Rain Lily Noble Gold
Pada bulan Mei lalu, saya tanam tiga jenis benih bawang (bulb) pokok rain lily Thailand hybrid. Setelah enam minggu ditanam, kuntuman pertama id Scarlet O’hara berbunga - entrinya DI SINI. Lepas sekuntum, muncul lagi sekuntum pada bawang kedua. Saya tertunggu-tunggu bila agaknya lagi dua jenis pokok rain lily akan mengeluarkan bunga pertama
Sehinggalah dua hari lepas, saya nampak kemunculan kudup bunga pada pokok rain lily id Noble Gold. Wah! Penantian hampir tiga bulan bakal berakhir

Kudup bunga rain lily. Foto diambil pada pagi semalam, 14 Ogos 2025

Pukul 8 pagi tadi, 15 Ogos 2025 - kudup bunga menanti masa untuk berkembang

Pukul 11.30 pagi - kuntuman pertama rain lily Noble Gold sudah pun berkembang cantik 😍

Bunganya berwarna kuning cerah dengan sedikit warna oren pada hujung kelopak. Semasa dibeli, benih Noble Gold ni yang paling besar saiznya di antara tiga jenis benih bawang. Hasilnya, kuntuman bunga juga lebih besar berbanding rain lily Scarlet O’hara.

Si kuning yang ceria ini tidak bersendirian, si merah terang di pasu sebelah juga sedang mekar

Bunga rain lily Scarlet O’hara kuntuman ketiga. Warnanya agak pudar dan kelopaknya tidak begitu segar kerana bunga ini sudah pun berkembang sejak semalam

Saiznya lebih kecil berbanding Noble Gold. Kedua-dua jenis rain lily ini mempunyai enam kelopak dan mengeluarkan bau wangi yang lembut bila dihidu dekat.

Beberapa kuntum bunga rain lily id Rosea Pink juga sedang berkembang mekar. Pokok jenis ini juga dikenali sebagai rain lily kampung, saiz bunganya lebih kecil. Kelebihan rain lily jenis ini - ia lebih mudah berbunga dan mudah membiak
Sekarang ini saya sedang menanti pokok rain lily id Life & Joy pula berbunga. Juga berharap ketiga-tiga jenis Thailand hybrid cepat membiak supaya boleh saya pindahkan ke tempat tanaman yang lebih besar
Rasa lebih ceria hari ini apabila dapat menikmati keindahan bunga berwarna-warni. Biarpun tak banyak tapi tetap membahagiakan. Alhamdulillah 💙
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2025/08/rain-lily-noble-gold.html