Buli Baju Merah Semua Murid Pemilik Akaun Media Sosial Dipanggil


Oleh Afiq Mohd. Shah TANGKAP layar video viral pelajar dibuli rakan-rakan. KESEMUA individu yang terlibat dalam video yang didakwa kes buli murid berbaju merah di sebuah sekolah berasrama penuh akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Pada masa sama, pemilik akaun media sosial yang menularkan rakaman video terbabit juga dipanggil bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video yang tular berkaitan pergaduhan pelajar dikenal pasti berlaku di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar.
Hasil siasatan awal, kata beliau, polis mendapati kejadian tersebut telah berlaku antara pukul 1 hingga 2 pagi tadi melibatkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa berumur 13 tahun.
“Polis juga mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kes berkenaan daripada pengetua sekolah tersebut pada pukul 1 tengah hari ini susulan tularnya video itu dan mendapat perhatian warganet.
“Polis mengambil tindakan memanggil kesemua pelajar yang terlibat dan pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta dibimbangi boleh mengganggu siasatan yang dilakukan.
“Masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak sesekali menularkan maklumat-maklumat tidak sahih kepada umum serta disarankan untuk melakukan sebarang laporan dan aduan di balai polis berhampir, menghubungi jabatan yang berkaitan atau mengikut undang-undang yang diwartakan,” jelas beliau.
Kecoh di media sosial hari ini apabila tular beberapa klip video yang mendakwa satu kejadian buli berlaku di sebuah asrama sekolah membabitkan beberapa orang murid menumbuk dan menendang seorang murid lain.
Video yang dimuat naik dan dikongsi sejak awal pagi tadi itu ternyata menimbulkan kemarahan warganet yang mahu satu tindakan diambil pihak sekolah dan polis untuk menyiasat segera perkara tersebut.
Menerusi video yang tular itu, kelihatan seorang murid baju merah dipegang rakan sebelum beberapa murid lain bergilir-gilir membelasah.
“Mantap gila,” kata salah seorang pelajar dalam video tersebut selepas menumbuk murid berkenaan.
Dalam rakaman itu terdapat lebih daripada tujuh pelajar di dalam sebuah bilik dan berdasarkan video yang tular, lebih daripada seorang turut merakam kejadian itu berdasarkan beberapa sudut rakaman yang tersebar.
Sementara itu, berdasarkan satu tangkap layar Twitter, seorang individu mendakwa kejadian dilaporkan berlaku di Maktab Rendah Sains Mara cawangan Sultan Azlan Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/buli-baju-merah-semua-murid-pemilik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Kenal Pasti Pemilik Akaun Media Sosial Sebar Gambar Berunsur Fitnah

Polis Kenal Pasti Pemilik Akaun Media Sosial Sebar Gambar Berunsur Fitnah

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 236 hits
Berhubung kejadian pergaduhan hingga sebabkan kematian IPOH Polis sudah mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang dipercayai menularkan gambar berunsur fitnah berhubung kejadian pergaduhan melibatkan empat individu sehingga menyebabkan...
Rayuan Tak Menjadi Semua Suspek Kes Buli Telah Dipanggil Ke Balai Untuk Diambil Keterangan

Rayuan Tak Menjadi Semua Suspek Kes Buli Telah Dipanggil Ke Balai Untuk Diambil Keterangan

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 560 hits
The ReporterUsaha beberapa suspek merayu agar ibu bapa mangsa buli tidak membuat laporan polis tidak kesampaian apabila kesemua pelajar yang terbabit dalam kes tersebut telah dipanggil polis untuk diambil keterangan Ketua Polis Perak Datuk ...
Semua Ahli Parlimen Dipanggil Untuk Diberi Penjelasan Isu 5g

Semua Ahli Parlimen Dipanggil Untuk Diberi Penjelasan Isu 5g

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 265 hits
Semua Ahli Parlimen dipanggil untuk diberi penjelasan isu 5G Semua Ahli Parlimen akan dipanggil untuk diberi penjelasan mengenai isu isu berkaitan 5G di Parlimen pada 1 tengah hari ini kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi ...
Jadikan Media Sosial Senjata Dalam Pru 15 Norliza

Jadikan Media Sosial Senjata Dalam Pru 15 Norliza

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 262 hits
Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Norliza Abdul Rahim bergambar bersama ahli ahli parti selepas Persidangan perwakilan Wanita Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bukit Gelugor Pulau Pinang hari ini BUKIT GELUGOR Dekati rakyat d...
Seleb Hollywood Yang Tak Pernah Umbar Wajah Anaknya Di Media Sosial Bikin Publik Penasaran

Seleb Hollywood Yang Tak Pernah Umbar Wajah Anaknya Di Media Sosial Bikin Publik Penasaran

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 363 hits
Dengan alasan menjaga privasi sang anak tapi tetap saja ada foto yang beredar di internet entah itu diambil oleh masyarakat biasa atau paparazi
Hiburan Kecoh Di Media Sosial Wajah Kate Middleton Penuh Luka Dan Parut

Hiburan Kecoh Di Media Sosial Wajah Kate Middleton Penuh Luka Dan Parut

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 243 hits
Sebuah gambar yang memaparkan wajah Duchess of Cambridge Kate Middleton mempunyai kesan kesan lebam telah mencetuskan kekecohan dikalangan pengguna media sosial Gambar isteri Duke of Cambridge Putera William yang terlihat muka dipenuhi deng...
Persenda Oku Dalam Media Sosial Polis Kesan 4 Individu

Persenda Oku Dalam Media Sosial Polis Kesan 4 Individu

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 293 hits
Polis mengesan empat individu yang didakwa mempersenda dan menyalahgunakan kemudahan khas untuk golongan orang kurang upaya dalam dua klip video yang dimuat naik menerusi media sosial Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai...
Kes Buli Pelajar Lapan Pelajar Tingkatan Satu Dah Dipanggil Beri Keterangan

Kes Buli Pelajar Lapan Pelajar Tingkatan Satu Dah Dipanggil Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 309 hits
Tindakan beberapa orang pelajar membuli seorang pelajar lelaki dengan cara memukulnya telah mengundang reaksi marah orang ramai Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama di Perak itu turut mendapat perhatian polis dan kin...
Cucu Tak Sangka Semua Sporting Habis Game Pilih Baju Dan Kecomelan Atuk Jadi Perhatian Ketika Anjur Hari Keluarga

Cucu Tak Sangka Semua Sporting Habis Game Pilih Baju Dan Kecomelan Atuk Jadi Perhatian Ketika Anjur Hari Keluarga

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 592 hits
SEKIAN lama tidak bersua muka sesama sanak saudara lantaran Perintah Kawalan Pergerakan ramai yang mengambil kesempatan apabila kerajaan memberi kelonggaran merentas negeri untuk pulang ke kampung atau bercuti secara berkumpulan Tidak terke...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank