda Azan Amp Ayat Al Quran Tampil Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 271 hits
Baru baru ini tular sebuah video yang memperlihatkan 3 orang lelaki sedang mempersenda azan serta ayat suci al Quran ketika sedang menjamah makanan di sebuah kediaman Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu terbabit yang...
Selepas Dikecam Ulamak Pas Ubah Pendirian Isu Vaksin

Selepas Dikecam Ulamak Pas Ubah Pendirian Isu Vaksin

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 311 hits
June 4 2021 Berdasarkan peningkatan kes Covid 19 yang mendadak sehingga mencapai 9 020 kes baharu jangkitan pada 29 Mei lalu Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli akhirnya mengubah pendirian turut bersama dengan kerajaan dalam menang...
Lepas Je Pengurus Ibu Neelofa Tampil Mohon Maaf Netizen Mula Stalk Ig Zuishafiqah Dan Tak Sangka Ini Apa Mereka Jumpa

Lepas Je Pengurus Ibu Neelofa Tampil Mohon Maaf Netizen Mula Stalk Ig Zuishafiqah Dan Tak Sangka Ini Apa Mereka Jumpa

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 274 hits
PETALING JAYA lndividu yang bertanggungjawab menguruskan akaun media sosi4l ibu Neelofa Datin Noor Kartini Noor Mohamed tmpil melakukan perm0honan ma af secara terbuka berhubung lsu tngkap layar yang tuIar semalam Individu tersebut Zulshafi...
Pengurus Media Sosial Noor Kartini Zulshafiqah Tampil Mohon Maaf

Pengurus Media Sosial Noor Kartini Zulshafiqah Tampil Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 210 hits
Kuala Lumpur Pengurus media sosial akaun Instagram Datin Noor Kartini Noor Mohamed dikenali Zulshafiqah Zulkafli membuat permohonan maaf menerusi Instagramnya selepas tular isu berhubung tangkap layar di media sosial Instagram ibu Noor Neel...
Tiga Pemuda Mohon Maaf Persenda Azan Dan Ayat Suci Al Quran

Tiga Pemuda Mohon Maaf Persenda Azan Dan Ayat Suci Al Quran

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 328 hits
nbsp Tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu rakaman video seolah olah mempe rsenda azan dan ayat suci al Quran tampil membuat permohonan hari ini Ketiga tiga mereka memuat naik rakaman video mengakui kesilapan yang telah mereka lak...
Dr Rafidah Pertahan Dr Amalina Selepas Dikecam Netizen Gara Gara Tak Nak Balik Menabur Bakti Di Malaysia

Dr Rafidah Pertahan Dr Amalina Selepas Dikecam Netizen Gara Gara Tak Nak Balik Menabur Bakti Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 263 hits
nbsp Baru baru ini kecoh di media sosial apabila ada segelintir pihak tertentu menyifatkan pelajar medik yang menyambung pengajian di luar negara sebagai pengkhlanat apabila mereka tidak pulang bagi menabur semula jasa ke tanah air tercinta...
Hiburan Dikecam Komen Uga Uga Zynakal Mohon Maaf Tiada Niat Sindir Adat Orang Sarawak

Hiburan Dikecam Komen Uga Uga Zynakal Mohon Maaf Tiada Niat Sindir Adat Orang Sarawak

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 274 hits
Penyanyi Zynakal tampil membuat pemohonan maaf secara terbuka atas sebab didakwa telah memerli budaya dan adat orang Sarawak dengan membuat sebuah hantaran di laman akaun Instagramnya pada hari semalam Menurut penyanyi tersebut dia sama sek...
Joseph Sansu8 Rakam Lagu Main Kau Burung

Joseph Sansu8 Rakam Lagu Main Kau Burung

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 276 hits
SESI RAKAMAN VOKAL JOSEPH SANSU8 DI PUSAKAG PRODUCTION
Itu Polis Apa B D H Punyaaa 2 Wanita Rakam Video Hina Polis Selepas Disaman Undang Kecaman Netizen

Itu Polis Apa B D H Punyaaa 2 Wanita Rakam Video Hina Polis Selepas Disaman Undang Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 339 hits
Lagi kes menghina Polis Diraja Malaysia yang kali ini membabitkan dua wanita muda mengundang kemarahan orang ramai di media sosial nbsp Dalam video viral berdurasi 14 saat menunjukkan dua wanita terbabit berada di dalam sebuah kereta dan di...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia