Pengurus Media Sosial Noor Kartini Zulshafiqah Tampil Mohon Maaf


Syafil Syazwan Jefri Kuala Lumpur: Pengurus media sosial akaun Instagram Datin Noor Kartini Noor Mohamed dikenali, Zulshafiqah Zulkafli membuat permohonan maaf menerusi Instagramnya selepas tular isu berhubung tangkap layar di media sosial Instagram ibu Noor Neelofa itu yang dikatakan menghina Sistem Raja Berpelembagaan.
Dalam hantaran itu, Zulshafiqah membuat permohonan maaf kepada Yang di-Pertuan Agong serta Sultan Johor. 
"Dengan ini, saya Zulshafiqah Zulkafli, Pengurus Media Sosial bagi akaun Instagram Datin Noor Kartini Noor Mohamed menyatakan permohonan maaf saya kepada  Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh Kerabat DiRaja Johor, serta Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan seluruh keluarga.
"Saya dengan ini bahawasanya ingin menyatakan permohonan maaf saya berkenaan isu yang tular di media sosial hari ini (semalam) berhubung tangkap layar di media sosial Instagram Datin Noor Kartini Noor Mohamed," tulisnya.
Zulshafiqah yang mengakui salah memuat naik tangkap layar itu juga berkata, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan bukan tulisannya. 
"Saya secara jujur ingin menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Saya adalah Pengurus Media Sosial akaun Instagram Datin Noor Kartini dan tersilap memuat naik tangkap layar. 
"Tangkap layar itu adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya. 
"Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya mahupun Datin Noor Kartini sendiri," tulisnya. 
Dalam hantaran sama, Zulshafiqah menjelaskan bahawa dia sudah memberi kenyataan dan kerjasama kepada pihak polis yang melakukan siasatan. 
"Saya juga sudah memberi kenyataan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu menyelesaikan siasatan berhubung isu yang tular ini.
"Saya juga dengan rendah diri memohon maaf kepada Datin Noor Kartini Noor Mohamed serta keluarga di atas kecuaian saya yang menimbulkan masalah kepada Datin Noor Kartini sekeluarga. 
"Dengan ini saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan sekali lagi memohon maaf atas keralatan dan kesilapan yang berlaku," tulisnya. 
Tinjauan Harian Metro di akaun Instagramnya mendapati individu ini bukanlah pengguna Instagram yang aktif memandangkan hantaran terbaru yang dimuat naiknya di platform media sosial itu pada 22 Mei lalu. 
Sebelum itu, Zulshafiqah juga tidak aktif memuat naik hantaran di 'feed' Instagram dan kali terakhir dibuatnya pada 2 Ogos 2018. 
Terdahulu, netizen menyelar tindakan akaun Instagram Noor Kartini yang memuat naik hantaran di Instagram Story dan menulis kenyataan berbaur hinaan terhadap Sultan Johor. 
Namun, Noor Kartini tampil membuat laporan polis dan menafikan dirinya memuat naik hantaran itu, sebaliknya dia mendakwa ia adalah tindakan pengurus media sosialnya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/pengurus-media-sosial-noor-kartini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ianya Kecuaian Pengurus Media Sosial Saya Noor Kartini Mohon Maaf Kerana Pertikai Sistem Raja Di Instagram

Hiburan Ianya Kecuaian Pengurus Media Sosial Saya Noor Kartini Mohon Maaf Kerana Pertikai Sistem Raja Di Instagram

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 380 hits
Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa Datin Noor Kartini tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran kata katanya yang mengkritik sistem Raja Berpelembagaan di Instagram Storynya hari ini Menerusi hantaran yang dibuatnya itu Kartin...
Hiburan Isu Pertikai Sistem Raja Perlembagaan Pengurus Media Sosial Noor Kartini Buat Permohonan Maaf

Hiburan Isu Pertikai Sistem Raja Perlembagaan Pengurus Media Sosial Noor Kartini Buat Permohonan Maaf

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 270 hits
Semalam heboh apabila ibu Neelofa Noor Kartini menerima selaran orang ramai selepas dilihat memuat naik Insta Story yang seperti mempertikaikan sistem raja perlembagaan di Malaysia BACA AdvertisementWalaubagaimanapun wanita itu kemudiannya ...
Pertikai Sistem Raja Berpelembagaan Noor Kartini Mohon Maaf Ia Kecuaian Pengurus Media Sosial Saya

Pertikai Sistem Raja Berpelembagaan Noor Kartini Mohon Maaf Ia Kecuaian Pengurus Media Sosial Saya

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 253 hits
Ibu kepada selebriti sensasi Neelofa Datin Noor Kartini memohon maaf atas penularan tangkap layar dari Instagram Storiesnya pada Ahad Menerusi kemaskini terbabit Noor Kartini menulis kandungan yang memperti kaikan sistem Raja Berpelembagaan...
Hiburan Jadi Kambing Hitam Ke Netizen Tak Percaya Penjelasan Pengurus Media Sosial Noor Kartini

Hiburan Jadi Kambing Hitam Ke Netizen Tak Percaya Penjelasan Pengurus Media Sosial Noor Kartini

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 326 hits
Masih lagi heboh mengenai kes Noor Kartini yang dikecam ramai apabila memuat naik ayat yang seperti mempersoalkan sistem raja perlembagaan menerusi Insta Story miliknya kelmarin Walaubagaimanapun ibu Neelofa itu telah pun tampil memohon maa...
Lepas Je Pengurus Ibu Neelofa Tampil Mohon Maaf Netizen Mula Stalk Ig Zuishafiqah Dan Tak Sangka Ini Apa Mereka Jumpa

Lepas Je Pengurus Ibu Neelofa Tampil Mohon Maaf Netizen Mula Stalk Ig Zuishafiqah Dan Tak Sangka Ini Apa Mereka Jumpa

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 252 hits
PETALING JAYA lndividu yang bertanggungjawab menguruskan akaun media sosi4l ibu Neelofa Datin Noor Kartini Noor Mohamed tmpil melakukan perm0honan ma af secara terbuka berhubung lsu tngkap layar yang tuIar semalam Individu tersebut Zulshafi...
Ha Tudia Noor Kartini Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

Ha Tudia Noor Kartini Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 553 hits
Noor Kartini mohon maaf kepada Sultan Johor Tunku Idris pula berkongsi tentang adabDatin Noorkartini buat laporan polis di Balai Polis TTDI pada petang Ahad KELUARGA Neelofa terus menerus menjadi bualan netizen gara gara perkongsian ibu sel...
Hiburan Solidariti Palestin Pengikut Media Sosial Sarimah Ibrahim Turun Mendadak

Hiburan Solidariti Palestin Pengikut Media Sosial Sarimah Ibrahim Turun Mendadak

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 380 hits
Penyanyi dan juga personaliti media sosial Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan bahawa dia kehilangan banyak pengikut di semua platform media sosialnya sejak bersolidariti dan berkongsi mengenai perihal penderitaan yang dihadapi rakyat Pale...
Panas Isu Saiz Balak Luar Biasa Exco Pahang Netizen Serang Khaidir Ahmad Di Media Sosial

Panas Isu Saiz Balak Luar Biasa Exco Pahang Netizen Serang Khaidir Ahmad Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 381 hits
KUANTAN Susulan kenyataan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang terhadap aduan awam yang dibuat oleh aktivis alam sekitar Khaidir Ahmad tentang lori treler membawa kayu balak yang saiznya amat luar biasa ramai netizen menyerang beliau di media s...
Suami Elizabeth Tan Tak Kisah Lelaki Komen Iucah Di Media Sosial Isterinya

Suami Elizabeth Tan Tak Kisah Lelaki Komen Iucah Di Media Sosial Isterinya

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 337 hits
nbsp Elizabeth Tan satu nama yang sudah lama meniti dibibir lelaki Malaysia kerana sikapnya yang mesra dan suka melayan karenah peminatnya Namun pada bulan Mac yang lalu satu mimpi nge ri kepada peminatnya apabila selebriti cantik ini menga...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration