Rajinkan Diri Untuk Makan Ulam Ini 8 Jenis Ulam Yang Popular Rugi Tak Cuba Makan


Adakah anda masih makan ulam? Apakah khasiat ulam-ulaman yang anda tahu? Urbanisasi, pilihan gaya hidup tidak sihat, selain genetik, semuanya memainkan peranan dalam pertambahan kadar obesiti di Malaysia.
Dengan faktor risiko yang diteruskan generasi demi generasi, golongan muda dan kanak-kanaklah yang paling terkesan.
Apatah lagi, menurut laporan Euromonitor, kadar pengambilan makanan proses di Malaysia meningkat sebanyak 105% dalam masa 5 tahun.

Malaysia bukan sahaja antara negara dengan kadar obesiti kanak-kanak paling tinggi di dunia, bahkan, menurut kajian, pengambilan serat dalam kalangan remaja Malaysia tidak sampai 10% daripada saranan WHO.
Melihatkan senarai pilihan makanan harian di Malaysia yang kaya karbohidrat dan lemak, mungkin kita akan mudah mengecop budaya makan Malaysia sebagai menggemukkan.
Tetapi jika cara pemakanan tradisional dikaji, pasti kita akan mendapati bahawa budaya makan masyarakat terdahulu sebenarnya sangat seimbang. Rahsianya? Dengan makan ulam sebagai pelengkap hidangan.

Apa itu ulam-ulaman?
Ulam merupakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain. Ini termasuklah bahagian pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi atau bunga tanaman.
Di Malaysia, lebih daripada 120 jenis tumbuhan boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusim seperti pegaga, sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas, yang biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara.
Sayur-sayuran biasa seperti timun, kubis dan terung juga boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Dalam erti kata lain, ulam-ulaman ini sama sahaja seperti salad dalam diet barat.
Berikut merupakan beberapa jenis ulam-ulaman yang popular:
1. Ulam Raja
Ulam raja, atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus didapati mempunyai kesan antioksidan, antidiabetes, antihipertensi, antikeradangan, antimikrob dan antikulat.
Menariknya dibandingkan dengan buah-buahan seperti strawberi, plum, oren, epal dan tomato, ulam raja mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi. Maka layaklah tumbuhan ini dikenali dengan nama ulam raja.
Ulam raja juga mempunyai kesan melindungi tulang yang dapat mengurangkan risiko osteoporosis, terutamanya bagi wanita menopaus.
2. Sambung Nyawa
Sambung nyawa atau dalam bahasa saintifiknya Gynura Procumbens didapati berpotensi mengawal tekanan darah, kandungan gula dalam darah, menggalakkan kesuburan, selain mempunyai kesan antikanser, antimikrob, antioksidan dan antikeradangan.
Menariknya, kajian dalam haiwan menunjukkan ulam-ulaman ini mempunyai khasiat untuk menurunkan gula dalam darah pada haiwan yang diabetes, dan tidak pada haiwan yang normal.
3. Daun Selom
Daun selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica mempunyai kesan antidiabetik, antioksidan, antiradang, selain kesan melindungi hati dan memori.
Sayuran ini dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, lauk ikan sungai dan ikan kering. Ulam ini juga sesuai dibuat ‘urap’ iaitu campuran kelapa parut, cili api, gara, belacan yang ditumbuk halus dan digaul dengan daun selom.
4. Cekur
Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia Galanga Linn mempunyai kesan antiradang, tahan sakit, anticacing, antioksidan, antimikrob dan antihipertensi.
Selain di makan sebagai ulam, daun cekur turut digunakan untuk merawat bengkak, pening kepala, sakit perut, sakit gigi dan reumatisme (radang dan sakit pada otot dan sendi).
5. Pegaga
Pegaga atau nama saintifiknya Cantella Asiatica merupakan tumbuhan yang sering dikaitkan dengan rahsia keremajaan dan awet muda.
Bukti saintifik juga telah menunjukkan bahawa ulam-ulaman ini mempunyai khasiat yang memudahkan pertumbuhan tisu penghubung seperti elastin dan kolagen, yang penting untuk penyembuhan luka.
Maka tidak hairanlah kini ekstrak pegaga digunakan dalam produk krim muka, dikenali sebagai cica cream yang boleh didapati daripada jenama-jenama produk terkenal.
6. Daun Kaduk
Daun kaduk atau nama saintifiknya Piper Sarmentosum, agak menyerupai daun sireh tetapi tumbuhan ini tidak tumbuh memanjat sebaliknya tumbuh di atas tanah.
Makan ulam kaduk yang mempunyai rasa agak payau dan sedikit pahit ini dikatakan mempunyai manfaat untuk masalah sembelit, sakit gigi, demam malaria, lemah dan sakit-sakit dalam tulang.
7. Petai
Petai merupakan ulam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Petai didapati mempunyai kesan antidiabetes, antimikrob, antioksidan, antihipertensi dan berpotensi menurunkan kandungan gula dalam darah.
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam petai didapati pada bahagian biji dan pod tumbuhan ini.
Dalam perubatan tradisional Melayu, buah petai dipercayai berkesan dalam merawat penyakit jantung dan kencing manis selain membersihkan buah pinggang.
Digabungkan dengan serat, petai memberikan rangsangan tenaga yang cepat, berterusan dan mencukupi. Penyelidikan telah membuktikan bahawa dengan hanya dua hidangan petai menyediakan tenaga yang mencukupi untuk latihan berintensiti tinggi selama 90 minit.
Salah satu kesan sampingan utama ketika makan ulam petai adalah ia memberikan nafas yang agak berbau dan gas perut yang berbau. Ia mengandungi asid amino tertentu yang memberikan bau yang kuat kepada air kencing seseorang, kesan yang dapat dilihat sehingga dua hari selepas pengambilan dalam pemakanan.
8. Makan ulam jering
Selain petai, ulam lain dengan bau yang kuat ialah jering. Jering mempunyai kandungan asid amino yang unik, asid djenkolic yang mempunyai kesan antidiabetes.
Kajian dalam haiwan mendapati kesan positif pada kandungan gula dalam darah, selera makan dan berat badan haiwan yang diabetes dan normal.
Tetapi, dalam masa yang sama, pengambilan jering boleh menyebabkan masalah jantung, buah pinggang, hati, paru-paru dan pankreas pada haiwan normal. Oleh itu, pengambilan jering hendaklah secara terkawal.
Terdapat banyak lagi ulam-ulaman yang popular seperti rebung buluh, pucuk betik, kacang botol dan peria katak. Semuanya mempunyai pelbagai rasa yang berbeza untuk anda terokai.
Mengapa anda patut makan ulam?
Tahukah anda, sehingga kini, kebanyakan ulam-ulaman tidak ditanam secara komersial?
Ini bererti pelengkap hidangan ini kebanyakannya merupakan tumbuhan liar yang dipetik sendiri oleh penjual atau ditanam sendiri oleh pengguna tempatan.
Jadi, bayangkan sahaja khasiat makan ulam yang tumbuh dalam persekitaran semula jadinya, tanpa menggunakan racun serangga.
Ini juga bermakna kebanyakan tumbuh ini dapat bertahan daripada serangga perosak. Tanaman selom, contohnya, didapati tidak mempunyai sebarang penyakit dan serangga perosak yang direkodkan.
Selain itu, mengamalkan pengambilan ulam juga mencipta permintaan pasaran kepada hidangan yang kian ditelan zaman ini.
Apatah lagi, sesetengahnya merupakan spesis tumbuhan yang kian berkurang sepertimana dalam rekod International Union for Conservation of Nature.
Permintaan pasaran akan menggalakkan usaha penanam semula oleh petani tempatan walaupun sekadar kecil-kecilan.
Makan ulam juga selalu digandingkan dengan pencicah juga meningkatkan manfaat amalan pemakanan ini.
Pencicah seperti cincalok, budu, sambal belacan dan tempoyak semuanya dihasilkan melalui proses fermentasi, menghasilkan produk kaya dengan probiotik atau bakteria baik yang membantu sistem penghadaman badan.
Mungkin, bagi sesetengah ahli masyarakat, makan ulam dan pencicahnya dilihat sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Sementara pemakanan salad yang dipopularkan kulinari barat kelihatan lebih hipster dan moden.
Hidangan salad walaupun sihat, kadangkala ditambah sos dressing komersial siap yang penuh pengawet. Kebanyakan dressing salad dalam botol siap adalah tinggi dengan lemak tepu, garam dan gula tambahan.
Sedangkan ulam-ulaman bukan sahaja lebih segar kerana hasil tempatan, bahkan kebanyakan pencicahnya kaya dengan probiotik.
Oleh itu, mengapa anda perlu mencari sayuran yang diimport daripada luar dengan harga yang mahal, kandungan nutrien yang tidak setanding khasiat ulam-ulaman tempatan?
Jadi, mulakan inisiatif makan ulam ini daripada dapur rumah anda sendiri. Rajin-rajinlah mendapatkan bekalan ulam-ulaman yang penuh khasiat ini daripada pasar tani setempat.
Walaupun anda tidak biasa makan ulam, cubalah dahulu. Kerana dari mulut, pasti turun ke hati!
Kredit: Hello Doktor
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Rajinkan Diri Untuk Makan Ulam, Ini 8 Jenis Ulam Yang Popular, Rugi Tak Cuba Makan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rajinkan-diri-untuk-makan-ulam-ini-8-jenis-ulam-yang-popular-rugi-tak-cuba-makan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuba Larikan Diri Sebab Nak Ikut Lelaki Pembantu Rumah Tinggalkan Dua Anak Ezzaty Abdullah

Cuba Larikan Diri Sebab Nak Ikut Lelaki Pembantu Rumah Tinggalkan Dua Anak Ezzaty Abdullah

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 168 hits
Pelakon Ezzaty Abdullah mended4hkan bahawa pembantu rumahnya warga Indonesia membuat cubaan untuk melarikan diri kerana did4kwa ingin mengikut lelaki warga tempatan Menurut pelakon berusia 32 tahun ini lebih teruk lagi apabila pembantu ruma...
Semakin Saya Cuba Jauhkan Diri Semakin Dekat Islam Dengan Saya

Semakin Saya Cuba Jauhkan Diri Semakin Dekat Islam Dengan Saya

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 295 hits
Redzuan Muharamredzuan muharam hmetro com myNUR Elisha Zulaikha dan suaminya Iskandar Zulkarnain FOTO ihsan Nur Elisha Zulaikha ImpangHulu Selangor Saya memeluk Islam kerana Allah kata mualaf Nur Elisha Zulaikha Impang Nur Elisha Zulaikha 2...
Ibu Hamil Tak Boleh Tinggal Buah Doktor Kongsi Jenis Buah Yang Baik Untuk Diambil

Ibu Hamil Tak Boleh Tinggal Buah Doktor Kongsi Jenis Buah Yang Baik Untuk Diambil

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 130 hits
Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat bergantung pada apa yang ibu makan Sebab tu kena pilih makanan yang baik baik untuk dibawa masuk ke perut supaya anak dapat khasiatnya sama Ibu mengandung tak boleh tinggal buah Tinggalkan m...
Bn Digesa Ambil Perhatian Tentang 4 Jenis Pemimpin Disebut Najib

Bn Digesa Ambil Perhatian Tentang 4 Jenis Pemimpin Disebut Najib

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 267 hits
malaysiatoday com July 3 2022Najib Razak bersama Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan dan Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin pada Konvensyen BN Sabah semalam PETALING JAYA Ahli Barisan Nasional harus memberi...
Anak Batuk Selesema Demam Nak Cepat Sihat Hentikan Dulu Makanan Jenis Ni

Anak Batuk Selesema Demam Nak Cepat Sihat Hentikan Dulu Makanan Jenis Ni

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 150 hits
Demam batuk selesema yang kerap berlaku pada anak anak disebabkan pelbagai punca Antaranya ialah disebabkan oleh persekitaran yang tak sihat cuaca tak menentu dan pemakanan Bagi ibu bapa yang mengalami situasi anak kerap tak sihat perlu leb...
Dilayan Cef Terkenal Salt Bae Aeril Zafrel Habiskan Rm10 000 Makan Stik Mewah

Dilayan Cef Terkenal Salt Bae Aeril Zafrel Habiskan Rm10 000 Makan Stik Mewah

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 354 hits
Aktor dan usahawan Aeril Zafrel menjadi tumpuan netizen selepas menikmati hidangan stik di restoran mewah milik tukang masak terkenal iaitu Salt Bae sempena percutiannya di London United Kingdom ketika ini Lebih menarik perhatian ramai apab...
Hiburan Bazir Tau Tak Ambil Ubat Banyak Tapi Tak Makan Doktor Kecewa Sikap Tak Jujur Pesakit

Hiburan Bazir Tau Tak Ambil Ubat Banyak Tapi Tak Makan Doktor Kecewa Sikap Tak Jujur Pesakit

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 122 hits
Sebuah perkongsian daripada seorang pegawai perubatan di baru baru ini mengundang pelbagai respon daripada warga maya Individu tersebut telah berkongsi mengenai berkotak kotak ubat yang terbiar dan bakal dilupuskan gara gara pesakit hanya t...
Hiburan Rasa Jijik Punggung Diraba Sesama Jenis Lelaki Ini Akhirnya Luah Kisah Sebenar

Hiburan Rasa Jijik Punggung Diraba Sesama Jenis Lelaki Ini Akhirnya Luah Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 182 hits
Viral di media sosial baru baru ini satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Haikal Aiman yang berkongsi pengalaman hitam yang dilaluinya telah mendapat perhatian orang ramai Menerusi video tersebut Aiman menceritakan baga...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang

Saravanan Takes Dig At Unity Govt While Stumping For It

Absolute Power Corrupts Absolutely

Ffp Membantu Menangani Isu Gaji Dalam Bola Sepak Tempatan